Maznee Azmi . Pengedar Shaklee pilihan hati. Yakin . Mesra . Berpengalaman

4 Cara Memutihkan Kulit & Menjadi Isteri Cantik Idaman Suami

Cara Memutihkan Kulit & Menjadi Isteri Cantik Idaman Suami

Assalamualaikum wrmbth. Sebaik baik perhiasan dunia adalah wanita solehah. Yang baik agama dan akhlaknya.

cara memutihkan kulit muka

Dan mempunyai wajah yang cik itu juga satu bonus untuk dirimu. Sedikit sebanyak wajah yang cantik dan penampilan diri yang kemas lebih menarik di mata suami. 

Jadi, kali ini sama sama kita pelajari cara memutihkan kulit untuk menjadi isteri yang cantik di mata dan hati suami.

Sudah bersedia? 

Baik, kita mulakan sekarang

set shaklee untuk kecantikan wajah kulit muka jelita

6 Cara Memutihkan Kulit Muka dan Badan

Ramai wanita termasuk saya mengidamkan kulit yang putih gebu supaya nampak cantik dan menaikkan keyakinan diri.

Saya pasti, pasti puan pernah cuba beberapa cara untuk memutihkan kulit dan terdapat, samada secara semulajadi atau moden dengan penggunaan ubat. 

set kecantikan shaklee

Allah jadikan kita ini unik. 

Kulit kita juga tidak sama disebabkan pelbagai sebab. Tidak wujud satu cara yang berkesan untuk semua orang.

Apa yang bagus untuk seseorang tidak semestinya berkesan untuk orang lain.

Termasuk semasa mengandung dan menyusukan anak. Kerap betul kulit yang dahulunya cantik menjadi kusam. Gunakanlah produk yang sesuai & pakailah jubah mengandung dan menyusu muslimah untuk menutup aurat.

Jadi, di bawah ini saya berikan beberapa cara yang ada, cuba semuanya untuk melihat mana yang terbaik untuk puan.

1. Banyakkan meminum air masak

Air adalah sumber kehidupan. Dan badan kita sendiri terdiri lebih dari 60% air.

minum air untuk kulit cantik

Apa kaitan air dengan kecantikan kulit?

Air digunakan untuk menghantar zat dari makanan ke seluruh badan. Jika air yang kita minum mencukupi, kulit kita akan menerima khasiat yang cukup untuk kekal sihat dan cantik.

Pastikan puan meminum sekurang-kurangnya 2 liter air kosong setiap hari bagi memastikan sistem badan berfungsi dengan baik. 

Air sebanyak ini diperlukan setiap hari untuk membantu dalam menggantikan sel-sel yang mati dan terutama sekali kulit kita juga akan kelihatan putih jika ia diamalkan.

Air yang dimaksudkan ialah air kosong ya.

Bukan air berperisa dan semestinya bukan air bergas.

Tahukah puan, kolagen bawah kulit kita akan menyerap air dan menjadikan kita lebih anjal dan tegang. 

Sebab itulah, amalan meminum air yang mencukupi akan mencerah dan mencantikkan kulit.

2. Amalkan produk kecantikan kulit yang selamat 

Puan mesti pening kepala dengan produk penjagaan kulit yang berlambak dipasaran.

produk shaklee untuk kulit

Mana satu yang berkesan untuk anda?


Kerap kali, kita lebih mementingkan hasil yang cepat sebagai faktor utama membeli.

Tetapi tahukah puan, produk yang mengandungi bahan kimia dan logam berat seperti merkuri biasanya memberikan hasil yang cepat?

Tetapi berbahaya kepada kesihatan.

Lebih selamat menggunakan produk skincare terbaik semulajadi untuk jeragat seperti nutriwhite shaklee untuk jangka panjang.

Selain bahan 100% semulajadi.

Pastikan ianya halal. Baru boleh bawa solat.

set shaklee untuk kulit cantik nutriwhite asas basic
Cantik rupa luaran dan dalaman.

3. Cuci muka dengan air basuhan beras

Tahukah anda produk SK 2 Essence dari Jepun. Produk kulit ini berasaskan beras.

vitamin shaklee untuk kulit

Didapati sekian lama disana, beras berkhasiat menjadikan kulit cerah dan cantik.

Berapa ramai dari kita yang tahu yang air beras boleh digunakan untuk memutihkan kulit secara semulajadi?

Mungkin tok nenek kita dahulu tahu perkara ni. Bukankah bedak sejuk dibuat dari beras?

Ambil air basuhan beras dan cuci muka kita setiap sehari dengannya.

Ulang sebanyak  dua kali sehari untuk hasil yang memuaskan.

Buat berterusan dan lihatlah kulit pua  aka  lebih cerah dalam masa beberapa minggu. 

Air beras juga boleh disiram pada pokok buah buahan untuk buah yang lebih manis.


Terbaikkan puan?

4. Amalkan makanan tambahan yang berkhasiat untuk kulit

Wanita zaman sekarang sangat sibuk dengan tugas dan tanggungjawab.

Makanan berkhasiat untuk kulit cantik

Sampai mengabaikan kesihatan sendiri.

Kita kerap sibuk memikirkan suami dan anak anak. Sehingga lupa untuk makan pada waktunya.

Kesannya, ada yang kena gastrik dan penyakit lain diusia muda. Semua sebab kurang menjaga makan.

Cuba amalkan makanan tambahan yang sihat, samada pemakanan sunnah ataupun moden untuk rahsia kulit cantik dan gebu.

Terdapat pelbagai suplemen di pasaran.

Buat kajian dan selidik dulu. Produk mana yang selamat, halal dan berkesan. Cuba tanya kawan kawan dan ahli keluarga.

Pengambilan vitamin c dan protein yang mencukupi dalam diet seharian akan menjadikan kukit kita lebih tegang, awet muda dan cerah.

Badan yang cukup zat, kulit juga akan nampak cantik dan cerah.

harga set kecantikan shaklee

Kini semua orang mampu mempunyai kulit cantik dengan set kecantikan shaklee

Shaklee ada banyak produk bagus untuk kulit. Namun, kecantikan yang memenuhi tuntutan islam lebih membahagiakan dunia akhirat.

Bergantung pada budget anda, boleh mula dengan set asas.

Set Kulit Asas Dari Shaklee

i. Vitamin C 
Vitamin c berfungsi untuk mengikat kolagen bawah kulit. Kulit nampak lebih anjal

Vitamin c Kulit Cantik
Sambil tu ia menyokong kesihatan kulit dari dalam. 

Pernah dengarkan artis selalu cucuk vitamin c untuk kecantikan? 

Sebab mereka nak kolagen kulit digantikan dan kekal muda jelita

Tu yang nampak macam awet muda. Hihi~~

ii. Energizing Soy Protein (ESP)

ESP ni mashaallah sangat bagus. Best selling item. Sebab apa?
Nak kulit cantik makan ESP. Nak susu badan banyak pun makan ni.
Set Kulit Cantik Shaklee

Nak ganti sel rosak dan bina tisu baru pun makan ni.

Set kecantikan shaklee yang asas memang tak boleh tinggal ESP Shaklee. Makan berterusan dan boleh perasan sendiri bezanya.

Minggu lepas ada kawan call, hubby dia pergi gym.

Sebab banyak sangat beban diangkat. Sekarang dah sakit sakit.

Kami rekemen makan ESP.

Kulit Cantik Shaklee

Larat ke nak makan 30kg kacang soya

Dalam masa 2 hari dah tak sakit langsung. Apa ada dalam ESP ni?
ESP ada 20 jenis asid amino lengkap untuk badan.



Nak buat kulit baru, otot baru dan sebagainya. Khasiat satu bekas
sama dengan makan 30kg kacang soya kualiti tinggi. 



Kalau anda ambil Set shaklee untuk kulit asas, ini dah cukup.



Mazni nak kongsi dengan kawan kawan semua, produk shaklee di atas ni tak terhad untuk kulit saja.


Banyak lagi kegunaan lain. Contohnya ESP Shaklee bukan saja bagus untuk pesakit gastrik dan pekatkan susu.



ESP shaklee juga bagus untuk sebagai pengalas perut untuk orang bekerjaya. Letak je atas meja dipejabat tu. Kalau sibuk sangat hari tu sampai tak sempat makan.. Bancuh ESP.



Kenyang. Memang best. Tak dela perut kosong sampai kena gastrik. Sifat ESP yang sedikit alkali akan mengurangkan risiko gastrik.



Memang ESP ni produk wajib dalam set kecantikan kulit shaklee. Terbaik.



Sekiranya anda nak hasil lebih cepat dan pantas. Boleh ambil produk dibawah

iii. Vitamin E

Vitamin E ni bagus untuk lelaki dan perempuan. Selain mencantikkan kulit, vitamin E juga membantu menyuburkan kaum lelaki.
Awet Muda Kulit


Awet Muda dengan Vitamin E Shaklee




Sambil tu awet muda dan bantu lambatkan penuaan. Kekal cantik dan muda tu. Kesan jeragat pun akan makin kurang dan hilang.
Jeles kulit cantik shaklee


Suami tak senang duduk tengok anda makin jelita

Kalau makan bersama ESP dan vitamin c, alamat tak senang duduk EN suami dengan anda. Kena makan sendiri baru tahu.



iv. GLA Complex
Produk ni sangat bagus untuk perempuan. Ada dalam set kesuburan wanita, selain bantu stabilkan hormon dalam badan wanita, ada juga kesan pada kulit.
GLA complex kulit cantik



Kulit kurang berminyak, kerawat cepat kuncup dan kering. Sambil tu, membantu hubungan suami isteri yang lebih intim. Betul. 




Yang best dengan produk Shaklee ni, kita nak kulit cantik tapi dapat bonus lain. Sebab ia bukan ubat, tapi makanan tambahan  yang diperlukan badan. Cukup zat dalam badan anda, makin sihat lah ek.
set shaklee untuk kecantikan wajah kulit muka jelita

5. Buah buahan citrus seperti limau untuk mencantikkan kulit


Buah buahan citrus kaya dengan vitamin c yang terkenal sebagai cara memutihkan kulit secara semulajadi yang selamat.

Penggunaan yang betul akan menjadikan kulit kelihatan lebih sihat dan cerah. 

Cara untuk melakukannya ialah dengan mengambil hirisan limau & dan jus limau yang baru diperah disapukan terus ke kulit muka.

Biarkan selama beberapa ketika supaya kulit dapat menyerap vitamin c.

Ulang setiap hari sehingga mendapat hasil yang memuaskan.
Boleh juga hiris lemon dan masukkan ke dalam air minuman untuk rasa air yang menyegarkan.

6. Amalkan tomato dalam pemakanan

Tomato memang buah yang banyak khasiatnya. Ia bukan sahaja kaya dengan vitamin dan mineral.

Malah ia juga kaya dengan antioksidan.

Tahukah puan, buah tomato yang dimasak lebih berkhasiat daripada yang dimakan mentah.

Tomato baik untuk kesihatan mata dan kulit yang sihat.

Puan juga boleh menyapukan tomato kesuluruh badan untuk mendapatkan kulit yang cerah.


Selamat mencuba ke enam enam cara di atas. Selamat mencuba!

Jangan lupa kongsikan pengalaman anda mencerahkan kulit dengan cara diatas di ruangan komen.

3 Responses to "4 Cara Memutihkan Kulit & Menjadi Isteri Cantik Idaman Suami"

  1. Memang suami suka isteri cantik

    Jadi kenalah labur sikit duit supaya isteri boleh lawa macam mase anak dara ni kan.

    Barulah keluarga bahagia.

    Isteri sayang suami sebab ambil berat. Suami pun puas hati sebab osteri maintain cantik jelita walau dah beranak 3

    Terima kasih banyak atas tips ni ya. Insyaallah saya cuba

    BalasPadam
  2. Bagus tips ni. Saya mesti cuba

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Wrmbth, saya ni dah berusia 50 tahun.

    Malu pula nak tanya

    Ada ke makanan tambahan untuk bagi kulit cantik & cerah. Senan kata untuk awet muda?

    BalasPadam

⛔⛔TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ⛔⛔

🌼🌺🌸 Maznee memang rajin membalas komen bonda semua. πŸ˜‰ Insyaallah akan lawati blog cik puan & bonda semula.🌸🌺🌼
.
Selamat bersilaturahim πŸŒ„