Tips Set Kesuburan shaklee | Tabiat Yang Harus Dielakkan Untuk Mengandung

Tips Set Kesuburan shaklee | Tabiat yang harus dielakkan untuk kesuburan

Assalamualaikum Wrmbth semua, sedang merancang kehamilan? Anda sedang gunakan set kesuburan shaklee

AMARAN: VIDEO INI BUKAN UNTUK MEREKA YANG TIDAK MAHUKAN ANAK. JANGAN KLIK


Satu perkara Mazni suka kongsikan ialah, walau apapun yang kita makan dan usahakan, kalau kita amalkan cara hidup tak sihat, memang susah nak mengandung.

Contohnya, anda makan produk shaklee khas untuk tingkatkan kesuburan, pada masa yang sama minum arak dan hisap rokok. Apa yang anda sedang lakukan ialah sedang sembuhkan diri pada masa yang sama ambil racun.

Artikel Kali Ini Akan Membantu Anda
1. Mengetahui Amalan Kurang Baik Yang Perlu Ditinggakan Untuk Hamil Dengan Sihat 
2. Apa Kesan Tabiat Tersebut Pada Badan Anda?

Kesihatan adalah nikmat yang sangat besar. Sama sama lah kita jaga. Semoga apa yang dikongsi ini akan memberikan manfaat kepada anda. Dan jadi pencen kubur Mazni kelak

Amalan Kurang Baik Yang Menjejaskan Kesuburan Dan Kesannya Pada Kita.
1. Kita kerap makan dan minuman manis dan berlemak. Memang tak sah hidup kalau minum kurang manis.

Makanan berlemak ada kesan pada hormon badan. Berat kita akan naik dan mengganggu kesuburan. Stamina pun kurang.

Hormon kesuburan terganggu dan lapisan lemak pada organ pembiakan menyebabkannya beroperasi secara tak cekap.

Cuba bayangkan anda bangun pagi makan nasi lemak campur rendang ayam. Ataupun nasi impit campur kuah lontong. Fuhh sedap. Mabeles

Tapi habis pagi tu. Mengantuk kan dipejabat. Lebih lebih lagi bila kena air cond. Itulah keadaanya dengan badan kita.

Makan berlemak tinggi lebih dari patut buatkan badan kita lemah dan lembik.

Lainlah kalau kita kerja nelayan, peladang, penggembala kambing yang memang perlukan tenaga tinggi. Itu memang lain.

Suami suami elok jaga kesihatan ya. Boleh cuba set kesuburan shaklee untuk lelaki

2. Tak suka makan sayur dan kurang makan buah buahan. Sayur tak sedap. Buah pula mahal. 

Sedangkan dari sinilah kita dapat vitamin dan mineral. Vitamin B, C dan E sangat perlu untuk pembiakan. Terutamanya vitamin B6. 

Suami isteri kena makan dengan cukup. Supaya organ peranakan dapat berfungsi dengan baik dan  sperma yang dihasilkan berkualiti.

Dari sayur dan buah buahan juga kita perolehi mineral yang penting seperti Zink, selenium dan kuprum. Sangat penting terutama bagi lelaki.

Zink ni kalau kurang dalam badan boleh sebabkan masalah lain seperti keguguran rambut. Boleh jadi botak tu. Lepas tu kena pergi ke pusat rawatan rambut yang mahal.

Bagi perempuan rambut ni ibarat mahkota. Bagi lelaki rambut ni ibarat aset. Cuba bayangkan raja rimba singa tanpa bulu dikepala. Hehe

Jadi banyak banyakkanlah makan buah buahan dan sayur sayurannya. Oh lagi satu, pastikan sayur tu bebas racun serangga ya. Bawa mudarat

3. Suka Makan Makanan Yang Banyak Pengawet
Ada orang suka makan asam dan jeruk. Memang sah banyak pengawet. Makanan dalam tin seperti ikan sardin pun banyak pengawet.

Memang betul ikan tuna dan sardin baik untuk kesihatan dan banyak zat, tapi kalau dalam bentuk sardin dalam tin, itu lain ceritanya. Minuman berkarbonat walaupun dari jenis diet tak elok untuk anda.

Boleh hidup kan kalau tak minum air gas? Kawan kawan nak tahu, air gas ni rosakkan gigi dan tulang. Fosforus dari air berkarbonat akan tarik kalsium dalam gigi dan tulang anda.

Bukan sebab gula saja gigi anda rosak. Lagipun gula yang tiggi dalam air gas akan meninggikan anda terkena kencing manis atau diebetis.

Diebetis ni akan jadi penyakit keturunan. Habis semua keturunan kita mudah terkena kencing manis. 

3. Suka Makan Makanan Laut / Seafood
Semua makanan elok, Allah jadikan semua kejadiaannya aad kebaikan. Tapi kalau makan berlebihan dan tercemar dengan bahan lain, tak sama cerita.

Oleh sebab kita banyak sangat kapal dan perindustrian hidupan laut jadi tercemar. Terutama sekali kerang kerangan dan ikan. Mana datang merkuri ni?

Salah satu sumbernya daripada carigali minyak, jauh didasar bumi ada merkuri dan terbebas masa carigali dan sebagainya. Cubalah tanya orang minyak (Kerja oil anda gas.. bukan orang minyak yang lagi satu)

Susah juga nak cari makanan laut yang terjamin bersih. Kalau ada, banyakkan makan ikan macam tuna yang banyak omega 3. 

4. Elakkan Makan Makanan Yang Disajikan Mentah
Contohnya steak, sushi dan sashimi (Makanan jepun banyak yang mentah mentah ni). Kalau nak makan steak ambil yang well done, jangan ambil yang raw tu.

Orang kita memang suka makan sate, cuma sate ni tengok skill pembakarnya, kalau dapat yang tak pandai daging bahagian tengah berdekatan lidi tu masih tak masak, lidi tu penebat jadi tak dapat alirkan haba dengan baik. 

Siapa suka kambing golek? Atau bbq. Ini pun satu fenomena di Malaysia. Hampir semua orang nak hidangkan kambing bakar pada majlis masing masing.

Perhati betul betul samada daging tu dah masak ke belum. Memang ada kes masih nampak darah merah lagi masa hidang. Itu tanda belum cukup masak. 

Kenapa tak elok makan makan yang belum masak? Dalam tu mungkin ada kuman dan bakteria yang tidak baik untuk kesihatan. Nak mengandung ni badan kena sihat.

Cuba bayangkan dalam daging kambing tu ada apa?Hmmm..

5. Kurangkan Berhenti Terus Lagi Baik Tabiat Merokok
Merokok sangat tak elok untuk kesihatan. Dalam tu ada banyak sangat bahan kimia. Racun tikus dan bahan api roket pun ada. Huh. Bau mulut pun jadi macam longkang.

Betul, ini yang perokok bersara sendiri cakap. Merokok akan merosakkan paru paru dan mengurangkan oksigen dalam darah.

Organ peranakan akan kurang oksigen dan kurang subur. Sperma dan ovum dihasilkan pun tak berkualti. Peluang anda hamil makin tipis. Rokok juga boleh sebabkan mati pucuk.

6. Minum Minuman Keras
Alhamdulillah, kita dilahirkan islam. Allah swt dah haramkan arak pada tubuh badan kita. Apa kesan arak dan minuman keras ni? Selain ketagihan arak juga akan jejaskan kesuburan.

Jika ibu hamil minum arak, alkohol akan mampu menembusi dinding tali pusat dan menyebabkan kecacatan bayi dalam kandungan.

Alkohol akan mengganggu tugas enzim dalam menghasilkan hormon. Nikotin dari rokok akan mempercepatkan kerosakan hormon dalam badan.

7. Mengambil Makanan Dan Minuman Berkafein
Kopi teh, coklat dan minuman kecergasan memang sangat kaya dengan kafein. Minuman kecergasan tu apa? Ala yang bagi badan cergas dan tak ngantuk tu. Sangat manis rasanya.

Walaupun belum ada kajian yang membuktikan kesan kafein pada kesukaran hamil, tapi kafein memang akan mengganggu penyerapan vitamin dalam badan.

Kalau kawan kawan makan set kesuburan shaklee, dan minum bersama kopi, teh dan coklat, alangkah membazirnya kerana ia akan mengurangkan kecekapan penyerapan vitamin.

Bukan tak boleh minum. Kurangkan lah dan jangan makan bersama dengan supplemen. Kami sekuluarga memang tak minat kopi. Teh tu ok sikitla.

Sebuah kajian dijalankan oleh ESHRE (Human Reproduction & Embryology) di barcelona Argentina menunjukkan wanita yang mengambil kopi lebih dari 4 gelas perharinya akan berisiko 26 % sukar hamil secara normal berbanding mereka yang tidak meminumnya.

Lagipun kopi ni ada kesan tak baik. Peminumnya akan ada ketagihan. Tak minum kopi tak sah. Nak kerja dan berfikir pun payah.

8. Jarang Sangat Bersenam Atau Berlebihan Bersenam
Bersenam akan melancarkan pengaliran darah, bakar kalori lebihan dan kurangkan  lemak.

Berpeluh itu sendiri akan buang racun toksin dari badan. Apa kesan toksin kalau banayk sangat dalam badan? Salah satunya ialah menghalang penyerapan zat berkhasiat dari makanan.

Kesan jangka panjang, anda mungkin sakit sepeti gout kerana asid urik yang terkumpul dalam badan. 

Bersenam juga akan melegakan ketegangan keranan badan akan bebaskan hormon endorfin. Endorfin buatkan kita rasa tenang dan gembira.

Cuma, tertalu kuat bersenam pun tak elok juga kerana akan mengganggu keseimbagan kitaran haid anda.

Berpada padalah ya. Bersederhana adalah yang terbaik.Hormon yang tidak seimbang akan menyebabkan ovulasi (pengeluaran telur) wanita tidak berjaya.

9. Tertekan
Tekanan akan menyebabkan badan wanita / isteri mengalami masalah mengeluarkan ovum.

Syahwat / libido untuk hubungan intim juga kan berkurangan dan mengganggu kitaran haid. 

Akibatnya anda menjadi kurang subur kerana proses pengeluara telur terganggu.

Sebab tu kita digalakkan bersenam. Hormon endorfin akan buatkan kita lebih relaks dan tenang. Nampakkan kaitannya?

10. Suhu Buah Zakar Yang Tinggi
Buah zakar atau testis memerlukan suhu yang lebih rendah dari badan untuk beroperasi dengan baik.

Fungsinya ada kilang mengasilkan sperma. Pemakaian seluar dalam yang terlalu ketat akan menaikkan suhu testis dan menyebabkan pengeluaran sperma terganggu.

Suami dan lelaki tidak digalkkan berendam dalam air panans terlalu lama. Apa lagi mandi sauna atas sebab yang sama.

Jika kawan kawan obesiti, lemak akan terkumpul disekitas testis dan menyebabkannya bertindak sebagai jaket.

Kalau pakai jaket kita rasa panaskan? Haa.. samalah dengan lemak pada testis akan naikkan suhu dan menyebabkan pengeluaran sperma berkualiti terganggu.

Diharap perkongsian ini akan membantu kawan kawan menggunakan set kesuburan shaklee dengan lebih baik. Memang penting merancang kehamilan.

Tetapi lebih penting merancang kehidupan. Kan3? Jika ada sebarang soalan boleh hubungi Mazni di


Call / Whatsupp: 0192653791 atau 019-2663791 
ID Shaklee: 963860
Email: maznizazmi@gmail.com
FB: Mazni Azmi  bagi sebarang pertanyaan lanjut.
Like kami di Facebook Page: Ibu bijak keluarga sihat
mendapatkan HARGA dan INFO PERCUMA

Kongsikan pendapat anda diruangan dibawah. Terima kasih ya, sila datang lagi.