Maznee Azmi . Pengedar Shaklee pilihan hati. Yakin . Mesra . Berpengalaman

Set Penyusuan Shaklee Berapa Harga Dan Budget Untuk Ibu Menyusu Anak

Set Penyusuan Shaklee Cadangan Pengedar Sah | Berapa Harga Dan Budget Ibu Menyusu Anak


set penyusuan shaklee terbaik asas lengkap
Assalamu'alaikum Wrmbth, Kali ini Kak Aza gantikan Mazni untuk berkongsi dengan kawan kawan semua pengalaman menggunakan set penyusuan shaklee.



set penyusuan shaklee harga terbaik

Alhamdulillah, Sis Mazni beri kepercayaan pada akak untuk bantu ibu ibu diluar sana menggunakan set menyusu shaklee dengan betul.


Akak dah mempunyai 2 cahaya mata, alhamdulillah anak pertama perempuan. Dah 4 tahun usianya. 


Sampai sekarang masih fully breastfeed. Allah limpahkan anak anak dengan rezeki susu ibu yang banyak.


Anak kedua  pula lelaki, sekarang ni dah nak masuk 2 tahun usianya. Pun masih menyusu badan lagi.


Boleh bayangkan tak macam mana akak boleh menyusukan kedua dua mereka ni? Tak pernah pakai susu formula pun.


Syukur sangat sangat. 


Masa muda muda memang tak terasa sangat. Tapi bermula dari awal tahun 2013, badan akak dah mula sakit sakit.


Sakit belakang, sakit lutut dan penat sangat. Masa tu elum kenal set penyusuan shaklee lagi. Mana percaya kepentingan makan supplement ni.


Dalam keadaan Kak Aza mempunyai 2 cahaya mata dan pada masa yang sama, masih bekerja di pejabat. jadi memang cabaran besar untuk meneruskan niat menyusukan anak.


Tempat kerja pula di Kota damansara,  kawasan sesak tu dan berulang ke tempat 
 tinggal di Meru Klang. 


Sebelah setia alam.


Memang banyak habis masa atas jalan raya setiap hari sebab sesak.



set penyusuan 3m shaklee
Jam di Dubai tak sama dengan Sesak di Malaysia
Bila beban kerja makin menimbun, badan pula dah semakin season dan usia semakin meningkat.

Terdetik dalam hati.. Nak cari makanan tambahan yang boleh bantu Kak Aza bekerja dengan produktif dan pulang ke rumah sebagai ibu yang penyayang.


Tak naklah bawa balik masalah kerja ke rumah kan. Kesian kat anak anak jadi mangsa nanti.


Hasil kajian di internet menemukan kak aza dengan set menyusu shaklee.


Daripada testimoni set penyusuan shaklee, memang ramai orang beli feedback positif.


Nak kata percaya bulat bulat tu tak de la. Sebab di internet ni bukan semua betul pun kan.


Jadi apa yang akak buat.. Beli Set Penyusuan Asas Shaklee. Harga yang paling murah dulu.


Memang murah pun.. harga tak sampai RM200 untuk kegunaan 2 ke 3 bulan.


Dan.. selepas akak consult dengan Mazni tentang cara makan set penyusuan shaklee yang betul, dalam masa beberapa hari makan je.


Kak Aza dah mula perasan perubahan yang sangat ketara. Badan tidak lagi sakit sakit dan rasa lebih cergas gembira.



Mari kawan kawan, Kak Aza nak berkongsi rahsia untuk menambahkan pengeluaran susu ibu dengan bantuan Set Penyusuan Shaklee


Set penyusuan ibu shaklee


Rahsia sebenar untuk program penyusuan susu ibu yang berjaya tidak terletak 100% pada penggunaan produk penyusuan Shaklee.

set penyusuan  shaklee lengkap
Gambar ini akak ambil dari blog sendiri. 
Akak harap sangat supaya kawan kawan faham supaya susu banyak ni perlukan juga ilmu penyusuan dan disiplin.

Kak Aza sebut ni bukan apa, sebab ada salah faham dikalangan kawan kawan Kak Aza sendiri. 


Banyak pun dimomokkan di luar sana tu, guna saja set menyusu shaklee ... Gerenti susu ibu akan melimpah.


Ohh tidakk.. Sangat tak betul tu.


Produk Shaklee bukan produk ajaib. Memang betul sangat bagus dan murah. Tapi kebaikan set menyusu shaklee hanya akan dapat dilihat..


Sekiranya digandingkan bersama ilmu yang betul.


Dan yang best set menyusu dan kurus shaklee menjadikan kita sihat dan kurus serentak. Anak pun ceria sebab susu badan cukup

Akak kongsi ya RAHSIA besar yang akak amalkan untuk susu ibu yang banyak


1. Berfikiran positif - Jangan terpengaruh sangat dengan perkara negatif. Jangan layan kan sangat suara halus dalam hati tu


2. Kawal tekanan - Tekanan boleh menyebabkan susu badan berkurangan. Kita juga mudah jatuh sakit bila tertekan.


Kena marah bos? Masam muka dengan suami? Konflik dengan rakan sepejabat?


Basahkan lidah dengan selawat dan zikir.. Insyaallah jiwa akan lebih tenteram


3. Makanan seimbang - Bahagian ni ramai ibu bekerja fail. Yup.. Mana sempat nak jaga makan.


Breakfast dan lunch pun selalu skip.


Inilah kebaikan makan set menyusu shaklee. Zat yang diperlukan untuk anak dan badan kita semua ada dalam ni,


4. Ilmu penyusuan -  ilmu penyusuan yang mencukupi seperti prinsip supply and demand.


Macam mana nak simpan stok expressed breast milk dalam peti ais. 


Macam mana cara nak makan set penyusuan shaklee .. Cara nak keluarkan susu dari peti ais dan kekalkan khasiatnya.


Penting semua ni.


Nak belajar dengan akak pun boleh.


5. Usaha dan tawakal - Akhir sekali, bila kita dah usaha sehabis baik.


Doa banyak banyak pada Allah agar diberi kekuatan untuk menyusu penuh



cara makan set penyusuan susu ibu shaklee
Jangan termenung berseorangan.. Masih banyak cara untuk berikan kebaikan susu ibu pada anak

Alhamdulillah, lega rasanya kawan kawan yang bijak dan jelata sudah faham semua rahsia ni. 


Sekarang ni kita dah jelas, Set penyusuan Shaklee ni bukan produk ajaib. 



 Set Penyusuan Lengkap Shaklee | Produk Apa Ada Dalam Ni?


Bergantung pada bajet dan kemampuan kita, set menyusu shaklee ni ada banyak kegunaan. Nak Set Menyusu dan Kurus Shaklee serentak pun ada.


Secara umumnya, Kak Aza nak cerita dengan ibu ibu semua fungsi setiap produk dalam set premium ya.


1. Vita-Lea Shaklee


Vitalea  kesemua vitamin dan mineral yang diperlukan badan bagi kegunaan tubuh untuk ibu yang sihat dan susu yang berkhasiat.


Sebotol ni mempunyai 120 biji dan tahan 4bulan. Sehari makan sebiji sudah memadai


Lebih best,  suami pun sesuai untuk makan vitalea ni. 


Antara khasiatnya ialah menjadikan badan lebih cergas bertenaga dengan penghasilan sel darah merah.


Kenapa pentingnya vitalea ni.. B complex, Zat besi dan kuprum dalam vitalea membekalkan badan bahan mentah untuk sel darah merah yang berkualiti.


2. B-Complex Shaklee


Ingat lagi rahsia penyusuan susu ibu yang berjaya? Kawal tekanan kan?


Yup.. ada kaitan dengan vitamin b complex.


Bcomplex sangat bagus untuk mengawal tekanan. Menambahkan selera makan.


Dan membantu penghasilan sel darah merah. Vitamin ni juga membantu pembebasan tanga dari makanan.


Kebaikan vitamin b complex ini penting diambil oleh ibu bapa dari saat merancang kehamilan lagi untukmerendahkan risiko kecacatan sistem saraf.


Dalam sebotol ni ada 120 biji juga. Tahan 4bulan. Harga sangat berpatutan. Tak lebih RM50 pun.



Kebaikan set penyusuan shaklee
Mama bila nak balik ni? Adik dan kakak nak susu. 
Kawal tekanan cara sihat ya, bila tertekan daya tahan penyakit turun, mudah sakit. Mudah letih.

Akhirnya susu badan pun kurang.


3. Sustain Release Vitamin C


Vitamin C membantu kuatkan daya tahan badan melawan penyakit.


Bukan setakat badan mak ya, badan anak pun sama.


Vitamin C juga bagus untuk kesihatan gusi dan gigi. Kurang vitamin c akan menyebabkan gusi senang berdarah.


Boleh kena penyakit skurvi.


Sekarang ni orang berlumba lumba nak makan kolagen kan? Apa susah susah. Makan je vitamin C, membantu mengikat kolagen bawah kulit


Dannn.. Kak Aza sangat galakkan kawan kawan makan vitamin C bersama vitalea untuk membantu penyerapan zat besi.


Itu rahsia akak, bekerja, menyusu badan 2 orang anak serentak dan buat bisnes dari rumah. 

Belum kira tugas jadi isteri lagi. Berapa banyak portfolio kene pegang ni.


Hihi.


Dulu balik kerja, dah flat. PENAT.


Sangkut traffic jam dari Kota Damansara ke Meru Klang. Anak anak minta dilayan. Sebab Kak Aza kan menyusu badan.


Sekarang ni relaks je. Balik steady lagi. Boleh main dengan anak anak. Boleh update blog bisnes. 


Dan yang lebih ketara, MC pun dah sangat jarang. Jadi apa lagi bos, boleh lah naikkan gaji dan bonus saya tahun ni kan.



4. Energizing Soy Protein ESP


Macam mana nak cakap ya. 


Kenapalah akak tak makan dari dulu ESP ni. Memang Thorrbaiklah..


Dulu pagi pagi selalu miss sarapan sebab sibuk siapkan urusan anak anak dan suami sebelum bergegas ke tempat kerja.


Sekarang ni tidak lagi.


ESP ni wajib ada di dapur. Senang.


Pagi pagi campur esp dengan air suam dan madu lebah. Atau jus buah dan susu.


Dan goncang dengan shaker. Memang instant meal replace, Kenyang dari pagi sampai tengahari.


Pernah akak lupa makan ESP waktu pagi.. rasa macam kurang sesuatu. Badan tak cergas macam selalu.


Lagipun nak beli kat luar, sarapan pun xberbaloi mana pun. Mahal satu hal. Tak berkhasiat pula tu.


Beli karipap pun boleh rasa ajinomoto yang kuat. MSG dan ajinomoto ni tak elok untuk kesihatan. 


Sekarang ni.. Suami pun dah mula perasan kulit akak makin cantik. Memang terbaiklah. ESP ni sangat bagus untuk pekatkan susu ibu.


Antara produk wajib dalam Set menyusu asas shaklee.


manfaat set menyusu shaklee


Kita kena jaga makan, sepanjang menyusu badan.. kalau kita salah makan anak yang menanggungnya.

Mulalah kembung perut dan sebagainya.


ESP ni membantu akak makan sarapan yang berkhasiat. Dalam ni mengandungi 20 jenis protein yang diperlukan badan.

Semua dalam satu. Bayangkan berapa banyak jenis makanan perlu diambil untuk dapat 20 jenis protein ni.


Sedangkan semua tu ada dalam ESP. Terbaik.. 


Satu lagi Kak Aza perasan, badan memang dah tak rasa penat sangat. Perut pun kenyang je sampai tengahari. 


Lagipun akak makan ESP dengan alfafa. Memang cerahlah harapan nak kurus balik macam zaman anak dara dulu.


Kalau nak dapat harga set penyusuan shaklee DAN KONSULTASI PERCUMA... boleh hubungi Kak Aza.


5. Alfalfa Complex


Tumbuhan pun ada raja ya. Siapa la pandai pandai bagi gelaran ni. Macam keterlaluan pula. 


Raja Tumbuhan.


Yup.. Tak patut tak patutttt..


Ingatkan durian je ada gelaran raja buah. Itu pun sebab banyak duri.


Tapi kalau tak de angin takkan pokok bergoyang kan? 


Apa sebabnya dapat gelaran raja tumbuhan tu?


Jawapannya ada pada kebolehan alfafa untuk mendapatkan zat yang banyak dari tanah.


Sebab akatnya sangat panjang menusuk bumi. 


Dan Kak Aza pun pasti kawan kawan pernah dengar yang alfafa ni tak boleh makan sembarangan. 


Memang betul pun, kalau produk tu dibuat dari biji benih alfafa memang masalah.


Shaklee pula memproses alfafa dari daun daunnya. Memang dah lalui ujian dan penyelidikan ketat di makmal.


Insyaallah dengan jadual pengambilan set penyusuan shaklee yang betul, semuanya baik belaka.


Nak tanya akak pun boleh.


Antara fungsi alfafa yang sangat bagus untuk ibu menyusu ialah Alfafa sangat bagus untuk menambah susu. 



  1. Memang terbukti penggunaannya sebagai milk booster.
  2. Membantu badan ita mencuci darah, buah pinggang dan usus kecil. Bagi bersih semua tu dari toksin penyebab penyakit.
  3. Khasiat macam kacip fatimah. Terbaik untuk orang pompuan.


6. Ostematrix Shaklee

2 bulan lepas sebelum akak kenal Shaklee, masa tu bulan oktober 2013 badan memang dah sengal sengal.


Allah beri akak dengan anugerah susu ibu yang banyak.


Setahun dua menyusu tak terasa sangat. Tapi bila anak dah masuk 2. Dan masuk tahun ke empat menyusu


Sakit sakit badan mula terasa. Fikir punya fikir mesti sebab tak cukup sumber kalsium. 


Susu pun jarang minum. Jangan ikut macam akak ya


Syukur alhamdulillah masih lagi tersedar awal. Kalau tak dah kena osteoprosis bila usia dah lanjut nantu.


Jadi, Ostematrix Shaklee ni Kak Aza makan untuk lindungi tulang gigi dan sendi dari kerosakan.


Badan kita terpaksa ambil simpanan kalsium dari gigi dan tulang untuk ditukarkan kepada susu ibu.


Kalsium ni bukan semudah tu nak diserap.

Yang bagusnya dengan ostematrix shaklee ni, semua zat dan mineral diperlukan untuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat ada dalam tu.


Vitamin D, kalsium, zink, magnesium dan molybdenum ada belaka,




Set Penyusuan Bajet Shaklee
set penyusuan asas shaklee
Gambar ni akak ambil dari blog sendiri ya.
Oklah.. Atas tu kes banyak bajet. Budget besar punya cerita. Kalau ada kemampuan lebih elok makan semua tu.

Lebih lebih lagi bagi yang buat bisnes tu, elok makan set penyusuan susu ibu Shaklee 3M. Badan sihat, anak sihat bisnes pun sihat.


Tapi kalau kita kerja makan gaji macam mana? Tak mampu nak beli semua kan?


So macam mana?


Itu yang best dengan produk shaklee ni. Semua golongan mampu gunakan menurut bajet masing masing.


Kak Aza cadangkan kawan-kawan makan 2 produk ni je untuk set penyusuan budget Shaklee


1. ESP aka Energizing Soy Protein
2. Alfafa Complex


Peranan, kelebihan dan manfaat setiap produk ni akak dah kongsi kat atas tadi kan.


Ambil 2 ni pun dah mencukupi untuk susu yang sihat. Tapi kawan kawan kena jaga sumber kalsium tu ya.


Susu segar satu liter dah berapa ringgit. RM6. Itu cukup untuk minum 2 ke 3 hari je. Penyerapan pun tak berapa bagus.


Sebenarnya lebih jimat makan ostematrix dari beli susu segar hari hari kan.



Bagi mendapatkan harga set penyusuan shaklee dan konsultasi percuma, buat pilihan di bawah:-


Daftar menjadi ahli dengan automatiknya anda akan mendapat diskaun bagi setiap pembelian. 


Hubungi akak untuk mendaftar sebagai ahli 
call/sms/whatsapp saya di 019 265 3791
Mohon KLIK butang LIKE .. +1 dibawah ya. Nak SHARE dengan member lain pun boleh.