VIVIX SHAKLEE UNTUK STROKE

VIVIX SHAKLEE UNTUK STROKE


Assalaamualaikum wbt. Terima kasih kerana datang ke blog ini. Di kesempatan kali ini Che Matt ingin berkongsi tentang produk untuk merawat penyakit stroke iaitu Vivix Shaklee.

Sebelum kita berkenalan dengan produk, Che Matt rasa ada baiknya kita berkenalan dahulu dengan Penyakit Stroke atau dalam bahasa Malaysia angin ahmar.


Vivx Shaklee Untuk Stroke

Selain kencing manis, penyakit strok sangat kerap menyerang warga emas di Malaysia.

Che Mat ada ramai kawan sebaya yang terkena angin ahmar. Ada yang pulih semula.

Dan ada yang telah menyahut panggilan ilahi.

Cuba bayangkan perasaan dan penderitaan yang dialami oleh penghidap stroke.

Badan mereka tidak lagi mampu untuk bergerak seperti sedia kala. 

Suara ibu bapa, sahabat yang dahulunya rancak berbual dengan kita kita tiada lagi.

Hanya kedengaran keluhan dan erangan menahan sakit. 

Che Mat pasti, sahabat yang pernah mengalami situasai ini dapat melihat semula gambaran ini.

Muka jadi herot sebelah, badan juga lumpuh sebelah dan macam macam lagi.

Keluarga yang merasai pengalaman ini berpeluang mendapat pahala menjaga ibu bapa yang sakit. 

Tapi Che Matt yakin, perasaan tertekan penat dan letih masih ada.

Bagi sahabat yang sedang mengalaminya, Che Mat doakan agar semua diberi kekuatan. Boleh cuba vivix Shaklee untuk Strok.

Penyakit Stroke atau Angin Ahmar Dan Vivix Shaklee
Penyakit stroke merupakan penyebab kematian yang ke-3 terbesar di Malaysia. Setiap tahun di anggarkan 40,000 rakyat Malaysia mengalami stroke. 


vivix shaklee untuk angin ahmar
Obesiti menyebabkan ramai rakyat Malaysia terdedah pada serangan angin ahmar

Sesiapa sahaja boleh terkena stroke termasuk kanak-kanak tetapi kebanyakannya adalag orang dewasa.

Strok adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. 


Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan.

Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. 


Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien.

Bahagian otak itu mula mati. Anda mengalami strok. Dengan pantas, Dengan senyap. 



vivix shaklee untuk strok berkesan ke
Risau rasanya.. Malaysia paling ramai orang obes. Makin tinggi risiko strok. Kedengaran dan kelihatan di dada akhbar

Kerosakan otak menjejaskan deria-deria anda, pertuturan dan pemahaman bahasa. Sebelah tubuh mungkin lumpuh, sikap, corak pemikiran dan ingatan terubah.

Satu tanda penting ancaman strok adalah Serangan Iskemia Sementara (TIA), juga dikenali sebagai strok mini. Ia berlaku kerana gangguan bekalan darah yang sementara kepada bahagian-bahagian otak. 

Gejala-gejalanya amat serupa dengan strok sebenar, tetapi, tidak seperti strok yang serius, gejalanya muncul kurang dari 24 jam dan kemudian pulih sepenuhnya.

TIA adalah petunjuk yang sebahagian otak tidak mendapat darah yang mencukupi dan terdapat risiko berlakunya strok. TIA tidak boleh sekali-kali dibiarkan dan perlu dilaporkan kepada seorang profesional perubatan secepat mungkin.



Siapakah Yang Berisiko?


  1. Beberapa faktor berlainan meningkatkan risiko strok, termasuk: Tekanan darah tinggi (hipertensi) yang tidak dirawat. Ini merosakkan dinding-dinding arteri.
  2. Diet. Diet yang tinggi kandungan garam dikaitkan dengan tekanan darah tinggi, sementara diet yang banyak makanan berlemak dan manis dikaitkan dengan pengasaran permukaan dan penyempitan arteri.
  3. Penyakit kencing manis (Diabetes). Mereka yang menghidap kencing manis mengalami lebih kemungkinan mengalami tekanan darah tinggi dan aterosklerosis, dan oleh itu lebih berisiko mengalami strok.
  4. Pernah mengalami TIA. Dianggarkan seorang dari lima yang mengalami strok penuh pertama, pernah mengalami satu atau lebih TIA sebelumnya.
  5. Fibrilasi atrium. Jenis degupan jantung yang tidak teratur ini meninggikan risiko pembentukan gumpalan darah di dalam jantung, yang kemudiannya mungkin tertanggal dan dibawa aliran darah ke otak.
  6. Merokok. Ini mempunyai berbagai kesan negatif kepada arteri dan dikaitkan kepada tekanan darah yang lebih tinggi.
  7. Tabiat minum (alkohol) yang kerap. Selepas beberapa lama, ia menaikkan tekanan darah, sementara kesukuan minum alkohol boleh menaikkan tekanan darah ke ketinggian yang berbahaya dan mungkin menyebabkan saluran darah di otak pecah.
  8. Sesetengah jenis pil perancang keluarga. Ini boleh menjadikan darah lebih pekat dan lebih berkemungkinan bergumpal. Mereka juga boleh menaikkan tekanan darah.

Faktor-faktor risiko yang tidak boleh dikawal.


  1. Umur. Strok lebih kerap terjadi kepada mereka yang berumur di atas 55 tahun, dan kadarnya terus meningkat dengan umur. Ini mungkin kerana arterosklerosis mengambil masa yang lama untuk terbentuk dan arteri menjadi kurang kenyal dengan pertambahan umur, menaikkan risiko tekanan darah tinggi.
  2. Jantina. Lelaki lebih berisiko mengalami strok berbanding wanita, terutamanya di bawah umur 65.
  3. Sejarah keluarga. Mempunyai saudara terdekat yang pernah mengalami strok meningkatkan risiko, mungkin kerana faktor-faktor seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis cenderung menimpa keluarga.


Apakah Gejala-Gejalanya?

Strok tidak terjadi tanpa amaran. Selalunya, ada tanda-tanda amaran. Dengan mengenali tanda-tanda ini dan mengambil tindakan segera untuk mendapatkan bantuan perubatan, anda boleh mengelakkan strok yang mendatang atau mengurangkan kesannya. Gejala-gejala utamanya adalah:
Kelemahan atau merasa kebas mengejut di sebelah bahagian badan. Tanda-tanda ini mungkin muka yang meluyut, meleleh air liur, merasa lemah pada tangan atau kaki.

Kekaburan penglihatan pada sebelah atau kedua-dua mata secara tiba-tiba.

Kesukaran bertutur atau memahami pertuturan, atau pertuturan yang tidak jelas.

Pening, kehilangan imbangan, kekeliruan

Sakit kepala yang teruk yang mengejut

Rasa mual atau muntah


Bagaimana Strok Di Diagnos?

Beberapa penelitian boleh membantu mengenalpasti jenis strok yang telah berlaku dan pilihan rawatan yang terbaik. Ujian yang tepat akan berbeza di antara seorang dengan yang lain, tetapi yang biasa termasuk:
Vivix Shaklee Untuk Stroke

  1. Pengukuran tekanan darah.
  2. Ujian darah untuk memeriksa kandungan gula dalam darah, gumpalan dan tahap kolesterol.
  3. X-ray dada untuk memeriksa masalah jantung atau dada.
  4. Elektrokardiogram (ECG) untuk mengukur rima dan aktiviti jantung.
  5. Ekokargiogram, sejenis imbasan jantung, untuk memeriksa kemungkinan masalah jantung.
  6. Imbasan otak untuk mengenalpasti jenis strok dan mencari kesan-kesan kerosakan.
  7. Imbasan Ultra-bunyi arteri-arteri karotid untuk memeriksa aliran darah ke otak.


Apakah Kesan-Kesan Strok?


Kesan-kesan strok berbeza dari seorang ke seorang, bergantung kepada bahagian otak yang mana telah terjejas dan takat kerosakannya. Bagi sesetengah orang, kesannya agak sedikit dan sekejap; yang lain mengalami kehilangan upaya yang lebih teruk dalam jangka panjang.
Kesan kesan stroke


Kekurangan fizikal selepas strok


  1. Kehilangan pergerakan atau corak pergerakan yang tidak normal di sebelah badan (hemiplegia). Oleh kerana bahagian kanan otak mengawal bahagian kiri badan (dan sebaliknya), hemiplegia terjadi di bahagian badan yang bertentangan dengan lokasi strok.
  2. Koordinasi yang lemah
  3. Perawakan yang tidak normal.
  4. Kesukaran bertutur dan memahami, serta membaca dan menulis.
  5. Tidak dapat mengawal pembuangan najis.
  6. Kehilangan penglihatan separa.
  7. Tidak dapat menelan.
Kekurangan kognitif

  1. Menjadi terlalu awas, cemas dan kelam kabut.
  2. Mudah murung, tidak dapat mengawal emosi.
  3. Konsentrasi yang lemah dalam mempelajari kemahiran baru.
  4. Tidak dapat memahami percakapan/ pertuturan.
Kekurangan tanggapan ruang - persepsi

  1. Tidak boleh mengagak jarak, saiz, kedudukan
  2. Kehilangan rasa di sebelah badan
  3. Kehilangan imej tubuh.

Apakah Yang Boleh Anda Lakukan Untuk Mengurangkan Risiko Strok?

Stroke
  1. Jadilah lebih aktif secara fizikal. Senaman membantu menurunkan tekanan darah (tekanan darah tinggi adalah satu-satunya faktor risiko terbesar untuk strok), mengawal berat badan, membantu membentuk imbangan lemak darah yang sihat dan meningkatkan kebolehan badan mengawal insulin. Tetapkan untuk melakukan apa-apa jenis aktiviti fizikal sederhana selama 30 minit sekurang-kurangnya lima hari seminggu.
  2. Amalkan diet yang sihat. Buah-buahan segar dan sayur-sayuran adalah sumber penting antioksidan, vitamin dan mineral, yang dibuktikan oleh penyelidikan, dapat mengurangkan risiko strok. Pengambilan garam yang tinggi telah dikaitkan dengan tekanan darah tinggi, sementara terlalu banyak lemak tepu boleh membawa kepada arterosklerosis (pengasaran permukaan dinding arteri).
  3. Kekalkan berat badan yang sihat. Berat badan berlebihan membawa risiko strok.
  4. Jangan merokok. Merokok meninggikan risiko strok kerana ia menyebabkan arterosklerosis (pengasaran permukaan dinding arteri) dan menjadikan darah lebih mudah bergumpal.
  5. Minum alkohol dengan bijak. Memerhatikan pengambilan alkohol boleh membantu anda mengelakkan strok. Elakkan minum dengan banyak, terutamanya minum jumlah alkohol yang banyak sekaligus, kerana ini boleh menyebabkan tekanan darah melambung naik. Jangan minum setiap hari. Cuba untuk tidak minum satu atau dua hari dalam seminggu.
  6. Periksa tekanan darah anda. Semua orang dewasa perlu memeriksa tekanan darah sekurang-kurangnya sekali setiap lima tahun (lebih kerap jika mereka menghidap tekanan darah tinggi), mengambil ubat atau mempunyai masalah perubatan yang lain.
  7. Minta nasihat dari doktor anda sebelum mengambil pil perancang keluarga atau menjalani terapi penggantian hormon (HRT).

Sumber rujukan : NASAM (National Stroke Association of Malaysia)

Bagaimana Anda Dapat Mengesan Orang Yang Terkena Stroke? In shaa Allah anda mungkin dapat menyelamatkan mangsa jika dapat kesan dengan cepat.

Tanda tanda stroke
Tanda-tanda stroke...hubungi "999" dengan segera!!!




Vivix Shaklee Untuk Stroke Angin Ahmar

Vivix Shaklee

Salah satu daripada ramuan semulajadi di dalam Vivix ialah Elderberry (sambucus Nigra). 

Salah satu daripada manfaat Elderberry adalah keberkesanannya dalam mengubati simptom flu, terutama sekali influenza B. Berry mengandungi flavonoids.

Yang mempunyai siri anti-oksidan yang kuat, dengan yang demikian mengukuhkan sistem imun melawan jangkitan virus dan bekteria.

Pada masa yang sama, Elderberry adalah sangat kaya dengan sebatian yang dikenali sebagai anthocyanin, yang memberi kesan anti radang. 

Ia juga dapat mengurangkan simptom seperti sakit otot, sakit atau demam yang berkaitan dengan selsema atau influenza.

Walaubagaimanapun, Elderberry tidak hanya kaya dengan anti-oksidan, tetapi juga dengan vitamin A, B dan C dan nutrien seperti asid amino, carotenoid, tannin dan rutin. 

Semua ini adalah untuk manafaat kesihatan yang didapati dari Elderberry

Selain dari menguatkan sistem imun, untuk melawan jangkitan virus dan flu, Elderberry dan ekstraknya juga berkesan terhadap keadaan seperti flu, jangkitan yeast, astma, batuk, sesak hidung, dada dan diabetes. 

Ia juga dapat merendahkan tahap kolestrol dan juga menghalang oksidasi kolestrol LDL. Oksidasi LDL dianggap sebagai satu penyebab penting penyakit kardiovaskular.

Kesimpulannya, Elderberry mempu memberi perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular dan jantung termasuk strok dan serangan jantung. 

Seterusnya lagi manafaat penting dari Elderberry adalah pengurangan stress, memperbaiki penglihatan dan penghadaman.

Vivix Shaklee juga sangat baik untuk:
  • Sakit jantung
  • diabetes
  • darah tinggi
  • kesihatan mata
  • merendahkan kolestrol LDL
  • kanser
  • dsb


Itulah serba sedikit maklumat berkenaan Vivix Shaklee Untuk Stroke yang Che Matt dapt kongsikan buat kali ini. Semoga bermunafaat untuk anda. Sila "KLIK" disini untuk Vivix Shaklee selanjutnya.Jika kawan kawan ada sebarang soalan mengenai artikel ataupun produk shaklee, hubungi Che Matt di:

Call/WhatsApp/Telegram : 019-9152247

ID Shaklee : 1083607

FB : Che Matt bagi pertanyaan lanjut.
LIKE Che Matt di Facebook Page : Anugerah Kesihatan Keluarga 
bagi mendapatkan harga  dan rundingan percuma.