Maznee Azmi . Pengedar Shaklee pilihan hati. Yakin . Mesra . Berpengalaman

Set Bersalin Shaklee Terbaik Di Pasaran?

Set Bersalin Shaklee Terbaik?

Assalamu'alaikum Wrmbth, Terima kasih kawan kawan kerana melawat blog Harga Set Bersalin Shaklee. Kami amat menghargainya.

Pengalaman menjadi ibu bagi anak pertama adalah amat berharga. Saat melihat cahaya mata dilahirkan, timbul perasaan yang indah dan sukar digambarkan. Segala perasaan sakit bersalin terubat seketika saat menyusukan anak dengan susu ibu.
Set Bersalin Shaklee

Memang indah, Allah swt jadikan susu ibu susu terbaik untuk anak kita. Malangnya, tanpa ilmu keibubapaan (bagi kes ini ilmu penyusuan) ada diantara kita mengalami masalah susu tidak keluar. 


KLIK UNTUK VIDEO SET BERSALIN SHAKLEE


Mashaallah, betapa stressnya jika ini berlaku. Dapatkah set bersalin shaklee yang direkemenkan terbaik membantu kita menghadapi detik sukar ini?

Kesakitan dari proses kelahiran amat memberi kesan kepada keadaan mental kita. Badan sakit sakit dan tekanan kerana perubahan yang dialami (mendapat anak dan kurang tidur malam) memberi kesan kepada pengeluaran susu badan. Ibu tak boleh terlalu tertekan jika tidak susu ibu mungkin tak keluar.


Pada kelahiran pertama, saya masih tidak tahu akan konsep SUPPLY and DEMAND dalam pengeluaran susu ibu. Badan akan menghasilkan kuantiti susu berdasarkan permintaan yang diperlukan. Kuantiti susu pula sangat bergantung pada berapa kerap ia diambil oleh si manja.

Set Bersalin Shaklee
Luqman Hakim semasa belajar merangkak. :)

Jadi, sekiranya kita kurang usaha breastfeed anak, badan akan mengurangkan pengeluaran susu dan akhirnya tak keluar langsung. Jadi, amat penting untuk kita fahami kaedah merangsang pengeluaran susu yang banyak agar simanja puas dengan susu kita dan membesar dengan susu terbaik dicipta Allah swt untuk manusia (dan bukan susu formula)


Lebih memburukkan keadaan, Mazni menggunakan produk yang kurang sesuai semasa melahirkan anak pertama kami, Luqman Hakim Al Amin. Masih ingat lagi, saya membeli supplemen dari syarikat AXXXX dan jamu dari syarikat tempatan yang terkenal, Doktor menyarankan supaya saya tidak menggunakan jamu kerana sebaik Luqman Hakim dilahirkan terus disahkan menghidap demam kuning.

Set Menyusu Shaklee
Mazni simpan impian untuk berubah kearah yang lebih baik


Pilih Hospital Bersalin Lebih Awal

Kami bersalin di hospital pakar yang terletak di Klang, Alhamdulillah urusan melahirkan anak lancar dengan kehadiran suami disisi, perasaan takut dan risau dapat diatasi. 


(Mommies semua, jika diberi peluang, ajak hubby temankan di labour room, time nilah kita perlukan sokongan mereka dan satu pengalaman baik untuk para suami agar lebih menghargai pengorbanan isteri melahirkan anak)

Apa yang bagus dengan Hospital ini ialah Doktor dan staf bertugas semuanya wanita jadi aurat masih terjaga walaupun dalam sesetengah kes darurat kita tiada pilihan. 


Namun setiap hari kami berdoa agar Allah swt permudahkan urusan kelahiran anak ini.

Semoga jalan tidak sesak dan suami ada disisi semasa melahirkan. Ini sebab, jalan ke hospital tersebut memang terkenal dengan kesesakan jalannya. 


Walaupun secara realitinya, tak sampai 20km dari rumah tapi semasa masa puncak, boleh memakan masa 1jam 30 minit. Bukit Tinggi Klang memang begitu. Banyakkan berdoa Rabbi Assir Wa La Tu Assir agar di permudahkan urusan.
Set Menyusu Shaklee
Dilema ibu bekerja. Multitasking itu perlu. Stress jangan citer. Hihi

Syukur Alhamdulillah, Allah perkenankan doa kami. Pada 10 Oktober 2011, sebelum suami saya keluar bekerja saya sudah berasa tidak selesa dan terdapat pengaliran darah yang tidak normal keluar. Namun tiada rasa sakit walaupun ada darah yang agak banyak keluar.


Kami terus bergegas ke Hospital tersebut dan tidak menyangka pintu rahim telah terbuka 4cm dan doktor terus menahan Mazni untuk kelahiran. Kuasa Allah, menurut Doktor Khairian, pada kebiasaannya apabila pintu rahim terbuka 1cm pun dah sakit namun memang tak terasa sakit walau sudah 4 cm terbuka. Selepas suntikan diberikan untuk mempercepatkan kelahiran, barulah sakit bersalin terasa

Set Menyusu Shaklee
Hari hari Mazni doa, agar Allah swt permudahkan urusan bersalin

Detik 8.45 malam selepas isya' segalanya selesai. Baby boy seberat 2.9kg dilahirkan. 2 minggu awal dari tarikh yang dijangka (sebenarnya hanya 5% sahaja kelahiran yang berlaku tepat pada masanya). Selepas sehari, kami dibenarkan pulang. Pada masa ni, saya tak kenal lagi set bersalin terbaik di luar sana.



Demam Kuning Yang Tinggi

Balik dari hospital dengan kehadiran orang baru memang best. Allah saja yang tahu betapa gembiranya hati saya melihat anak kami. Si manja yang sekian lama bermain di rahim saya kini sudah lahir ke dunia. 2 hari pertama memang saya sangat rindukan perasaan janin didalam kandungan berpusing dan menyentuh dinding rahim. Dan saya juga akan rindukan layanan istimewa diberikan kepada wanita mengandung menaiki pengangkutan awam. Priceless :)


Atas saranan Doktor, saya tidak mengambil sebarang jamu dan supplemen pada peringkat awal kelahiran. Masuk hari ke tiga tanda tanda demam kuning semakin banyak. Macam macam cara kami lakukan, demam tak juga kurang. Akhirnya, kami kembali ke hospital dan Luqman Hakim terpaksa ditahan kerana Jaundice yang tinggi.

Set Menyusu Shaklee
Jika suami menolong kerja dirumah, memang lebih ringan tanggungjawab bersama

Hati ibu mana yang sanggup meninggalkan anak berseorangan di hospital. Nurse terpaksa memberikan susu formula kepada Luqman Hakim kerana susu badan yang dihasilkan tidak mencukupi. Panjang ceritanya, selepas 3 hari baru doktor benarkan kami pulang membawa Luqman Hakim. Saya masih belum menggunakan set bersalin yang dibeli.


Saya orang Melaka, dan menurut perancangan selepas seminggu kami di rumah mertua dan badan beransur pulih, saya akan kembali ke melaka untuk berpantang disana. Namun tak disangka selepas pulang kesana demam kuning kembali lagi. Bacaan kali ini juga tinggi sehingga ujian darah terpaksa dilakukan untuk monitor perkembangan.



Tak Cukup Rehat Dan Tidur

Sekiranya demam tidak kebah, tiada pilihan lain melainkan admit ward semula. Hanya Allah tempat kami bergantung. Suami terpaksa balik ke Selangor atas urusan kerja dan saya menghadapi ujian ini bersama keluarga di Melaka. Kebergantunganpada Allah amat tinggi. Berjauhan dengan suami disaat memerlukan merupakan salah satu ujian berat ketika itu.

Set Bersalin Shaklee

Hanya Allah tempat kami memohon sesuatu dan pada masa yang sama berusaha menghadapi ujian ini. Seperti biasa, peranan ahli keluarga amat penting, jika bukan kerana pertolongan mereka sudah tentu amat sukar bagi Mazni menghadapi ujian ini.


Supplemen dan jamu yang ada masih tidak dapat digunakan kerana boleh memburukkan lagi keadaan demam kuning. Terlintas di minda, apa guna berbelanja mahal namun produk tersebut tidak boleh digunakan kerana menyebabkan komplikasi lain kepada ibu dan bayi.


Semasa badan keletihan dan kesakitan kerana sakit bersalin dan luka jahitan, ditambah pula kekurangan rehat kerana berjaga malam menemani simanja, set bersalin dan jamu yang diharapkan membantu tidak dapat digunakan. Alternatif perlu dicari segera agar perkara yang sama tidak berulang kelak. Set bersalin terbaik dan berkesan mesti dicari.

Set Menyusu Shaklee
Tick Tock, Masa berpantang kurasakan begitu lambat berlalu

Ada dari kita dilarang untuk mengambil makanan tertentu semasa pantang kerana dipercayai mendatangkan mudarat. Jika kita tak dapat zat yang cukup, bagaimana untuk luka cepat sembuh dan badan cergas bertenaga?


Bila duduk di Melaka, daftar dengan klinik kesihatan tempatan. Staf nurse akan datang kerumah untuk pantau keadaan ibu dan bayi. Memang bagus kerja mereka yang murni ni. Namun, bersiap sedia untuk di bedil dengan tembakan bertalu talu. Kata kata mereka kadang kala pedas. Memang terkenal mereka ni dengan sikap sedemikian. 


Mungkin sebab tekanan berkerja dan sebagainya. Moga Allah swt permudahkan usaha anda mencari rezeki yang halal. Kita semua 
manusia, tak boleh lari dari kelemahan. Hanya Allah swt yang perfect kan mommies semua

Berkat usaha dan doa ahli keluarga, akhirnya demam kuning ini pulih sepenuhnya. Alhamdulillah. Amin



Pengalaman Bersalin Guru Terbaik

Ramai ibu muda termasuk saya melakukan kesilapan yang banyak melalui kelahiran pertama. Kurang ilmu, kurang pengalaman dan tiada keberanian. Berapa ramai dari kita terpaksa akur dengan kehendak orang sekeliling untuk memberi susu formula kepada bayi yang baru lahir kerana takut anak tak cukup susu dan susu tak banyak.

Set Menyusu Shaklee
Jangan dah jadi baru nak lakukan sesuatu. Belajar dari pengalaman silam

Saya belajar dari kesilapan lalu dan berharap mommies and future mommies tak ulang kesilapan kami. Carilah ilmu, dan ambil masa belajar teknik penyusuan yang betul kerana ini hak dan tanggungjawab kita sebagi ibu. Tulis matlamat menyusukan anak secara ekslusif di rumah pada tempat yang mudah dilihat agar ia terpatri di minda separa sedar. Inilah the Power of Visualisation.


What the mind can conceive, the mind can achieve. Kita semua boleh lakukan yang terbaik. Dan saya percaya dan yakin keputusan saya memilih set bersalin shaklee adalah terbaik untuk keluarga.



Hijrah Keluarga Kami Kepada Yang Terbaik

Saya tinggal di Klang, berhampiran dengan ibu mertua. Kerja di Kuala Lumpur berdekatan KLCC. Setiap hari perlu bangun awal jam 430pagi untuk menyiapkan hidangan anak kami, Luqman Hamim Al Amin yang kini berusia 2 tahun. Kemudian bergegas keluar selepas subuh disaat ayam belum berkokok untuk keluar bekerja di KL.

Tuntutan kerja dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu memerlukan saya kekal cergas dan bertenaga. Alhamdulillah pengambilan produk supplemen Shaklee benar benar memberikan kesan memberangsangkan. Badan lebih ringan dan kurang rasa letih dan lesu. Selepas ini, saya pasti akan menggunakan Set bersalin Shaklee yang terbaik insyaallah.


Alhamdulillah, kini dia sihat dan aktif. Setiap hari adalah keseronokan baginya. Ada saja perkara baru dilakukan, lincah dan cergas. Namun seperti ibu lain, anak saya terlalu sibuk bermain sehingga kurang minat untuk makan. Pelbagai usaha kami lakukan, namun kurang berkesan. Insyaallah dalam masa terdekat ini Ummi akan berikan Luqman Hakim dengan Meal Shake dari shaklee. 


Dengar review dari rakan rakan lain, bukan saja sedap rasanya dan penuh nutrien yang diperlukan simanja, malah digemari kanak kanak. Perkembangan dan pemerhatian ini insyaallah akan kami kongsikan untuk manfaat bersama.


Kini, Mazni mengorak langkah menjadi Shaklee Independent Distributor, semasa pergi ke Kelas Ahli Shaklee dan berjumpa dengan rakan yang positif, lebih bersemangat untuk pergi lebih jauh.


Sehingga berjumpa lagi. :) Love you all

Set Bersalin Shaklee

Untuk mencuba produk ini,sila hubungi saya di:


Call / Whatsupp: 019-2653791 atau  0192663791 
ID Shaklee: 963860
Email: maznizazmi@gmail.com
FB: Mazni Azmi  bagi sebarang pertanyaan lanjut.
Like kami di Facebook Page: Ibu bijak keluarga sihat
mendapatkan KONSULTASI TERBAIK dan INFO PERCUMA

Apa pendapat anda tentang artikel ini? Suarakan pandangan anda dibawah. Terima kasih banyak banyak ya