Strategi Jadi Ahli Shaklee | Macam Mana Nak Bina Asas Yang Kukuh

Strategi Jadi Ahli Shaklee | Macam Mana Nak Bina Asas Yang Kukuh

Assalamu'alaikum Wrmbth, Azmi di sini, ganti Mazni untuk bahagian pemasaran. 

Jika anda sedang tercari cari cara untuk bina tapak dalam sebarang bisnes, perkara no 1 yang kita kena fokus adalah pemasaran.


Ok, masuk Shaklee dan daftar jadi ahli memang mudah. 




Yang susahnya macam mana nak capai quota jualan setiap bulan. 

Jika kita  nak orang join bawah kita, satu perkara kena ada untuk yakinkan mereka adalah hasil. Betul.. RESULT

Apa yang kita boleh beri pada anak anak Shaklee supaya mereka boleh naik bersama. 

Bukankah prinsip kita untuk bimbing mereka menjadi seorang usahawan berjaya.

Hasil dari  pengalaman kami, Mazni Azmi selepas mendaftar menjadi ahli Shaklee, ini pemerhatian kami tentang cara kita berkongsi

  1. Media sosial - Facebook, twitter dan lain lain
  2. Kawan kawan sepejabat
  3. Keluarga terdekat
  4. Blog
Paling cepat untuk sebarkan berita pada kawan kawan yang kita ni ahli Shaklee ialah melalui media sosial. 

Guna je facebook. Semua kawan dan keluarga tahu kita jual Shaklee. Nampak macam mudah.

Tetapi jika hari hari anda menjual mengenai produk Shaklee, orang pun boring dan jemu. Akhirnya mereka hide anda daripada wall facebook.

Sebab tu post kita takde respon. Lebih serius, kawan kita unfriend sebab iklan keterlaluan.

Elakkan jadi macam ni. Ada seni berkongsi di Facebook. Antaranya gunakan teknik jemput jemput dalam post.

Elakkan menjual, tapi kita kaitkan semua aktiviti harian dengan Shaklee.

Barulah orang boleh terima.

Cara ni ramai sangat orang buat. Jadi persaingan pun tinggi. Bilangan friend yang perlu ada dalam list ialah minimum 2500 orang.

Dan 2500 orang ini pula jenis kawan kawan yang memang mahu membeli. Ikut statistik, yang beli Shaklee ni ramai perempuan.

Usia 25~50 tahun. Kalau ada lelaki dalam friendlist tu besar kemungkinan mereka tak beli pun.

Dan facebook sangat ketat dalam menambah kenalan. Kalau kita main add je, silap haribulan boleh kena block dari menggunakan facebook.

Jadi add dengan berhemah ya. Saya pun pernah kena block sementara dari Facebook masa awal awal dulu. Hehe.

Macam mana nak tambah friend? Cari semula kawan kawan lama, dari sekolah universiti dan lain lain.

Insyaallah anda tak kan kena blok. Tapi hadkan bilangan rakan yang ditambah setiap hari ya.

Berkongsi Kebaikan Shaklee Dengan Rakan Sepejabat
Macam mana nak kongsi, jangan jual. Lari semua kawan kawan kita.

Asal nampak kita je lari. Sebab mesti nak jual barang. Jadi apa anda nak buat?

Siapa siapa pernah kerja pejabat, rajin rajinlah sedekah makanan. Letak atas meja biskut dan kerepek. Tiap tipa kali mereka nak mengunyah mesti datang meja kita kan.

Itu caranya, letak produk Shaklee atas meja. Secara tak langsung mereka akan nampak. 

Makanlah vitamin Shaklee depan mereka. Kalau sebelum ni kita terkenal dengan juara MC, selalu tak sihat.

Selepas makan produk Shaklee mesti mereka hairan. Bos anda pun tertanya tanya. Kenapa cuti anda tak berkurang.

Jadi testimoni bergerak. Akhirnya mereka pun tanya dan terpaksalah anda kongsi. Senangkan? Ini kisah benar

Kalau anda bersaiz XXL, makan je set kurus Shaklee. Selepas anda kurus, mesti akan tarik perhatian. 

Mesti mereka tanya. Apa rahsia ko jadi kurus ni. 

Senangkan? Senang ke senang?

Dengan saudara mara pun sama. Yang tu kita cerita lain kali.

Insyaallah kita sembang lagi strategi jual tanpa menjual. 

Assalamu'alaikum

Penulis: Azmi