Maznee Azmi . Pengedar Shaklee pilihan hati. Yakin . Mesra . Berpengalaman

Mudah Bersalin Dengan Teknik Bernafas Ini.. Anak Pertama?

Mudah Bersalin Dengan Teknik Bernafas Ini.. Anak Pertama?


Assalamu'alaikum Wrmbth, salah satu perkara penting yang membantu proses mudah bersalin ialah teknik bernafas.

Teknik bernafas semasa bersalin
Sama seperti berenang, seni mempertahankan diri dan pelari pecut.
.
Set berpantang shaklee 2017
.
Semuanya melibatkan teknik pernafasan supaya lebih fokus dan tenang semasa saat genting.

cara bernafas untuk mudah bersalin
Sebelum ini Mazni ada kongsikan tentang

  1. Amalan Sunat Ini Terbaik Di Lakukan Suami Semasa Isteri Hamil
  2. Tanda Awal Yang Mudah Di Kesan Untuk Bersalin 
  3. Tips Mudah Melahirkan Anak Secara Islam, Tradisional Dan Moden
Semoga bermanfaat, boleh KLIK untuk baca


Kali ini, kita akan sama sama berkongsi tentang rahsia ibu mudah bersalin menggunakan cara bernafas yang betul.


Persiapan fizikal dan mental mesti di buat lebih awal yang puan puan semua. 






Dan berlatih teknik bernafas yang betul.

Persoalannya Bagaimana Cara Mengawal Pernafasan semasa kelahiran Untuk Mudah Bersalin?

Siapa yang pernah bersalin mesti kecut perut jika memikirkan pengalaman lepas.


Lebih lebih lagi selepas membaca dan mendengar pelbagai kisah menakutkan.

Sebenarnya, kita akan dapat apa yang di fokuskan.

Kita tumpukan pada perkara yang berada dalam kawalan contohnya tindakan dan teknik yang boleh kita lakukan semasa bersalin.

Tahukan Puan Puan. Apa Yang Jika Kita Panik Semasa Bersalin?
  1. Jika kita layan perasaan takut dan berfikiran negatif, pernafasan akan menjadi lebih pendek dan deras. 
  2. Dada akan terasa berombak dan bergelora seperti tercungap cungap
  3. Bahu puan mula bergerak ke atas ke arah telinga
  4. Secara tak sedar kita sedang mengenakan tekanan pada diri sendiri
  5. Kemudian otot leher dan bahu puan berasa tertekan dan tegang. 
  6. Pernafasan menjadi semakin tidak teratur,  kekerapan menarik nafas meningkat dan menghembus nafas pula secara tercungap-cungap.
  7. Kandungan oksigen yang diambil untuk badan puan dan bayi berkurangan. 
  8. Kepala mula pening dan hilang kawalan. Jari-jari rasa semut-semut dan mulut terasa kebas. Badan akan cepat letih

teknik pernafasan semasa bersalin
Berita baiknya ialah..

Ini semua boleh di elakkan. Kuncinya ialah
KAWAL PERNAFASAN
Teknik bernafas yang betul semasa bersalin akan membantu
  1. Badan tidak cepat letih semasa kelahiran
  2. Puan dapat menyimpan dan menjimatkan tenaga 
  3. Membekalkan oksigen mencukupi kepada bayi puan dalam membantunya menghadapi tekanan semasa dilahirkan. 
  4. Lebih mudah bertenang dan kekal positif
  5. Membantu anda menangani kontraksi.



Pernafasan beritma (Bermaksud mempunyai rentak atau pola berulang) akan memberikan manfaat semasa melahirkan anak 

Pernafasan beritma semasa melahirkan anak dapat menambahkan bilangan oksigen yang sedia digunakan oleh puan dan bayi. 


Teknik Bernafas Mudah Untuk Senang Bersalin

Antara teknik yang popular, mudah dan senang di gunakan ialah teknik bernafas mudah.
Insyaallah amalkan cara di bawah ini dan kuasainya dengan betul
Teknik ini adalah seperti berikut :

  1. Fikirkan perkataan "relaks". Ia mempunyai dua suku kata, "re" dan "laks". 
  2. Cuba latihan ini. Semasa anda menarik nafas, fikirkan "re" dan semasa anda menghembus nafas, fikirkan "laks". 
  3. Jangan biarkan minda anda merayau; sebaliknya tumpukan kepada meyebut perkataan "relaks" berulang-ulang selaras dengan pernafasan anda. 
  4. Semasa anda menghembus nafas, cuba lepaskan sebarang tekanan dalam badan anda. 
  5. Fokus kepada otot yang anda tahu akan tegang apabila anda stres. Setiap kali anda menghembus nafas, ingatlah: "laaaks". 
  6. Fokuslah kepada hembusan nafas: tarikan nafas akan berlaku dengan sendirinya!

Ada cara lebih bagus? Gantikan perkataan relaks dengan zikir dan doa.


Contohnya


  1. Tukarkan perkataan "RE" kepada "Lailahaillahanta" dan "LAKS" kepada "Subhanakainnikuntomminalzolimin"
  2. Atau perkataan "RE" kepada "Lailahaillallah" dan "LAKS" kepada "Muhammadurrasulullah"

Atau 

Gunakan Teknik Kiraan Semasa Bernafas. 

Caranya seperti berikut

  1. Semasa anda menarik nafas, kira sehingga tiga atau empat dengan perlahan (atau sebarang nombor yang anda mahu)
  2. Semasa anda menghembus nafas keluar, kira juga sebanyak tiga atau empat kali lagi. 
  3. Anda akan dapati bahawa adalah lebih selesa mengira tiga kali untuk tarikan nafas dan empat kali untuk hembusan nafas. 

Tips Bernafas Dengan Betul

  1. Cuba bernafas melalui hidung anda dan hembus melalui mulut anda. 
  2. Hembus nafas melalui mulut dengan lembut. Tarik nafas melalui hidung anda dan hembus melalui mulut. 
  3. Ramai wanita akan dapati bahawa membuat bunyian semasa menghembus nafas seperti "Oooooooh" atau "Aaaaaah" amat membantu mereka. 
  4. Di antara kontraksi, minum sedikit air untuk mengelakkan mulut anda menjadi kering. 
  5. Hembusan nafas mesti sekurang kurangnya sama tempoh berbanding tarikan nafas masuk. Elakkan tarikan nafas lebih panjang daripada hembusan. Pastikan tempoh hembusan nafas lebih lama daripada menyedut nafas
Jika anda mempunyai soalan tentang produk bersalin terbaik untuk berpantang, insyaallah sekiranya mampu Mazni akan bantu anda. Boleh SMS/ Whatsap Mazni di


SMS / Whatsupp: 
019-2653791 
ID Shaklee: 
963860

Email: 

FB: Mazni Azmi  bagi sebarang pertanyaan lanjut.

Apa pendapat anda tentang artikel ini? Suarakan pandangan anda dibawah. Terima kasih banyak banyak ya