Jangka Hayat Botol Susu Baby

Jangka Hayat Botol Susu Bayi
Pernah tak terfikir botol susu yang kita pakai untuk anak2 kita berapa lama jangka hayat dia? Mesti anda akan ingat boleh ke pakai botol tu sampai bila2.. 
Set Menyusu Shaklee

Sampai dah tak boleh guna. Bila baca pasal jangka hayat botol susu barulah sedar bertapa bahayanya botol susu yang dah pakai lebih dari 3 bulan..

Tambah lagi yang ada calar kat bahagian dalam botol.. kesan calar ni akan mengeluarkan toksik dan membahyakan anak kita... Kalau yang BPA Free tu pun boleh tahan 6 bulan je..

Apatah lagi yang kita beli murah2 tu. Owhhh tidak kenapa info yang macam ni tidak di dedahlahkan secara meluas.. 

Sebab saya rasa ramai ibu2 yang tak tahu pasal ni... bagi yang baru tahu.. yang dah guna sampai setahun elokla buang je botol tu.. jangan tunggu2 lagi, kesian anak2 kita. 
Set Menyusu Shaklee

Bisfenol A (Bisphenol A) -- BPA         
BPA sangat tidak baik untuk kesihatan simanja. Sebagai ibu bapa kita perlu peka dengan keperluan anak kita. Jangan salahkan orang lain kerana ini memang tanggungjawab kita. Polikarbonat digunakan sebagai bahan utama kerana isfatnya yang lasak dan jernih. 

Kesan BPA Pada Bayi
BPA boleh disalah anggap oleh badan sebagai hormon estrogen yang berfungsi sebagai hormon yang mengawal perkembangan otak, sistem peranakan dan perkembangan embrio. 

Kesan yang negatif akan berlaku kepada janin mahupun bayi yang sedang membesar.

Emmm.. bila dah baca ni, rasanya eloklah kita bertukar dari botol susu plastik ke botol susu kaca..

Walaupun  kita pakai botol susu BPA Free, masih lagi kena tukar 6 bulan sekali.. sbbnya kalau dah 6 bulan pakai confirm botol tu dah calar balar (kena berus atau sebagainya)  

Kalau botol dah calar tentunya dia keluarkan BPA... jadi tunggu apa lagi.. jomla kita beli botol susu kaca untuk anak kita..

biarlah mahal sikit tapi elok untuk kesihatan anak kita. Jangan risau.. sekarang ada kat kedai jual cover botol bagi botol x senang pecah... try lah survey2. 

Menurut penyeledikan, antara masalah yang disebabkan oleh BPA adalah seperti berikut:
  1. Baligh awal
  2. Kanser payudara
  3. Kanser prostat
  4. Penyakit jantung
  5. Obesiti dan kencing manis. 
  6. Dikatakan mampu menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan kromosom.

Tips Elak BPA Bagi Botol Susu Polikarbonat
  1. Utamakan penggunaan botol susu yang diperbuat dari bahan kaca dan plastik BPA free. Jangan gunakan botol susu dari polikarbonat ya. 
  2. Sekiranya tiada pilihan dan anda terpaksa menggunakan botol polikarbonat, jangan jemur dan memanaskan botol tersebut dalam air panas dan juga menuangkan air panas menggelegak kedalamnya. Ini bertujuan mengelakkan BPA dari terbebas. 
  3. Berus yang tidak kasar perlu digunakan untuk membasuh dan membersihkan botol susu kerana mengelakkan permukaan dari calar. Kita disarankan menggunakan berus lembut dan span. 
  4. Detergen membasuh botol susu yang sesuai supaya tiada bertindakbalas berlaku antara sabun dan botol susu.
4 perkara diatas wajar diberi perhatian kerana menurut kajian penyelidik di Universiti Cincinnati, penggunaan air panas membuatkan BPA terbebas 55kali lebih cepat daripada air sejuk. 

Cahaya matahari dan calar juga menyumbang kepada peningkatan kadar pembebasan BPA kedala makanan.

"Ya Allah, Kaulah maha pendengar. Berilah kemudahan kepada kami para ibu bapa untuk membesarkan anak dengan sihat dan halal." 

"Bantulah kami dengan memberikan kami ilmu dan kemampuan untuk membesarkan anak dengan sihat. Kaulah sebaik baik Pemberi ilmu dan Syafaat. Lindungi kami dan keturunan kami dari mudarat yang diketahui dan tersembunyi. Amin"

Jika anda mempunyai soalan, insyaallah sekiranya mampu Mazni akan bantu anda. Boleh hubungi Mazni di


Call / Whatsupp: 019-2653791 atau  0192663791 
ID Shaklee: 963860
Email: maznizazmi@gmail.com
FB: Mazni Azmi  bagi sebarang pertanyaan lanjut.
Like kami di Facebook Page: Ibu bijak keluarga sihat
mendapatkan KONSULTASI TERBAIK dan INFO PERCUMA

Apa pendapat anda tentang artikel ini? Suarakan pandangan anda dibawah. Terima kasih banyak banyak ya