Punca & Cara Merawat Gastrik Ketika Hamil


Punca & Cara Merawat Gastrik Ketika Hamil


Gastrik memang satu lagi masalah orang zaman sekarang. Ada yang terkena gastrik sebab sengaja tidak makan. Alasan utama ialah nak kurus punya pasal dan ada jugak yang tak sempat nak sarapan & makan tengahari dek terlalu sibuk kat tempat kerja mengalahkan perdana menteri Malaysia.

Apa yang teruknya ialah, sekali dah kena gastrik berkemungkinan besar akan terseksa selama-lamanya. Seksa yang bagaimana? Perut tak boleh kosong atau tak boleh terlalu penuh. Tak kena ulser perut tu dah kira cukup beruntung sangat dah.

HB RENDAH? Sila klik sini untuk kisah wanita ini yang mempunyai hb sangat rendah.

Tapi ia langsung berbeza dengan wanita yang bernama Fara Hana ni. Apa yg buat dia sembuh secara tiba-tiba? Tak sengaja pulak tuh? saksikan sendiri:

Apa itu gastrik?


Penyakit gastrik merujuk kepada keradangan pada lapisan dinding perut. Di dalam perut, terdapat satu lapisan semulajadi yang melindungi dinding perut daripada bahan kimia berasid semulajadi yang sangat diperlukan untuk proses penghadaman makanan di dalam perut.

Keradangan dinding perut berlaku apabila terdapat bahan asing yang menghakis lapisan tersebut di permukaan perut.

Simptom gastrik

Ramai pesakit gastrik tidak mengalami sebarang simptom. Namun, kewujudan penyakit gastrik akan tetap menyebabkan kerosakan kepada dinding perut dan seterusnya menyebabkan kesan-kesan buruk yang lebih serius seperti pendarahan di dinding perut.

Selalunya, pesakit gastrik akan mengalami simptom seperti sakit perut, hilang selera makan, rasa loya dan muntah-muntah.

gastrik-ketika-hamil

Jika penyakit gastrik bertambah sehingga berlakunya ulser perut dan pendarahan di dinding perut, pesakit boleh mengalami masalah najis berdarah yang berwarna hitam atau muntah darah.

Jika merasa anda mempunyai simptom gastrik saya nasihatkan agar tuan atau puan cepat berjumpa pegawai perubatan untuk pemeriksaan lanjut.

Jadi sila cegah gastrik sebelum kena. Doktor Zubaidi dalam artikelnya mengatakan pengambilan protin secara berterusan semasa hamil mampu mencegah gastrik.
Punca & Cara Merawat Gastrik Ketika Hamil Reviewed by Mazni Azmi on August 15, 2016 Rating: 5

No comments:

⛔⛔TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ⛔⛔

🌼🌺🌸 Maznee memang rajin membalas komen bonda semua. TOP 10 Pengomen terbanyak akan dipaparkan di Kanan blog ini! Dapat backlink lagi. πŸ˜‰ 🌸🌺🌼
.
Selamat bersilaturahim πŸŒ„

All Rights Reserved by Ibu Bijak Keluarga Sihat © 2018

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.