Set Kurus Lengkap Shaklee Paling Berkesan

Set Kurus Lengkap Shaklee Paling Berkesan



Assalamu'alaikum Wrmbth, Mari mulakan hari ini dengan diet sihat. Hari ni Kak Zura ingin berkongsi tentang Set Kurus Lengkap Shaklee. Terbaik untuk detox badan dari toksin


set kurus lengkap shaklee paling berkesan


Alhamdulillah syukur sangat sangat pada Allah swt. Kak Zura juga sama seperti sahabat semua. Ada masa sihat dan kurang sihat.


Dulu masa muda tiada sakit kulit, berat badan pun normal. Bila sudah berkahwin kena pula ekzema.



Keputusan Kak Zura untuk makan produk Shaklee bermula selepas Akak baca blog ni. Dan tergerak hati untuk masuk ahli untuk dapat kelebihan harga murah.



Ya harga ahli shaklee murah 25% dari harga runcit. Dengan RM65 yuran (belum masuk pos) untuk keahlian seumur hidup faedah yang akak terima jauh lebih banyak.



Hasilnya, subhanallah. Berat akak dah banyak turun, dan sakit ekzema pun dah hilang.



Kini peluang dan rezeki lain pula di berikan Allah swt. 



Kak Zura dapat bantu ramai lagi orang diluar sana yang ada masalah kesihatan untuk kembali sihat dan menikmati hidup dengan lebih sempurna.



Dari seorang yang "ZERO" pengetahuan berniaga, banyak sangat yang dah dipelajari.



Hari ini Kak Zura nak kongsikan pertanyaan demi pertanyaan dari sahabat sahabat semua. Kadang kadang tersenyum sendiri melayan soalan pelanggan yang diet ni.



Soalan yang selalu sangat Kak Zura dapat berbunyi macam ni.



"Boleh ke lelaki makan alfafa.. Bukan ke itu untuk perempuan saja"



Lelaki dan perempuan pun tanya soalan ni.



Memang betul perempuan selalu makan alfafa untuk banyakkan susu badan dan masalah kewanitaan.



Tapi banyak juga khasiat alfafa untuk lelaki. Contohnya untuk buang toksin dari badan, resdung dan banyak lagi.



set kurus shaklee lengkap terbaik berkesan
Alfafa bukan untuk perempuan je tau. Lelaki pun boleh makan


Set Kurus Shaklee Lengkap membantu lelaki dan perempuan yang mempunyai isu dengan berat badan mereka



Dan set shaklee untuk kurus sesuai untuk lelaki dan perempuan. Sama sama boleh makan. 



Kalau suami yang makan isteri boleh kongsi bersama




Set Kurus Lengkap Shaklee Paling Berkesan Untuk Hasil Terbaik



Produk Shaklee untuk kurus memang banyak. Dan kita tak perlu makan semua pun untuk kurus.



Ikut kesesuaian bajet dan gaya hidup. Selalunya bila ada pelanggan tanya, Kak Zura akan ambil kira macam mana mereka makan.



Masalah kesihatan dan sebagainya, baru Akak cadangkan produk mana yang sesuai.



Bagi yang mempunyai bajet kecil ataupun baru ingin mencuba produk Shaklee, memang Kak Zura cadangkan penggunaan set kurus asas Shaklee



Cara makan Set kurus shaklee akan diberikan untuk hasil terbaik.



Produk Shaklee untuk Kurus terbahagi kepada 3 jenis



1. Pecahkan dan bakar lemak dalam badan Contohnya  Omegaguard dan Lecithin



2. Mencuci usus dari toksin dan menyingkirkan lemak yang dipecahkan. Contohnya Alfafa dan Herblax



3. Produk Shaklee yang membekalkan protein semasa diet seperti Energizing Soy Protein ESP dan Cinch Shake



Kenapa Kak Zura ceritakan semua ni?



Sebelum ni ramai yang tanya akak selepas beli produk Shaklee. Mereka beli sendiri tanpa ada yang tunjukkan cara makannya.



Ataupun beli sebelum faham fungsi setiap produk dan kesesuaian pada penggunanya.



Apabila tak dapat hasil yang baik, baru sedar yang nak makan ni perlukan ilmu.



Sebenarnya, apa yang kita bayar semasa membeli produk bukan untuk produk tersebut saja.



Tapi untuk cara makan dan khidmat nasihat selepas itu.



Itu yang lebih penting, semua orang boleh jual atau belikan. Tapi tak semua yang sanggup baca dan belajar fungsi produk dalam set kurus shaklee.



Ini memerlukan tanggungjawab yang tinggi pada pengedar tersebut untuk memberikan perkhidmatan terbaik.



Kak Zura akan bantu sedaya upaya pelanggan yang beli dari akak. Alhamdulillah, setakat ni mereka ikut dan tiru saja pengalaman akak menggunakan Set Kurus Lengkap Shaklee.



Hasilnya juga sama. Memang terbaik



Sekarang nak cerita lebih lanjut tentang produk produk ni. Suka Kak Zura ingatkan, jangan makan sesuatu produk kalau belum benar benar faham tentang fungsinya.


Jika apa apa jadi mudaratnya.. Kita sendiri tanggungkan. Badan dan kesihatan kita tangungjawab sendiri.

Harap sahabat semua jelas dengan kepentingan ini ya.


KUMPULAN 1 : PECAH LEMAK


 Lecithin Shaklee


Kak Zura cadangkan untuk pelanggan yang nak kurangkan berat sedikit.



Lecithin memang best. Selalu habis stok. Harga pun murah. Ada 180 biji dalam satu botol. Memang berbaloi lah.


set kurus shaklee terbaik


Sebotol lecithin berharga runcit RM52 mempunyai 180 biji.


Selain bagus untuk ingatan dan mencegah nyanyuk bagi orang lanjut usia, lecithin juga bagus sebagai agen pemecahan lemak sekitar di bawah lapisan kulit. 



Salah satu contoh kebaikan mengambil lecithin, rakan akak memberikan lecithin pada ayahnya.



Ayah beliau perokok tegar, makan pun berselera dan berusian 60an. 



Sebelum ni dah dua kali pembedahan membuang ketumbuhan. Ada bonjolon lemak dan saiznya semakin membesar. 



Dan yang tak bagus, walaupun dah dibuang, masih keluar bonjolan ini ditempat lain.



Jadi setelah dua kali pembedahan, rakan kak zura membelikan produk shaklee untuk ayahnya.



Bialahkan,, orang berusia ni memang takut makan ubat. Jadi rakan kak zu cakap kelebihan lecithin shaklee..



Elak nyanyuk diusia tua. Terus setuju.



Alhamdulillah.



Kemudian, apa yang memeranjatkan saiz bonjolan lemak ini semakin mengecut.



Betul, makin gembira rakan saya dan ayahnya.



Umur sudah 60an tapi masih kuat menebas kebun. Memang jenis orang tak boleh duduk diam.



Hanya dengan makan lecithin, bukan saja bonjolan lemak dah beransur hilang, perut pun dan menyusut.



Sudah tidak boroi. Baju lama semua muat kembali. 



Kawan kawannya semua terkejut. Macam mana pak cik boleh kurus balik ni.



Akhirnya, mereka pun makan lecithin bersama.



Kalau niat ikhlas, boleh bayangkan tak berapa banyak pahala Allah swt berikan dengan bantu orang lain.



Setiap bapa yang makin sihat, boleh menjalankan tanggungjawabnya dengan lebih baik. Nak beribadah ke masjid pun senang.



Syukur sangat sangat. 



Lecihtin juga membantu mencantikkan otot dan kulit. Ia juga bantu mengurangkan sembelit.



Dan badan menggunkannya untuk menghasilkan jus hempedu bagi memecahkan lemak.



 OmegaGuard



Agen pemecahan lemak sekitar salur darah dan hati. Bantu rendahkan paras kolesterol dan kesihatan jantung.

jadwal pemakanan set kurus shaklee



Omegaguard juga bagus untuk minda dengan kandungan DHA. Bagus untuk kesihatan jantung.


Apa lagi ya.. Ok.. Bagus untuk kesihatan sendi dan radang sendi. Maknanya siapa ada sakit tulang.. elok makan omegaguard.

Omegaguad dan lecithin mempunyai fungsi yang lebih kurang sama.


Bagi yang mempunyai budget lebih, elok makan kedua dua lecithin dan omegaguard.



Cuma kena tahu jadual makan yang betul ya.



Jadwal makan boleh dapat dari pengedar shaklee yang anda beli produk ya. Ekslusif untuk pelanggan.



Ok, kalau diberi pilihan antara lecithin dan omegagurd, nak makan mana?



Harga lecithin RM52 untuk 180 biji. omegaguard RM136 sebotol untuk 90 biji.



Kalau anda nak jimat ambil lecithin. Kalau nak hasil terbaik dan paling berkesan makan omegaguard



Kenapa?




Omegaguard boleh bantu rendahkan selera makan. Lecithin tak boleh. Kenapa? Sebab Omegaguard bantu kurangkan rembesan hormon dalam otak yang membuatkan kita rasa lapar.



Sekali lagi Kak Zura ingatkan diri sendiri, makan dengan jadwal pengambilan yang betul ya.



Sebagus mana pun sesuatu makanan tambahan, jika diambil berlebihan pun kurang molek. 


Ini bukan main main. 


Selalu Kak Zura dapat aduan.. Saya makan ikut belakang botol. Kenapa jadi lain. 



Sebab tu, pengedar shaklee yang betul akan bantu kita selepas bertanya banyak soalan. 



Keadaan kesihatan setiap orang pun tak sama. Pelanggan A tidak sama dengan Pelanggan B.



Cara hidup dan tabiat pemakanan lain. Sejarah kesihatan pun tak sama.



Pengguna bijak akan fikir..


"Kalau Pengedar ni boleh bantu aku dengan cara makan terbaik, itu lebih baik daripada beli dengan orang yang dekat"

"Beli dengan kawan, kakak adik jiran.. Belum tentu mereka tahu cara makan yang betul"

"Nanti nasi dah jadi bubur, nak marah pun susah. "


KUMPULAN 2 : DETOX

1. Alfalfa Complex


Sangat sesuai untuk ibu bersalin yang ingin kurus dan menyusukan anak.



Sebabnya, alfafa akan bertindak sebagai penggalak susu (milk booster)



Pada masa yang sama membersihkan toksin dan membuangkan lemak yang dipecahkan lecithin dan omegaguard.


set kurus shaklee esp ibu menyusu


Pun begitu, perlu faham cara makan alfafa yang betul. Alfafa ni dari sumber herba, sesetengah dari kita kurang sesuai untuk makan alfafa seperti pesakit SLE dan G6PD.




Jadi pastikan ya betul betul.. Semestnya Kak Zura akan bantu pelanggan Akak sebaiknya..



Alfafa memang wajib untuk set kurus shaklee ibu menyusu



2. Cinch Energy Tea


set kurus shaklee untuk ibu menyusu


Secara peribadinya, ini adalah salah satu dari produk kegemaran Kak Zura.



Badan rasa cergas lepas minum teh ni. Betul. Sangat sangat bertenaga dan segar.



Memang Kak Zura rasa lebih bersedia menghadapi kehidupan. Buat kerja rumah, uruskan anak anak dan tunaikan amanah dan tanggung jawab bekerja.



All in a days work. Lillahi taala



Teh cinch adalah gabungan 3 jenis teh - teh hijau, teh merah dan teh hijau bayi (white tea) menjadi penggalak untuk membekalkan tenaga secara semulajadi.  



Boleh menjadi pengganti kopi, soda atau minuman manis untuk mengekalkan kecergasan tubuh.



Semestinya bebas bahan pengawet. Semula jadi sepenuhnya.



3. Herblax Shaklee



Siapa ada masalah sembelit? Susah sangat nak ketandas sampai pening kepala dibuatnya



Badan jadi panas sebab kita tak ketandas.



Jom cuba herblax. Buang dan cuci toksin toksin dari badan kita.



Dan melawaskan proses penyingkiran. Memudahkan anda ke tandas.



Ini pun macam alfafa juga fungsinya.. Bezanya.. herblax shaklee lebih berkuasa untuk menyingkirkan toksin dari badan berbanding alfafa.

set kurus shaklee bulan puasa ramadhan



Haaa... Jadi.. buat permulaan jangan makan masa kerja. Masa cuti ok. Tandas dekat sikit. Kalau di pejabat kes naya nanti.



Lebih naya lagi apabila tandas di pejabat terhad dan bom jangka hampir meletup.



Hehe.. Ingat sebelum kena ya



Tanya betul betul sebelum beli dan makan. Nak jual Shaklee memang mudah, yang susah tu nak terangkan cara makan yang betul




KUMPULAN 3 : PROTEIN



1. Cinch Mix Shake


harga set kurus shaklee
Kini anda boleh kenyang lebih lama dengan Cinch Shake Shaklee. Sedap pantas dan mudah disediakan


Terdapat 3 perisa - Vanilla, Coklat dan Caffe Latte. Minuman yang rendah kalori dan diperkaya dengan Leucine yang mampu membina otot-otot yang telah kendur.



Rasanya lebih sedap daripada ESP Shaklee. Kelebihan Cinch ialah ianya rendah kalori.



Lagi rendah dari ESP. Jadi memang sesuai sangat untuk diet. Bantu kita rasa kenyang lebih lama.



2. Energizing Soy Protein ESP



Susu soya kegemaran ramai. Banyak kegunaan. Sangat sesuai digunakan semasa ibu berpantang yang baru bersalin


set kurangkan berat badan shaklee



Yalah kan, ESP Shaklee bantu hasilkan susu yang pekat. Pada masa yang sama badan lebih cergas. Protein dalam esp akan membantu badan menyembuhkan luka dan membina tisu baru.



Bagi kawan kawan yang menghidap gastrik, sesuai makan ESP semasa diet sebab sifatnya yang alkali akan membantu mengurangkan keasidan dalam perut.


set kurus shaklee esp
Tak perlua makan berguni guni soya untuk mendapat protein harian, satu canister ESP bersamaan dengan berapa kg soya? Cuba teka


Yang besntnya.. pengambilan ESP dengan betul akan membantu pesakit gastrik kembali sihat tanpa perlu risau dengan sakit gastrik yang lama menghantui.



Cuma tulah kan.. Rasa soya ni tak semua orang suka. Tapi apa susah susah. Bancuh dengan jus buah dan susu segar. Sedap je 



ESP Shaklee memang pilihan terbaik untuk set kurus shaklee. Terbaik


*Setelah produk sampai Kak Zura akan guide tatacara pengambilan
  set ini.
* sila hubungi Kak Zura OK untuk membeli set kurus shaklee ini boleh SMS dan hubungi Kak Zura:


Call / Whatsupp: 011 17749161 or 013 7720505
Email: zurainialiman@gmail.com
FB: Zuraini Aliman bagi sebarang pertanyaan lanjut.



@ boleh pergi sendiri ke Cawangan Shaklee berdekatan dan order produk menggunakan id Kak Zura :

ID Shaklee: 1083085



Ok.. Tamatlah sudah perkongisan kak Zura tentang  Set Kurus Lengkap Shaklee. Moga moga dapat membantu ya.