Peranan Ayah Membantu Ibu

Peranan Ayah Membantu Ibu Bersalin

Assalamu'alaikum Wrmbth semua. Untungnya mommies yang dapat bantuan dari para suami. Terutama selepas bersalin dan pantang. Semalam saya melawat saudara mara sekitar Klang bersama keluarga. Hari rayalah katakan, ada diantara sepupu suami saya yang baru 40 hari berpantang tapi badan masih slim lagi. Anak sudah 3orang dan 2 darinya lelaki. Baby boynya pun sihat Alhamdulillah. Cuma ibunya kelihatan sedikit cengkung.
Set Ibu Bersalin

Pengorbanan Para Ibu
Mungkin sebab penat menjaga anak dan bangun ditengah malam menyusukan simanja. Inilah kehebatan para ibu, sungguhoun diwaktu siang kita sibukkan diri dengan kerja rumah dan melayan permintaan anak anak (serta suami ) kita masih mampu bangun dimalam hari untuk baby.

Berbalik pada sepupu husband saya ni, bila ditanya apa rahsia kekal langsing walau anak sudah 3orang rupa rupanya dia tak ambil sebarang supplement pun. Semoga zat yang diambil mencukupi untuk anak dan ibu kerana kesannya tidak dapat dilihat semasa muda. Kehilangan jisim tulang dan gigi untuk ibu mengandung dan menyusu badan kerap terjadi.

Masa macam nilah para suami semua memainkan peranan dan menambat hati para isteri. Kami benar benar perlukan sokongan anda. World Health Organization pun ada keluarkan artikel tentang ini. Jadilah suami contoh dan idaman seperti Rasulullah SAW. Insyaallah aman bahagia rumahtangga kita kan.

0 Response to "Peranan Ayah Membantu Ibu"

Catat Ulasan

⛔⛔TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ⛔⛔

🌼🌺🌸 Maznee memang rajin membalas komen bonda semua. πŸ˜‰ Insyaallah akan lawati blog cik puan & bonda semula.🌸🌺🌼
.
Selamat bersilaturahim πŸŒ„