Maznee Azmi . Pengedar Shaklee pilihan hati. Yakin . Mesra . Berpengalaman

Senaman Membesarkan Payudara | Set Besarkan Payudara Shaklee

Senaman Membesarkan Payudara | Set Besarkan Payudara Shaklee

Assalamu'alaikum Wrmbth, Kami bukan selalu ke gym. Tapi bila buat kajian, tak sangka ada senaman membesarkan payudara.

senaman menbesarkan payudara shaklee
Kecantikan wanita solehah ekslusif untuk suami tersayang


Cuba bayangkan kalau kita makan set besarkan payudara shaklee dan digandingkan dengan senaman besarkan payudara ni.



Mesti hasilnya terbaik kan. Wah, bukan calang calang orang ni. Kevin Zahri profesional training coach yang kongsi.



Bukan calang calang orang ni, certified US trainer. Tahap antarabangsa.



Jadi mari sama sama kita baca.



Senaman Membesarkan Payudara Secara Semulajadi



Menurut Kevin Zahri, cara membesarkan payudara melalui senaman adalah dengan melakukan tumpuan pada otot pectoral dan  otot abdomen.


cara membesarkan payudara muslimah


Kenapa senaman adalah pilihan yang bagus? Badan sihat dengan senaman. Dan lebih banyak darah dapat dihantar pada tisu lemak didalam payudara.


Agar perkembangan saiz lebih memberangsangkan.


Tapi ingat:
Senaman ini membantu bentuk otot di pada tapak payudara anda, iaitu otot pektoral.

Pembentukan otot pectoral juga bantu menegangkan payudara dan dengan itu memberi ilusi payudara yang lebih besar.


Psst.. Mazni tak letak gambar senaman ni ya. Censored. boleh 



1. Chest Press



Ini adalah latihan paling asas untuk otot dada (pectorals). Ia boleh dilakukan dengan barbells, dumbbell dan juga mesin-mesin di gym anda.



Genggam dua dumbbell dan baring pada bench. Bermula dengan mengangkat kedua-dua dumbbell ke atas bahagian pertengahan dada anda. 



Dengan siku menghala keluar, turunkan dumbbell ke bawah dengan perlahan sehingga ia hampir menyentuh bahagian pertengahan dada anda. Lakukan 3 set dengan 8-12 ulangan untuk setiap set.



Kalau di rumah sekalipun, anda boleh lakukan push up (variasi lengan keluar atau lengan di sisi badan).


cara membesarkan payudara muslimah shaklee



2. Push Up Pectoral atau Plank



Bermula dengan baring dengan perut di atas lantai. Rapatkan kaki dan letakkan tangan di bawah bahu anda. 



Sekarang, cuba angkat badan anda ke atas sehingga cuma jari kaki dan lengan tangan bersentuhan dengan lantai. Tahan posisi ini selama 30 saat. Ulang untuk 5 set.



3. Dumbbell Pullover



Baring di atas bench dan pegang satu dumbbell dengan dua-dua tangan di atas bahagian dada anda. 



Dengan perlahan, gerakkan tangan anda ke belakang kepala sejauh yang anda boleh. Ini akan memberikan regangan pada otot dada anda. Kembali ke posisi asal dan ulang 12-15 kali. Lakukan 3 set juga.



4. Pec Deck Flyes



Mesin pec deck memang sesuai untuk merangsang otot pectorol. Duduk pada mesin dan adjust ketinggian kerusi sehingga sokongan (padding) tangan berada pada kedudukan yang selesa untuk lengan tangan anda. 



Tangan anda sepatutnya perpendicular (90 darjah) dengan lantai. Pastikan kedua-dua kaki firmly di atas lantai. 



Tolak kedua-dua pad tangan kepada pertengahan dada anda (depan muka). 



Tahan seketika dan dengan perlahan, kembali ke posisi asal dan ulang. Jangan biarkan pemberat kembali 100% ke posisi asal.



Pastikan sentiasa ada rintangan. Lakukan 3 set dengan 10-12 ulangan untuk membesarkan payudara.



Di rumah? Kalau tiada peluang untuk ke gym. Anda boleh lakukan senaman dumbbell flyes di rumah. Kalau tiada dumbbell sekalipun, anda boleh gunakan pemberat seperti tin makanan, botol dan lain-lain



5. Dips Bench atau Kerusi



Senaman dips ini memang bagus untuk membesarkan payudara dan ada pelbagai levels of difficulty. Panduan berikut adalah untuk beginner yang ingin lakukan dips dengan bantuan bench ataupun kerusi (di rumah).



Untuk semaman dip kerusi, duduk di atas kerusi dengan pegang depan kerusi dengan jari kedua-dua tangan anda. 



Terus pegang hujung kerusi dan gerakkan punggung anda ke hadapan sehingga ia terapung di atas/depan kerusi. 



Pastikan tangan dan kaki anda sentiasa lurus. 



Sekarang bengkokkan siku tangan anda untuk menurunkan badan anda. Pastikan siku anda keluar dari sisi badan. 



Berhenti apabila siku anda capai dalam 90 darjah. Pulang ke posisi asal dan lakukan 3 set dengan sebanyak ulangan yang anda mampu



layari : http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/5-senaman-besarkan-payudara