Maznee Azmi . Pengedar Shaklee pilihan hati. Yakin . Mesra . Berpengalaman

Fungsi Set Kesuburan Shaklee | Khasiat Lengkap Untuk Suami Dan Isteri Ingin Hamil

Fungsi Set Kesuburan Shaklee | Khasiat Lengkap Untuk Suami Dan Isteri Ingin Hamil
Assalamu'alaikum Wrmbth, sebelum ni Mazni dah kongsikan tentang set kesuburan shaklee.



set kesuburan shaklee budget bajet murah

set kesuburan shaklee berkesan untuk suami isteri

set kesuburan shaklee untuk lelaki suami

set kesuburan shaklee lengkap terbaik

fungsi set kesuburan shaklee untuk suami isteri

Kali ni nak cerita pasal fungsi setiap zat dalam tu.

Apa yang bagus dengan setiap tu. Takkan senang senang je makan terus subur kan?

AMARAN: VIDEO INI BUKAN UNTUK MEREKA YANG TIDAK MAHUKAN ANAK. JANGAN KLIK


Artikel Kali Ini Akan Membantu Anda
1. Mengetahui Fungsi Dan Khasiat Zat Penting Dalam Set Kesuburan 
2. Tips Berguna Untuk Amalan Anda
Dalam banyak banyak nutrien yang diperlukan badan. Vitamin B, C dan E sangat penting untuk kesuburan lelaki dan wanita.

Kenapa? Ketiga tiganya diperlukan badan untuk kekalkan kestabilan hormon dalam badan.

Elakkan makanan bergula dan berlemak tinggi. Ia boleh ganggu pengeluaran hormon dan menaikkan berat.

Kesuburan boleh terjejas sebab makanan ni.

Fungsi Khasiat Dalam Set Ini
Kita mulakan dengan vitamin dulu.
1. Vitamin B Complex
Dalam ni ada banyak komponen vitamin B yang penting untuk badan. 

Dalam banyak banyak tu ada 2 yang sangat penting untuk kesuburan suami isteri.

i) Asid Folik (Folic Acid)
Kalau tak makan vitamin shaklee, kita boleh dapat dari sayur hijau seperti bayam, asparagus dan buah buahan seperti kiwi, aprikot, biji bunga matahari, putih telur dan kacang - kacangan. 

Keperluan harian adalah 400mg sehari. Kenapa perlu makan?

Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan

Dan

Mencegah kecacatan janin.

Folic Acid elok dimakan oleh suami isteri setiap hari sebelum merancang kehamilan.

Selepas hamil pula isteri digalakkan mengambilnya setiap hari.

ii) Vitamin B6
Dalam banyak banyak vitamin b, yang ni memainkan peranan penting untuk kesuburan.

Inilah heronya kawan kawan. Vitamin B6. Hormon untuk pembiakan sangat bergantung pada vitamin ni.

Oklah, kalau makan supplemen, anda boleh dapat dari makanan seperti sayuran hijau, Kekacang, Tauge, Bijirin, Beras, Gandum dan Roti

Tapi kena makan sayur dan buah yang segar baru ada. Kena cari yang bebas racun serangga perosak dan pengawet. 

Kalau tidak mudarat yang datang pada badan kita. Nak senang makan sebiji pil B complex Shaklee. Tak payah pening pening.

2. Vitamin C 
Sangat diperlukan badan untuk daya tahan lawan penyakit. Sangat penting bagi lelaki dan wanita. 

Badan yang sihat akan hasikan sperma berkualiti. Ibu yang sihat akan lebih kuat semasa mengandung.

Antara sumber semula jadi bagi vitamin C ialah buah - buahan seperti mangga dan jambu batu.

Boleh ambil sebiji tablet Vita C sustained Release untuk keperluan harian.

3) Zat Besi atau Iron
Zat besi diperlukan untuk badan kita membina sel darah merah yang berkualiti. 

Kekurangan sel darah merah (anemia) kerana diet tak cukup zat besi.  

Kalau isteri ada anemia, memang menjejaskan kesuburan dan peluang mengandung adalah rendah. 

Kawan kawan boleh makan makanan yang kaya dengan zat besi seperti 
  1. Daging lembu
  2. Daging kambing
  3. Daging ayam
  4. Kekacang 
  5. Sayuran hijau seperti bayam
Zat besi terkandung dalam Vitalea with Iron Shaklee. Vitalea ni ada 12 vitamin dan 7 mineral untuk kesihatan.

4. Zinc / Zink

Zat ini berfungsi meningkatkan kualitas dan kuantitas sperma. umumnya terdapat pada :
-  Kerang
-  Kuning telur
-  Daging merah
-  Biji - bijian (sereal, gandum)
-  Kacang - kacangan

MAKLUMAT TAMBAHAN ISTIMEWA UNTUK ANDA 1. Air
Air mempunyai fungsi penting untuk kesuburan kerana ia meningkatkan pengeluaran hormon progesteron (untuk isteri) dan testosteron (untuk suami).

Kita digalakkan minum 3 liter air sehari atau bersamaan dengan 8~10 gelas. Murah, mudah didapati.

Minum air banyak banyak ye kawan kawan.

2. Omega 3
Sama seperti asid folik, omega 3 juga sangat bagus untuk kesihatan otak. Ibu dan anak dalam kandungan dapat manfaatnya.

Sumber omega 3 kawan kawan boleh dapat dari ikan ikan laut, seperti tuna dan salmon, kekacangan seperti flaxseed, dan walnut. 

Sekarang ni dah ada telur yang kaya dengan omega 3 di jual di supermarket.

Cuma kawan kawan perlu sangat menjaga cara memasak makanan ni supaya tidak rosak. 

Api yang terlalu besar akan merosakkan omega 3, boleh datangkan mudarat pada kita. 

Cara selamat selain dari makanan adalah makan Omegaguard Shaklee. Insyaallah selamat dan kaya dengan omega3.

Jika kawan kawan ada sebarang soalan mengenai set kesuburan shaklee, boleh hubungi Mazni di


Call / Whatsupp: 019-2653791 atau  0192663791 
ID Shaklee: 963860
Email: maznizazmi@gmail.com
FB: Mazni Azmi  bagi sebarang pertanyaan lanjut.
Like kami di Facebook Page: Ibu bijak keluarga sihat
mendapatkan HARGA dan INFO PERCUMA

Atau kongsikan di ruangan komen dibawah. Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Datang lagi ya.