Maznee Azmi . Pengedar Shaklee pilihan hati. Yakin . Mesra . Berpengalaman

Doa & Surah Amalan Ibu Mengandung? Terbaik didik anak cara islam!

Doa & Surah Amalan Ibu Mengandung Terbaik Cara Islam

Assalamu'alaikum Wrmbth, Tempoh 9 bulan mengandungkan anak adalah sangat berharga. Penting bagi puan mengisinya dengan amalan yang baik.

zikir Amalan Ibu Mengandung Terbaik Cara Islam
Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara. Wanita yang solehah akan mengasuh anaknya sejak dari dalam kandungan lagi



Hari ini kita berkongsi tentang amalan ibu mengandung seperti doa, pemakanan dan petua untuk melengkapi keperluan si manja di dalam kandungan




 Artikel ini terdiri dari 8 bahagian. Klik pilihan anda sekarang untuk terus melompat ke bahagian tersebut
  1. 16 Pilihan Surah Amalan Ibu Mengandung Dari Al Quran Serta Kelebihannya
  2. Amalan Ibu Mengandung Menurut Islam Dan Sunnah
  3. Antara amalan ibu mengandung yang wajar dielakkan
  4. Doa Doa Pilihan Untuk Amalan Ibu Mengandung Serta Kelebihannya
  5. Tips Memilih Pakaian Yang Terbaik Semasa Hamil
  6. Cara Mengatasi Alahan Mengandung Seperti Loya / Morning Sickness
  7. Doa Mudah bersalin Untuk Bacaan Dalam Bahasa Melayu 
  8. Pantang Larang Makanan Semasa Ibu Mengandung
  9. Tanda Awal Untuk Kesan Kehamilan
  10. Petua Untuk Amalan Ibu Hamil Supaya Mudah Bersalin

Kita jaga tuntutan luar dan dalam ya. Ibu dan ayah melakukan amalan rohani yang membantu anak yang lahir baik akhlaknya.

Pada masa yang sama kita berusaha memberikan khasiat dan zat nutrisi terbaik dari Set Mengandung Shaklee Lengkap.

Amalan berpuasa dapat membantu anak dalam kandungan supaya lebih kuat hatinya. Bacaan surah surah tertentu juga mempunyai kelebihan untuk bayi dalam kandungan.

amalan ibu mengandung trimester pertama set mengandung shaklee

Mari sama sama kita amalkan tips tips terbaik menurut neraca islam amalan ibu mengandung

  1. Melazimi membaca Al-Quran
  2. Melazimi baca buku ilmiah sepert Kisah Para Nabi, Kisah Para Sahabat dan lain-lain
  3. Menjaga adab dan emosi terhadap suami dan isteri
  4. Makan makanan yang baik Pastikan makanan dan bahan-bahan adalah yang halal dan dari sumber pendapatan yang halal
  5. Jauhi daripada sifat dendam dan dengki
  6. Rajin mengukirkan senyuman
  7. Berbual-bual dengan anak yang berada dalam kandungan
  8. Banyak berdoa kepada Allah swt
  9. Rajin puasa sunat (digalakkan suami berpuasa sunat, seperti Isnin dan Khamis)
  10. Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman untuk permudahkan proses kelahiran
  11. Tidak terlalu tertekan atau stres
  12. Banyakkan bertaubat dan beristighfar kepada Allah swt
  13. Rajin solat wajib dan perbanyakkan solat sunat
  14. Melazimi berzikir
  15. Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu

Ok, selepas 15 petua terbaik amalan ibu mengandung menurut islam, kita pergi pula kepada perkara yang patut dijauhi ibu mengandung

Amalan Ibu Mengandung Yang Patut Di Elakkan
Ok, saya pasti ramai ibu mengandung di luar sana mempunyai keinginan mengidam berbeza.
Alhamdulillah, suami yang memahami akan cuba memenuhi setiap permintaan isteri dengan sebaik mungkin.

Asalkan mengidam tersebut tidak membawa mudarat kepada kesihatan ibu dan anak.


  1. Jauhi maksiat dan kemungkaran terhadap Allah swt
  2. Jauhi penampilan yang tidak menarik di depan suami
  3. Jauhi makanan yang berbisa seperti ikan pari, ikan sembilang, nanas, tapai dan lain-lain
  4. Jauhi percakapan yang negatif
  5. Jauhi mengidam makanan yang tidak baik
  6. Jauhi amalan khurafat
  7. Suami harus Jauhi daripada melakukan perkara yang menyedihkan atau merungsingkan isteri
  8. Jauhi membuka aurat
  9. Jauhi makan dam minum makanan yang haram dan dari sumber yang haram




Antara zikir dan doa yang diamalkan untuk memudahkan bersalin ialah :


1) Doa mendapatkan keturunan yang baik (QS. Ali Imran 38)





"Rabbii habli miladunka dzurriyyatan thoyyibah. Innaka sammi’uddu’aa"




Ertinya:

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:



" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan".




Surat Ali Imran dalam Al-Quran ayat 38 juga merupakan potongan doa ibu hamil yang dapat dilafazkan semasa kehamilan. 


2) Doa Nabi Yunus A.S.




Doa yang sunat dibaca ketika hamil termasuklah doa Nabi Yunus a.s. dalam surah al-Anbiya’ ayat 21:87 : surah al-Anbiya' ayat 21


“Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau (Allah), Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang-orang yang zalim.”


3) Doa Memohon Anak Anak Yang Soleh & Solehah




“Tuhanku, berilah kepadaku (seorang anak) dari anak-anak yang soleh.”


4. Doa Memohon Anak Soleh (QS. Ali Imran 35-36)





Memiliki anak soleh maupun solehah tentu menjadi impian hampir setiap orang tua muslim. 




Hal inilah yang mendorong para ibu mendoakan anak anak mereka, bahkan sejak dari anak di dalam kandungan lagi / dalam rahim.




Anda yang ingin berdoa agar mendapat anak soleh dan solehah dapat membaca potongan ayat dalam surat Ali Imran 35-36, yang berbunyi:



"Bismillahhirrahmaanir rahiim, Robbi inni nadzartu laka maa fii bathnii muharroron fataqobbalminnii, Innaka antas sami'ul alim"





Ertinya:

(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata:" Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."





5. Doa memohon keturunan yang menenangkan hati (QS. Al Furqan 74)




Memiliki keturunan yang dapat menjadi penenang hati tentu menjadi dambaan bagi setiap orang. 




Jika menginginkan hal sama, cik puan boleh amalkan potongan surat Al-Furqan ayat 74 yang berbunyi:


“Rabbanaa hab lanaa min azwaajinaa wadzurriyyaatinaa qurrata a'yuniw waaj'alnaa lilmuttaqiina imaaman”



Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: 




"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: 




Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.




(Al-Furqaan 25:74)


Doa seorang ibu untuk kebahagian anaknya sepnajang hidup

7. Doa agar anak rajin solat dan bertakwa (QS. Ibrahim 40)


Salah satu kayu aras yang mengukur ketakwaan seorang penganut agama Islam adalah solat yang dia lakukan seharian.



Anda yang menginginkan seorang anak yang bertakwa sekaligus tidak pernah meninggalkan kewajiban solat dapat membaca QS. 




Ibrahim ayat 40 sejak ia berada dalam kandungan yang berbunyi:


“Robbij’alnii muqiimash sholaati wa min dzurriyatii robbanaa wa taqobbal du’aa"



"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.




Begitu juga kepada ibu-ibu yang sukar bersalin, Ibn Abbas meriwayatkan Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya :




“Apabila seorang perempuan itu sukar bersalin, tuliskan di dalam bejana surah al-Ahzab (ayat 35) dan surah al-Nazi’at (ayat 46), kemudian air itu disapukan dan diminum serta disapukan di perut dan kemaluannya.”




(Hadis riwayat Ibn Sunni)



Tips Memilih Pakaian Yang Terbaik Semasa Hamil


Dalam pelbagai fesyen pakaian untuk ibu mengandung, apa yang paling penting semestinya ianya 

  1. Menutup aurat (Wajib)
  2. Selesa 
  3. Dan boleh dipakai lagi selepas hamil. (Menjimatkan)

Tidak kira sama ada puan memilih untuk memakai blouse, kemeja dan jubah abaya, penting bagi kita memastikan pakaian kita menutup aurat dengan sempurna.



Di sini kami sertakan 3 tips pemakaian untuk ibu mengandung iaitu busana, pakaian dalam dan kasut.



Menarik kan? 

1. Pakaian (Busana muslimah & Tudung)


Semasa hamil terutama selepas trimester ke 2 dan 3, perubahan tubuh badan yang dialami tubuh ibu sangat pesat.

Bahagian dada dan punggung akan menjadi lebih besar sebagai persediaan untuk melahirkan anak dan menyusukan anak. Pilihlah 
  • Pakaian yang longgar kerana ia lebih sejuk dan selesa 
  • Pakaian yang tidak mencengkam di bahagian pinggang. 
  • Pakaian yang longgar di bahagian depan (potongan baju mengandung).
  • Gaun wanita mengandung adalah lebih selesa apabila kandungan membesar.
  • Pakaian yang mempunyai kemudahan untuk menyusukan anak (nursing)
 Macam mana nak cari pakaian yang memenuhi syarat syarat diatas? 
Contoh jubah abaya a cut / princess cut yang dipakai oleh ibu hamil. Kredit gambar dari Tudunglabuhonline.com

Ini tips tambahan untuk puan. Pilih jubah abaya jenis A Cut atau princess cut. Jubah ini kembang di bahagian bawah pinggang dan memberi ruang untuk perut membesar semasa hamil. Jubah muslimah mesra ibu mengandung ini boleh di tempah disini.

Abaya jenis ini akan menutup aurat wanita hamil dengan sempurna. Bagi menutup dada, pakailah tudung bawal atau shawl labuh. Terdapat pelbagai fesyen tudung labuh di luar sana.

2. Memilih Pakaian Dalam Yang Sesuai

Pakaian dalam yang sesuai sangat penting bagi ibu hamil.

  • Pilih pakaian dalam bersaiz besar dan bercangkuk lebar dibahagian belakang dan bertali lebar dibuat dari kain kapas yang nipis semasa mengandung.
  • Bagi ibu yang merancang untuk menyusu badan pakai pakaian dalam yang boleh dibuka di bahagian depan.

3. Kasut Yang Sesuai Untuk Ibu Hamil

Semasa hamil, berat badan ibu akan naik dengan cepat. Ini akan memberikan beban lebih kepada kaki dan lutut.

Memburukkan lagi keadaan sekiranya makanan yang diambil ibu mengandung tidak mengandungi kalsium yang mencukupi.

Kesan jangka panjang, puan akan mengalami sakit badan dan kerosakan gigi kerana simpanan kalsium dalam badan berkurangan.

Kasut yang sesuai akan mengurangkan beban yang ditanggung ibu dan lebih selesa dipakai ke mana mana.

Tips untuk memilih kasut yang sesuai semasa hamil adalah seperti berikut

  • Pakai kasut bertumit rendah kerana ia sesuai untuk postur dan belakang anda dari memakai kasut bertumit tinggi atau kasut leper.
  • Pilih kasut kulit atau kanvas agar kaki anda dapat edaran udara.
  • Kasut sukan yang mempunyai sokongan lengkok tapak kaki dan tumit yang baik adalah sesuai dipakai dirumah atau bersiar-siar.


Apa yang indah dengan agama islam, ia adalah cara hidup yang sempurna. Sejak dari kandungan lagi pelbagai amalan untuk anak didalam kandungan.
surah dan ayat al quran untuk ibu mengandung

Antara surah yang bagus untuk bacaan ibu dan ayah adalah seperti berikut
  1. Baca Baca Surah Al Fatihah Supaya terang hati dan kuat ingatan
  2. Baca Surah Maryam Supaya ibu bersalin mudah bersalin dan anak yang sabar dan taat
  3. Baca Surah Luqman supaya mendapat anak yang bijak dan cerdik jiwa
  4. Baca Surah Yusuf supaya anak yang dilahirkan cantik rupa dan indah akhlak
  5. Baca Surah Hujurat supaya ibu mengeluarkan banyak susu ibu dan anak yang bersifat berhati-hati
  6. Baca Surah Yaasin bagi ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat
  7. Baca Surah At-Taubah supaya membersih jiwa dan tidak terlibat dalam maksiat
  8. Baca Surah an-Nahl untuk anak yang berdisiplin seperti lebah
  9. Surah al-Hujurat untuk membanyakkan susu ibu.
  10. Surah al-Imran ayat 38 untuk memohon anak yang baik.
  11. Surah al-Imran ayat 8-9 untuk memohon rahmat.
  12. Surah Ibrahim ayat 40 untuk memohon agar anak tetap mengerjakan solat.
  13. Surah al-Baqarah ayat 128 untuk memohon agar anak patuh kepada Allah S.W.T.
  14. Surah Yassin ayat 22-23 untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak.
  15. Surah as-Sajdah ayat 7-9 untuk memohon agar anak menjadi orang yang soleh/solehah dan baik.
  16. Surah al-Furqan ayat 74 untuk memohon agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibubapa / doa untuk mendisiplinkan anak / doa untuk kebahagiaan sekeluarga.




Cuba bayangkan, anak yang lahir nanti bukan sahaja sihat namun baik sifatnya. Indah akhlaknya.

Bukankah sejuk mata kita dan beruntungnya pasangan suami isteri yang memiliki anak yang soleh dan solehah.

Selain itu, banyak lagi amalan ibu mengandung yang dapat dilakukan supaya anak lebih sihat.

Contohnya bagaimana mengelakkan anak terkena demam kuning. Ya, memang seksa dan mencabar menjaga anak yang kuning.

Ada kawan baik saya anaknya mengalami demam kuning yang teruk, sehingga dua bulan lamanya.

Sentiasa perlu berulang alik ke hospital sehingga demam kuning reda.

Apa yang boleh suami isteri lakukan semasa tempoh kehamilan untuk mengurangkan risiko demam kuning yang serius?

Mari sama sama kita cuba amalkan tips dibawah.


Amalan Ibu Mengandung Untuk Mengelakkan Demam Kuning

Semua petua dan tips untuk mengelakkan di bawah di kumpul dari pengalaman ibu bersalin yang anaknya tak mengalami demam kuning selepas lahir.

Boleh cuba amalkan mana mana yang cik puan suka
  1. Menelan madu (tanpa air sudu atau meminum air madu  sudu (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis
  2. Minum susu kambing   satu cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. (Sebaiknya dicampur dengan sedikit zaafaran)
  3. Mengamalkan meminum pati delima paling kurang ml sehari. saya beli pati delima guiisan dalam botol kaca tu.. Satu botol tahan 1bulan lebih. 
  4. Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan.
  5. Mengamalkan memakan buah tin setiap  hari.
  6. Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai  bulan ke atas.
  7. Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin.
  8. Elakkan makan jeruk semasa mengandung
  9. Amalkan makan minyak habbatusauda.
  10. Minum air rendaman zafran
  11. Cuba amalkan makan buah kiwi sampai bersalin. Kandungan vitamin C dalam buah kiwi lebih tinggi daripada orange sunkist.
  12. Makan epal hijau setiap hari masa kandungan masuk 8 bulan sampai anda nak bersalin.
  13. Amalkan minum air kelapa pandan dalam tempoh sebulan sebelum bersalin
  14. Kerap makan masakan sendiri di rumah tanpa masukkan perasa MSG. Elakkan juga makan makanan segera

Kalau kena juga demam kuning,cuba amalkan tips mengurangkan demam kuning dibawah
  1. Elakkan makan makanan mengandungi kunyit, lada hitam dan halia selepas bersalin
  2. Banyakkan minum susu ibu. Lebih banyak dan kerap anak minum susu ibu lebih cepat demam kuning reda. 
  3. Jururawat dan doktor biasa akan menggalakkan anak di dedahkan pada cahaya matahari. Bukan secara terus ya. Seeloknya cahaya matahari diawal pagi

Jadi apa pendapat anda tentang artikel amalan ibu mengandung yang baik diamalkan
Saya sangat berminat dengan perkongsian pengalaman anda semua. Kongsikan di ruangan komen dibawah ya.

0 Response to "Doa & Surah Amalan Ibu Mengandung? Terbaik didik anak cara islam!"

Catat Ulasan

⛔⛔TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ⛔⛔

🌼🌺🌸 Maznee memang rajin membalas komen bonda semua. TOP 10 Pengomen terbanyak akan dipaparkan di Kanan blog ini! Dapat backlink lagi. πŸ˜‰ 🌸🌺🌼
.
Selamat bersilaturahim πŸŒ„