7 Amalan Harian Wajib Kurus

10 Amalan Harian Wajib Kurus Bersama Set Kurus Shaklee

7 amalan harian wajib kurus

Assalamu'alaikum Wrmbth. Hari ini kita nak kongsikan langkah langkah terbaik untuk kuruskan badan. Mudah dan cepat dilakukan.

Tapi kesannya pada berat badan sangat bagus.

Mungkin sudah ada pun antara senarai ini yang sudah dilakukan.

1. Minum Banyak Air Masak

Kita selalu minum minuman yang manis manis setiap hari bersama makanan.

Jom ubah kepada air kosong.

Kajian mendapati secara purata orang ramai minum hampir 245 kalori berlebihan sehari daripada air jus/manis/berkarbonat/tin. 

Ianya hampir 90,000 kalori setahun bersamaan 11 kilo tambahan kepada berat badan!

Air kosong tiada kalori dan tidak menggemukkan. Makan set kurus shaklee pun memerlukan 3 liter air sehari 

2. Makan 5-6 hidangan kecil berbanding 3 hidangan besar sehari

Cara ini akan membantu mengurangkan rasa lapar yang tinggi.

Kajian mendapati mereka yang membahagikan hidangan makan mereka akan makan kurang 30% kalori dalam hidangan berikutnya. 

Jika selalunya kita makan sarapan dan makan tengahari di awal hari.

Tukarkan kepada sarapan.. Minum pagi dan makan tengahari. Dan pastikan pengambilan makanan sedikit saja ya.

Sebagai contoh, jika anda membahagikan sarapan anda kepada dua hidangan misalnya, satu sebelum ke tempat kerja dan satu lagi ketika rehat pagi, maka anda tidak akan makan banyak ketika waktu makan tengahari. 

Badan anda akan kurang mengeluarkan insulin yang mengawal kandungan gula dalam darah dan perasaan lapar.
amalan untuk kurus badan

3. Berjalan Selama 45 minit Setiap hari

Setiap langkah yang diambil akan membakar lebihan kalori.

Pilih untuk menggunakan tangga sekiranya berjalan satu tingkat sahaja.

Apa salahnya sekiranya kta datang awal setiap hari dan meletakkan kenderaan diruang yang jauh dari pejabat.

Kenapa? 

Kajian menunjukkan sekiranya dilakukan berterusan akan dapat menurunkan berat badan sehingga 13kg tanpa perlu senaman tambahan.

Siapa kata orang bekerja tak boleh sihat? Bijakkan

4. Birukan hidup anda

Warna memang mempengaruhi minda dan psikologi kita. Perasan tidak?

Restoran makanan segera banyak menggunakan warna merah untuk premis mereka.

Mazni pernah baca, warna merah akan membuatkan kita makan lebih dari patut.

Tukar kepada warna biru kerana terbukti membantu mengawal selera makan dengan bermesan.


5. Sedekahkan Baju Lama Yang Besar 

Selepas berjaya menurunkan berat badan, apa anda mahu buat dengan baju lama yang londeh?

Sedekahkan pada rumah kebajikan.

Kenapa? Bila anda menyimpannya secara tak langsung akan memberitahu minda.. 

Tak pe jika gemuk ada lagi baju lama yang boleh dipakai. Lagipun dapat pahala sedekah kan.

6. Saiz Pinggan Kecil Semasa Makan

Mazni dah cuba sendiri kaedah ini.. Guna pinggan kecil untuk makan.

Nampak macam tak logik, tapi memang berkesan.

Sebenarnya pinggan besar akan membuatkan kita makan lebih dari keperluan.

Sama kes macam baju besar tadi.



7. Makan Bijirin Untuk Sarapan Pagi

Ya. Nampak macam kanak kanak saja yang makan.

Tapi sebenarnya orang dewasa juga boleh menikmati sajian lazat ini.

Mereka yang makan bijirin sarapan sekurang-kurangnya 5 kali dalam seminggu menghadapi kurang risiko obesiti dan diabetes berbanding mereka yang memakan makanan lain untuk sarapan. 

Bijirin ini juga mengandungi serat, kalsium dan paling penting kurang lemak.

Lagipun kita makan bijirin dengan susu segar kan. Sangat bagus untuk tulang dan gigi yang sihat.

Atau kawan kawan boleh makan set kurus lengkap shaklee bersama aktiviti harian ini.

Pasti hasilnya lebih memberangsangkan

Sekian sudah perkongsian kita hari ini. Jom sama sama amalkan 7 aman harian wajib kurus ini ya.

Jika kawan kawan suka artikel ini.. Minta klik butang like dan +1 di bawah ya. Dah bakar beberapa kalori untuk klik saja. Hehe