Bila Anak Tak Mahu Berenggang Dengan Ibu

Ibu Menyusu Tak Boleh Berenggang Dengan Anak?
Assalamu’alaikum Wrmbth, hubungan antara anak dan ibu terjalin erat semasa kita menyusu anak. Ada sehingga terlalu rapat dan anak tak mahu berenggang. 
Set Menyusu Shaklee

Ini memang banyak terjadi, lebih lebih lagi untuk ibu bekerja. Hanya hujung minggu sahaja si manja dapat luangkan masa dengan ibu sambil direct breastfeeding.

Ini luahan hati seorang ibu yang mengalami perkara tersebut. Real case ni..

“Salam..saya nak tnye pendapat, anak saya baby girl, 2bulan lebih, biasenye kalau hujung minggu baby akan kerap direct feeding, biase nye lepas tengahari tak nak berenggang langsung"

"Semalam buat majlis akikah dan nk jumpe orang pun susah, dah menyusu dekat sejam pun ble lepas je menangis, smpi orang tegur 'tak habis lagi ke', ape sebabnye ye, adakah susu saya buat baby xkenyang...”

Saya bukanlah seorang pakar dan ahli dalam bidang ni, jadi rajin rajin cari sumber disana sini. Disini saya kogsikan hasil carian saya untuk rujukan bersama.
Set Menyusu Shaklee

Hmm, mommies pernah mengalami keadaan yang sama sebelum ini? Biasanya ibu ibu muda yang belum ada pengalaman lagi mesti berada dalam dilemma. 

Kenapa? Sebab ramai orang diluar sana akan beri pendapat berbeza. Biasanya, mereka akan spontan berkata

“Anak ko tak cukup susu ni? Bagilah nestum atau susu tepung”

Kalau tak kuat pendirian, memang akan termakan pujukan pujukan ni. Nestum ni makanan keluaran yahudi, kalau mommies dah boikot takkan anak kena makan kot. 

Lagipun, perut baby masih terlalu muda untuk diberi makanan pejal. 6bulan usia bayi sepenuhnya minum susu badan untuk mencapai matlamat fully breastfeed.
Set Menyusu Shaklee
Senangnya hati isteri dan anak jika Ayah tolong sama :) Kan2

Inilah pentingnya sokongan dari suami, hubby perlu buat kajian dan bacaan sendiri mengapa kita digalakkan menyusu anak sepenuhnya dengan susu ibu. 

Air kosong pun tak boleh. Biasanya, jika manusia faham sebab sesuatu perkara dilakukan lebih mudah untuk bekerjasama.

Dari rancangan agama yang Mazni pernah dengar bersama suami, ada ustaz sebut seorang pakar motivasi di barat, mendiang Dr Steven Covey mengatakan didalam bukunya, “7 Habits Of Highly Successful People” – Seek to understand, then you would be understood.
Set Menyusu Shaklee
Seorang suami mempunyai tanggungjawab berat sebagai anak, suami dan bapa. Telusurilah cara Rasulullah SAW

Hubby semua perlu faham kenapa dalam alquran Allah swt perintahkan supaya susu ibu diberi selama 2 tahun. Mesti ada kelebihan. Kalau mereka (suami) faham perkara ini,  maka tak susah dan lebih mudah bagi kita para ibu menjalankan kerja menusu ekslusif.

Kenapa Baby Menangis Ya?
Selepas mencari maklumat, rupa rupanya ini dipanggil “sucking for comfort”. Simanja rasa lebih selesa dan selamat menghisap. Sebab selalunya ini terjadi diluar saja. Bila kita dirumah dan tak ramai orang, baby tak buat perangai kan?
Set Menyusu Shaklee
Kenapalah ummi dan abi tak paham :(

Dalam suasana ramai orang, baby rasa terkejut dan takut. Sebab tu dia nak melekap saja dengan ibunya. Rasa lebih selamat. Sayang baby tu kat ibunya kan. Hihihi

Jadi, apa nak dibuat semasa perkara ni terjadi. Jangan bagi makan nestum dan benda lain selain susu ibu,usus baby belum bersedia lagi. Nanti usus dia boleh rosak,pedulikan cakap orangg. Terpaksa buat masuk telinga kanan,keluar telinga kiri

Semasa seorang kenalan saya berpantang, hari hari pergi buat pemeriksaan dan tanya jururawat boleh ke beri bayi minum air suam.. Nurse pesan jangan bagi air selain susu ibu.. kalau kita beri air suam simanja akan kenyang dan tak nak minum susu ibu.. Jadi baby akan kurang zat dan tidak dapat membesar tanpa nutrien

Lagipun air sekarang banyak kandungan yang kurang sesuai untuk bayi. Perut bayi kecil. Bagi ibu bekerja, perlu pesan dan pastikan yang pengasuh tidak beri nestum pada anak kita.. 

Tunggu sampai 6bulan.. Walaupub sudah 6bulan pun cuba buatt bubur sendiri jangan letak garam or pak aji.. ini ape yang saya tanya pada orang


Growth Spurts?
Satu lagi sebab kenapa si manja kita asyik mahu melekat saja dan kerap nak susu ibu kadang kadang bukan sebab lapar, tapi kerana perut kembung,sakit, ataupun dia mengalami growth spurts..

Growth spurts tu satu tahap abila baby kita nak membesar (orang melayu kata lepas hari kot).. Baby akan lebih cerewet, pastu kejap2  nak menyusu. Bole kata setiap sejam nak menyusu. Kemudian, beberapa hari lepas tu ok balik. 
Set Menyusu Shaklee

Selepas itu boleh perasan, susu pun makin bertambah lepas tu sbb nak support demand baby yg nak membesar. Satu lagi, growth spurts bukan skali je. Masuk bulan ke-3, ke-4 dan seterusnya pun akan berlaku perkara yg sama. Hehe


Jika anda mempunyai soalan, insyaallah sekiranya mampu Mazni akan bantu anda. Boleh hubungi Mazni di


Call / Whatsupp: 019-2653791 atau  0192663791 
ID Shaklee: 963860
Email: maznizazmi@gmail.com
FB: Mazni Azmi  bagi sebarang pertanyaan lanjut.
Like kami di Facebook Page: Ibu bijak keluarga sihat
mendapatkan KONSULTASI TERBAIK dan INFO PERCUMA

Apa pendapat anda tentang artikel ini? Suarakan pandangan anda dibawah. Terima kasih banyak banyak ya