Maznee Azmi . Pengedar Shaklee pilihan hati. Yakin . Mesra . Berpengalaman

35 Tanda Awal Kehamilan & Alahan mengandung yang wajib suami tahu!

35 Tanda Awal Kehamilan Mengandung Anak Pertama

Assalamu’alaikum Wrmbth, Kali ni Mazni nak kongsi tanda tanda awal kehamilan yang sangat mudah ibu mengandung abaikan.
.
Kenapa penting sangat untuk tahu tanda tanda kehamilan setelah berhubungan? 
.
tanda awal kehamilan minggu pertama

.
Berapa ramai dari kita yang tak sedar diri dah hamil, Kemudian buat banyak kerja berat. 
.tanda awal kehamilan
.
Makan tak jaga dan sedar sedar keguguran. Sedih sangat bila tahu kan. Semua sebab tak sedar tanda tanda hamil anak pertama dan seterusnya semasa peringkat awal
.
Sekarang ramai ada masalah kesuburan. Macam mana cara mudah nak tingkatkan kesuburan suami isteri? Maznee rekemen cuba set kesuburan shaklee 2017
.
Memang menjadi idaman banyak pasangan untuk menimang cahaya mata seawal usia pernikahan. 

.
Hilai tawa dan gelagat mereka menceriakan suasana. Bagi pangan muda, ini tanda tanda mengandung yang sangat mudah dikenalpasti.  


.
Jika positif, tahniah, anda bakal menjadi ibu dan ayah.
.
Yey
.
Sekiranya anda masih tercari cari cara untuk hamil, teruskan berusaha. Boleh baca dan cuba sendiri Tips dan Petua Hamil Dengan Cepat dan Mudah

Sebelum pergi lebih jauh, suka Mazni nak ingatkan, tanda hamil bagi setiap orang tak sama. 

Ada yang dapat semua tanda berikut. 
.

17 Tanda Pasti Kehamilan Semasa Sebulan Pertama Mengandung !

Cara tahu dah mengandung
Ada pula satu je. Anak pertama, kedua dan seterusnya pun tak sama tanda tandanya. Itulah besarnya kekuasaan Allah swt, tanda hamil pun tak sama.
.

1.  Bra terasa ketat & tak selesa kerana breast semakin besar. Payudara “Miss B” rasa sakit.

Sebenarnya tanda mengandung ini mempunyai persamaan dengan tanda haid dah dekat.
.
Tapi menurut pengalaman ibu mengandung
.
Rasa sakit & tak selesa yang dialami pada payudara disebabkan hamil lebih teruk berbanding datang haid.
.
Tapi kan
.
Kenapa jadi begini?
.
Badan  kita akan mula bersedia untuk menyediakan bekalan yang cukup bagi pengeluaran susu ibu. 
.
"Payudara" akan berasa sensitive, terutama di bahagian puting susu. 
.
Dulu pernah dengar orang cerita tentang ni, tak tahu pulak betul ke tidak. Akhirnya, Mazni sendiri alami tanda ni. Jadi, sama sama kita ambil perhatian ya.

.
Dan, selepas kita disahkan hamil, saiz payudara juga akan membesar.
.
Ini persediaan badan untuk menyusu badan selepas anak lahir. Masa ini, ilmu penyusuan boleh mula dicari sekiranya merancang penyusuan ekslusif.
.
Sebab apa? Seleepas bersalin, ramai ibu muda kena bengkak susu kerana kekurangan ilmu. Banyak petua atasi bengkak susu ni. Klik untuk tips mudah atasi bengkak susu
.
Apabila anda hamil, hormon akan terus menghantar isyarat kepada tubuh anda supaya dapat bersedia dalam masa 40 minggu.

Ketika ini, saluran darah dalam payudara akan menegang dan mula membesar. Inilah sebabnya payudara akan semakin membesar apabila usia kehamilan semakin meningkat.
.
Jadi
.
Bila keluar tanda ini, masa untuk tukar saiz bra yang lebih sesuai & selesa
.
Supaya tidak mengganggu kerja
.
Para suami biasanya merasa isteri kelihatan lebih menarik sewaktu mengandung
.
Jadi berilah perhatian sebaiknya
.
Kepada kedua dua insan  tersayang ini

breast sakit tanda mengandung

2. Anak anda akan lebih manja

Kalau puan sudah ada anak sebelum ni, boleh lihat perubahan sikap mereka. Entah kenapa mereka lebih "mengada ngada" dengan mak ayah. 
.
Macam ada deria ke enam je nak detect adik baru. Tanda yang ni memang jadi sendiri kat kami. Anak sulung kami luqman hakim jadi jauh lebih manja.
.
anak manja tanda mengandung lagi?
.
Anak anda macam tahu tahu je tak lama lagi akan ada adik baru. Musykil musykil
.
Biasanya dia buat hal sendiri je, selalu berdikari. Tapi 2-3 minggu sebelum sah hamil, perangai dah berubah lain. Hihi
.
Kadang kadang tu sampai tak nak makan. Risau betul. Alhamdulillah Mazni beri Meal Shakes Shaklee Tambah Selera Makan Anak.
.
Dapat anak baru, hati anak yang lain kena jaga ek. Kecil kecil sudah ada perasaan cemburu tau. Kita yang kena bijak didik mereka. Insyaallah
.

3. Lewat datang Haid

Rasanya ramai dari kita yang tanda atas kalender tarikh terakhir kita "period" kan.  
.
Kalau kita sihat dan tiada masalah kesihatan, biasanya "kitaran haid" ni tetap dan tak berubah harinya. 

.
Kalau kebetulan bulan tu lambat sangat nak period, ada kemungkinan yang kita dah hamil.
.
Lambat hamil
gla complex shaklee untuk hamil
.
Sesiapa ada masalah kitaran haid tak teratur dan susuah dapat anak, boleh cuba GLA complex shaklee. 

.
Mazni pun dah amalkan. Alhamdulillah mengandung lepas 1bulan pakai. Sebotol pun tak habis lagi
.
Tanda awal kehamilan ni yang senang nak perhati, sebab kita sendiri yang monitor. 

.
Nak lebih canggih, boleh pakai aplikasi dalan HP untuk monitor kitar haid
.

4. Mengalami Rasa Mual & Loya kerana alahan mengandung!

Terasa teringin sangat nak makan asam dan jeruk? Sebab mual dan loya kan?
.
Kalau tak makan asam apa jadi? Mesti rasa pening pening loya dan nak "muntah". Apa maksudnya tu?
.

Ramai ibu mengandung mengalami loya kerana alahan hamil
.
Boleh dikatakan 3 dari 4 ibu mengandung berasa loya terutama sekali di awal pagi.
.
Hamil dan pening kepala tanda mengandung
.
"Morning sickness" dan pening memang selalu menyerang ibu mengandung pada trimester pertama.
.
Bila kita nak hamil, badan akan keluarkan hormon kehamilan dan antara kesan hormon ini pada tubuh kita adalah rasa mual mual. 
.
tanda awal kelahiran muslimah bertudung
Apabila kita sudah melalui pengalaman mengandung, barulah kita tahu pengorbanan ibu kita sebelum ini yang selalu dipandang ringan
.
Tanda awal kehamilan ni pun betul juga. Boleh tengok kawan kawan yang kena morning sickness tu.
.
Ada yang teruk, ada pula yang relaks saja. Semua orang tak sama. 
.
Kita terima je seadanya ek. Biasanya, trimester pertama memang teruk sikit, bila dah masuk trimester kedua rasa mual akan hilang.
.
Ibu yang mengalami ‘morning sickness’ dan muntah-muntah, perlu banyak minum air.
.
Sebab bila selalu muntah-muntah, badan akan kurang air
.
Dan
.
Selera makan mesti hilang punya
.
Deria bau pun jadi sensitif
.
Perut terasa lapar, tapi nak makan tak boleh.
.
Macam mana nak selesaikan tu?
.
Mazni amalkan makan ESP Shaklee untuk kurangkan morning sickness. Alhamdulillah sangat bagus dan berkesan. Perut pun kenyang lebih lama
.
Vitalea dengan iron, lengkap dengan 12 vitamin dan 7 mineral. Siap ada spirulina lagi. 
.
Kemudian kita akan mula tak lalu makan. Macam mazni, amalkan set mengandung shaklee, nak topup vitamin dan nutrien diperlukan semasa hamil.
.
Ibu hamil perlu jaga diet yang sihat supaya kandungannya mendapat zat yang cukup. Boleh baca artikel makanan ibu mengandung untuk lebih faham bahagian ni
.

5. Mengidam

Rasa teringin nak makan sesuatu yang sangat teruk. Itulah mengidam. 
.
Tapi, kalau badan kekurangan nutrien tertentu pun akan mengidam juga. Walaupun kita tak hamil. Jangan tak tahu ada masa orang lelaki pun boleh mengidam bagi pihak isterinya. 
.
Wireless kot. Hihi
.
Mengidam semasa hamil
.
Oh tidak... kenapa rasa teringin sangat nak makan ni
.
Mengidam ni susah nak jangka, kadang kadang benda pelik pelik kita nak makan. 
.
Walaupun sebelum tu memang kita tak minat pun makanan tu. Antara perkara pelik yang Mazni sendiri penah lihat, mengidam makan kopi, nak kunyah beras mentah dan sebagainya.
.
Kalau boleh kawal jangan dilayan sangat ek. Kesian en Suami nak carikan benda benda tu. Kalau tengah malam nak makan aiskrim mana nak cari? 
.
Nasib baik ada seven eleven. 
.
Kan
.
Siapa yang loya tu, selalunya suka makan masam macam jerukkan untuk hilangkan mual. Tapi tulah, jeruk banyak garam dan pengawet. 
.
Ada kesan tak elok pada anak dalam kandungan.
.
Kalau dulu Mazni cuba tahan sangat2, lebih lebih lagi masa trimester 1. Baby tak kuat lagi. Sekarang Mazni makan ESP Shaklee untuk ibu hamil. Sedap, masam masam dan berkhasiat.
.
Lega sikit, dapat makan benda masam. 
.

6. Makin kerap buang air kecil

Kenapa ibu mengandung akan kerana kencing?
.
Dari rujukan, ada kaitan dengan perubahan hormon dalam badan.  
.
Dan semasa mengandung
.
Badan kita memerlukan lebih banyak darah untuk ibu & bayi
.
Jadi lebih banyak darah ada dalam badan.
.
Semua darah ini akan melalui buah pinggang untuk ditapis
.
Sebab itu kita asyik rasa nak kencing
.
Lebih kerap dari biasa
.
Awal awal tu memang letih, sebab perlu lebih kerap ke tandas, lebih lebih lagi waktu malam.
.
Memang kualiti tidur terganggu
.
Jangan salah faham dengan tanda kencing manis ek, orang kencing manis aka diebetis akan kerap buang air waktu malam. 
.
Banyakkan minum air kosong untuk ganti balik air yang hilang dari badan.

Kerap ke bilik air

7. Letih dan lesu

Waktu mengandung, orang perempuan  dikatakan akan berubah sikap. Daripada seorang yang rajin dan aktif kepada seorang kaki tidur dan lesu. 
.
Bukan pemalas ya
.
Naik temperature isteri dengar suami panggil isteri malas
.
Penat letih semasa hamil shaklee
.
Bukan salah kita pun, perubahan hormon dalam badan seperti progesterone akan buatkan badan kita berasa letih dan kurang aktif.
.
Elok makan vitamin B untuk kurangkan stress dan lebih bertenaga.
.
Salah satu lagi punca letih sangat, mungkin badan anda kurang zat besi. Mazni ambil Vitalea with iron. Nak elakkan Anemia tau.
.
Sebab bacaan HB dalam darah rendah. Kalau jadi macam tu, anak kurang zat, sebab oksigen tak cukup dalam darah. 
.
Kes teruk baby boleh meninggal tau. Mazni ada share tentang ni dalam artikel vitamin ibu hamil untuk ibu mengandung tanpa alahan.
.
Keletihan melampau ini yang bukan disebabkan oleh kerja berat
.
Tapi menunjukkan tubuh si ibu sedang bekerja 2 kali ganda lebih kuat berbanding biasa untuk menyokong pertumbuhan janin.
.
Sebab itu ibu hamil perlu banyak rehat
.
Selain itu
.
Ibu yang mengandung mudah mengalami penyusutan kadar gula darah.
.
Perlu makan makanan yang berkhasiat & berserat supaya pembebasan gua lebih sekata.
.
Kenyang pun lebih lama
.
Masalah tekanan darah rendah juga menyumbang kepada rasa penat melampau.
.

Suami boleh tunjukkan teladan yang baik
.
Apa salahnya jadi lebih ringan tulang
.
Dan banyak membantu
.
Sejuk hati isteri tau

8. Kesan Pendarahan

Apabila period tak sampai sampai, timbul pula kesan tompokan pada pakaian dalam kuantiti sedikit. 

.
Itu ada kemungkinan berlaku penempelan embrio pada dinding rahim selepas proses persenyawaan. 
.
cepat mengandung tanda hamil
.
Tekanan di tempat kerja pun boleh sebabkan pendarahan
.
Tanda Kehamilan lepas pandang
.
Jaga kesihatan ek.. 
.
Tali pusat akan terbentuk menghubungkan janin dengan dinding rahim untuk mendapat zat dari ibu untuk pembesaran.
.
Pun begitu, agak sukar untuk kita bezakan tanda hamil ini dengan tanda datang period. Sebab kelihatan hampir sama.
.

7. Sembelit

Kenapa jadi sebelit ek, sebelum tu ok je. Ini semua penyesuaian badan untuk menyediakan setting optimum untuk mengandung. 
.
sembelit simptom hamil
Siapa dalam toilet tak keluar keluar ni.
Hormon progesterone bukan saja menyediakan rahim untuk menjadi lebih kaya dengan pembuluh darah, malah mengendurkan dinding usus besar supaya lebih banyak zat dapat diserap dari makanan yang diambil ibu.
.
Jadi, air dan zat dari makanan akan diserap sehabisnya, meyebabkan kesukaran membuang. Kiranya tak lawas macam biasa.
.
Nak senang membuang dan lawas masa hamil. Makan Ostematrix Shaklee. Betul berkesan. Harga pun murah je. Dapat tahan 2 bulan
.
Bukan saja best untuk melawaskan, tulang n gigi pun kuat. Tak rosak masa mengandung kerana kurang kalsium
.

8. Perubahan emosi yang sukar dijangka

Ini memang berita kurang baik untuk suami. 
.
Antara tanda awal yang en suami boleh kesan ialah, isteri cepat marah dan merajuk. 
.
perubahan emosi tanda mengandung
.
Masa period pun macam ni juge tapi moody masa hamil ni teruk sikit. 
.
Ada kes tu, sampai bergaduh suami isteri sebab hubby tak paham kenapa isterinya moody atas perkara kecil.
.
mood swing tanda sudah mengandung
.
Orang yang biasanya tenang pun boleh jadi segarang harimau. Bawak bertenang ya en husband semua.  
.
Inilah masanya anda nak tunjukkan keprihatinan anda pada pasangan masing masing. 
Set Hamil Shaklee
.
Stress? Rasa nak Marah? Lesu dan Letih Sangat? Vitamin B kompleks sangat sesuai untuk anda
.
Bukan senang nak mengandung ni, pening, loya, tak selesa dan sebagainya. Isteri perlukan sokongan anda.
.

10. Kejang, di bahagian bawah badan

Kaki dan bahagian abdomen akan terasa kejang secara tiba tiba. Sebelum ni tak pun. 
.
Mazni dah alami tanda ni, masa tu en hubby ada cakap awak ni mengandung ya? 
.
Boleh pulak dia teka betul walapun mazni belum tahu lagi.
.
kejang bawah perut tanda mengandung
.
Kenapa kekejangan berlaku? Badan sedang menyediakan rahim ruang untuk membesar bagi proses kehamilan.
.
Kemungkinan badan anda kurang kalsium pun ada. Jadi cukupkan keperluan kalsium ya. Minum banyak susu. 
.
Kalau tak selera minum susu, boleh ambil Ostematrix. Elok untuk sembelit juga
.

11. UPT Positif

Antara cara paling mudah dan selamat, gunakan Urine Pregnancy Test. 

.
Sekiranya terdapat 2 garisan yang kelihatan, insyaallah anda mengandung. Nak lebih pasti lagi, jumpa doctor dan buat ujian ultrasound . 


.
Insyaallah boleh Nampak kantung baby mula terbentuk daam rahim.
.
UPT tahniah hamil
.
Doktor akan kira anggaran usia baby dari saiz kantung, dan tarikh anggaran kelahiran dari pada hari pertama anda period bulan lepas.
.

12. Badan terasa lebih panas (Kerana suhu naik)

Bagus untuk Isteri yang sedang merancang untuk mengandung  mencatatkan suhu tubuh badan mereka setiap hari.

Kenapa ya?


tanda awal kehamilan mengandung


Ini di disebabkan perubahan suhu badan berlaku semasa ovulasi berlaku

Ovulasi ialah proses badan wanita mengeluarkan telur yang sedia untuk disenyawakan

Kalau kita selalu catat susu badan

Mudah untuk tahu

Jadi bolehlah merancang percutian bulan madu bersama suami

Dan peluang berjaya mengandung lebih tinggi. 

Cara ini memang terbaik untuk digunakan oleh isteri yang mempunyai masalah kitaran haid tidak teratur

Kalau haid teratur mudah nak rancang masa untuk bersama suami

Sebab tu kalau haid tu tak sama setiap bulan, sesuai gunakan cara ini. 

Apa akan jadi pada suhu badan kita selepas waktu ovulasi?
Suhu badan kita akan kembali normal jika telur tidak disenyawakan. 

Tapi

Kalau benih sperma suami berjaya berenang dengan jayanya & bersenyawa dengan telur ovum isteri

Suhu badan akan akan naik lebih tinggi berbanding biasa.
.

13. Rasa tak selesa pada perut

Badan ibu mengandung akan mengalami banyak perubahan semasa mengandung
.
Antara penyebab utamanya ialah kerana hormon kehamilan
.
sakit perut memulas semasa mengandung

.
Hormon ini juga akan mengubah sistem penghadaman kita menjadi lebih perlahan
.
Kesannya?
.
Kesan baik ialah badan kita akan menyerap nutrien dari makanan & air dengan lebih baik
.
Tapi
.
Kalau kita kurang minum air & makan makanan berserat mudah untuk kena sembelit & masalah penghadaman yang lain.
.
Ibu mengandung akan mempunyai pengalaman berbeza untuk setiap anak. 
.
Antara masalah perut yang dialami disebabkan mengandung ialah

  1. Perut kembung & masuk angin
  2. Terasa senak
  3. Sembelit
  4. Gastrik (Terutama kalau ada alahan mengandung yang teruk)
  5. Selalu kentut
  6. Kerap sendawa

14. Hilang atau kurang selera makan

Ada banyak punca kita hilang selera makan semasa mengandung
.
Antaranya sebab

  • Alahan mengandung (loya & muntah di awal pagi)
  • Kita kurang makan makanan yang mengandungi vitamin merangsang selera seperti vitamin b
  • Deria bau kita jadi terlalu sensitif. Makanan yang biasa kita suka kini berbau aneh
  • Tak ada mood nak makan (Perubahan hormon)

Biasanya
.
Pada trimester 1.
.
Ramai ibu kurang selera makan sebab alahan hamil. 
.
17 dari 20 ibu hamil alah terhadap beberapa jenis makanan dalam 3 bulan pertama kehamilan.
.
Dan selera ini akan beransur datang selepas masuk trimester ke 2
.
Tapi
.
Ada ibu yang tetap tak ada selera sehingga bayi lahir.
.
Yang ini kena dapatkan bantuan dari doktor & perlu ambil makanan tambahan untuk ibu mengandung
.

15. Kerap sakit kepala

Masih lagi di sebabkan hormon
.
Ibu yang baru mengandung mudah diserang sakit kepala.
.
sakit kepala semasa mengandung

.
Sakit kepala kerap berlaku kerana hormon estrogen & progesteron yang dihasilkan badan ibu untuk menyokong perkembangan bayi dalam rahim.
.
Boleh jadi juga
.
Sakit kepada disebabkan tahap gula darah yang dalam badan.
.
Ini akan menyebabkan sakit kepala kerana sel otak tidak mendapat gula yang mencukupi untuk tenaga.
.

16. Selera makan bertambah

Berlawanan dengan tanda awal mengandung tadi
.
selera makan bertambah semasa mengandung

.
Ada wanita yang mengalami pertambahan selera makan.
.
Dari bukan seorang kaki makan
.
Kepada pencinta makanan
.
Memang bertambah tambah nasi di pinggan
.
Alhamdulillah atas nikmat makanan kan
.
Tapi
.
Harus beringat ya
.
Trimester pertama kehamilan, jaga makan. Jangan sampai kena minum air gula
.
Sebab berat badan naik mendadak
.
Doktor suspek kena kencing manis. Bahaya kalau tak di kawal
.

17. Hidung & deria bau jadi sensitif

Sekiranya tiba tiba kita jadi sensitif terhadap bau busuk hingga rasa loya, boleh jadi kita dah hamil. 
.
Ini bukan salah suami kita ya.
.
selera makan bertambah semasa mengandung

.
Tiba tiba rumah jadi busuk.
.
Tapi sebenarnya kehamilan telah meningkatkan deria bau kita! 
.
Kesannya, bau yang sebelum ini tidak pernah mengganggu kita boleh jadi tak tertanggung busuknya.
.
Sampai muntah muntah. 
.
Antara perubahan yang paling ketara ialah bau makanan.
.

Makanan yang dulu sedap kini nak cium bau pun tak lalu
.

18. Selesema & hidung tersumbat

Badan kita Allah jadikan sengat hebat
.
selesema hidung tersumbat semasa mengandung

.
Sekiranya kita mengandung, badan kita akan mengalami perubahan.
.
Bayi di dalam rahim yang baru terbentuk akan menyebabkan sistem keimunan ibu kurang kesannya.
.
Sistem imun si ibu akan dicegah daripada menyerang & menolak janin disebabkan oleh hormon & antibodi yang dihasilkan oleh janin. 
.
Antibodi badan juga terlibat dalam pertumbuhan dan perkembangan plasenta. 
.
Akibat perubahan hormon ini kepada sistem imun, ibu lebih mudah mendapat demam & selesema. 
.
Hidung kita mudah tersumbat.
.
Sebab itu ibu baru mengandung selalu demam
.

18. Muka naik jerawat

Ada orang ni, kulit memang jenis susah naik jerawat
.
Tapi
.
Tiba tiba jerawat naik dengan banyak
.
Ini boleh jadi tanda awal mengandung. Sebab perubahan hormon. 
.
Cuma biasanya masalah ni tak lama. Lepas hormon stabil, jerawat pun hilang.
.
Tapi jangan seronok seronok tekan jerawat ya.
.
Nanti meninggalkan bekas jeragat
.
Dan boleh juga menyebabkan jerawat merebak
.

20. Perubahan selera

Kenaikan hormon dalam darah kita boleh mengubah selera kita. 
.
Ada ibu hamil yang rasa kelat seperti rasa logam dalam mulut kita.
.
Dan ini mengubah rasa makanan yang biasanya menjadi kegemaran kita
.
Sesetengah ibu hamil tidak akan lalu daging & ada pula yang muntah semasa menggosok gigi kerana tidak tahan rasa ubat gigi.
.
Selalu kita dengar kisah ibu hamil makan benda bukan bukan
.
Ada yang makan arang
.
Ada makan beras
.
Keadaan ini orang putih panggil pica.Orang kita kata mengidam.
.
Boleh jadi kita kekurangan zink & zat besi semasa mengandung. Sebab itu ada rasa mengidam yang aneh aneh.
.
Sebenarnya
.
Tak ada bukti jelas mengapa wanita mengandung mengidam.
.
Antara teori yang diterima ramai ialah badan kita inginkan vitamin dan mineral yang kurang dari diet makanan diambil semasa hamil.
.
Antara cara moden untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan mengambil vitamin kehamilan seperti set mengandung shaklee.
.

21. Perubahan warna faraj

Tanda mengandung susah untuk perasan
.
Perubahan warna berlaku kerana berlaku peningkatan aliran darah yang di kawasan pelvis, warna faraj akan kelihatan lebih gelap dari biasa
.
Selesai sudah kita kongsikan tanda mengandung
.
Adakah puan mengalami tanda diatas?
.
Tahniah kerana berjaya hamil
.
Sekarang ni macam mana nak menikmati 9 bulan kehamilan tanpa alahan mengandung yang teruk?
.
Cuba 14 tips di bawah ini
.

14 Cara atasi alahan mengandung dengan cepat! Suami & isteri wajib tahu untuk lebih bertenaga

cara atasi alahan mengandung

  1. Nikmati biskut lemak (cracker) atau snek sihat kegemaran selepas bangun tidur untuk mengurankan asid perut & membantu kekalkan tahap gula darah dari jatuh terlalu rendah.
  2. Makan hidangan kecil lebih kerap setiap 2 jam untuk elakkan perut kosong yang menyebabkan loya.
  3. Isi perut sebelum kita tidur untuk mengurangkan rasa nak muntah selepas bangun esok pagi.
  4. Kerap ambil makanan berkhasiat kaya dengan vitamin b6 yang boleh mencegah alahan seperti buah pisang & tembikai.
  5. Makanan berhalia membantu melegakan penghadaman & masalah perut dengan memakan makanan berhalia. 
  6. Tambahkan lemon dalam makanan & minuman untuk meneutralkan asid yang terdapat dalam perut.
  7. Pengambilan makanan masam boleh sedikit sebanyak mengawal rasa loya
  8. Cukupkan keperluan air kosong seharian. Badan akan rasa lebih bertenaga & mengelakkan kencing kotor.
  9. Jangan ambil air yang banyak sekaligus. Minum sedikit beransur ansur sepanjang hari
  10. Makan vitamin untuk ibu mengandung seperti set mengandung shaklee selepas makan atau sebelum tidur.
  11. Bergaya dengan pakaian yang longgar, menyerap peluh & baik peredaran udara. Pakaian dari kain kapas sangat baik. Rasa panas menyebabkan rasa mual dalam perut. 
  12. Jangan pergi ke tempat yang mempunyai bau yang kuat. Contohnya kedai minyak wangi & dapur kedai
  13. Dapatkan rehat yang secukupnya. Tidur bila perlu
  14. Selalu bersenam & dapatkan udara segar.

Cukup tak 14 tips untuk kawal alahan ni?
.
Kalau tak cukup. Sila klik & baca artikel di bawah ini. Maznee kongsi 26 cara berkesan atasi alahan hami
.
Sumber: Cara atasi alahan mengandung teruk
.
Jika anda sedang membaca artikel ini sehingga habis, Mazni doakan anda sihar dan kuat sepanjang kehamilan
.
Jaga kesihatan baik baik ya. Perhatikan tanda tanda kehamilan ini sekiranya ada dan berdoa pada Allah agar kandungan dipeliharanya.
.
Antara amalan ibu mengandung yang bagus telah Mazni kongsikan sebelum ini.

.
Sebelum mengakhiri artikel ini, Mazni ingin sarankan beberapa bahan bacaan tambahan untuk tuan dan puan.


.
Antaranya ialah
  1. Makanan berkhasiat meningkatkan untuk kesuburan  lelaki & wanita yang membantu supaya mudah mengandung. KLIK
  2. Apakah makanan untuk ibu mengandung yang mesti dijauhi supaya bayi sihat? Suami Tolong Pastikan Isteri Tidak Makan Ini KLIK
  3. Amalan suami semasa isteri mengandung untuk kebahagiaan rumah tangga? Suami Idaman Lakukan Ini KLIK
.
Jom amalkan sama sama doa dibawah ni. Moga Allah beri rahmatnya pada keluarga. Insyallah
.
Doa keluarga bahagia
.
Sekiranya anda mengalami gejala kehamilan yang teruk, boleh cuba amalkan set kehamilan Shaklee

.
Alhamdulillah Mazni sedang gunakannya, dan hasilnya sangat positif. Wallahu’alam
.
Dan dulu.. Kami suami isteri juga menunggu 3 tahun untuk dapat anak. Akhirnya setelah mengambil set kesuburan lengkap shaklee.. 
.
Syukur Alhamdulillah mengandung juga. 
.

Kuasa Tindakan Penentu Segalanya.

Baru baru ini kami baru membaca sebuah buku yang sangat bagus. Memang telah membantu pasangan yang ingin cepat hamil. 
.
Dan dengarnya, semakin ramai suami isteri yang telah menunggu bertahun tahun berjaya menimang cahaya mata selepas membacanya.
.
Oleh kerana kesuntukan masa, beberapa tips penting tidak sempat ditulis juga.
.
Jika anda mempunyai soalan, insyaallah sekiranya mampu Mazni akan bantu anda. Boleh hubungi Mazni di
.
SMS / Whatsupp: 
019-2653791 atau  0192663791 

ID Shaklee: 963860


FB: Mazni Azmi  bagi sebarang pertanyaan lanjut.

Like kami di Facebook Page: Ibu bijak keluarga sihat
mendapatkan KONSULTASI TERBAIK dan INFO PERCUMA

Apa pendapat anda tentang artikel ini? Suarakan pandangan anda dibawah. Terima kasih banyak banyak ya
Set mengandung shaklee harga

24 Responses to "35 Tanda Awal Kehamilan & Alahan mengandung yang wajib suami tahu!"

  1. Banyak betul tanda tanda mengandung ya puan.

    Tapi maca m banyak tanda tanda ni hampir sama dengan tanda datang piyed

    Tanda tanda hamil dan datang piyed ni memang lebih kurang ek?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang ada persamaan.

      Tapi sama tak semestinya serupa kan

      Haha

      Padam
  2. Balasan
    1. Terima kasih ain

      Semoga bermanfaat kepada sis

      Padam
  3. Memang pun.. suami patut ambik tahu ni.. hehe.. dah pernah ada pengalaman isteri gugur...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju kan tuan

      Terima kasih singgah

      Saya turut simpati atas keguguran lepas

      Lepas ini dah ilmu boleh jaga isteri mengandung lebih baik lagi kan

      Padam
    2. Semestinya akan jaga dengan lebih baik.. Terima kasih.. hehe

      Padam
  4. nice sharing & good info for para suami out there..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih singgah blog Maznee sis Azi

      Kalau suami lebih faham keadaan dan kesusahan isteri semasa mengandung

      Dan membantu untuk buatkan isteri lebih selesa

      Memang bagus

      Bahagia keluarga

      Padam
  5. Suami dan isteri yang baru berkahwin

    dan belum ada anak lagi memang bagus untuk baca artikel tanda bersalin & alahan mengandung ni

    Sebab kurang pengalaman kan

    Dari pembacaan sangat membantu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Membaca memang jambatan ilmu

      Dari situ minda kita berkembang

      Padam
  6. Tetiba rasa nak mengandung lagi..eh..
    Thanks sharing.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tetiba pulak nak mengandung lagi ya ema

      Hehe

      Kena selalu singgah sini lah.

      Dapat tips kehamilan

      Padam
  7. Gaduh suami isteri perkara biasa..

    cuma luarbiasa kalau tak gaduh-gaduh hehehe

    kalau ada best juga tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Keserasian terhasil daripada konflik yang di urus dengan baik

      Dari masalah juga kita belajar diplomasi

      Padam
  8. Bukan saja isteri perlu tahu tentang ni hal-hal mengandung ni.. Suami pun perlu ambil tahu dan ambil berat.

    Baru la wujud kefahaman dan melahirkan...

    keluarga yang bahagia :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju tuan

      Suami isteri mesti tolong menolong

      Baru keluarga bahagia

      Padam
  9. bagus tanda tanda kehamilan yang maznee beri ni

    tapi

    ibu tak de plan nak tambah anak dah

    Cukuplah 2 orang ni

    semoga dapat besar jadi anak soleh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang ni anak ramai kos sara hidup tinggi

      memang betul rezeki itu datang dari Allah swt

      Tapi Allah pun kata takkan berubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri mengubahnya

      Jadi kalau nak anak ramai dan nak berjaya

      Hukum alamnya kena kerja kuat & berusaha

      Hehe

      Semoga anak ibu zaid 2 orang tu jadi orang soleh

      Padam
  10. Ana masa awal pregnant langsung tak syak apa2 sbb sblm tu byk kali mengharap tp xde lg. Sekali tu duk sakit kepala setiap hari.ingat sbb diet tp dh mkn pun still sakit kepala. Try lah buat pregnancy test sekali ada rezeki. Lepas dr tu mmg teruk kena morning sickness. Sakit kepala jgn ckplah. Lps tu bau wangi semua tak boleh. Sampai bulan ke-3 br ok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang ada persamaan kan ana dengan tanda awal mengandung yang ada kat atas ni

      Bulan ke 3 dah ok sebab hormon hcg tu dah turun

      Kalau tidak memang sakit kepala sampai bila

      Hehe

      Anak ana pun dah besar sekarang kan

      Terima kasih ya sebab singgah blog Maznee

      Sudi tinggalkan komen lagi

      Padam
  11. Yang paling biasa dah tentulah haid tak dtg mcm biasa....
    Perasan tak, bila tau je kita mengandung automatik tekak rasa loya dan mengidam.... mcm ngengada pulak kan hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahah

      Itu dah mindset hainom

      asal mengandung je terus manjakan diri

      sama macam lepas gaji

      Sebelum gaji nak jimat

      Asal gaji dah masuk je terus fikiran rasa nak makan sedap kat mana hari ni

      Kan kan

      Terima kasih hainom sebab singgah blog Maznee

      Padam

⛔⛔TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ⛔⛔

🌼🌺🌸 Maznee memang rajin membalas komen bonda semua. TOP 10 Pengomen terbanyak akan dipaparkan di Kanan blog ini! Dapat backlink lagi. πŸ˜‰ 🌸🌺🌼
.
Selamat bersilaturahim πŸŒ„