Maznee Azmi . Pengedar Shaklee pilihan hati. Yakin . Mesra . Berpengalaman

Makanan Untuk Banyakkan Susu Badan Ibu

Makanan Untuk Banyakkan Susu Badan

Assalamualaikum Wrmbth. Sebagai lanjutan kepada artikel cara banyakkan susu badan sebelum ini.

makanan untuk banyakkan susu badan


Insyaallah kali ini Mazni akan sentuh tentang makanan dan minuman yang menambahkan susu ibu pula.

Dan juga beberapa makanan yang ibu menyusu harus elakkan semasa menyusukan anak kerana kesannya yang mengurangkan pengeluaran susu badan.

Insyaallah, berbekalkan pengalaman Mazni sendiri menyusukan anak yang lahir secara pramatang, untuk panduan kepada sahabat sahabat yang merancang sama untuk menyusu badan.

Apa yang penting, kemampuan kita memang berbeza. Ada yang mampu sekali pam 15 oz dalam masa 15 minit. Memang banyaklah.

Ada yang mampu sekali pam 5oz sahaja.

makanan untuk banyakkan susu semasa hamil
Ibu hamil perlu makan makanan yang berkhasiat untuk bekalan semasa menyusu badan


Apa yang Mazni perhatikan, mereka yang banyak susu badan mempunyai sifat sifat berikut


  1. Berfikiran positif (Sekali sekala negatif memang normal. Kita kan manusia)
  2. Berdisiplin (Sangat mematuhi jadual penyusuan)
  3. Berilmu dan Beramal (Ilmu penyusuan hanya berguna jika diamalkan)
  4. Berdoa dan bertawakal (Rezeki susu badan memang kurniaan Allah. Perlu istiqamah minta)
Ok, ini pemerhatian Mazni untuk ibu menyusu beragama islam. 


Bagi yang beragama lain, no 4 tersebut mungkin tidak sama.



Baik, sekarang kita sama sama teruskan kepada senarai makanan dan minuman yang mempunyai khasiat untuk banyakkan susu ibu.


ibu menyusu badan perlu cari ilmu
Cari kawan kawan yang menyusukan anak secara ekslusif. Berjemaah lebih kuat

Makanan Yang Menambahkan Susu Badan 

  1. Makanan kaya dengan protein - makanan berasaskan kacang soya (tauhu, tempe dan sebagainya), kacang hijau, alfalfa dan sebagainya. Banyakkan makanan berprotein. Protein penting kerana komposisi utama dalam susu ibu  ialah protein dan diperlukan utk membina sel, kulit, rambut,kuku dan pertumbuhan yg sihat. Sebab tu saya sangat suka dgn ESP (energizing soy protein).
  2. Makanan kaya vitamin B terutama asid folik sayuran hijau seperti kucai, sawi, lobak dan sebagainya.
  3. Makanan kaya kalori  longan kering, kurma.
  4. Minuman tinggi kalsium seperti susu dan keju.  Banyakkan minum susu. Sebaiknya mengambil hidangan susu 3 hingga 4 hidangan sehari. Tak suka minum susu, boleh ambil pil kalsium. 
  5. Makanan kaya vitamin A dan C - buah-buahan citrus, buah-buahan beri dan sebagainya.
  6. Herba yang memanaskan badan seperti alfafa, halba (fenugreek), habbatussauda’ dan jenis herba serta rempah ratus.
  7. Sayuran yang menggalakkan pengaliran darah seperti lobak putih. Ambil lobak putih. Cuci bersih dan kisar sehingga halus. Campurkan dengan segelas air suam. Minum 2 kali sehari. Juga boleh dibuat sup lobak putih..
  8. Makanan menggalakkan pengeluaran hormon gembira – coklat.
  9. Semua makanan dan minuman kegemaran ibu menyusu kerana perasaan ibu akan menjadi gembira semasa menikmati makanan kegemarannya. Perasaan kegembiraan mengaktifkan hormon oxytocin yang mengeluarkan susu dari badan
  10. Banyakkan minum air
  11. Minum jus buah-buahan
  12. Ambil makanan bersup.
  13.  Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Rebus hingga didih. Minum air rebusan 2-3 kali sehari
  14. Sapu sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Layur pada api sehingga layu.Setelah agak suam, tekap daun sirih tersebut pada payudara. Amalkan setiap hari.
  15. Makan kurma

perkongsian ilmu sesama ibu menyusu badan



Makanan Yang Mengurangkan Susu Badan

  1. Kobis mentah seperti coleslaw atau ulam
  2. Minuman sejuk yang berais sekiranya diambil dalam kuantiti yang banyak
  3. Herba seperti daun pasli, pudina dan oregano (Banyak di gunakan untuk masakan itali seperti spagetti dan lasagna)

Soalan Lazim Mengenai Pemakanan Dan Susu Badan

Adakah ibu mengandung boleh mengambil makanan diatas sebagai persediaan banyakkan susu badan? 


ibu solehah melahirkan anak yang baik
Banyakkan berdoa kepada Allah SWT agar direzekikan untuk menyusu badan kepada anak selepas berumah tangga

Semasa mengandung, banyak makanan yang sebelum ini boleh di ambil dengan bebas tanpa mudarat, kini perlu dielakkan.

Makanan yang kurang bersih, belum dimasak dan dimakan secara mentah tidak sesuai untuk ibu hamil.

Banyakkan mengumpul ilmu penyusuan sepanjang kehamilan. Supaya dapat digunakan selepas tiba waktunya.

Belilah majalah dan buku buku penyusuan. Dan rajinkan diri untuk masuk kedalam kumpulan komuniti ibu menyusu di dalam media sosial.

Dari sini, sahabat sahabat semua akan dapat mengetahui masalah dan cabaran sebenar yang dihadapi ibu menyusu badan.

Sahabat semasa susah dan senang
Rakan rakan yang positif dan saling menyokong akan membantu dan menguatkan

Insyaallah, dengan berada di dalam kalangan ibu yang mempunyai misi dan matlamat yang sama akan menguatkan lagi keazaman untuk berjaya.

Faktor faktor seperti keperluan bayi, berapa kerap ibu menyusu dan mengepam susu badan dan keadaan emosi akan menentukan kuantiti susu yang dikeluarkan.

Perlukah ibu menyusu mengambil makanan tambahan dan suplemen? 

Ya dan tidak. Lebih tepat lagi bergantung kepada keadaan empunya diri.
Suplemen untuk banyakkan susu badan
Produk suplemen untuk menambah susu badan daripada shaklee


Jika keadaan kesihatan mengizinkan dan boleh mendapatkan zat yang mencukupi untuk keperluan harian, tidak ada masalah.



Selepas bersalin, badan ibu memerlukan banyak khasiat untuk pulih.



Bagi ibu yang rata rata bekerja, beban kerja di pejabat pun tinggi sampai rasa terbeban.



Masa makan juga terhad kerana waktu rehat yang pendek dan perlu berebut rebut untuk mendirikan solat di surau yang kecil saiznya di pejabat.



Bagi keadaan seperti ini, amat di galakkan.



Ibu bekerja yang menyusu badan memerlukan bantuan supplemen bagi membekalkan zat-zat keperluan harian yang bukan saja untuk menjadikan tubuhnya sihat, dan menghasilkan susu badan yang mencukupi untuk anak.

Pam Susu Mahal Lebih Baik Untuk Susu Badan Yang Banyak?

pam susu badan yang bagus
Salah satu contoh pam berkembar yang memudahkan urusan menyusu

Harga pam susu memang berbeza menurut jenama.


Kita perlu bijak memilih pam yang sesuai untuk kemampuan dan keperluan.



Pam susu berkembar yang boleh mengepam serentak kiri dan kanan lebih memudah kan kerja.



Masa untuk mengepam juga lebih pendek.



Namun harganya lebih mahal berbanding pam tunggal.



Apapun pilihan kita, pam terbaik adalah hisapan dari mulut anak kita sendiri.



Air liur bayi mengandungi enzim yang menggalakkan pengeluaran susu. Sekiranya ibu mengalami bengkak susu.



Hisapan dari mulut bayi akan membantu meredakan kesakitan dan menghilangkan ketulan susu beku di dalam payudara.






Tetapi hisapan bayi kita mempunyai had. Selepas kenyang, anak akan melepaskan lekapan dari puting payudara.



Sebaik baiknya, gabungan pam susu yang baik dan hisapan bayi secara terus akan melancarkan pengalaman menyusu badan.


Adakah keadaan emosi ibu mempengaruhi pengeluaran susu? 

tekanan stress mengurangkan susu badan

Pengaruh perasaan kepada pengeluaran susu badan memang ada.


Ini kerana hormon prolaktin dan oksitosin yang dikeluarkan badan untuk perasaan tenang dan gembira juga mempengaruhi pengeluaran susu badan yang banyak.



Dan, antara perkara yang mempengaruhi emosi kita adalah diet yang diambil.



Menurut kajian saintifik yang dijalankan, vitamin bcomplex dan asid omega 3 membantu mengawal tekanan dan minda yang tenang.



Oleh kerana itu, pengambilan suplemen yang membekalkan vitamin akan membantu ibu kekal bertenaga dan positif untuk susu badan yang banyak.






Untuk mencuba produk, bertanyakan harga dan konsultasi percuma ini, sila hubungi saya di:


SMS / Whatsupp: 
019-2653791 atau  0192663791 



ID Shaklee: 963860



Jadi apa pendapat anda tentang makanan untuk banyakkan susu badan? Ada pengalaman menarik untuk di kongsikan?



Komen diruangan di bawah dan kongsikan pengalaman anda. Komen terbaik dan menambah nilai menurut pandangan kami akan dihubungi dan mendapat hadiah misteri. 



Sekiranya artikel ini bermanfaat, mohon klik +1 dan Like dan kongsikan kepada rakan ya. 



Terima kasih