Maznee Azmi . Pengedar Shaklee pilihan hati. Yakin . Mesra . Berpengalaman

Tanda tanda bersalin semakin hampir, Dekat nak melahirkan!

Assalamu'alaikum Wrmbth. Tahniah kepada bakal ibu semua. Saat ditunggu hampir tiba.
.
tanda tanda bersalin awal
Hari ini kita akan cerita dengan bonda, 10 tanda nak bersalin dah dekat. 
.
Bolehlah beli set bersalin shaklee dan harga terbaik boleh tanya Maznee untuk kegunaan semasa berpantang nanti. 

10 Tanda Bersalin Semakin Hampir & Tips Mudah Bersalin. Tanpa koyak & jahitan!

Artikel ini terdiri dari 11 bahagian. Klik pilihan anda sekarang untuk terus melompat ke bahagian tersebut

Bagaimana saya kesan tanda tanda awal bersalin supaya boleh bersedia? Klik setiap satu untuk penerangan lanjut
Ini 10 Tanda tanda bersalin yang ibu hamil wajib perhatikan! Mudah nak ke hospital & Buat persiapan awal.
6 Tips mudah bersalin (Tanpa jahitan & koyakan yang menyakitkan!) Klik untuk penerangan lanjut
.
Mesti ramai yang berdebar debar menunggu masa. Tapi kan, banyak tanda tanda bersalin yang boleh di kesan.
.
Mari sama sama kita bongkar tanda tersebut.
.
Topik 1: Tanda

Bagaimana saya kesan tanda tanda bersalin awal supaya boleh bersedia?

Banyak tanda yang boleh diperhatikan dan di rasakan sebelum bersalin.
.
Sebelum ini kita ada berkongsi tentang tanda awal kehamilan yang boleh di lihat pada seorang wanita yang baru hamil.
.
cara kesan tanda awal bersalin
.
Ramai suami isteri ada masalah kesuburan. Macam macam usaha. Makan suplemen vivix shaklee, jumpa doktor & lain lain.
.
Setelah di sahkan hamil dan mengalami 9 bulan yang penuh pengalaman nostalgik dan akan di kenang sepanjang hidup.
.
Tiba masanya untuk bersalin. Sama seperti tanda mengesan kehamilan.
.
Ianya adalah berbeza untuk setiap ibu mengandung dan sangat sukar untuk menentukan titik mulanya. 
.
Tanda tanda ini adalah satu proses yang di sebabkan perubahan yang berlaku dalam badan ibu hamil untuk membantu kelahiran bayi.
.
Memang mudah untuk mengesannya semasa peringkat awal kelahiran.
.
Jika ada antara tanda tersebut telah di kesan, memang wajar untuk sediakan persiapan bersalin lebih awal.
.
Tanda-tanda bersalin boleh ibu ambil sebagai langkah berjaga jaga untuk menyambut kelahiran!
.
Boleh beli set bersalin terbaik untuk berpantang. Contohnya set bersalin shaklee. Pilihan ramai ibu bersalin.
.
Banyakkan berzikir dan bertenang, rambut gugur teruk kalau kita terlalu penat & stress.  Waktu mengandung rambut rambut mudah sangat gugur. 
.

Lepas bersalin lagi biasa rambut nak gugur. Sebab penat sangat kan. 
.

Macam mana nak kurangkan penat ya?
.

Ambil set bersalin yang bekalkan tenaga & banyakkan mengingati Allah
.

Hati tenang, pahala pun dapat
.
Cuba beri perhatian kepada 10 tanda di bawah ini hanya di Hargasetbersalin.blogspot.com, insyaallah ia sangat sangat membantu:
.
sakit belakang tanda bersalin

  • Tanda 1: Sakit yang teruk pada bahagian bawah belakang atau pada bahagian abdomen

Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran
.
Salah satu puncanya ialah kekurangan kalsium. Boleh ambil set mengandung shaklee untuk bekalan kasium yang mencukupi supaya tulang dan gigi kekal sihat
.
Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.
.
Selalunya disertai oleh rasa kejang seolah-olah senggugut.
.
ibu mengandung sakit belakang
Apabila bayi anda semakin berat dan jatuh lebih rendah, anda rasa sakit di belakang dan pelvis anda akibat ligamen rahim dan pelvis anda diregangkan lebih.
.
Bonda boleh lihat sedikit darah atau lelehan mukus berwarna kecoklatan atau bercampur dengan darah. 
.
Tanda bersalin sudah dekat & Suami isteri boleh bersiap siap ke hospital!
.
Jika ia melepasi penyekat mukus yang menyekat serviks, nampaknya bonda dah hampir sangat nak melahirkan anak.
Mungkin dalam masa beberapa hari saja lagi. 
.
Ini memang tanda jelas yang badan kita sedang bersedia untuk melahirkan
.

  • Tanda 2: Perut menjadi ringan kerana bayi turun ke bawah

Ini dapat dirasai sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis.
Perut jatuh tanda bersalin yang orang berpengalaman mudah perhatikan. Mak kita boleh tahu sekali imbas saja!
perut lebih ringan tanda bersalin
Tanda bersalin semakin hampir & Anggaran masa 2 minggu lagi selepas kepala bayi turun ke bawah!
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. 
.
Antara perubahan positif yang ibu boleh rasakan selepas anak "turun"
.
Nafas terasa lebih panjang
.
Dan tidak termengah mengah lagi
.
Sebab bayi tidak lagi menekan diafragma / paru paru
.
Lagipun
.
Masa nak bersalin ni memang penting untuk ibu amalkan teknik pernafasan yang betul
.
Kalau kita ada menghadiri kelas persediaan untuk bersalin
.
Ada belajar semua ni
.
Macam mana nak tahu bayi dah turun?
.

Antara tanda tanda bayi sudah mula turus ke bawah ialah:

  1. Sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  2. Kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  3. Sakit perut & memulas
  4. Kerap buang air besar
  5. Kerap terkentut
Bagi ibu yang pernah melahirkan anak sebelum ini, pergerakan bayi turun ke bawah mungkin tidak berlaku sehingga waktu bersalin benar benar hampir
.
Jadi
.
Sekiranya puan & suami sedang menantikan kelahiran anak pertama
.
Tunggu kehadiran tanda ini ya
.
Bayi dah nak keluar tu
  • Tanda 3: Kontraksi berlaku pada jarak waktu yang lebih pendek dan kerap (Kontraksi Braxton-Hicks)
Rahim seorang wanita mengandung mengalami kontraksi sepanjang 9 bulan kehamilan.
.
Ini semua perlu kerana badan kita mempersiapkan rahim untuk kelahiran.
.
Di akhir trimester 3, sewaktu hampir tarikh bersalin

Rahim kita akan mengalami kontraksi & mula menggerakkan bayi ke kedudukan yang lebih rendah untuk proses kelahiran.

.
Kontraksi melahirkan yang sebenar adalah yang teratur, berirama, sakitnya semakin terasa.
.
Kontraksi ini mula di rasakan di belakang wanita & kemudian ke hadapan
.
Kontraksi ini dapat kita rasakan sedikit demi sedikit. Dan semakin lama dan semakin sakit.
Tanda bersalin awal yang dirasakan setiap hari kerana kontraksi semakin kerap & sakit!
braxton hicks contraction hampir bersalin
.
Puan mungkin berasa kontraksi ini semakin kerap dan semakin sakit seperti cramp semasa datang haid. 
.
Walaupun kontraksi pra-kelahiran ini tidak sekuat kontraksi pengecutan kelahiran yang sebenar.
.
Kontraksi ini membantu menipis, memendek dan membuka serviks kita supaya mudah bersalin. 
.
Ia akan berlaku berterusan untuk 1 atau 2 minggu sebelum kelahiran bayi bermula. 
.
Anda mungkin mendapati kontraksi ini menjadi kurang kerap apabila anda menukar posisi kedudukan atau mula berjalan.
.
Macam mana nak bezakan kontraksi sebenar bersalin & kontraksi palsu?
.
Ada beberapa cara kita nak bezakan kontraksi palsu & yang sebenar
.
Ini bezanya

  1. Jika seorang wanita mengandung mengalami lebih daripada 6 kontraksi setiap jam, dan kontraksi ini menjadi lebih kuat dan berirama dalam sela masa yang tetap.Ini tanda bersalin semakin hampir. 
  2. Kontraksi kelahiran yang sebenar tidak akan hilang walaupun mereka mengubah posisi, seperti bergerak atau berbaring.
  3. Kontraksi buruh palsu, yang dikenali sebagai kontraksi Braxton Hicks, berlaku pada selang waktu yang tidak teratur & dalam kekerapan yang tidak semakin rapat antara satu sama lain. Kesakitan di sebabkan kontraksi braxton hicks juga akan semakin bluea
  4. Kontraksi palsu biasanya dirasai di bahagian depan badan di bahagian bawah abdomen, tidak berapa menyakitkan & mungkin berhenti apabila seorang wanita berjalan, bersandar atau mengubah kedudukannya.
Tetapi proses kelahiran hanya berlaku jika disertai dengan kontraksi yang membuka serviks anda.
.
air ketuban pecah tanda bersalin
Air ketuban pecah biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. 
.
Kebanyakkan wanita mengandung tidak mengalami pecah air ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. 
.
Biasanya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.
.
Hanya 1 dalam 10 ibu hamil mengalami kebocoran air ketuban sebelum kelahiran. Anda harus menghubungi doktor anda segera apabila air ketuban anda pecah. 
.
Kebanyakan doktor akan mencetuskan kelahiran dalam tempoh 24 jam untuk mengelakkan jangkitan atau komplikasi yang mungkin.
.
Engages merupakan salah satu tanda nak bersalin tidak lama lagi. 
.
bayi turun ke bawah rahim
Kedudukan bayi akan turun ke bawah menjelang kelahiran
Anda mungkin perasaan bayi anda telah dipindahkan ke bawah lebih rendah di dalam abdomen anda. 
.
Untuk ibu kali pertama, bayi mereka mula engages dalam tempoh 2-4 minggu sebelum Estimated Due Date EDD anda.
Untuk ibu kali kedua dan keatas, mereka sering mendapati bayi mereka tidak engaged sehingga kelahiran bermula. 
.
Ini disebabkan oleh otot pelvis telah pun diregang.
.
Anda mungkin berasa “kosong” di bahagian atas abdomen dan mungkin berasa kepala bayi berehat di bawah tengah tulang pelvis anda.
.
Perut anda yang semakin membesar, berat dan kepala bayi terletak di bawah tengah tulang pelvis anda dimana berdekatan dengan pundi kencing anda. 
.
ibu mengandung kerap ke tandas
Anak sudah turun kebawah dan menekan pundi kencing. Ibu akan kerap ke tandas membuang air
Oleh itu, anda kerap membuang air kencing disebabkan oleh kepala bayi menekan pundi kencing anda merupakan salah satu tanda nak bersalin yang sering berlaku.
Kerap kencing tanda bersalin semakin dekat kerana kemungkinan kepala bayi turun ke bawah & menekan pundi kencing!

Hormon kelahiran bertindak pada usus anda boleh menyebabkan kekejangan abdomen dan longgar. 
Cirit birit tanda bersalin yang perlu di perhatikan di hujung kehamilan!
cirit birit wanita mengandung
Pergerakan usus yang kerap boleh mengosongkan usus anda memberi lebih banyak ruang untuk laluan bayi. 
.
Hormon kelahiran ini juga boleh membuat anda merasa loya. Ini juga merupakan salah satu tanda nak bersalin.
.
Anda mungkin perasan telur yang lebih putih, lelehan lendir yang dikeluarkan dari faraj.
  • Tanda 9: Lendir pekat dan pendarahan (bloody show)
Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj, ini kerana pintu rahim mula membuka.
.
(Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10). 
.
Ia boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin.
.
Kepala bayi turun ke dalam rongga pelvis dan kontraksi Braxton-Hicks boleh menyebabkan pluk mukus tertanggal. 
.
Pluk mukus ini menghalang sebarang kemasukkan asing ke dalam serviks dan menghalang sebarang kuman merebak kepada bayi. 
.
Pluk mukus berlendir pekat dan bercampur darah. Ketiadaan pluk ini membolehkan bayi boleh bergerak ke bawah lagi dengan perlahan-lahan.
.
  • Tanda 10: Pintu Pangkal Rahim Terbuka Dan Menipis
Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.
.
Jika ada 10 tanda diatas
.
Cepat cepatlah buat persiapan.
.
Maznee pasti ramai dari kita nak mudah bersalin.
.
Jadi di bawah di sertakan juga tips tips untuk mudah bersalin
.
Topik: Mudah bersalin

6 Tips mudah bersalin. Lancar tanpa koyak & jahitan yang menyakitkan

Mudah bersalin 1 : Kekal cergas dengan menjaga kesihatan

tanda awal bersalin ibu mengandung
.
Wanita hamil yang kekal cergas cenderung mempunyai peluang tinggi untuk mudah melahirkan anak
.
Kecergasan meningkatkan daya tahan si ibu
.
Dan jika kita mampu menghadapi masa melahirkan anak dengan badan yang sihat & bertenaga
.
Kemungkinan besar, ibu tidak akan memerlukan campur tangan doktor
.
Macam mana nak jadi ibu hamil yang cergas?
.
Mudah saja
.
Mula mula, dapatkan nasihat daripada doktor. Jika doktor kata tak ada masalah, banyakkan berjalan, berenang, atau mengambil kelas latihan pranatal semasa mengandung.

Mudah bersalin 2 : Selalu bersenam

Doktor pakar memang menggalakkan ibu mengandung banyak bergerak
  • Terutama sekali apabila masuk trimester ke 3
  • 3 bulan terakhir kehamilan ini penting
  • Jika kita sering bersenam
.

Badan ibu mengandung akan mengalami kurang sakit tulang belakang
.

Badan terasa bertenaga dan lebih cepat menurunkan berat badan ke bentuk badan sebelum mengandung.

.

Ada banyak senaman yang sesuai untuk ibu mengandung

.

Dan tidak memerlukan peralatan mahal

.

Di bawah ini Maznee sertakan jenis senaman & gambar untuk rujukan kita bersama.

.

Semua senaman ini mudah & boleh dilakukan di rumah.

.

Selamat untuk dilakukan pada ketiga tiga trimester.

.

Penting untuk tanya pendapat doktor sebelum mencuba senaman ini ya. 

.
Senaman ibu hamil
Senaman ibu hamil  1 : Plie

Senaman ini membantu menguatkan otot:
  1. Quadriceps (Otot peha bahagian depan)
  2. Hamstrings (Otot peha bahagian belakang)
  3. Punggung. 
Selain baik untuk 3 otot diatas, senaman plie juga meningkatkan keseimbangan.
.
Ibu yang seimbang lebih stabil & risiko untuk jatuh rendah
.
Memang kita nak elakkan
.
Sebab tu elok buat senaman plie untuk ibu hamil
.
Senaman ibu hamil Side-Lying Inner and Outer Thigh
Senaman ibu hamil 2 : Side-Lying Inner and Outer Thigh
.
Kelebihan senaman ini ialah menguatkan otot 
paha bahagian tengah dan dalaman.
.
Senaman ibu hamil plank
.
Senaman plank ini menguatkan otot lengan bahagian teras lengan dan tulang belakang.
.
Bila otot belakang kuat, kuranglah masalah sakit pinggang
.

Senaman ibu hamil curl and lift
Senaman ibu hamil 4 : curl and lift
Dan akhir sekali
.
Senaman yang memerlukan kerusi & 2 pemberat (Tak ada dumb bell, pakai botol berisi air pun boleh)
.
Senaman ini menguatkan otot biceps (lengan) dan bahu.
.
Ada banyak lagi senaman
.
Yang bagus untuk ibu hamil
.
Tapi 4 ini pun dah cukup asalkan kita buat dengan rajin
.
Insyallah
.

Mudah bersalin 3 : Menghadiri kelas kelahiran

Ibu mengandung, terutama sekali untuk anak sulung
.
Memang bagus pergi kelas kelahiran seperti ini.
.
Sebab tiada pengalaman bersalin kan
.
Sama seperti ilmu lain
.
Perlu belajar
.
Dan
.
menghadiri kelas bersalin
.
Amalkan baru nampak hasil

.
Dengan hadiri kelas ini, kita akan dapat membiasakan diri dengan tanda-tanda bersalin yang boleh dikenalpasti
.
Dan tahap mana kita sedang lalui semasa bersalin
.
Bagus tau ilmu macam ni
.
Sebab
.
Kita akan belajar tips berguna
.
Seperti teknik pernafasan yang akan membantu mengurangkan perasaan cemas & kesakitan.
.
Ini akan menjadikan kita lebih bersedia emosi & fizikal untuk mudah bersalin
.
Mana nak cari kelas macam ini?
.
Maznee ada beberapa tips
.
  1. Carilah kelas kecil (dengan kurang daripada sepuluh pasangan) supaya lebih mudah untuk bertanya. Ramai sangat orang nanti nak bertanya pun kena tunggu
  2. Boleh cari review pengalaman peserta lepas
  3. Tenaga pengajar yang bertauliah & berpengalaman

Mudah bersalin 4 : Makan dengan bijak


Semasa bersalin kita memerlukan banyak tenaga

.
Mengambil sedikit makanan pada peringkat awal bersalin di rumah boleh membantu memberikan tenaga. 

.
Makan makanan yang dapat berikan tenaga segera

.
Dan elakkan makanan yang berlemak 

.
Dan yang sukar dihadam

.
Perut yang terlalu kenyang boleh mendatangkan loya

.
Dan menyebabkan muntah semasa kita sedang mengalami peringkat bersalin seterusnya.

.
Kontraksi & pernafasan yang cepat semasa melahirkan anak boleh menyebabkan kita kekurangan cecair dengan cepat. 

Mudah bersalin 5 : Kurangkan berbaring

Postur badan yang tegak sepanjang kita melalui proses bersalin akan membolehkan graviti berfungsi untuk membantu kita.
.
Kepala bayi yang menekan pintu rahim (serviks) anda akan membantu bukaan. 

Mudah bersalin 6 : Bernafas dengan betul

Teknik pernafasan yang betul akan membantu memudahkan bersalin

  • Pernafasan yang teratur membantu ibu hamil
  • Menumpukan perhatian semasa kontraksi
  • Tarik nafas perlahan lahan antara kontraksi yang menyakitkan akan membantu kita lebih bertenang. 
Sambil sambil tu kita boleh banyakkan berzikir
.
Zikir yang baik akan membantu kita bertenang & lebih bersedia mengharungi proses kelahiran.
. Set berpantang shaklee 2017

Jika anda mempunyai soalan tentang tanda awal bersalin, insyaallah sekiranya mampu Mazni akan bantu anda. Boleh hubungi Mazni di

SMS / Whatsupp: 
019-2653791 

ID Shaklee: 
963860


FB: Mazni Azmi  bagi sebarang pertanyaan lanjut.
Like kami di Facebook Page: Ibu bijak keluarga sihat
mendapatkan KONSULTASI TERBAIK dan INFO PERCUMA

Apa pendapat anda tentang artikel ini? Suarakan pandangan anda dibawah. Terima kasih banyak banyak ya

38 Responses to "Tanda tanda bersalin semakin hampir, Dekat nak melahirkan!"

  1. Saya suka membaca penerangan tanda tanda bersalin dalam blog puan ni

    Penerangannya mudah difahami

    Lagi lagi untuk ibu yang baru mengandung anak pertama. Alhamdulillah. Senang saya nak kenal psti tanda nak bersalin bile dah ckup bulan nanti

    Thnks puan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perasaan gementar untuk menghadapi detik detik kelahiran memang akan tetap ada

      Semoga puan akan lancar dalam mengharungi proses kelahiran anak nanti

      Terima kasih juga sebab baca artikel tanda tanda nak bersalin ni. Jemput datang lagi ya

      Banyak lagi info menarik tentang wanita. Insyaallah

      Padam
  2. AAdakah tanda bersalin anak pertama sama dengan anak anak seterusny?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanda tanda bersalin untuk setiap anak tak sama puan

      Sama seperti tanda tanda puan mengandung. Anak lelaki lain

      Anak perempuan lain. Jadi, memang banyak tanda tanda yang ada.

      Ini pun tak semua yang ditulis.

      Apa pun puan, setiap anam itu istimewa dan takkan serupa. Mungkin itu juga sebabnya tanda tandanya berbeza.

      Apa yang sama. Adalah kasih sayng kita kepada mereka

      Insyaallah

      Padam
  3. Assalamualaikum Warahmatullah ,
    Syukur pada Allah sebab kandungan saya dah masuk 28 minggu 4 hari . . Dan ini
    merupakan anak pertama kamin suami isteri . . Boleh saya bertanya tentang tanda tanda bersalin, kenapa kandungan kerap mengeras kebelakangan ni & di
    bahagian kemaluan juga kerap tak selesa sakit , peha saya terasa seperti tulang sengal sengal rasanya . . Semakin lama semakin ketara.

    Adakah ini termasuk dalam tanda tanda bersalin anak pertama saya ? Saya dapat rasakan tanda bersalin semakin hampir

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam wrmbth puan Nana.

      Terlebih dahulu tahniah kami ucapkan kerana mengandung anak pertama.

      Semoga diberi kelancaran dan kemudahN dalam urusan bersalin.

      Sakit sakit dan rasa sengal sengal sendi badan memang biasa terjadi kepada ibu mengandung trimester 3

      Ini disebabkan badan kita sedang mempersiapkan diri untuk proses kelahiran. Memang tanda tanda awal untuk bersalin

      Sakit sakit badan itu juga boleh jadi satu petanda yang bekalan kasium dalam diet harian puan semasa hamil kurang mencukupi.

      Jadi perlu minum susu ataupun makanan yang membekalkan kalsium yang secukupnya.

      Pastikan juga susu tersebut telah dipasteur supaya risiko keracunan makanan tiada.

      Lebih baik juga jika puan makanan makanan tambahan semasa hamil untuk keperluan kalsium harian

      Sakit badan juga boleh dipengaruhi oleh jenis kasut yang dipakai. Digalakkan memakai kasut yang selesa dan tidak bertumit tinggi kerana kurang sesuai dengan postur badan puan.

      Apa pun, sangat digalakkan untuk puan mendapatkan nasihat doktor jika tanda tanda hendak bersalin sudah ada.

      Insyaallah, nasihat doktor untuk kebaikan puan dan anak dalam kandungan juga.

      Diharap membantu.

      Padam
  4. Kena ambil tau ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih cik fauziah.

      Betul, memang elok untuk suami isteri sama sama ambil tahu tentang tanda tanda nak bersalin ni.

      Lebih banyak ilmu, lebih rapi persiapannya.

      Insyaallah

      Padam
  5. Tanda tanda nak bersalin anak pertama macam mana ya?��

    Dah dekat nak bersalin ni.. sakit sakit makin ketara

    BalasPadam
  6. Tq 4 Sharing

    BalasPadam
  7. Terima kasih atas perkongsian ilmu

    BalasPadam
  8. Suami pun patut tahu tanda tanda bersalin ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul suami memang patut ambil tahu supaya dapat bantu isteri ke hospital untuk bersalin.
      .
      Lambat ke hospital bahaya tau πŸ˜‚

      Padam
  9. salam..
    saye nak taye ..
    saye sekarang dah 38 minggu ..
    time awal kehamilan saye ..
    saye xde alahan seperti muntah ..elergik dan sebagai ye..
    tapi bile saye dah masok 37 minggu saye
    kerap muntah n loya ..
    smpai la sekarang saye dah 38 mnggu ..
    adekah itu satu tanda dah nak bersalin?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa usia kandungan 38 minggu. Saiz baby dah besar. Perut jadi kecil kerana dihimpit. Puan kena makan makanan yang sikit tapi kaya khasiat.
      .
      Boleh dapatkan nasihat doktor yang terdekat untuk konsultasi. πŸ˜ƒ

      Padam
  10. salam..
    saye nak mntak penjelasan..
    sekarang saye dah 38 mnggu..
    semasa saye awal kehamilan saye xde alahan seperti muntah,loya,elergik dan sebagai nye..
    tapi semenjak saye dah 37 mnggu
    selepas saye habis makan ..mesti tekak saye
    kembang dan rase nak muntah..
    dan smpai la saye 38 mnggu ...
    bile dah masok 38 mnggu ni saye kerap buang air besar..
    saye nak taye kalau cirit birit adalah satu tanda nak bersalin kan ..
    tapi saye x paham .. cirit birit ni akan ade smpai kite nak bersalin atau pon dye dtng sekejup je..
    boleh bagi penjelasan x??
    saye kurang paham ..
    terima kasih ye ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maznee dah jawab soalan cik puan diatas ya πŸ˜ƒ

      Padam
  11. wah, nice sharing
    teringat pengalaman mengandung dulu
    entah bila boleh rasa lagi

    banyak ilmu saya dapat kalau ke sini
    tapi saya sering keliru nak tengok mana entry terbaru
    maaf kalau entry yang saya komen adalah entry lama

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih singgah blog Maznee Yana Yani. πŸ˜ƒ
      .
      Ha ah. Memang entri lama pun πŸ˜ƒ
      .
      Tapi tak apa, maznee dah pm yana ya. 😍
      .
      Semoga ilmu bermanfaat untuk yana ya πŸ˜‰

      Padam
  12. Assalamualaikum sis.
    Terima kasih atas perkongsian ini. Sy nk minta sedikit pandangan sis. Skg usia kehamilan sy 39 minggu. Kedudukan baby sudah pun turun ke bawah. Sy dpt rasakan apabila sy kerap kencing dan 2 3 hari sebelum ini tanda lendir darah sudah pun keluar. Doktor ada memberitahu sy kalau ada turun tanda darah tidak perlu ke hospital melainkan ada kontraksi yg kerap dan pecah air ketuban. Jd sy bertindak utk berada di rumah shj dan memantau pergerakan bayi. Apa yg bermain dlm fikiran sy adakah jika selagi belum ada tanda2 bersalin lain yg dtg keadaan baby di dlm kandungan akan baik2 shj? Sy risau kalau terjadi kes seperti terbelit tali pusat atau pun kes2 lain yg x diduga. Memandangkan checkup seterusnya adalah pada minggu hadapan. Untuk pengetahuan sis juga suami sy skg sedang outstation dan akan pulang dlm tempoh seminggu lg. sy mengambil keputusan menunggu suami pulang utk menyambut kelahiran bersama2. Adakah betul tindakan yg sy ambil ini? Adakah ia akan memberi risiko kpd kandungan sy?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebih baik puan Natasya bincang dengan doktor πŸ˜…

      Padam
  13. tetiba rasa nak mengandung lagi..eh.. pengalaman bersalin antara 3 anak berlainan rasanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. Tetiba rasa nak rekemen set mengandung shaklee pada emarieys

      Padam
  14. 1st pregnant..pecah air ketuban dulu...kelam kabut pergi sptal...sbb nurse gtaw bahaya klu turun air dulu...smpai2 sptal....diorg wt rilex ja...3jam baru check...rupanya just leaking...tapi dh lebih due sari..kena tahan wad terus la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah semuanya selamat kan aida

      Kalau tahu tanda tanda bersalin memang boleh jadikan peringatan untuk suami dan keluarga standby untuk kelahiran bayi

      Padam
  15. saat paling seronok bagi seorang ayah apabila isteri selamat melahirkan anak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu tuan hanafi

      Rasa lega sebab semuanya selamat

      Bersalin ini menyabung nyawa kan. Sebab itu kalau mati meninggal melahirkan anak

      Mati syahid

      Padam
  16. Sy tiga tiga anak anak air ketuban x pecah sendiri..anak sulung n no.bor tiga sakit bahagian bwh perut. Mcm sakit senggugut. Anak no 2 lgsh xde sakit apa apa.overdue seminggu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih singgah ke mari ya Mimi

      Anak 3 orang

      Semuanya lain lain kan

      Anak no 2 mimi tu selesa dalam rahim

      Padam
  17. anak saya yang sulong dulu, air ketuban dah pecah kat rumah tapi tak rasa sakit lagi.. hee~ termenung kami suami isteri sebab tak tau tu air ape.. nasib baik call mak, mak paksa pergi hospital terus..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasalah tu kan atie

      sebab baru mengandung

      tak ada pengalaman

      Mujur mak boleh jadi consultant kan

      Hehe

      Padam
  18. 2 hari sebelum bersalin masa bgn tidur perasan ada air jernih atas tilam. Tp x banyak. So amik keputusan ke hospital. Bila check xde bukaan pun. Lps dr kena seluk tu ada tompokan darah tp x sakit pun. Malam sebelum bersalin tu dh start rasa sakit. Tp biarkan je. Sepanjang malam x boleh tidur. Lepas subuh br decide ke hospital semula. Bila check dah 7 cm. Alhamdulillah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak tanda tanda bersalin nak dekat tu ada kat atas kan Ana

      Padam
  19. akak dulu turun tanda darah, alhamdulillah proses melahirkan pun agak mudah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah senang bersalin tu pun dah besar rezeki

      Mudah nak melahirkan anak tak perlu tunggu lama lama

      sakitnya pun tak tertanggung

      Padam
  20. Lupa dah .....maklumlah dah lama tak mengandung hihi...

    Anak sulung dulu ada tanda keluar darah tp perut tak sakit lagi. Yg no 2 dan 3 doktor dah bagi date sebab mmg tak boleh bersalin normal

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dah lupa mesti anak anak hainom dah besar kan 😁

      Padam

⛔⛔TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ⛔⛔

🌼🌺🌸 Maznee memang rajin membalas komen bonda semua. TOP 10 Pengomen terbanyak akan dipaparkan di Kanan blog ini! Dapat backlink lagi. πŸ˜‰ 🌸🌺🌼
.
Selamat bersilaturahim πŸŒ„