Cukup Ke Gaji Kita 5Tahun Akan Datang?

Cukup Gaji Kita 5 Tahun Akan Datang?
Assalamu'alaikum Wrmbth, Mazni yakin sahabat semua tentu risau dengan kos sara hidup yang semakin tinggi. Mengharap kenaikan gaji setiap tahun yang tak seberapa untuk menampung kenaikan harga barang keperluan asas memang tidak mencukupi.

Cuba lihat petikan akhbar dibawah, Gaji terkumpul RM6000 sebulan pun tidak mampu membeli rumah. Gaji purata untuk seorang lulusan ijazah pada masa ini pun baru RM2000. Sekiranya anda teliti gambar tersebut, selepas ditolak segala keperluan, hanya RM157 tinggal untuk simpanan.



macam mana jadi ahli shaklee

Mazni pasti ramai dari kita sedang risau dengan trend semasa. Mana taknya, peningkatan harga barang tak selari dengan pendapatan keluarga. Gaji naik, barang naik lagi banyak. 

Masalah ini tak ketara sangat bila anda belum berkeluarga, sebab anda belum nampak lagi betapa banyak wang yang diperlukan untuk membina keluarga dan keperluan asasnya.

Semasa anda merancang untuk berkahwin, dengan gaji yang ada dan anda tinggal di pusat bandar, bagaimana anda mahu berjimat? Kurangkan perbelanjaan bukan. 

Jangan makan luar, bawa bekal dari rumah, naik public transport dan buat carpool. Tapi nak masak sendiri memang jadi masalah besar untuk orang lelaki, hari hari makan maggi pun mana badan nak sihat kan? Nak ambil makanan tambahan pun belum tentu lagi.
Set Bersalin Shaklee

Public transport pula tak boleh diharapkan sangat kerana Mazni pun selalu naik komuter dan bas. Komuter selalu rosak dan tersangkut. Memang masalah besar.

Anak anak muda tak mampu nak kumpul belanja kahwin, walapun sudah ada calon pasti akan berasa tertekan. Wang hantaran tinggi. Minta pula serba berdiri, serba satu dan lain lain lagi. 

Akhirnya banyaklah kes gejaa sosial, penzinaan dan sebagainya. Nak nikah secara halal susah, perkara haram pula senang buat. Nampak tak kesan pada orang muda? Sesiapa ada rakan bekerja di hospital tentu sedar perkara ni. Kes anak luar nikah dah berleluasa sekarang ni. Dah jadi fenomena.

Bagi pasangan baru berkahwin pula, nak beli rumah tak mampu. Terpaksa menyewa, menyewa pula sampai bila kan. Harga hartanah makin naik lebih lebih lagi dipusat bandar. Kalau nak beli pun cari kawasan jauh, setiap hari nak pergi kerja terpaksa bangun awal untuk mengelakkan sampai lambat ke pejabat.
Set Bersalin Shaklee
Kerja bertimbun takkan pernah habis. Kita pun tak kaya kaya, Syarikat saja makin kaya

Setiap hari bangun awal pagi sebelum terbit matahari dan sampai rumah pula lepas matahari terbenam. Satu hari 3~4 jam berada dijalan raya yang sesak untuk ketempat kerja. 

Apa pilihan yang kita ada untuk lari dari "RAT RACE" ni? 

Kita terpaksa tingkatkan pendapatan. Boleh ke kerja makan gaji ni hidup selesa? Perlu kerja kuat untuk dapat gaji besar?

Anda perlu hebat berpolitik ditempat kerja dan bergelut dengan segala macam jenis manusia untuk berada diatas. Ya, ini terjadi di pejabat. Hihi.
Set Bersalin Shaklee
Dimana kita berada, mesti tedapat cabaran
Anehnya, kadang kadang tu terlebih berpolitik di tempat kerja sampai lupa buat kerja. Dalam kebanyakan kes melibatkan mengumpat dan membuat fitnah. 

Jika kita tahu tentang dosa dan pahala, tentu mahu elakkan perkara tersebut. Besar dosa buat fitnah ni. Sebab mulut juga ramai dari kit muflis diakhirat kelak.
Set Bersalin Shaklee

Kita sibuk buat amalan ibadat, puasa sunat dan sebagainya namun tindakan mengumpat, fitnah, bergaduh akan menyebabkan pahala amalan kita habis. Apa lagi pilihan kita ada?

Mari bekerja dengan aman, insyaallah selesa dan tenang pejabat.

Berniaga dan Ikut Sunnah Nabi SAW
Ya, tuan puan nampaknya pilihan kita hanya pada berniaga dan jadi usahawan. Walaupun bermula secara kecil kecilan.

Boleh ke meniaga? Kita tak ada pengalaman, ilmu pun tak ada. Saya tak da daram meniaga. Lainlah macam orang cina tu. Turun menurun meniaga. Modal pun nak kena pakai banyak. Mana la saya mampu.

Kalau tak jadi macam mana? Kalau ada orang tipu pula? Malu la nak jual barang? Kalau tak da orang beli macam mana? Apa orang kata nanti?

Kebanyakan yang gagal meniaga disebabkan tiada Mentor untuk mengajar apa yang betul dan salah dalam selok belok perniagaan.

Ilmu pula ikut ikutan. Belajar TRIAL AND ERROR. Mahal harga sebuah kesilapan, habis masa tenaga dan wang ringgit.

Sistem gundah gulana. Cara layan pelanggan lambat, tak senum langsung. Muka sendat poket ketat. Masam mencuka, pelanggan pun takut nak dekat. Duit lari terkulat kulat meninggalkan kita.

Ish3.. Betul ke susah nak meniaga ni? SALAH. Mazni dah banyak lihat kes orang berjaya dan bangkit dari kegagalan.
Set Bersalin Shaklee

Ada yang dah hampir muflis, rumah dilelong dan keluarga gundah gelana dan hutang keliling pinggang. Mereka tiada pengalaman dan ilmu meniaga. Modal permulaan pun tak banyak.

Kenapa perlu mulakan perniagaan jenis modal besar dan risiko tinggi. Pulangan lambat pula tu?

Mentor saya tekankan, orang baru nak belajar meniaga perlu cari perniagaan yang tidak perlu buat produk sendiri. Produk tersebut berkualiti, mudah didapati dan berkesan. Berisiko rendah dan tinggi keuntungan.
Set Menyusu Shaklee

Wujud ke Perniagaan Risiko Rendah dan Pulangan Tinggi Ni?
Ada. Memang ada, Risiko rendah, Pulangan tinggi namun perlu disusuli Tindakan Luar Biasa dan Tawakal pada Allah. Saya sudah jumpa dan yakin dengan perniagaan ini kerana saya sendiri telah menggunakan produk tersebut.

Hasil yang diperolehi memberangsangkan. Diri dan keluarga bertambah sihat dan gembira. Kami yakin dengan keberkesanannya hingga orang disekeliling kami mula perasan perbezaannya.

Tak pernah kami jual produk, dari perubahan yang ketara, badan lebih sihat mereka mununjukkan minat dan bertanya. Kemudia mereka mencuba produk tersebut.

Sedar tak sedar Mazni telah mula meniaga tanpa menjual. Mentor kami yang memberi kesedaran bahawa modal tak besar pun. 

Modal yang perlu adalah
  1. Modal guru yang betul
  2. Modal Ilmu dan Emosi yang positif
  3. Sistem dan strategi yang berkesan
  4. Tindakan luarbiasa dan tersusun rapi
  5. Impian dan Intention yang betul
Ya, dengan modal serendah RM75 sahaja, Mazni dan suami telah mula meniaga dengan produk berkualiti. Kami juga dapat berkenalan dengan insan yang telah berjaya dalam kumpulan rahsia.

Apa yang lebih menakjubkan, orang yang berjaya ini jenis merendah diri dan tidak lokek berkongsi ilmu. Mereka juga inginkan kami merubah hidup dan berhijrah menjadi lebih baik.

Syukur kepada Allah swt kerana membukakan jalan dan pintu rezeki ini ya Allah. Walaupun sedikit, kami akan amalkan dan ikuti jalan orang berjaya yang kau tunjukkan ini.

Allah swt telah bukakan pintu rezeki berupa rakan rakan yang positif dan ilmu yang bermanfaat. Contohnya, kami telah berpeluang menimba ilmu dari  Hafsah (Jutawan Petronas berumur 28tahun kini WAHM) dan Sifu Eiman di Kelas Facebook Ads Anjuran Group Inspirasi Shaklee di Setia Alam 7 September 2013.

Bak kata Mentor 
"Ikut Jalan Orang Berjaya, Anda Terpaksa Berjaya"

"Ya Allah ya Rahman Ya Rahim, Kau tunjukkanlah kami jalan orang yang berjaya, Hantarkan mereka kepada kami supaya kami dapat belajar dari mereka untuk berjaya juga."

"Agar kami dapat membayar zakat dan memberi sedekah yang banyak dengan ikhlas."

"Ya Allah, Bukakanlah hati dan lapangkan dada mereka diluar sana untuk mengikuti jalan semua Nabi dan Rasulmu sebagai seorang peniaga yang berjaya. "

"Bukakanlah pintu hikmah dan rezeki kepada mereka untuk mencari rezeki yang halal untuk keluarga mereka."

"Mampukanlah mereka menunaikan haji dan umrah, menghantar ibu bapa mereka yang telah tua untuk menunaikan haji dari wang yang diperolehi hasil perniagaan halal dan menambah nilai pelanggan mereka."

"Jadikan mereka orang yang jujur dan dihimpunkan bersama para nabi dan rasulmu di akhirat kelak. Kerana kami tahu itulah balasan untuk peniaga yang jujur."

"Amin Ya Allah."

Mazni tak pernah terlibat dalam urusan perniagaan ni. Dah selesa makan gaji. Dari dulu mak ayah dan orang lain cakap

"Belajar rajin rajin. Nanti senang cari kerja. Dapat gaji besar"

Malangnya, tak seindah itu bukan Hihi, jadi bila ada orang nak tunjukkan jalan yang lurus, jalan yang tak menyesatkan. Memang happylah Mazni dan Hubby. 

Masa mula mula masuk tu, Hubby Mazni dapat personal coaching dari Mentor. Banyak dia dapat ilmu baru. Dan semuanya tak perlu menjual. Teknik jemput jemput, nak tau teknik apa tu? Boleh baca post2 kami yang lain.

Lama juga coaching tu, ikut phone pun boleh. Nak jumpa sendiri lagi bagus. Cuma kami pun ada komitmen masing masing. Jadi phone pun buat masa ni sangat membantu.

Lepas coaching tu, kami cuba praktikkan apa yang dipelajar. Makan supplemen untuk sihatkan diri. Orang lain masa raya badan naik. Kami maintain je. Hihi. Mau orang tak hairan.

Last, orang tanya terpaksalah kita kongsikan. Lagipun benda baik kena kongsi dapat pahala. Insyaallah.

Alhamdulillah, dah dapat selesaikan masalah kesihatan saudara mara dan rakan. Sambil tu tambah ilmu baru dan kenalan. Best sangat perasaannya bila kita tolong orang tu.

Lebih lebih lagi lepas 4~5 hari mereka makan supplemen, dapat feedback positif. Tumpang gembira kami.

Kalau tak tahu apa apa kami ada secret group dalam FB. Insyaallah mereka sangat membantu. Ada ustaz, engineer dan macam macam latar belakang.

Adalah dalam 140 orang dalam tu. Boleh bincang2 tanya apa yang boleh diperbaiki. Sebab ramai yang kerja lagi, jadi ini caranya kami belajar dan terus maju dari pengalaman dan perkongsian orang lain.

Balik kepada isu utama, sekarang ni rumah dah mahal. Jadi penyelesaiannya kena tambahkan pendapatan. Nak tambah pendapat perlu tahu caranya.

Tips dan rahsia menjadi kaya, CARI MASALAH. Bukan timbulkan masalah tau. Tak sama. Kita betulkan niat meniaga, nak selesaikan masalah orang lain.

Dalam kes kami, nak selesaikan masalah kesihatan dan beri supplemen halal lagi berkualiti kepada orang disekeliling kami. MENTOR kami kata, nak kaya jangan niat nak kaya.

Tapi niat

"Saya nak selesaikan masalah orang lain dan tambah nilai hidup mereka"

Sekarang ni, orang melayu je ada masalah rumah sebab kita banyak makan gaji. Semangat meniaga tak ada sangat. Alhamdulillah semenjak dua menjak ni dah makin ramai contoh baik orang melayu islam berjaya dalam perniagaan yang boleh jadi contoh.

Kita selesaikan masalah orang, biar mereka jadi sihat. Lepas tu mereka akan cari kita semula dan rekemen pada kawan dan keluarga. Betul, itu resepi rakan rakan lain yang dah berjaya.


Ini pun belum sebulan kami join dah ada orang mula order. Insyaallah kami akan gandakan usaha dan tawakal pada Allah. Sebab dalam group kami, mentor selalu pesan

"Hubungan dengan Allah swt mesti baik, baru setiap usaha kita mendapat keberkatan"

Siap ada master checklist ibadat yang kami perlu buat untuk setiap bulan sebagai muhasabah diri. Mula mula memang penat, dan berat hati. Lama lama kita mula perasan yang dengan buat semua ini, hati jadi lebih tenang.

Tahap kebergantungan kita pada Allah swt pun meningkat. Insyaallah. Jadi sekarang kami rasa sangat teruja nak kongsi cara untuk kita semua dapat jadi lebih sihat dan tambah pendapatan keluarga.

Jangan bimbang, kita akan tolong tuan puan dari segi nasihat dan pemasaran. Mentor selalu pesan. 

"What you give, you get back more"

Modal serendah RM75, dah dapat ramai kawan dan ilmu baru. Sebab modal paling mahal adalah diri kita sendiri. Kalau beli makanan habis. Beli ilmu dapat guna sampai bila bila.

Betulkan? Tanya soalan ni pada diri sendiri


Anda Ingin keluarga sihat dan ceria dengan makan makanan tambahan yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Anda Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?


Hubungi Mazni untuk:-
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
cara jadi ahli shaklee
Mazni Azmi
Shaklee ID : 
963860
019-266 3791 (Call, SMS)
maznizaazmi@gmail.com





0 Response to "Cukup Ke Gaji Kita 5Tahun Akan Datang?"

Catat Ulasan

⛔⛔TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ⛔⛔

🌼🌺🌸 Maznee memang rajin membalas komen bonda semua. πŸ˜‰ Insyaallah akan lawati blog cik puan & bonda semula.🌸🌺🌼
.
Selamat bersilaturahim πŸŒ„