Maznee Azmi . Pengedar Shaklee pilihan hati. Yakin . Mesra . Berpengalaman

Pantang larang semasa mengandung? 14 Amalan ibu yang dilarang keras!

Pantang larang ketika hamil perlu dijaga kerana
  1. Ada makanan yang akan naikkan gula darah tinggi
  2. Ada minuman yang halang penyerapan khasiat dari makanan
Dan banyak lagi sebab lain
.
makanan ibu hamil wanita mengandung elakkan

Ada 3 sebab pantang larang & pemakanan seimbang bantu ibu hamil lebih sihat
  1. Dapat elak gula darah naik tinggi! Nanti kena kencing manis
  2. Elak alahan mengandung teruk sampai tiada selera makan
Dan sebab no 3 adalah yang paling penting
.
Sebab apa?
.
Teruskan membaca ke hujung artikel untuk jawapannya
Sebelum pergi lebih jauh, bagus untuk kita tonton video pendek 2 minit ini. 10 buah yang nampak terus lari semasa hamil
Tahniah kerana berjaya hamil. Samada puan berjaya hamil dengan cepat selepas berkahwin.
.
Ataupun selepas berusaha bertahun tahun, kini masa untuk kita jaga sebaiknya janin di dalam kandungan.
.

14 Pantang larang semasa mengandung ini dilarang keras kerana

Cerita pantang larang semasa hamil ini terdiri dari 14 bahagian. Klik pilihan puan sekarang untuk terus MELOMPAT ke bahagian tersebut
  1. Kafein
  2. Makanan tinggi kalori
  3. Makanan penyebab alahan
  4. Makanan mentah
  5. Kosmetik dari bahan kimia
  6. Kucing
  7. Tertekan / Stress
  8. Cabut gigi
  9. Rokok
  10. Ubat jerawat
  11. Mandi berendam air panas
  12. Minuman beralkohol
  13. Pakaian ketat
  14. Kasut tumit tinggi
BONUS
  1. 24 makanan & minuman yang perlu pantang semasa hamil
  2. Pening nak makan apa semasa hamil? Makan ini untuk lengkapkan nutrisi harian

1. Kafein semasa mengandung!

Bagaimana kafein semasa hamil pantang diamalkan? Ini sebab & puncanya
.
Banyak kajian telah dilakukan untuk menunjukkan keburukan kafein dengan kehamilan.
.
Dan hasil kajian ini menunjukkan memang ada asasnya kafein beri kesan negatif pada kehamilan
.
bahaya kafein semasa mengandung
.
Dalam keadaan normal, iaitu semada kita tidak mengandung pun tak elok ambil kafein dalam jumlah yang berlebihan setiap hari.
.
Apalagi semasa kita dah mengandung
.
Kafein buat kita kerap kencing & membuatkan badan kita kurang air
.
Dan
.
Kalau teringin minum sikit tak apa, itupun kan, ada sesetengah orang tu lebih sensitif dengan kafein berbanding orang lain
.
Kalau terminum secawan kopi
.
Terus tak boleh tidur
.
Minuman berkafein juga ganggu kualiti tidur kita
.
Sebab kita akan kerap terjaga di waktu malam untuk kencing
.
Apa risiko pengambilan kafein berlebihan pada kandungan?
.
Ini beberapa kesan negatif dari americanpregnancy
  • Berat kelahiran bayi yang rendah 
  • Kelahiran pramatang
  • Risiko keguguran
  • Risiko kecacatan
Ramai yang ingat kafein ni ada dalam kopi saja
.
Salah besar tu
.
Cuba lihat

kafein dalam minuman harian
Air karat Koka kola pun tinggi kafein tau. Jangan tak tau.
Kalau diperhatikan gambar diatas
.
3 sumber kafein tertinggi ialah
  • Kopi
  • Minuman tenaga
  • Teh pekat
Selain risiko yang di sebutkan diatas
.
Kafein mengganggu penyerapan mineral & vitamin semasa mengandung
.
Ini sebabnya doktor tak galakkan minuman berkafein semasa hamil
.
Nanti kita kurang zat besi dalam diet
.
Kalau kita memang ada sejarah HB rendah semasa hamil
.
Eloklah cek semula pengambilan kafein harian & banyakkan pengambilan makanan tambah darah merah
.
Yang kaya zat besi
Pening sebab banyak sangat makanan kena pantang masa mengandung? Ini makanan "super" untuk cukupkan khasiat ibu & bayi dalam rahim. Tak percaya, sila baca.

2. Makanan tinggi kalori semasa mengandung!

Bagaimana makanan manis yang banyak gula & berlemak yang tinggi kalori tidak baik semasa hamil? Ini sebab & puncanya
makanan tinggi kalori semasa mengandung

Ibu mengandung memang perlu banyak khasiat
.
Dulu makan untuk diri sendiri
.
Sekarang lain
.
Anak pun nak sama
.
Tapi ini bukan tiket untuk makan berlebihan
.
Ini untuk mengelakkan masalah berat badan berlebihan semasa kita sedang hamil.
.
Ibu hamil yang mengalami obesiti sebelum mengandung akan meningkatkan risiko bayi lahir dengan berat badan tinggi atau terkena kencing manis ketika hamil.
.
Kalau teringin sangat, bukanlah langsung tak boleh makan. Tapi, kenalah berpada-pada dan jangan makan terlalu banyak. 
.
Sebaliknya, lebihkan pengambilan buah-buahan dan snek berkhasiat seperti buah-buahan kering dan kekacang. 
.
Buatlah pilihan yang tepat
.
Kawal berat badan setiap masa.
.
Pening sebab banyak sangat makanan kena pantang masa mengandung? Ini makanan "super" untuk cukupkan khasiat ibu & bayi dalam rahim. Tak percaya, sila baca.

3. Makanan penyebab alahan semasa mengandung!

Bagaimana makanan yang menyebabkan alahan perlu dielakkan semasa hamil? Ini sebab & puncanya
makanan penyebab alahan semasa mengandung

Cuba fikirkan samada kita, pasangan atau anak anak yang lain mempunyai sejarah alahan terhadap jenis makanan tertentu.
.
Ada ke?
.
Kalau ada
.
Risiko anak yang di kandung ini mempunyai alahan juga memang ada.
.
Jadi apa yang kita boleh buat?
.
Kita mesti elakkan jenis makanan yang menyebabkan alahan
.
Contohnya seperti kekacang atau produk olahannya.
.
Tak kiralah ketika hamil 
.
Atau semasa menyusu kan anak anak.
.
Kalau kita boleh kawal dengan baik, insyaallah dapat mengurangkan risiko alahan pada anak kita nanti.

APA BUKTI PEMAKANAN SEIMBANG SEMASA HAMIL BOLEH KAWAL GULA & TAMBAH HB?

Dibawah ini contoh yang baik
.
Kisah bagaimana amalan pemakanan yang seimbang boleh ubah kesihatan ibu hamil yang kurang sihat
.
Menjadi sihat & bertenaga di rumah serta pejabat

  • Pengalaman kawal paras gula dalam darah & Naikkan HB semasa mengandung 

Beberapa bulan lepas, Maznee dihubungi oleh seorang ibu. Kak Zah
.
Kak Zah ni ibu bekerja yang sibuk
.
Anak lasak 
.
Biasalah
.
Hero
.
Hehe.
.
Jadi bila usia dah meningkat, dan mengandung lagi
.
Bekerja pulak tu
.
Masa Kak Zah Whatsap Maznee
.
Ada masalah darah rendah. Dan juga ada kencing manis masa mengandung
.
Tak tahan dah rasa penat & tak bertenaga tu
.
Nak cari makanan yang boleh bantu kembali cergas semasa hamil
.
Jadi apa lagi
.
Nak bagi yang terbaik
.
Dapat no Maznee. Whatsap saja. Masa ni 18 feb 2017
.
shaklee klang maznee
.
Satu perkara penting Maznee nak kongsi. Sebenarnya
.
Tak makan shaklee pun boleh je sihat
.
Betul
.
Asalkan kita pandai jaga makan
.
Dan amalkan cara hidup sihat. Tapi itulah kan
.
Langit tak selalu cerah. Kita ni dah lah sibuk di pejabat.
.
Balik rumah je anak anak dah berlari berkejaran 100 m acara pecut
.
Nampak pula rumah macam medan perang
.
Tak ke naik temperature kepala tu
.
Mendidih macam air masak
.
Kat dapur
.
Hehe
.
Mana lah sempat nak jaga kan
.
Sebab itu kita perlukan bantuan. Bantuan dari suplemen
.
Dan juga bantuan dari Maznee. Ehem ehem
.
Cara makan Maznee guide ok
.
Buka sekali dapat
.
Terus senyap
.
Tak 
.
Maznee guide sampai 
.
Sampai bila bila. Asalkan puan nak dengar
.
Maznee akan kongsi pengalaman. Asalkan makan ikut sukatan
.
Dan ikut keperluan. Tak ada masalah
.
Sedangkan
.
Makan nasi berlebihan pun boleh kena kencing manis kan?
.
Apa jadi lepas Maznee guide Kak Zah makan
.
Selepas fikir masak masak
.
Kak Zah setuju
.
Tempah awal bulan Mac. Maznee hantar terus sampai depan rumah di Klang

pengedar shaklee rantau panjang klang
.
Lepas beberapa hari
.
Satu ketika pada jam 2.22pm. Lepas Kak Zah makan lunch.
.
Hehe
.
Dah sendawa agaknya
.
Dapat berita gula dah turun. Tapi masih belum bawah 5.
.
Adjust lagi cara makan ikut jadual kerja Kak Zah
.
Dan kongsi beberapa tips
.
Esoknya Maznee "menyibuk" lagi
.
(Menyibuk macam ni tak apa. Allah sayang! Itqan dalam bekerja ok. Hehe)
.
cara makan kak zah
.
Esok tu gula turun lagi
.
Tambah semangat Kak Zah. Sebab belum buat lagi semua tips yang Maznee bagi
.
Nak di jadikan cerita
.
Atas sebab masing masing sibuk kerja. 
.
Ada 1 minggu lebih kami buat urusan masing masing
.
Lepas tu Maznee tanya khabar lagi
.
Jeng jeng jeng
.
Suspen
.
bacaan dah cantik
.
Dapat berita gembira tau
.
Dah 1 minggu bacaan gula cantik & mulus. Atas kad laporan tu
.
Dapat markah baik
.
Kalau kat sekolah dulu, tak adalah cikgu merotan kan
.
Hehe
.
Nak di jadikan cerita
.
Sampai lah ke tarikh akhir mengandung. Kami saling bertanya khabar
.
Bersalin pun akak ni pakai set bersalin shaklee
.
makan set berpantang pula
.
Kan beza sangat tu
.
Sebelum dah selepas mengamalkan pengambilan makanan yang berkhasiat
.
Badan kita lebih kuat & cergas
.
Gula darah pun lebih teratur.
.
Loya & HB rendah pun boleh di kawal
.
Kalau puan perlukan bantuan untuk lebih cergas semasa hamil dengan set mengandung shaklee
Whatsap Maznee 019-265-3791

4. Makanan mentah semasa mengandung!

Bagaimana makanan mentah semasa hamil pantang diamalkan? Ini sebab & puncanya
.
makanan mentah semasa mengandung
Bukan semua makanan mentah tidak selamat
.
Kenapa makanan perlu di masak dengan api?
.
Jawapannya untuk membunuh kuman & parasit yang ada.
.
Memasak dengan api juga mengubah rasa & bau makanan tersebut menjadi lebih wangi & menyelerakan
.
Tapi
.
Ada makanan yang memang sedap di makan mentah
.
Contohnya
  • Sushi
  • Sesetengah resepi ikan
  • Sesetengah resepi daging
  • Kerabu
Semua ni sedap.
.
Tapi sebab kita tak pakai suhu tinggi semasa penyediaan
.
Kemungkinan ia mengandungi bakteria, virus, dan parasit yang lebih banyak sehingga mengganggu perkembangan janin.
.
Terutama sekali semasa kandungan masih muda.
.
Boleh berlaku keguguran.
.
Cuba elakkan makanan yang dimasak mentah semasa mengandung
.
Makanan mentah dari daging & sayur mempunyai risiko tinggi menyebabkan gangguan kesihatan.
.
Buah buahan & sayur mestilah dibasuh dengan baik
.
Boleh jadi buah dan sayur itu selamat di makan
.
Tapi
.
Kebersihan makanan semasa penyediaan pula tak di titik berat
.
Keracunan makan boleh berlaku
.
Kajian menunjukkan makanan mentah lebih terdedah kepada bakteria, virus, dan parasit hidup yang dapat mengganggu perkembangan bayi
.
Terutama semasa 3 bulan pertama kehamilan
.
Pening sebab banyak sangat makanan kena pantang masa mengandung? Ini makanan "super" untuk cukupkan khasiat ibu & bayi dalam rahim. Tak percaya, sila baca.
Sub 5: 

5. Produk kosmetik dari bahan kimia semasa mengandung!

Bagaimana produk kosmetik dari bahan kimia boleh memudaratkan kesihatan semasa hamil? Ini sebab & puncanya
.
alat solek kosmetik semasa mengandung

Tahukan kita, tiada undang undang ketat tentang penggunaan bahan kimia dalam industri kosmetik seperti dinyatakan dalam video youtube ini.
.
Bahan kimia dalam produk ini kita gunakan seharian
.
Dan meresap melalui kulit ke dalam badan kita
.
Bahan seperti plumbum & paraben
.
Phathalates & aseton yang memberi kesan negatif pada kesuburan kita
.
Dan boleh memudaratkan kesihatan ibu & bayi
.
Apatah lagi
.
Buat ibu yang bekerja di bidang kecantikan di salun
.
Atau sebagai pembersih / janitor yang menggunakan cecair pencuci setiap hari
.
Berhati hatilah menggunakan kosmetik & barangan penjagaan diri semasa hamil hinggalah hampir bersalin
.
Hanya gunakan produk organik sahaja
.
Dan trend terkini
.
Banyak suplemen makanan tambahan untuk kecantikan di pasaran
.
Janggan makan tanpa pandangan doktor
.
Ibu hamil disyorkan tidak mengambil ubat-ubatan tanpa petunjuk dari doktor. 
.
Sebab apa ya?
.
Ubat yang dimakan oleh ibu hamil boleh masuk ke dalam plasenta & sampai kepada janin dalam kandungan. 
.
Wah bahaya tu
.
Bukan masa mengandung je tau
.
Beberapa jenis ubat dikenalpasti masuk ke badan bayi melalui air susu ibu.
.
Ada ubat ubat ini boleh memudaratkan bayi.
.
Jadi
.
Puan puan semua
.
Sebelum makan ubat.
.
Terutama ubat tradisional seperti jamu berpantang, rujuk terlebih dahulu dengan doktor untuk memastikan keselamatannya. 
.
Sah selamat
.
Baru beli & makan.
.
Pening sebab banyak sangat makanan kena pantang masa mengandung? Ini makanan "super" untuk cukupkan khasiat ibu & bayi dalam rahim. Tak percaya, sila baca.
Sub 6: 

6. Bersihkan kucing semasa mengandung!

Bagaimana membersihkan kucing & najisnya pantang dilakukan semasa hamil? Ini sebab & puncanya
.
najis muntah kucing semasa mengandung
.
Haiwan ini sangat di sayangi Rasulullah SAW
.
Kucing memang manja dengan tuannya
.
Makan, mandi & kebajikannya semua kita ambil berat
.
Tapi
.
Semasa kita hamil
.
Seeloknya biarlah orang lain yang lakukannya 
.
Muntah & tahi kucing boleh mengandungi parasit berbahaya menjangkiti ibu mengandung. 
.
Parasit yang menyebabkan jangkitan toksoplasmosis tidak berbahaya kepada orang dewasa Tapi sebaliknya kepada bayi dalam kandungan.
.
Jangkitan parasit dari kucing ada tanda tandanya
.
Tapi
.
Mungkin tidak disedari kerana kurang ilmu
.
Sehinggalah
.
Semuanya terlambat
.
Antara kesan jangkitan parasit dari najis kucing pada ibu hamil ialah
  • Menyebabkan keguguran.
  • bayi dilahirkan tidak bernyawa. 
  • Kacacatan pada penglihatan bayi
Buat pencinta kucing
.
Jaga kebersihan & dapatkan bantuan ahli keluarga
.
Dalam menguruskan haiwan kesayangan anda semasa hamil
.
Pening sebab banyak sangat makanan kena pantang masa mengandung? Ini makanan "super" untuk cukupkan khasiat ibu & bayi dalam rahim. Tak percaya, sila baca.
Sub 7: 

7. Selalu tertekan semasa mengandung!

Bagaimana tekanan perasaan (stress) berlebihan semasa hamil tidak elok untuk kandungan kita? Ini sebab & puncanya
tekanan semasa mengandung

Kita ada banyak sebab untuk merasa tertekan semasa mengandung
.
Mana taknya, serba serbi tak selesa
.
Menurut marchofdime, antara punca stress semasa hamil ialah
  • Kita mungkin rasa tak selesa disebabkan seperti mual, sembelit, letih atau sakit belakang.
  • Perubahan hormon, yang mempengaruhi mood kita & membuatkan kita lebih susah mengawal perasaan.
  • Bila dah hampir bersalin, kita mungkin risau tentang pengalaman melahirkan anak.
  • Bagi wanita bekerja, beban kerja di pejabat & cuti bersalin yang lama merisaukan fikiran
Daripada kita risaukan perkara yang tak pasti
.
Lebih baik kita banyakkan zikir
.
Dan ingat Allah
.
Selepas kita usaha, kita tawakal saja
.
Allah swt kan sebaik baik perancang. Takkan berlaku sesuatu melainkan dengan izinnya
.
Pening sebab banyak sangat makanan kena pantang masa mengandung? Ini makanan "super" untuk cukupkan khasiat ibu & bayi dalam rahim. Tak percaya, sila baca.
Sub 8: 

8. Mencabut gigi semasa mengandung!

Bagaimana cabut gigi semasa hamil tidak digalakkan untuk kandungan kita? Ini sebab & puncanya
cabut gigi semasa mengandung
Sumber gambar: Shutterstock
Cabut gigi ni perkara kecil kan?
.
Tak juga
.
Sebab saraf gigi ni bersambung dengan otak & organ penting
.
Silap cabut boleh bawa maut tau
.
Sebab tu
.
Ibu mengandung tak di galakkan cabut gigi
.
Melainkan kalau doktor yang bagi kebenaran. 
.
Selain itu kan, pastikan kita cukup kalsium semasa hamil
.
Barulah gigi & tulang kita kuat
.
Kalau tak cukup
.
Anak kita akan ambil dari gigi & tulang
.
Itu yang gigi sakit, tulang belakang pun rasa sengal. Duduk pun rasa lenguh
.
Sub 9: 

9. Merokok semasa mengandung!

Bagaimana rokok & perokok perlu dielak semasa hamil? Ini sebab & puncanya
merokok semasa mengandung
.
Zaman dulu susah nak nampak orang perempuan merokok
.
Dulu
.
Sekarang ni ramai
.
Dari yang free hair hingga yang bertudung.
.
Apakah kesan buruk merokok ibu hamil?
  • Bayi dilahirkan dengan berat kelahiran rendah.
  • Menyebabkan kanak-kanak tidak mampu belajar di masa depan.
  • Risiko bayi yang dilahirkan mati. 
  • Toksin dari rokok merencatkan perkembangan bayi dalam kandungan & menjejaskan kesihatan sehingga dewasa nanti.
  • Bayi dilahirkan ketagihan nikotin
  • Cenderung untuk merokok apabila besar kelak.

Suami suami yang merokok
.
Perlu duduk jauh jauh dari isteri anda yang hamil
.
Kasihanlah nasib anak & isteri 
.
Sub 10: 

10. Ubat jerawat semasa mengandung!

Bagaimana penggunaan ubat jerawat semasa hamil pantang diamalkan? Ini dia sebabnya
.
ubat jerawat untuk ibu mengandung

Ibu mengandung seperti kita ada masalah hormon
.
Sebab itu
.
Jerawat senang naik
.
Dan kita tak boleh sesuka hati pakai ubat jerawat, ada yang kurang sesuai. Seperti yang di kongsi laman webmd
.
Kalau lah muka kita banyak naik jerawat
.
Selalu bersihkan muka dengan air
.
Dan
.
Cari produk skincare yang berasaskan organik. Bebas bahan kimia
.
Baru kita rasa lebih yakin.
.
Masalah jerawat yang dialami kita mungkin boleh jadi teruk
.
Pastikan kita mohon pandangan doktor
.
bahan kimia berbahaya dalam produk kecantikan
Kalau tak mengandung pun dah bahaya kan, apa lagi semasa berbadan dua?

.
Ada bahan kimia dalam ubat jerawat biasa yang tidak bagus untuk kandungan.
.
Bahan bahan seperti
  • Accutane (isotretinoin)
  • Doxycycline
  • Tetracycline
  • Minocycline 
Bahan ini boleh menyebabkan kecacatan & perkembangan  tulang & gigi bayi.

11. Mandi berendam air panas semasa mengandung!

Bagaimana berendam dalam air panas semasa hamil pantang diamalkan? Ini sebab & puncanya
.
Sepanjang mengandung, sebaiknya ibu mengelakkan mandi berendam dalam air bersuhu panas. 
.
mandi berendam air panas semasa mengandung

.
Berdasarkan kajian, risiko keguguran yang dialami oleh ibu akan meningkat menjadi 2 kali ganda jika ibu berendam dalam air panas atau melakukan sauna semasa  3 bulan pertama kehamilan.
.
Atau
.
Semasa trimester 1 seperti dinyatakan dalam web ini
.
Orang Malaysia jarang mandi berendam ni
.
Orang barat memang ya
.
Sana cuaca sejuk
.
Buat ibu yang dah biasa mandi berendam air panas, memang selesakan?
.
Tapi
.
Demi anak kita, berhentilah sementara
.
Bilik air ni tempat berisiko tinggi untuk jatuh. 
.
Mandi air panas merendahkan tekanan darah & buat kita mudah pitam kerana suhu air tersebut
.
Apa alternatif lain?
.
Kalau teringin mandi air panas, boleh pakai jenis pancuran / shower sebab suhu badan tak terkesan sangat
.

12. Minuman keras semasa mengandung!

Mengapa minuman beralkohol perlu dielakkan semasa hamil? Ini sebab & puncanya
arak alkohol semasa mengandung

Minuman keras / beralkohol akan menghalang penerimaan khasiat makanan & oksigen yang diperlukan janin akan tersekat.
.
Minuman beralkohol yang diambil oleh ibu semasa mengandung akan memberi kesan buruk pada kemampuan otak janin.
.
Kesan?
.
Kesan macam mana tu?
.
Anak yang dikandung berisiko tinggi terjejas fizikal & IQ nya.
.
Sub 13: 

13. Pakaian ketat semasa mengandung!

Mengapa pakaian ketat perlu dielakkan semasa hamil? Ini sebab & puncanya
baju ketat semasa mengandung

Menggunakan baju yang ketat akan meningkatkan risiko apalagi di bahagian perut yang akan mengganggu perkembangan janin.
.
Bagi ibu yang ingin bergaya semasa mengandung, banyak baju hamil yang boleh kita pilih
.
Baju yang bagus di pakai semasa mengandung mestilah selesa, menyerap peluh & mempunyai pengudaraan yang baik
.
Baju yang ketat akan mengganggu pperkembangan bayi dala mrahim
.
Baju mengandung juga tersebut tidak mempunyai getah dibahagian perut.
.
Sub 14: 

14. Kasut tumit tinggi semasa mengandung!

Mengapa kasut tumit tinggi tidak sesuai dipakai semasa hamil? Ini sebab & puncanya
kasut tumit tinggi semasa mengandung

Kasut tumit tinggi merupakan kasut yang digemari oleh ramai wanita untuk membuat tubuh kelihatan tinggi.
.
Dalam keadaan biasa
.
Menggunakan kasut tumit tinggi tidak baik untuk postur badan
.
Badan boleh jadi sakit sakit
.
Terutama jika berjalan jauh
.
Kita juga mudah untuk terjatuh di sebabkan kurang stabil
.
Semasa mengandung, kasut tumit tinggi sangat tidak di galakkan.
.
Penggunaan kasut tumit tinggi semasa kita mengandung, akan menyebabkan otot-otot yang terdapat di kawasan pinggang tegang.
.
Ibu hamil boleh mengeluh lenguh lenguh & sakit pada bahagian pinggang. 
.
Ibu mengandung akan mengalami perubahan paksi badan. 
.
Tubuh akan lebih condong ke depan & ibu hamil akan berusaha untuk menegakkan tubuhnya ke belakang.
.
Ini akan meregangkan otot-otot punggung dan pinggang. 
.
Kasut tumit tinggi akan meningkatkan risiko ibu terjatuh & sangat berbahaya untuk ibu.
.
Dan bayi yang dikandung. 
.
Boleh menyebabkan keguguran atau kecacatan janin. 
.
Seeloknya tak perlu pakai terus kasut tumit tinggi
.
BONUS: Puan terlalu sibuk dengan kerja & tugas dirumah? Tak terjaga makan berkhasiat semasa mengandung? Cuba makanan di bawah ini
Terima kasih kerana membaca sehingga habis artikel ini. Sekiranya anda rasa artikel ini bermanfaat.
.
.
Apa sebab no 3 yang Maznee kongsi di awal artikel tu?
.
Sebabnya ialah
.
Jaga kesihatan ibu & bayi dalam rahim. Elak mudarat yang lebih teruk kepada kesihatan
.
Banyak penyakit boleh datang
.
Dan paling teruk kita boleh keguguran.
.
Jadi hati hati ya
Semoga 24 Makanan Yang Dielakkan Semasa hamil ini membantu ibu hamil lebih sihat dan bertenaga. Insyaallah

.


Cara mudah untuk ibu hamil seperti anda cukupkan vitamin semasa hamil biarpun sibuk seharian
.
Set berpantang shaklee 2017
.

12 Responses to "Pantang larang semasa mengandung? 14 Amalan ibu yang dilarang keras!"

  1. Slm sis, terima kasih atas panduan makanan yang dilarang untuk ibu hamil

    Sangat bermanfaat untuk ibu mengandung yang nak jaga makan.

    Saya suka, nak tanya. Kalau semua makanan ni tak elok di makan?

    Bagaimana pula untuk makanan berkhasiat untuk ibu hamil? BOleh sis ceritakan sedikit

    Terima kasih ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam wrmbth,

      terima kasih kerana bertanyakan soalan. Alhamdulillah, semoga bermanfaat kepada semua ibu mengandung di luar sana. Amin insyaallah

      Berkenaan soalan makanan yang baik untuk ibu hamil, kami telahpun menulis artikel khas untuk soalan ini.

      KLIK UNTUK SENARAI MAKANAN YANG BAIK SEMASA HAMIL
      12 Makanan Terbaik Untuk Ibu Mengandung

      Padam
  2. Ada orang kata sesetengah makanan ni twjam dan x sesuai makan di awal mengandung.

    Boleh tak cik bagitau apa makanan untuk ibu hamil 1 bulan yang baik dan berkhasiat

    Trimester pertama memang rasa tak berapa bertenaga. Rasa loya n lesu je badan sebab morning sickness

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas soalan puan.

      Nampaknya puan ada alahan ketika hamil anak pertama. Memang rami ibu muntah muntah dan loya semasa mengandung 3 bulan pertama.

      Puan boleh baca artikel ini bagi Cara hilangkan alahan mengandung yang teruk

      Bagi soalan untuk makanan yang bagus dimakan untuk trimester pertama pula elakkan makanan dan minuman yang mengandungi banyak gula untuk mengelakkan kencing manis semasa hamil.

      Terutama minuman bergas.

      Minuman berkafein seperti kopi teh dan lain lain juga elok kurangkan atau berhenti terus. Supaya HB puan tidak turun.

      Bagi bahan bacaan tambahan boleh rujuk Makanan berkhasiat untuk di makan ibu mengandung pada trimester 1

      Padam
  3. Nice info. Bagus list tuk makanan yang baik untuk ibu hamil trimester pertama

    2 dan 3 punya ade?

    BalasPadam
  4. Tolong cerite sikit makanan yang baik untuk ibu hamil 4 bulan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum wrmbth puan liza.

      Terima kasih kerana membaca perkongsian kami tentang makanan yang berkhasiat untuk ibu mengandung

      Kalau hamil 4 bulan bermakna dah masuk trimester 2. Trimester kedua ni perkembangan janin dalam rahim pesat. Berat kandungan juga cepat naik.

      Makanan yang kaya protein yang diambil dalam kuantiti betul sangat membantu puan lebih cergas dan bertenaga.

      Cuba amalkan juga pemakanan yang kaya dengan serat kerana kedua dua protein dan makanan berserat lambat dihadam dan ini akan membantu kenyang lebih lama.

      Dapat mengelakkan sembelit dan juga semasa trimester dua ni.. risiko untuk mendapat diabetis atau kencing manis semasa hamil lebih tinggi.

      Memang kita nak elakkan benda ni dari berlaku sebab kesN jangka panjang yang memudaratkan.

      Ia juga akan menyebabkan saiz bayi besar dan sukar bersalin caeser. Kemungkinan bersalin czer lebih tinggi.

      Elakkan pengambilam makanan yang mempunyai kandungan gula tinggi dalam kuantiti banyak dN kerap seperti ais krim dan gul gula.

      Insyaallah puan akan hamil lebih cergas dan sihat.

      Bagi maklumat lanjut. Puan boleh bertanya kepada doktor pakar perbidanan untuk bahan bacaan yNg baik sebagai rujukan

      Klinik kesihatan dan klinik kerajaan juga ada berikan buku kecil yang baik untuk bacaan

      Semoga ia membantu puan. Insyaallah

      Padam
  5. Saya pun suka amalkan makanan sunnah semasa mengandung. Buah buahan yang disebut dalam al quran macam kurma.. delima banyak khasiatnya

    Panduan pantang makan cik ni pun banyak membantu. ��2 thumbs up

    BalasPadam
  6. Salam sis

    apa makanan untuk ibu mengandung trimester ketiga yang ada gastrik?

    Rasa pedih bahagian ulu hati ni

    Saya ada baca yang katanya, sebab saiz baby dalam rahim dah besar.. perut terhimpit

    jadi asid perut pun naik ke bahagian atas

    Masalahnya sekarang.. Saya makan sikit pun dah mengah mengah. macam mana nak makan banyak untuk kurangkan gastrik ni

    Terima kasih kerana perkongsian ya

    BalasPadam
  7. Memang kena pantang makan mase mengandung

    BalasPadam
  8. terima kasih atas semua perkongsian..sgt bermanfaat dan membantu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama sama cik puan maghfirah ulya

      Cantik nama cik ni

      Nama yang penuh keampunan :)

      Semoga makanan ibu hamil dapat membantu puan hamil dengan lebih cergas

      Padam

⛔⛔TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ⛔⛔

🌼🌺🌸 Maznee memang rajin membalas komen bonda semua. TOP 10 Pengomen terbanyak akan dipaparkan di Kanan blog ini! Dapat backlink lagi. πŸ˜‰ 🌸🌺🌼
.
Selamat bersilaturahim πŸŒ„