Maznee Azmi . Pengedar Shaklee pilihan hati. Yakin . Mesra . Berpengalaman

Set Keguguran Shaklee? Cepat sembuh & Kembali subur untuk hamil semula!

Set Keguguran Shaklee Untuk Bantu Ibu Mengandung Yang Keguguran Pulih Lebih Pantas?

Apa Kata Doktor Tentang Punca Keguguran ?

Keguguran biasanya dikaitkan dengan "masalah janin tak kuat" dan " rahim tak kuat". Apa yang penting untuk mencegah keguguran berlaku dan berulang menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad adalah :
  1. Kualiti sperma yang berkualiti dan sihat 
  2. Ovum yang matang
  3. Rahim yang kuat dan sihat !
Masalah janin tak kuat disebabkan percampuran sperma dan ovumyang kurang berkualiti. Manakala, rahim yang tak kuat disebabkan lapisan endometrium yang nipis dan tidak stabil, disebabkan hormon yang tak seimbang.

Adakah keguguran akan mengganggu tahap kesuburan dan bolehkan seseorang itu hamil kembali selepas mengalami keguguran?


Ya, sudah tentu wanita yang mengalami keguguran boleh hamil kembali. Wanita tersebut telah hamil sebelum ini, sudah tentu dia boleh hamil kembali selepas keguguran. 

Keguguran secara semulajadinya tidak akan menjejaskan kesuburan seseorang wanita. 

Melainkan, seperti apa yang telah saya terangkan sebelum ini berkenaan komplikasi-komplikasi keguguran seperti trauma di bahagian peranakan dan jangkitan kuman, boleh menyebabkan kesuburan wanita itu terganggu. 

Jika sekarang anda mengalami keguguran, sebaiknya berpantang dan jagalah kesihatan sebaik mungkin. 

Shaklee juga ada menawarkan Set Berpantang Selepas Keguguran yang membantu merawat dari dalam dan kesihatan rahim anda



Bagaimana Terjadinya Keguguran (Abortion)

 Sebelum Mazni menerangkan Set Keguguran Shaklee, Apakata ketahui terlebih dahulu apa itu keguguran. 

Keguguran membawa maksud kehilangan atau kematian janin sebelum usianya genap 28 minggu di dalam rahim ibu. 

Tempoh 28 minggu dinilai kerana selepas tempoh itu, perkembangan janin begitu pesat dan kebarangkalian untuk hidup adalah tinggi. Sebelum usia mencecah 28 minggu, janin lemah dan tidak mampu hidup di luar rahim ibunya. 


Sebab-Sebab Terjadi Keguguran 

1. Natural Selection


 - Teori ini sangat terkenal kerana ia mudah untuk difahami. 



Secara tabii atau semulajadinya, tubuh manusia akan menolak (reject) benda asing yang rosak. 



Contohnya, jika makan makanan yang sudah basi, tubuh akan menyingkirkannya. 

Maka terjadilah proses pembuangan makanan itu melalui muntah atau cirit-birit. Biarpun begitu, tubuh kita tidak terlepas daripada menerima kesannya. 

Sama seperti apabila kandungan telah mati dan rahim cuba mengeluarkannya. 

Kontraksi rahim dan pendarahan akan berlaku, sekaligus ibu akan merasai kesakitannya. Ovum dan sprema yang mati sebelum membentuk janin. 

Kematian terjadi akibat kecacatan pada strukturnya. 

Virus seperti TORCH atau Cytomegalo yang menyerang ibu boleh merosak dan mencacatkan struktur ovum dan sperma. 

Kecacatan struktur turut berlaku sekiranya ibu mengalami kekurangan zat makanan atau kencing manis yang teruk. 

2. Pengambilan minuman beralkohol, dadah dan rokok juga boleh menyebabkan keguguran. 

3. Penyakit keputihan yang serius boleh menjadi punca keguguran. 

Keputihan biasanya disebabkan oleh kuman (sama ada Monilia / Virus / Bakteria) yang menular dan menjangkiti rahim. 

Jadi, segeralah dapatkan rawatan sewajarnya. Sebab-sebab yang dinyatakan di atas biasanya menyerang ketika janin berusia kurang 12 minggu (trimester pertama). 

4. Bagi janin yang berumur 12 minggu hingga 28 minggu, masalah keguguran dipengaruhi oleh faktor-faktor lain. 

Ini termasuklah masalah uri dan pembentukan jantung yang tidak normal yang menyebabkan janin tidak berupaya menahan tekanan. Faktor rahim ibu tidak cukup hormon. 

Dalam kes ini, kandungan berada dalam keadaan normal. 

Tetapi, servik (pangkal rahim) ibu tidak kuat dan mudah terbuka yang menyebabkan kandungan tidak dapat bertahan di dalamnya. 


Tanda-Tanda Keguguran 

Rasa loya dan muntah (morning sickness) hilang serta-merta sebelum tempoh mengandung mencecah 12 minggu. 

Ari-ari terasa sakit dan mengalami keputihan yang serius. Pendarahan semasa mengandung. Perut mengecil secara tiba-tiba. Ibu demam, tidak sihat atau pengsan. 

Rawatan Rawatan diberikan setelah mengenal pasti punca keguguran. 



Imunisasi dan pembentukan antibodi terhadap virus adalah penting sebelum seseorang ibu mengandung lagi. 

Zat makanan yang sesuai diberi dalam bentuk suplemen, contohnya seperti asid folik. Ini juga boleh didapati dalam Set Keguguran Shaklee. 

Sekiranya ujian imbasan ultrabunyi menunjukkan rahim bersih, maka D&C tidak perlu dilakukan bagi membuang sisa kandungan. Tetapi jika sisa tidak keluar sepenuhnya, D&C terpaksa dibuat bagi membersihkannya. 

Dikhuatiri pendarahan yang banyak dan serangan kuman boleh terjadi sekiranya dibiarkan. 



Sekiranya masalah servik lemah dikenal pasti, maka ibu terpaksa dirawat dan Cervical Encirclage dibuat di mana servik diikat dengan tali tangsi yang kuat dan hanya dibuka selepas cukup bulan. 

Selain itu, rawatan susulan termasuk ultrabunyi bagi memastikan kesihatan anak. Kaedah ini popular kerana keberkesanannya adalah tinggi. 



Ubat hormon untuk menstabilkan kandungan akan diberikan sekiranya didapati kurang hormon. 

Tip Ibu yang mengandung tidak harus bimbang jika kehamilannya berakhir dengan keguguran. Ini kerana besar kemungkinan kehamilan seterusnya akan menjadi normal. 

Apa yang lebih penting, kesihatan ibu perlu dipulihkan dan diberi rawatan yang betul bagi membolehkan si ibu untuk mengandung lagi sekiranya tidak berlaku sebarang komplikasi. 

Tempoh Berpantang Selepas Keguguran

Jika berlakunya keguguran selepas dua minggu hingga tiga bulan kehamilan, ibu pantang berjimak selama 30 hari. 



Ini adalah kerana angin gugur telah sedia ada untuk menyerang atas kesilapan pantang larang.



Jikalau keguguran berlaku pada usia kehamilan 4-5 bulan, ibu harus pantang berjimak selama 40 hari. 



 Jikalau keguguran berlaku lebih daripada bulan keenam, ibu pantang berjimak selama 44 hari. 



Namun, untuk lebih berkesan pantang larang pemakanan ibu keguguran akan tamat apabila ibu kembali hamil dan bersalin.


Pantang Larang Bagi Wanita Selepas Keguguran

Pelbagai pantang larang kepada wanita yang keguguran. 



Dari segi pemakanan, ibu keguguran mesti megelakkan makanan berangin, seperti ubi keladi, rebung, sayur keladi, pucuk paku, pucuk ubi, serta terung. 



 Selain itu dipantangkan juga makanan yang sejuk serta menjalar seperti labu, kangkung, kacang panjang, timun, dan buah-buahan yang sejuk seperti ciku, betik, langsat, duku, macang, kuini, nangka, cempedak, pisang masak hijau, durian belanda dan tembikai madu. 



 Turut ditegah mengambilnya ialah ikan yang berbisa seperti ikan berduri, terubuk, bawal hitam, tudung periuk, cencaru, tamban, sardin, pari dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang, belacan, budu, cencaluk dan ikan masin.



Walaupun, petua pantang larang ini kelihatannya seperti tidak logik atau kejam, telah pun terbukti terjadinya alahan bagi ibu yang melanggarnya seperti bentan urat, demam yang susah turun, rambut gugur, mudah sayu, pekang, alahan kulit dan cuaca, serta mudah letih.

set keguguran shaklee

Kandungan Set Keguguran Shaklee adalah seperti berikut: 

Vitamin B Complex Dengan Asid Folik 


Vitamin B Complex berfungsi 

  1. Melegakan sistem saraf dan memberikan ketenangan kepada seluruh sistem badan. 
  2. Mengelakkan stress dan di kalangan ibu keguguran. 
  3. Membantu meningkatkan pembentukan sel darah merah. 
  4. Menukarkan makanan yang diambil kepada tenaga, ibu akan lebih bertenaga serta menghindari kegemukan sebab kalori dari makanan tidak tersimpan dalam badan. 
  5. Membantu menstabilkan hormon badan kita
  6. Jika kekurangan B complex,boleh menyebabkan ibu dalam pantang mengalami gangguan emosi di kalangan ibu keguguran.
  7. Membantu kita lebih bertenaga dan emosi lebih seimbang.
  8. Menukarkan makanan kepada tenaga

VitaLea (Multivitamin) 


Vitalea sangat penting untuk ibu keguguran. Antara kelebihannya untuk wanita keguguran ialah

  1. Membekalkan 23 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh ibu yang keguguran. 
  2. Ibu yang sedang berpantang di galakkan ambil Vitalea, semasa dlm pantang banyak makanan yg tak boleh dimakan ,jadi tenaga kita akan berkurang.
  3. Disaluti spirulina yang kaya dengan vitamin dan mineral. 
  4. Mengandungi zat besi, elemen yang paling diperlukan unuk penghasilan darah merah untuk menggantikan darah yang hilang semasa keguguran serta mengelakkan pucat dan tidak bermaya. 
  5. Di perlukan unuk penghasilan darah merah untuk menggantikan darah yang hilang semasa keguguran serta mengelakkan pucat dan tidak bermaya.
  6. Mengandungi zat besi yg sangat penting dalam pembentukan sel darah merah.
  7. Membekalkan 23 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh ibu yang keguguran.  

Sustained Release Vitamin C 

Fungsi vitamin dalam membantu ibu keguguran ialah

  1. Vitamin C mengandungi elemen penyembuhan dan lekatan yang bertindak sebagai pencantum dan penyumbuh luka. 
  2. Membaik pulih sel dan tisu yang rosak. 
  3. Meningkatkan imuniti sistem pertahanan badan. 
  4. Membantu pembentukan kolagen, menganjalkan kulit. 
  5. Mengandungi BioFlavonoid yang berfungsi mencantikkan dan mencerahkan kulit, pengambilan secara konsisten dan berterusan akan mengurangkan stretch marks dan parut. 
  6. Penting untuk pembentukan kolagen
  7. mempercepatkan penyembuhan luka
  8. memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.
  9. meningkatkan sistem imun badan

Omegaguard

Omegaguard kaya dengan omega 3 & sangat bagus untuk wanita keguguran

  1. Omega 3 akan menguatkan badan wanita & mengurangkan risiko keguguran

ESP – Susu Soya Protein ESP 


ESP ialah Susu Soya Protein berkualiti tinggi yang membantu keguguran untuk

  1. Pengambilannya sangat membantu dalam pemulihan luka luaran dan dalaman. 
  2. Mencantikkan kulit. 
  3. Memejalkan otot. 
  4. Membantu dalam penurunan berat badan. 
  5. Membekalkan tenaga dan kecergasan badan. 

Ostematrix (Kalsium) 

Ostematrix penting bagi ibu keguguran untuk 

  1. Pengambilan Ostematrix sangat membantu pergerakan usus bagi menghindari masalah sembelit. 
  2. Melegakan segala kekejangan otot di kalangan ibu keguguran. 
  3. Merehatkan otot dan saraf semasa sedang tidur dan ibu akan berasa sangat segar bila bangun pagi. 
  4. Memenuhi keperluan kalsium untuk tulang, otot dan gigi,mengelakkan kejadian rosak gigi serta kerapuhan tulang. 
  5. KLIK SINI SEKARANG UNTUK KEMBALI KE MENU DI ATAS 
Kesimpulannya Set Keguguran Shaklee diakui dapat memenuhi keperluan para ibu keguguran bagi tujuan pemulihan dalaman yang optimum. 

Selain itu, Set Keguguran Shaklee juga berfungsi sebagai persediaan kepada ibu untuk merancang semula kehamilan yang berkualiti di masa hadapan. 

Ini adalah penting kerana merancang kehamilan yang berkualiti dapat mengelakkan berlakunya keguguran yang berulang. 

Dengan pengambilan Set Keguguran Shaklee ibu dapat membaiki dan membekalkan segala nutrien dan mineral yang diperlukan oleh tubuh bagi menghadapi kehamilan yang seterusnya.  

Berminat!! untuk mendapatkan Set Keguguran Shaklee sudi-sudikan hubungi

0 Response to "Set Keguguran Shaklee? Cepat sembuh & Kembali subur untuk hamil semula!"

Catat Ulasan

⛔⛔TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ⛔⛔

🌼🌺🌸 Maznee memang rajin membalas komen bonda semua. TOP 10 Pengomen terbanyak akan dipaparkan di Kanan blog ini! Dapat backlink lagi. πŸ˜‰ 🌸🌺🌼
.
Selamat bersilaturahim πŸŒ„