Maznee Azmi . Pengedar Shaklee pilihan hati. Yakin . Mesra . Berpengalaman

Produk Shaklee Untuk Kanak Kanak

Produk Shaklee Untuk Kanak Kanak
Assalamu'alaikum Wrmbth, Kanak kanak sekarang banyak terdedah dengan penyakit? Betul, pedih untuk diakui tapi dunia moden hari ini lebih sukar untuk anak kita kekal sihat dan aktif terutama sekiranya ditinggalkan di nurseri.


produk shaklee untuk kesihatan kanak kanak
Memang kerap terjadikan?
Ya, nurseri menjadi tempat penyebaran penyakit kepada kanak kanak. Ada ibu bapa yang sibuk bekerja masih lagi menghantar anak mereka yang sakit ke nurseri. Perbuatan ini mendedahkan risiko jangkitan kepada kanak kanak lain. Apa yang kita boleh buat kawan kawan? Gunakan produk shaklee untuk kanak kanak.

Kenapa? Kerana khasiat dan kelebihan untuk membantu meningkatkan sistem melawan penyakit pada anak kita dari produk shaklee yang berkualiti premium pada harga terbaik.

Artikel Ini Akan Membantu Anda Untuk
1. Mengetahui Produk Shaklee Mana Yang Sesuai Untuk Kanak Kanak 
2. Berapa Harga Produk Tersebut Dan Berapa Lama Boleh Tahan?

Bagaimana caranya kita tunjukkan kasih dan sayang kita pada anak anak? Dengan wang ringgit? Permainan? Perhatian dan kasih sayang? Ya, semua betul. 

Kita bekalkan mereka semua diatas supaya mereka membesar dengan sihat dan bahagia. Cuma, bolehkan kita bantu anak anak
  1. Mempunyai kesihatan dan kecergasan untuk belajar?
  2. Jarang jatuh sakit kerana bermain dengan kanak kanak lain?
Tak boleh jaminkan. Kawan kawan mungkin dah lindungi anak anak dengan perlindungan tkaful medical card. Ya, betul.

Sekiranya terjadi sesuatu, mereka boleh mendapatkan rawatan dihispital terbaik dengan bayaran tertentu setiap bulan.

Tapi Mazni pasti, kawan kawan yang bijaksana mesti sedar, kos untuk kad perubatan takaful semakin meningkat setiap tahun.

Semua ini tak dapat dielakkan. Belanja rawatan perubatan dihospital melambung tinggi. Bayaran premium untuk kanak kanak baru lahir hingga umur 17tahun memang mahal.

Kerana semasa umur ini mereka sering sakit. Mazni memang tahu semua ni sebab keluarga kami melanggan pelan takaful keluarga.

Tapi itulahkan, ada had tahunan dan seumur hidup. Bukan senang senang je dapat perlindungan. Bukan semua penyakit dia cover.

Bayaran tahunan untuk takaful anak kita saja sudah mencecah hampir ribuan ringgit Malaysia. Malah lebih lagi.

Itu baru seorang anak, Kalau lebih macam mana?

Sebab itu Mazni sebagai ibu mengambil inisiatif lain untuk memberi anak anak dengan makanan tambahan supaya mereka mendapat kahasiat secukupnya.

Insyaallah.Mazni berikan mereka produk shaklee untuk kanak kanak seperti dibawah ni.

Mana Satu Produk Shaklee Elok Untuk Anak Kita?
1. Meal Shakes Shaklee
Dengan rasa vanila yang sedap dan aromanya yang menyelerakan, selera makan anak kita insyaallah akan bertambah.

Anak anak berusia 1tahun keatas, mempunyai kemungkinan untuk tidak bernafsu makan kerana terlalu asyik bermain. 

Ini memang normal, mereka bermain untuk belajar. Tapi, pada masa yang sama jika mereka tidak makan macam mana nak membesar dengan sihat dan kuat?

Meal Shakes Shaklee kaya dengan vitamin dan mineral untuk bekalkan mereka dengan zat untuk membesar dan menambahkan selera.

Mazni sendiri gunakan meal shakes dan hasilnya amat memuaskan. Anak sulung Mazni, Luqman Hamin Al Amin kini lebih berselera untuk menjamah hidangan.

Kini kekerapan dia untuk demam juga sudah sangat berkurangan. Alhamdulillah.

2. Omegaguard Shaklee
Omegaguard dibuat dari minyak ikan dan baik untuk perkembangan otak dan daya tahan badan lawan penyakit.

Sebenarnya omegaguard ni bagus untuk anak kita semasa dalam kandungan lagi.

Ada kajian dijalankan pada ibu mengandung. Pemerhatian dilakukan pada ibu yang mendapat khasiat 1000mg Omega 3 sehari semasa mengandung. 

Anak yang lahir lebih pantas proses pembelajarannya dan kurang sakit dan demam. Kecuali nak tumbuh gigilah kan.

Pemerhatian pada ibu lain yang cuma makan 100mg Omega 3 menunjukkan anaknya lebih mudah jatuh sakit dan kemampuannya untuk belajar sesuatu yang baru llebih rendah dari kanak kanak sebelumnya.

Makanan apa yang kaya dengan omega 3?Ikan dan telur kaya dengan omega3. 

Tapi satu rahsia omega 3 yang jarang didedahkan ialah ia cepat rosak jika terdedah pada suhu tinggi.

Apa jadi kalau cara memasak ikan dan telur itu salah. Automatik habis rosak omega 3tersebut. Rugi dan sayangnya.

Khasiat yang sepatutnya diserap anak semasa makan telah rosak kerana kaedah memasak yang salah.

Bagaimana cara membantu mereka mendapatkan khasiat omega 3 dengan maksimum?

Makan omegaguard Shaklee. Apa yang berbeza dengan minyak ikan shaklee?

  1. Bukan dibuat dari hati ikan. Tapi dibuat dari bahagian ikan yang lain. Hati ikan mempunyai risiko pencemaran logam berat yang tinggi.
  2. Merkuri dan plumbum dari minyak ikan tercemar akan mengganggu pertumbuhan anak anak kita.
  3. Omegaguard Shaklee bebas dari logam berat kerana melalui pemeriksaan dan proses pengilangan yang berkualiti tinggi. Menggunakan teknologi yang telah dipatenkan.
Kaya dengan omega3,6, DHA dan EPA ia baik untuk kesihatan minda, jantung dan sendi. Bantu anak kita kekal sihat.

3. Chewable Vitamin C
Khasiat vitamin c dalam bentuk pil yang lazat dan boleh dikunyah kanak kanak. Orang dewasa pun sukannya.

Anak Mazni makan seperti menghisap gula gula. Rasa citrus yang lazat dan enak.

Vitamin C bagus untuk
  1. Membantu meningkatkan daya tahan lawan penyakit
  2. Antioksidan pencegah kanser
  3. Kulit yang sihat
Harganya pun sangat berpatutan. Patut pun takde harga macam ni.

4. Chewable Vitalea
Membekalkan vitamin dan mineral diperlukan anak anak untuk membesar dalam satu tablet boleh kunyah.

Cukup zat, kesihtan lebih terjamin.

Berapa harga produk ini ya?
Jauh lebih murah daripada wang yang dibayar untuk perlindungan takaful. Ya, memang jauh lagi murah.

Sekian kawan kawan. Ada masa kita jumpa lagi.