Amalan Ibu Mengandung Terbaik Cara Islam

Amalan Ibu Mengandung Terbaik Cara Islam

Assalamu'alaikum Wrmbth, Terima kasih kerana mengunjungi blog kami. Hari ini Sherin ingin berkongsi tentang amalan ibu mengandung melengkapi Set Mengandung Shaklee
amalan ibu mengandung trimester pertama set mengandung shaklee

Kita jaga tuntutan luar dan dalam ya. Ibu dan ayah melakukan amalan rohani yang membantu anak yang lahir baik akhlaknya.


Pada masa yang sama kita berusaha memberikan khasiat dan zat nutrisi terbaik dari  Set Mengandung Shaklee Lengkap.



Amalan Ibu Mengandung Menurut Islam Dan Sunnah



Amalan berpuasa dapat membantu anak dalam kandungan supaya lebih kuat hatinya. Bacaan surah surah tertentu juga mempunyai kelebihan untuk bayi dalam kandungan.


amalan ibu mengandung menurut islam alquran dan sunnah


Mari sama sama kita amalkan tips tips terbaik menurut neraca islam amalan ibu mengandung


  1. Melazimi membaca Al-Quran
  2. Melazimi baca buku ilmiah sepert Kisah Para Nabi, Kisah Para Sahabat dan lain-lain
  3. Menjaga adab dan emosi terhadap suami dan isteri
  4. Makan makanan yang baik Pastikan makanan dan bahan-bahan adalah yang halal dan dari sumber pendapatan yang halal
  5. Jauhi daripada sifat dendam dan dengki
  6. Rajin mengukirkan senyuman
  7. Berbual-bual dengan anak yang berada dalam kandungan
  8. Banyak berdoa kepada Allah swt
  9. Rajin puasa sunat (digalakkan suami berpuasa sunat, seperti Isnin dan Khamis)
  10. Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman untuk permudahkan proses kelahiran
  11. Tidak terlalu tertekan atau stres
  12. Banyakkan bertaubat dan beristighfar kepada Allah swt
  13. Rajin solat wajib dan perbanyakkan solat sunat
  14. Melazimi berzikir
  15. Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu

Ok, selepas 15 petua terbaik amalan ibu mengandung menurut islam, kita pergi pula kepada perkara yang patut dijauhi ibu mengandung


Amalan Ibu Mengandung Yang Patut Di Elakkan


Ok, Sherin pasti ramai ibu mengandung di luar sana mempunyai keinginan mengidam berbeza.
amalan ibu mengandung untuk anak cerdik

Alhamdulillah, suami yang memahami akan cuba memenuhi setiap permintaan isteri dengan sebaik mungkin.

Asalkan mengidam tersebut tidak membawa mudarat kepada kesihatan ibu dan anak.

Antara amalan ibu mengandung yang wajar dielakkan

  1. Jauhi maksiat dan kemungkaran terhadap Allah swt
  2. Jauhi penampilan yang tidak menarik di depan suami
  3. Jauhi makanan yang berbisa seperti ikan pari, ikan sembilang, nanas, tapai dan lain-lain
  4. Jauhi percakapan yang negatif
  5. Jauhi mengidam makanan yang tidak baik
  6. Jauhi amalan khurafat
  7. Suami harus Jauhi daripada melakukan perkara yang menyedihkan atau merungsingkan isteri
  8. Jauhi membuka aurat
  9. Jauhi makan dam minum makanan yang haram dan dari sumber yang haram


Surah Surah Alquran Pilihan Untuk Amalan Ibu Mengandung Serta Kelebihannya

Apa yang indah dengan agama islam, ia adalah cara hidup yang sempurna. Sejak dari kandungan lagi pelbagai amalan untuk anak didalam kandungan.
amalan ibu mengandung menurut islam untuk anak cerdik demam kuning

Antara surah yang bagus untuk bacaan ibu dan ayah adalah seperti berikut
  1. Baca Baca Surah Al Fatihah Supaya terang hati dan kuat ingatan
  2. Baca Surah Maryam Supaya ibu bersalin mudah bersalin dan anak yang sabar dan taat
  3. Baca Surah Luqman supaya mendapat anak yang bijak dan cerdik jiwa
  4. Baca Surah Yusuf supaya anak yang dilahirkan cantik rupa dan indah akhlak
  5. Baca Surah Hujurat supaya ibu mengeluarkan banyak susu ibu dan anak yang bersifat berhati-hati
  6. Baca Surah Yaasin bagi ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat
  7. Baca Surah At-Taubah supaya membersih jiwa dan tidak terlibat dalam maksiat
  8. Baca Surah an-Nahl untuk anak yang berdisiplin seperti lebah

Cuba bayangkan, anak yang lahir nanti bukan sahaja sihat namun baik sifatnya. Indah akhlaknya.

Bukankah sejuk mata kita dan beruntungnya pasangan suami isteri yang memiliki anak yang soleh dan solehah.

Selain itu, banyak lagi amalan ibu mengandung yang dapat dilakukan supaya anak lebih sihat.

Contohnya bagaimana mengelakkan anak terkena demam kuning. Ya, memang seksa dan mencabar menjaga anak yang kuning.

Ada kawan baik Sherin anaknya mengalami demam kuning yang teruk, sehingga dua bulan lamanya.

Sentiasa perlu berulang alik ke hospital sehingga demam kuning reda.

Apa yang boleh suami isteri lakukan semasa tempoh kehamilan untuk mengurangkan risiko demam kuning yang serius?

Mari sama sama kita cuba amalkan tips dibawah.

Amalan Ibu Mengandung Untuk Mengelakkan Demam Kuning

tips makanan sihat amalan ibu hamil

  1. Menelan madu (tanpa air sudu atau meminum air madu  sudu (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis
  2. Minum susu kambing   satu cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. (Sebaiknya dicampur dengan sedikit zaafaran)
  3. Mengamalkan meminum pati delima paling kurang ml sehari. Mazni beli pati delima guiisan dalam botol kaca tu.. Satu botol tahan 1bulan lebih. 
  4. Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan.
  5. Mengamalkan memakan buah tin setiap  hari.
  6. Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai  bulan ke atas.
  7. Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin.
  8. Elakkan makan jeruk semasa mengandung

Ok, kalau kena juga demam kuning selepas bersalin apa nak buat?

Cuba amalkan Tips Mengurangkan demam kuning dibawah
set ibu mengandung shaklee amalan ibu hamil

  1. Elakkan makan makanan mengandungi kunyit, lada hitam dan halia selepas bersalin
  2. Banyakkan minum susu ibu. Lebih banyak dan kerap anak minum susu ibu lebih cepat demam kuning reda. 
  3. Jururawat dan doktor biasa akan menggalakkan anak di dedahkan pada cahaya matahari. Bukan secara terus ya. Seeloknya cahaya matahari diawal pagi
Jika anda mempunyai soalan, insyaallah sekiranya mampu Sherin akan bantu anda. Boleh hubungi Sherin di

Call/SMS/Whatsupp Sherin 
017-2659217

ID Shaklee: 
1085497

Email ke 
kasyfirezqi@gmail.com  

FB : 
sherinzamizah

Like kami di Facebook Page: Ibu bijak keluarga sihat
mendapatkan KHIDMAT NASIHAT TERBAIK dan INFO PERCUMA
Jadi apa pendapat anda tentang Amalan Ibu Mengandung
Saya sangat berminat dengan perkongsian anda semua. Kongsikan di ruangan komen dibawah ya.