Makanan Untuk Ibu Mengandung Yang Sihat & Berkhasiat

Makanan Untuk Ibu Mengandung Yang Sihat & Berkhasiat

Assalamu'alaikum Wrmbth, Posting hari ni Mazni buat cara santai. Lebihkan gambar dari pada tulisan. Tentang makanan untuk ibu hamil dan Diet Sihat amalan ibu mengandung.

makanan untuk ibu hamil diet sihat
Alangkah seronoknya jika dapat menikmati 9 bulan kehamilan dengan sihat bertenaga

Setelah berusaha untuk hamil dan menjalani rawatan kesuburan. Berita gembira akhirnya tiba juga. Alhamdulillah.

Artikel ini terdiri daripada 6 bahagian, sila klik no dibawah untuk terus melompat ke bahagian tersebut.
  1. makanan ibu mengandung
  2. makanan untuk ibu mengandung
  3. makanan sihat untuk ibu mengandung
  4. makanan terbaik untuk ibu mengandung
  5. buah yang baik untuk ibu hamil 
  6. buah buahan untuk ibu mengandung
  7. makanan yang dilarang untuk ibu hamil


Makanan untuk ibu mengandung Yang Berkhasiat & Sihat Untuk Anak Dalam Kandungan


1. Sayur-sayuran

Semasa trimester awal kehamilan (3 bulan pertama mengandung) memang ramai ibu hamil akan mengalami gejala loya dan muntah muntah atau morning sickness. 

Jika puan mempunyai keadaan yang sama, banyakkan pengambilan sayuran berdaun hijau kerana ia kaya dengan pelbagai zat untuk ibu dan bayi. 

Sayur sayuran dapat membantu mengurangkan rasa mual dan sangat berkhasiat dengan vitamin & zat besi yang diperlukan untuk pembentukan hemoglobin dalam badan. 

Namun begitu puan perlu memastikan sayur sayuran yang hendak dimakan semasa hamil telah dimasak dengan baik.

Sayur yang tidak disediakan dengan betul boleh mendatangkan mudarat. Boleh klik disini untuk artikel khas tentang kepentingan makanan yang bersih semasa mengandung


2. Produk tenusu (Diperbuat dari susu)


Semua produk yang diperbuat dari susu kaya dengan protein untuk kegunaan ibu hamil.

Sangat penting bagi puan untuk memastikan bekalan protein dan kalsium yang tinggi semasa mengandung cukup untuk keperluan seharian. 

Antara fungsi protein dari produk tenusu untuk puan semasa hamil ialah

  1. Pembinaan jaringan sel bayi 
  2. Memulihkan jaringan yang rosak 
  3. Bahan mentah untuk membina otot. 
Selain protein, kalsium yang banyak boleh diperolehi daripada hasil tenusu.

Bekalan kalsium yang mencukupi semasa hamil penting 

  1. Dalam pertumbuhan tulang bayi dalam kandungan 
  2. Dan mengelakkan tulang ibu reput (osteoprosis) kerana bayi mengambil dari ibunya.
Antara produk tenusu yang baik untuk di makan semasa hamil adalah seperti keju, yogurt, susu.

Sekali lagi, puan puan mestilah memastikan produk tenusu ini telah pun dipasteur terlebih dahulu supaya ia selamat dimakan semasa hamil.

Boleh klik dan baca link ini untuk bacaan tambahan


  • Keju lembut Yang Tidak Dipasteur Tidak Selamat Untuk Ibu Hamil
  • Bahaya Susu yang tidak dipasteur kepada bayi dalam kandungan


  • 3. Buah-buahan


    Ada ibu hamil yang hilang selera makan pada peringkat awal kehamilan. 

    Buah-buahan antara yang boleh diterima oleh tekak mereka. 

    Oleh itu teruskan makan buah-buahan kerana ia membantu meningkatkat stamina dan membekalkan tenaga. 

    Selain boleh dimakan begitu sahaja, buah juga boleh diolah menjadi jus, sald dan smoothies. 

    Buah banyak kandungan serat yang membantu menigkatkan metabolisme dan kekebalan badan.


    4. Bijirin

    Makan bijirin setiap hari amalan yang baik untuk ibu hamil. 

    Ini kerana bijirin mengandungi pelbagai mineral, vitamin B, karbohidrat dan kalsium yang diperlukan bagi menyokong aktiviti ibu hamil dan keperluan khasiat janin dalam kandungan.


    5. Kekacang

    Seperti diketahui, khasiat kekacang memang baik kepada ibu hamil terutama di awal kehamilan. 

    Kekacang kaya dengan kandungan protein yang membekalkan tenaga untuk ibu. 

    Selain dari itu kandungan asid folik dan vitamin B juga memang diperlukan untuk perkembangan sistem saraf bayi.


    6. Makanan laut

    Pembentukan otak janin bermula sejak awal kehamilan. 

    Oleh itu ibu disarankan makan banyak makanan yang kaya dengan asid lemak omega 3 dan tinggi proetin bagi membantu pembentukan otak janin seperti ikan, udang, sotong.

    Tips Menarik: Cara untuk hamil dengan kaedah semulajadi
    Dari peringkat awal janin terbentuk. Sangat penting untuk ibu mendapatkan khasiat untuk anak didalam kandungan berkembang dengan sihat.

    Dibawah ini gambaran ringkas tentang fasa fasa kehamilan daripada trimester pertama kedua dan ketiga.



    Seeloknya Mazni sarankan pengambilan set mengandung shaklee lengkap untuk ketiga tiga peringkat.


    makanan untuk ibu hamil diet sihat
    Jangan tanya dari mana Mazni dapat gambar ni ya. Yang penting kita sedar betapa kerdilnya diri kita
    Melihat pada gambar diatas, sedarlah kita betapa terhutang budi kita pada ibu yang mengandungkan. Mengghadapi jerih payah mengandung.. Kemudian bersalin.


    Dan sesudah itu, bagi ibu yang memilih untuk menyusukan anak secara ekslusif. Alangkah mencabarnya perjalanan tersebut.

    Betul, Mazni sendiri baru laluinya dan baru kini ku sedar peranan ayah dalam program penyusuan yang berjaya. Anak kedua Mazni dilahirkan awal sebulan. Bayi pramatang.

    Demam kuning memang lama, dekat 2 bulan. Doktor berpesan untuk mempercepatkan pemulihannya, seloknya diberikan susu ibu.

    Dan syukur alhamdulillah, mula mula memang susah. Kami suami isteri harungi juga. Dan sampai hari ini kami bersyukur atas ketentuan Allah swt.

    Tanpa kesusahan tersebut pasti anak kami tidak merasa nikmat susu ibu. Nikmati kepayahan.

    makanan untuk ibu hamil amlalan ibu mengandung
    10 makanan terbaik untuk amalan ibu mengandung.
    Oklah kan, sumber diatas ni dari barat. Jika dari sumber islam sudah tentu lain. 

    Antara kebaikan makanan sunnah untuk ibu hamil ialah kurma.


    makanan untuk ibu hamil menurut islam dan sunnah

    Nak sedap lagi kisarkan kurma bersama susu kambing. Memang sedap dan berkhasiat. 


    Semanis kurma dan selemak susu. Bagus untuk gigi dan tulang ibu dan anak.

    amalan ibu mengandung makanan sihat bcomplex
    Kebanyakannya sayur sayuran hijau kan. Kalau susah sangat nak makan sayur, boleh telan 1 biji vitamin b complex Shaklee lengkap dengan keperluan vitamin B dan asid folic semasa mengandung

    makanan untuk ibu hamil menurut islam amalan ibu mengandung
    Bermacam macam versi ada. Tapi memang banyak persamaan kan. Asalkan halal


    Asid Folic sangat penting untuk perkambangan bayi. Memang doktor akan berikan pil asid folik bersama zat besi untuk kurangkan risiko anemia.


    Antara makanan yang kaya dengan asid folic ialah
    makanan dilarang untuk ibu hamil
    Selepas yang baik, elakkan pula mengambil makanan dibawah

    makanan untuk ibu hamil yang dilarang


    Sedap & Bagus Di Nikmati: Makanan Untuk Kesuburan Suami Isteri 

    Kenapa? Contohnya minuman seperti kopi teh nescafe dan milo mengandungi kafein yang menghalang penyerapan zat dalam makanan.

    Ini sebabnya ibu kelihatan pucat dan lesi sedangkan sudah pun makan makanan berkhasiat.

    Hatta makan set mengandung shaklee lengkap sekali pun sangat tidak digalakkan untuk makan bersama minuman berkafein.

    Anemia, HB rendah dan lain lain boleh menyebabkan keguguran jika dibiarkan.

    Diet ibu mengandung mesti dijaga. Terutama bagi ibu yang mengalami "mabuk kehamilan" aka "morning sicknes" yang teruk. Ini ada dikupas oleh suratkhabar Kosmo di dalam artikel ini
    pantang larang amalan ibu mengandung
    Ok, beralih pada makanan untuk amalan ibu mengandung pada trimester kedua. Ya trimester 2 semasa usia bayi 4 ke 6 bulan.

    makanan untuk ibu hamil trimester kedua amalan ibu mengandung
    Sedap dan berkhasiat. 5 makanan berkhasiat amalan ibu mengandung untuk trimester kedua.
    Secara peribadinya, set mengandung shaklee trimester kedua memang sesuai makan omegaguard. DHA dan omega 3 yang ada sangat bagus untuk minda yang sihat.


    Dan semestinya selamat digunakan. Bebas daripada logam berat semerti merkuri yang ada dalam ikan laut dalam.



    Jika tuan puan tergolong dalam kategori dibawah

    1. Isteri yang menghadapi masalah kurang selera makan 


    2. Wanita mengandung bekerjaya yang terlalu sibuk semasa mengandung



    3. Suami soleh yang sangat sayang dan mahukan yang terbaik untuk isteri dan anak dalam kandungan



    Mazni sangat syorkan mencuba Set Mengandung Shaklee Lengkap. Tak perlu risau risau lagi.



    Set mengandung shaklee ni adalah seperti dibawah



    Bagi trimester 1 (Usia kandungan 1~3 bulan)

    Vitalea ( multivitamin dengan zat besi)
    B Complex (asid folik)
    Vitamin C
    Ostematrix (pil kalsium)

    set kehamilan shakleeharga set kehamilan shaklee

    harga set vitamin charga set omega guard


    harga set vitamin b complexharga set esp shaklee


    Bagi trimester pertama, omega guard tak diperlukan lagi.


    Bagi trimester 2 & 3 (Usia kandungan 4~9 bulan)

    Vitalea ( multivitamin dengan zat besi)
    B Complex (asid folik)
    Vitamin C
    Ostematrix (pil kalsium)
    Omega Guard
    Energizing Soy Protein

    Untuk mencuba produk, bertanyakan harga dan konsultasi percuma ini,sila hubungi saya di:


    Call / Whatsupp: 019-2653791 atau  0192663791 
    ID Shaklee: 963860


    FB: Mazni Azmi bagi sebarang pertanyaan lanjut.

    Like kami di Facebook Page: Ibu Bijak Keluarga Sihat untuk maklumat menarik dan promosi

    Jadi apa pendapat anda tentang Makanan untuk Ibu hamil amalan ibu mengandung dan Set Mengandung Shaklee? Saya sangat berminat dengan perkongsian anda semua. Kongsikan di ruangan komen dibawah ya.