Cara Memulakan Perniagaan Shaklee Dan Cara Jadi Ahli Shaklee

Cara Memulakan Perniagaan Shaklee Dan Cara Jadi Ahli Shaklee

Assalamualaikum Wrmbth, Selamat datang ke blog Mazni dan hubby Pengedar Shaklee Pilihan Anda. 

Tahun 2014 ni serba serbi naik jadi kawan kawan pun sedang cari alternatif jana pendapatan.

Antara bisnes online yang betul betul sedang berkembang pesat ialah Shaklee



Sana sini orang cakap pasal Shaklee, persoalannya Macam mana cara memulakan perniagaan Shaklee?

cara memulakan perniagaan shaklee dan cara jadi ahli shaklee pengedar dealer distributor
Persoalan ni banyak saya terima?
Macam mana  cara nak jadi dealer Shaklee ?
Senang ke nak jadi distributor Shaklee ? Kan ramai dah buat
Apa kerja nak jadi pengedar Shaklee? Boleh hidup ke?
Tersenyum kami bila diajukan soalan ni. Jadi, cara paling senang untuk jawab soalan adalah memberi soalan.

Haa.. macam mana tu.


cara memulakan perniagaan shaklee pengedar ahli dealer

Cara nak jadi ahli pengedar dealer Shaklee senang je.. boleh baca dibawah. 

Senang ke nak jual shaklee? Kan dah ramai distributor aka pengedar kat luar tu?

Dik.. suka makan nasi lemak tak?

Ramai tak orang jual nasi lemak kat luar sana? Ramaikan.

Sebenarnya ramaiiiiiiiiiiii sangat. Tapi kenapa masih ada orang nak jual nasi lemak.

Adakah semua orang yang jual nasi lemak laku? Senang ke jual nasi lemak ni?

Resepi dah bersepah dan berlambak2 di internet. Di warung dan hotel pun ada orang jual nasi lemak.

Tapi kenapa warung dan gerai tepi jalan masih laku menjual nasi lemak?

Jawapannya senang je. Orang cari nasi lemak yang sedap. Sambal pedas dan cukup rasa.


nasi lemak sedap ahli pengedar dealer

Nasi lemak panas dengan aroma daun pandan dan balutan daun pisang.. Rasa dan tekstur nasi bersantan yang lemak berkrim

Wahh.. memang terangkat selera

Samalah dengan pengedar shaklee. Nak jadi distributor ni memang senang. Daftar RM65 je sekali seumur hidup.

Nak jual tu tak ramai orang pandai. Lepas tu bila dah pandai menjual kena belajar fungsi dan kelebihan setiap produk.

Apa kekurangannya.. Semua kena tahu. Itu beza orang berjaya dengan tak berjaya. 

Kita mudah kan urusan orang. Kita jadi ahli shaklee untuk bantu pelanggan selesaikan masalah mereka.

Habis cerita.

Ok

Bagaimana cara jadi ahli shaklee? Nak kena simpan stok ke? Macam mana nak cari orang? Saya tak pernah jual barang.

Pengedar Shaklee kena bijak. Pasaran orang melayu ni kan luas. Ramai lagi orang yang nak jadi lebih sihat.

Yang membezakan adalah cara ahli dan distributor Shaklee membawa diri mereka.

Paling mudah banyakkan senyuman. Gerenti akan jadi magnet rezeki. Kalau muka kita dah ketat siap nak datang dekat?

Poket pun ketat. Mana duit nak rapat. Ingat.

Senyuman itu sihat dan indah dilihat.

Kih3.

Dealer Shaklee sekarang ni lebih mudah dari 5tahun dulu. Masuk ahli tak ada orang ajar. Sistem pun tunggang langgang lagi.

Sekarang ni masuk je group Shaklee yang betul, insyaallah serba serbi dah siap, nak tak nak je.

Paling best jadi dealer shaklee ni, kita ada ilmu untuk nutrisi keluarga sendiri. Vitamin ni untuk apa .. zat tu untuk apa. 


cara jadi ahli pengedar dealer shaklee

Dah macam penasihat nutrisi keluarga sendiri. Best3. 

Kita jadi lebih peka dengan kesihatan.

Kalau nak fikirkan susah, memang susah. Risau. Runsing kepala ni fikir pasal risau.

Dan macam macam lagi kerisauan. Dan yang bestnya semua kerisauan tu kurang berasas.

Susah masa mula mula je. Tapi kalau hati dah minat, lama lama jadi senanglah. 

Lagi banyak kita usaha, lebih cepat kita sampai ke destinasi.

Biasa meniaga ni kita selalu risau tentang modal. Nak meniaga mesti modal kena besar. Sebenarnya dengan bisnes Shaklee kawan kawan tak perlu menjual pun. 

Serius. Sebab produk Shaklee boleh bercakap sendiri. Buktinya sekarang ni kawan kawan sedang baca blog ni sebab terdengar dari kenalan dan sahabat yang dah lebih sihat selepas makan Shaklee.

Betul kan?

Artikel Kali Ini Akan Membantu Anda Untuk
1. Cara Memulakan Perniagaan Shaklee 
2. Cara Jadi Ahli Shaklee

Jadi kawan kawan semua, Dr Azizan Osman pesan untuk bisnes pertama kita patut mula dengan perniagaan yang rendah risiko, rendah modal dan tinggi peluang untuk berjaya.

Ada ke bisnes macam tu? Rendah risiko rendah modal dan tinggi pulangan

Banyak. Cuma kita nak tak nak je. Contohnya
  1. Home tuition
  2. Jual kek coklat Anis Moist Choc Cake.. betul
  3. Jadi agen takaful
  4. Shaklee
Macam mana kami tahu? Sebab hampir dari semua bisnes diatas kami dah cuba. Memang potensi luarbiasa dan modal rendah.

Contohnya agen takaful, modal berapa sangat? Pergi Takaful Basic Exam dan bayar yuran. Itu je. Lepas tu consult pelanggan.

Setiap pelanggan kita berjaya yakinkan ambil polisi, wang akan masuk berterusan setiap bulan selagi polisi takaful hidup.

Cuma bahagian nak jumpa orang yang kebanyakan dari kita tak sanggup. Betul kan kawan kawan?

Bagi yang sanggup dan komited.. boleh jadi jutawan tau.

Dan pesan Dr Azizan lagi untuk menjadi kaya dan berjaya, perniagaan kita boleh ditiru atau direplicate / duplicate oleh individu yang berminat untuk berjaya bersama.

Apa maksudnya tu kawan kawan? 

Contohnya.. boleh ke orang yang tak pernah RM10 ajar orang lain nak jual RM10. 

Boleh ke orang yang tak pernah untung RM10,000 ajar orang lain untuk untung RM10,000.

San siapa yang tak pernah jual produk Shaklee paling mahal, VIVIX Shaklee takkan boleh ajar orang lain untuk buat perkara yang sama.

Jawapan kawan kawan mesti TIDAK.

Ini yang penting, jika kita berjaya untuk memperolehi pendapatan RM3,000 dalam Shaklee, kemudian kita ajarkan pula kawan kawan kita untuk mendapat RM3,000.

Secara tak langsung pendapatan kita akan naik. Kenapa? Orang lain akan nampak kita ada kredibiliti dalam perniagaan dan menjana pendapatan kerana berjaya membantu orang lain berjaya dalam bisnes.

Kemudian lebih ramai lagi orang akan mendaftar menjadi ahli atau berguru dengan kita dimasa akan datang. 

Faham ke faham?

ahli pengedar dealer shaklee memang best

Ok.. contoh untuk bisnes lain banyak. .cari je diinternet. Apa yang kami boleh kongsi dengan kawan kawan.. dalam banyak banyak ni kami rasa Shaklee paling bagus dan secocok untuk kami.

Untuk kawan kawan mungkin berbeza,

Kenapa?
  1. Sepenuhnya buat dari rumah
  2. Boleh usahakan bersama suami
  3. Modal serendah RM65 sahaja
  4. Anak anak boleh bawa semasa gathering
  5. Sistem 100% online. Tak perlu keluar langsung
Dan banyak lagi. Mazni ada kongsikan dalam artikel kelebihan daftar menjadi ahli shaklee

Dan yang bagus sangat, ini bukan omongan kosong. Ramai sangat dah berjaya pendapatan tambahan 4 ke 5 angka. Semua berbalik pada usaha.

Jadi macam mana cara memulakan perniagaan shaklee? Ikut langkah ni ya

1. Cari group Shaklee yang sesuai untuk kawan kawan. 

Lain group lain caranya. Mazni suke dengan group jutawan. Cikgu cikgu dan mentornya semua pakai tudung dan tutup aurat sempurna.

Ada yang pakai purdah pun tapi pendapatan 5~6angka sebulan.

2. Daftar dengan Pengedar yang komited. Macam mana nak tahu? 

Cuba cek blog dan FB mereka. Selalu kongsi tips dan ilmu perniagaan tak?

Selalu update blog? Nak Mazni kongsi tips pilih mentor? Angkat tangan.. Hehe

Ok2.. gurau pun tak boleh. Tapi serius Mazni nampak kawan kawan angkat tangan tadi. Bagus lah you all ni. Semangat sangat. Ada potensi untuk berjaya dalam bisnes.

OK, apa tipsnya?
i. Beli produk Shaklee dari pengedar yang anda rasa bagus. Cuba cari di internet dan facebook. Tak perlu beli banyak banyak
ii. Cuba perhati cara pengedar Shaklee tersebut layan anda. Mesra, pantas dan sistematik. Yang paling penting, anda puas hati tak dengan servis lepas jualan.
iii. Kalau jawapan kawan kawan ya.. Memang puas hati dan ada keserasian semasa berinteraksi. Senang untuk kawan kawan belajar dari beliau selepas menjadi ahli.

Kenapa Mazni bagi tips ni? Apa relevannya? Kalau kawan kawan nak cari cikgu, mestilah cari mereka yang bagus.

Bukan ke bijaksana zaman dahulu ada berpesan
Guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari
Cikgu yang bagus sangat penting. Kita ikut saja cara yang terbukti berjaya lebih mudah untuk dapat hasil. Tak perlulah kita bersusah payah buat silap. Itu guna ada mentor, beliau akan tunjukkan jalan dan kita perlu ikut saja.

Tak perlu jatuh lubang yang sama pernah dilakukannya. Kerana mentor yang baik akan gembira melihat anak muridnya berjaya.

Ok sekarang ni macam mana pula cara mendaftar menjadi ahli shaklee?

Caranya mudah saja. Ikuti langkah dibawah
1. Hubungi pengedar Shaklee pilihan anda
2. Buat pilihan samada mendaftar dengan RM65 atau FREE. 
3. Berikan info yang diminta oleh pengedar
4. Transfer yuran kepada pengedar tersebut
5. Insyaallah dalam mas 5 minit siap

Ya. semudah itu saja cara memulakan perniagaan Shaklee.

Kemudian nak buat apa? Ikut mentor anda rapat rapat. Belajar untuk berdikari secepat mungkin.

Sebab lagi cepat kita berdikari lebih pantas untuk kita berjaya. Tiru saja sistem dan petua diberikan oleh mentor Shaklee anda

Sebabb.. memang mudah untuk menjadi ahli shaklee

Yang mencabarnya ialah kita perlu ada modal sekeping hati yang kuat untuk meneruskan perniagaan. Melayan kerenah pelanggan.

Menyelesaikan masalah yang kadang kala timbul kerana perkara luar kawalan.

Tapi itu yang seronok dengan berniaga kan. Kita bantu selesaikan masalah pelanggan.

Insyaallah. Jika kawan kawan ada sebarang persoalan tetang cara memulakan perniagaan Shaklee dan Cara mendaftar jadi ahli Shaklee boleh hubungi Mazni dan Azmi di


Call / Whatsupp: 019-2653791 atau  0192663791 
ID Shaklee: 963860
Email: maznizazmi@gmail.com
FB: Mazni Azmi bagi sebarang pertanyaan lanjut.

Like kami di Facebook Page: Ibu Bijak Keluarga Sihat untuk maklumat menarik dan promosi

Jemput datang lagi ya. Saya sangat berminat dengan perkongsian anda semua. Kongsikan di ruangan komen dibawah ya.