Maznee Azmi . Pengedar Shaklee pilihan hati. Yakin . Mesra . Berpengalaman

5 Tips Rahsia Pelajar Cemerlang Shaklee

5 Tips Rahsia Pelajar Cemerlang Shaklee

Assalamu'alaikum Wrmbth, Musim peperiksaan sudah tiba, Hari ini 12 september 2013, berakhirlah sudah peperiksaan besar UPSR. Macam mana adik adik menjawabnya? Boleh lulus cemerlang? 
Set Pelajar Cemerlang Shaklee

Bagaimana pula dengan ibu ayah, Mazni pasti kepala ibu bapa lebih runsing tentang anak anak mereka berbanding pelajar itu sendiri. harapan semua ibu bapa, anak saya mesti lulus cemerlang dalam peperiksaan

Set Belajar Shaklee

Peperiksaan memang penting, kerana sistem pendidikan sekarang menekankan kuantiti A. Dalam 2 tahun kebelakangan ini, sistem baru pula dilaksanakan. Tiada lagi peperiksaan PMR. Sekarang digantikan pula dengan PBS. Penilaian berdasarkan sekolah.

Set Cemerlang Shaklee
Guru mempunyai peranan dan tanggungjawab yang lebih berat untuk mendidik anak anak kita
Guru guru mempunyai lebih kuasa untuk menentukan tahap anak murid mereka. Apa pun yang berubah, kerisauan tetap ada dalam diri kita. Sejauh mana anak kita mampu bersaing secara sihat dalam keadaan yang semakin sengit ni. Pelajar yang pandai semakin ramai. Jauh beza dengan zaman kita dahulu. Siapa yang tertinggal akan rugi.
Pelajar Cemerlang Shaklee
Tekanan pada anak anak jika tidak dapat memahami pelajaran
Mazni sebagai ibu lebih menekankan akhlak anak dan sahsiah diri, kemudian barulah kecemerlangan akademik. Sebab melalui pemerhatian kita, walaupun masyarakat kita semakin pandai namun akhlak semakin hancur.
Pelajar perlu set matlamat
Pelajar yang ketinggalan, akan mula mengasingkan diri. Ponteng dan masalah disiplin menjadi piihan mereka

Ini yang buat Mazni dan ibu bapa lain keliru. jatuh bangun dan tingginya sesuatu tamadun diukur dari segi apa? Kita biasa dengan istilah PERADABAN.. Adab dan Akhlak adalah buah kepada ilmu.

Akhlak cemerlang
Terpuji dan cemerlang
Akhlak mulia pelengkap kepada ilmu yang bermanfaat

Saya ambil contoh Mentor Kami suami isteri dalam bisnes, Cikgu Firdaus dan Isterinya Cikgu Kamariah, mereka berdua study oversea dan setelah pulang ke Malaysia bekerja dulu untuk timba pengalaman dan akhirnya terjun ke bidang perniagaan. 

Masa pelajar mereka cemerlang, sekarang bisnes pun cemerlang gemilang terbang. Hihi~~. Buat ayam menjadi. Buat bisnes Shaklee berkembang.

Shaklee
Manusia cemerlang umpama pohon yang rendang dan memberi teduhan pada orang lain
Betul kata orang bijaksana zaman silam, Benih yang baik dicampak ke mana pun mendatangkan manfaat. Dicampak ke darat menjadi pokok tempat berteduh, dicampak kelaut menjadi pulau. Dalam group Shaklee kami, dah hampir 180orang mendapat manfaat, dan jumlah ini semakin bertambah. Insyaallah
Pelajar cemerlang
Walau dimana anda berada, sekiranya baik asasnya, maka baiklah hasilnya


Apa rahsia pelajar cemerlang ni terus cemerlang dalam hidup? 
Bukan saja dalam pelajaran tapi dalam hidup juga. Kami bertuah kerana terpilih untuk membaca buku Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang karangan mereka. Terlalu banyak faedah diperoleh, yang terus boleh diamalkan dalam hidup sebagai anak, pelajar dan orang islam insyaallah.

Saya kupas sedikit isi penting dalam buku ini untuk manfaat bersama. Ini hasil pengalaman sebenar mereka, bukan teori ek.

Benchmark pelajar cemerlang
Benchmark yang bagus akan memotivasikan kita untuk berubah kearah kebaikan
Kenapa saya pilih mereka sebagai penanda aras (Benchmark), ini kerana pada pandangan Mazni mereka lebih seimbang dalam mengejar kecemerlangan didunia dan diakhirat.
Ciri pelajar bijak
Ilmu dan pangkat tinggi namun rosak akhlaknya
Selepas anak anak Mazni dan hubby besar kelak, kami mahu lahirkan usahawan, dan golongan profesional yang berkhlak, beretika, berilmu pengetahuan tinggi. Ilmu dan akhlak akan pincang jika salah satu darinya tiada.

Sekarang ini terlalu banyak kes penyelewengan kuasa dan wang terpapar di dada akhbar. Apa yang merisaukan adalah, pesalah adalah dari mereka yang berpelajaran tinggi.


Lulusan universiti dalam dan luar negara. Tidak sepatutnya ini berlaku. Bukankah mereka golongan elit, boleh membezakan baik dan buruk? Nampaknya ada satu yang kurang, Iman didada bukan

Akhlak terpuji
Rasuah hasil dari akhlak yang reput. Masyarakat pasti akan terima padah. Istilah duit bawah meja
Ingatlah pesan junjungan Nabi SAW

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulallah bersabda: "Tidak akan berzina seorang penzina, jika ketika itu dia sedang beriman. Tidak akan minum arak, orang yang minum, jika ketika itu dia sedang beriman. Tidak akan mencuri seorang pencuri, jika ketika itu dia sedang beriman".


Maka jelaslah bahawa, mereka yang melakukan kemaksiatan dan kemungkaran tidak akan melakukannya jika masih terdapat iman didada. 


Marilah kita suburkan iman dan semaikan pohon ilmu. Pohon yang tumbuh ditanah iman yang subur akan menjadi tempat teduhan pelbagai makhluk lain. Memberi manfaat setiap masa dari oksigen dan buah yang dihasilkan.

tak cemeralng semasa belajar
Iman akan menghalang kita melakukan maksiat. Rasa bersalah melakukan dosa
Mari sama sama kita ambil pengajaran daripada perkongsian mereka yang telah berjaya. Bak kata Dr Azizan Osman, untuk berjaya MESTI ada Mentor, Ilmu, Sistem/strategi, Tindakan dan Ilmu/Intentian yang baik.
Cemerlang
Jalan kejayaan lebih mudah dengan tunjuk ajar guru

Ikut jalan orang berjaya, kita terpaksa berjaya

Jalan kejayaan
Bukan saya yang cakap, tapi Oprah Winfrey yang kata ek..


Kunci Rahsia Pelajar Cemerlang Dari Mentor Shaklee

1. Bersyukur Dengan Nikmat Allah
Bersyukur. Dengan bersyukur pada nikmat dan pemberian Allah, insyaallah kita akan dapati terlalu banyak pemberiannya. Selari dengan firman Allah swt di dalam alquran
“Sekiranya kamu bersyukur, pasti Aku akan menambah pemberian Ku kepada kamu, tetapi sekiranya kamu kufur, sesungguhnya Azab Ku amatlah pedih” - Surah Ibrahim, Ayat 7
Syukur dan cemerlang
Mari sama sama belajar bersyukur. Kunci kecemerlangan hidup

Syukur dengan nikmat kesihatan, kemerdekaan dan peluang untuk belajar dan berjaya dalam hidup. Pelajar cemerlang tidak mensia siakan nikmat ini dan berusaha sebaik mungkin.


Alangkah bagusnya jika kita semua bersyukur, sudah tentu semakin banyak yang kita akan dapat. Satu point penting, syukur mudah diucapkan namun sukar dihayati. Siapa yang dapat zahirkan dengan tindakan hingga sebati dengan tindakan mereka, tahniah mereka telah berjaya menjiwai rahsia pelajar cemerlang.

Sujud dan syukur

Daripada sekecil kecil nikmat ke sebesar besar pemberian. Insyaallah, mereka akan rebut.


2. Jaga Hubungan Dengan Allah SWT


Bagaimana menjaga hubungan dengan sang pencipta? Sudah tentu dengan melakukan perkara yang disukaiNya dan meninggalkan laranganNYA.

Hubungan Allah dan Cemerlang
Fikir fikirkan... kan kan
Sekiranya anda menyayangi ibu bapa, kita akan akur dengan semua arahan mereka. Kita mahukan mereka bangga dengan kejayaan kita. Belajar bersungguh sungguh disekolah, dan ringan tulang menolong dirumah.

Begitulah juga dengan Allah. Sembahyang fardhu di awal waktu, selalu berdoa kepadanya disaat susah dan senang. Point pertama (Bersyukur) tadi juga berkait rapat dengan jaga hubungan kepadanya.

Doa dan taubat

Setiap masa, Allah memberikan kita kasih sayang dan rahmatnya. Setiap apa yang dimiliki termasuk kejayaan adalah dari Allah.


Menurut perkongsian mentor kami, segala usaha yang dilakukan untuk berjaya aka sia sia tanpa izin dan kehendak Allah swt.


Ada saja pelajar yang bermati matian belajar namun masih gagal dalam peperiksaan. Namun pada masa yang sama ada pula yang malas ke kelas, tidak buat kerja sekolah namun keputusan peperiksaan mereka tetap cemerlang.


Kejayaan tidak datang dengan usaha kita semata mata, percayalah Allah swt menetapkan sesuatu untuk kebaikan kita sendiri.


Cuba fikir kembali, ada tak sesorang yang anda kenali, tidak sembahyang, selalu bersuka ria dan hidup bebas namun Allah swt kurniakan pangkat serta kekayaan?


Hidup mereka kelihatan begitu mudah sekali. Namun disisi lain kemungkinan nikmat yang Allah berikan merupakan istidraj. Melalaikan mereka dalam maksiat dan apabila tiba saatnya Allah menarik kembali semua yang ada.


Jagalah hubungan dengan Allah swt. Selalulah berdoa kepadanya. Merintihlah kepadanya agar diberikan kejayaan hidup didunia dan diakhirat. Allah maha mendengar, Dia pasti akan membalas dengan kebaikan.


Semoga Allah mengurniakan kita jalan untuk berjaya dan kejayaan itu pula mendekatkan kita pada sang pencipta.


Mazni sertakan doa doa yang bagus untuk penuntut ilmu amalkan. Moga jadi amalan harian ek..



Doa Amalan Pelajar Cemerlang

Set Belajar Shaklee



Set Belajar Shaklee


Set Belajar Shaklee



Set Belajar Shaklee Cemerlang


Set Belajar Shaklee Cemerlang


Set Belajar Shaklee Cemerlang


3. Matlamat Hidup Mesti Jelas


Mazni dapati persamaan hidup orang luarbiasa terletak pada matlamatnya. Tanpa matlamat kita tiada fokus dan pencapaian akan biasa biasa saja. 


Matlamat yang jelas akan membawa kita lebih jauh lagi umpama kapal yang berlayar di lautan berbekalkan peta yang lengkap dilengkapi sistem panduan satelit. 


Macam mana nak buat matlamat yang bagus? Matlamat tu mesti SMART



  1. S- Specific. Tak terlalu umum. Contohnya "Saya nak kaya" Tapi berapa kaya anda nak jadi untuk kaya? Nak beli kereta. Kereta brand apa? Bila nak beli. Matlamat yang lebih spesifik ialah "Saya nak dapat 5A dalam UPSR dan buat ulangkaji dari sekarang". Beza tak nak "Berjaya dalam UPSR"
  2. M- Measurable. Boleh dipantau. Misalnya, berapa peratus topik anda telah bersedia untuk UPSR?
  3. A- Achievable. Mampu dicapai. Matlamat tersebut mesti logik dan munasabah. Adakah logik anda mendapat RM1juta dalam satu hari? Jika anda pun ragu ragu.. bagaimana hendak mencapainya
  4. R-Realistic. Ia pernah dicapai orang lain. 
  5. T-Time Bound. Perlu ada selang masa
SMART boleh dihayati dalam semua perkara. Nak jadi pelajar cemeralng disekolah boleh. Pekerja cemerlang boleh. Suami mithali lagilah boleh. Hihi~~

Bersambung di bahagian ke 2 ek.. dah panjang sangat ni :)

0 Response to "5 Tips Rahsia Pelajar Cemerlang Shaklee"

Catat Ulasan

⛔⛔TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ⛔⛔

🌼🌺🌸 Maznee memang rajin membalas komen bonda semua. TOP 10 Pengomen terbanyak akan dipaparkan di Kanan blog ini! Dapat backlink lagi. πŸ˜‰ 🌸🌺🌼
.
Selamat bersilaturahim πŸŒ„