Punca Gatal Gatal Kulit Badan Semasa Mengandung & Cara Mengatasi Alahan Hamil

PUNCA GATAL GATAL KULIT BADAN SEMASA MENGANDUNG & CARA MENGATASI ALAHAN HAMIL

Salah satu gejala yang sering timbul ketika hamil ialah ruam panas dan kulit gatal-gatal.

Kebanyakan wanita hamil biasanya akan mengalami ruam dan kegatalan kulit di seluruh tubuh terutama di kawasan perut, dada dan bahagian kulit yang berlipat seperti pelipat lutut, lengan, ketiak, serta beberapa bahagian lain, lebih-lebih lagi apabila berpeluh.

Ruam seluruh tubuh ketika hamil juga dikenali sebagai PUPPS (pruritic urticarial papules and plaques of pregnancy), yang merupakan satu gejala yang normal dan hanya akan reda setelah kelahiran bayi.

Photo featured: birth.com.au

Punca ruam dan kegatalan kulit
Ruam panas dan gatal-gatal pada kulit ini biasanya disebabkan oleh;

peningkatan isipadu darah ketika hamil
peningkatan perpeluhan
perubahan hormon
kulit kering, ataupun berada di persekitaran yang menyebabkan kulit mudah kering seperti ruang berhawa dingin dan musim sejuk.
rekahan, regangan kulit oleh kandungan yang semakin membesar yang meningkatkan permukaan dan sensitiviti kulit.
ruam ketika hamil
Photo: whattoexpect.com
Bagaimana pula jika ruam dan kegatalan kulit menjadi serius?
Walau bagaimanapun, jika kegatalan dan ruam kulit adalah serius dan berterusan, anda perlu merujuk kepada doktor untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Ini kerana terdapat kemungkinan penyebab-penyebab lain yang perlu dirawat seperti kudis buta, ekzema, jangkitan kulat dan sebagainya.

Cholestasis
Selain daripada itu, terdapat satu faktor (yang tidak normal) ketika hamil yang menyumbang kepada ruam dan kegatalan kulit, suatu keadaan yang disebut sebagai cholestatic jaundice of pregnancy, atau cholestasis.

Keadaan ini ditunjukkan dengan gejala kulit gatal yang teruk, terutama kehamilan yang melebihi 20 minggu, terutama jika ibu hamil mengalami kegatalan di tapak tangan dan kaki.

Cholestasis ini menandakan organ hati ibu hamil tidak berfungsi dengan baik dan keadaan ini memerlukan rawatan doktor.

Doktor biasanya akan menjalankan ujian darah yang menguji fungsi organ hati serta paras garam hempedu atau bile salts.

Jika anda ragu-ragu dengan status keseriusan ruam dan kegatalan yang dialami, saya sarankan untuk mendapatkan pemeriksaan doktor untuk rawatan lanjut.

Tips dan remedi
Antara tips yang saya sendiri amalkan ketika hamil untuk melegakan kulit gatal ini ialah dengan;

1. Menyapu krim, losyen atau pati minyak, terutama krim untuk regangan kulit.
Saya gemar memilih krim yang berasaskan minyak yang lembut kerana ianya berkesan mengurangkan regangan dan melembapkan kulit.

Kulit yang kering bersisik lebih cenderung untuk menjadi gatal serta cepat merekah berbanding kulit lembut yang lebih mudah elastik (maka mengelakkan rekahan yang lebih teruk).

Terdapat banyak pilihan pati minyak yang baik untuk kulit di pasaran, antara kegemaran saya ialah minyak argan, minyak jojoba, minyak kelapa dara dan cocoa butter.

2. Menyapu nipis bedak (selapisan sahaja).
Saya memilih bedak berubat ataupun dari jenis tepung kanji yang menyerap peluh.

Elakkan menyapu dengan banyak bagi mengelakkan bedak jadi bercapuk-capuk.

Bedak yang terlalu banyak bukan sahaja menyesakkan salur pernafasan malah keadaan yang bercapuk yang menyebabkan peluh bergumpal kembali di kawasan tersebut.

Ini kerana peluh menyebabkan kulit lembap (dalam cara yang kita tidak ingini) yang serta meningkatkan aktiviti bakteria dan kulat di permukaan kulit.

Keadaan ini akan menggalakkan pertumbuhan bakteria dan kulat yang memburukkan ruam dan kegatalan kulit.

3. Mandi lebih kerap
Saya kerapkan mandi terutama selepas berpeluh dan juga sebelum tidur untuk membersihkan kulit daripada peluh selain menyejukkan tubuh.

Namun begitu, sebaik-baiknya elakkan terlalu kerap mandi air panas bagi mengelakkan kulit mudah kering.

Jenis sabun juga penting untuk mengelakkan kulit menjadi kering.

Saya mengelakkan sabun atau krim mandian jenis berubat dan jenis wangi kerana sabun jenis ini biasanya mengeringkan kulit.

Antara sabun atau krim mandian yang menjadi pilihan ialah jenis yang berasaskan minyak seperti minyak argan, selain susu kambing, susu beras dan rumpai laut kerana sabun dan krim mandian jenis-jenis ini saya dapati jarang menyebabkan kulit kering.

Namun begitu, terdapat satu bahan yang saya dapati sangat berkesan untuk mengelakkan kulit menjadi gatal ialah mandi dengan titisan Basic-H Shaklee, terutama bagi individu yang mempunyai kulit gatal dan kering serta alah kepada mana-mana sabun dan krim mandian.

Skrub kulit juga saya rasakan membantu.

Ia bukan sahaja seakan-akan menggaru kulit secara lembut, malah lebih penting lagi skrub membantu menanggalkan sel-sel kulit mati dengan lebih berkesan dan seterusnya mengurangkan kegatalan kulit.

Tips-tips lain
Antara tips-tips lain yang saya temui yang mungkin dijadikan panduan untuk anda ialah;

menggunakan bijirin oat sebagai skrub ketika mandi
memakai pakaian dari jenis kain kapas yang menyerap peluh. Elakkan pakaian dengan kain jenis lycra dan poliester sintetik.
menyapu krim untuk ruam dan kulit gatal. Antara yang saya dapati memang berkesan (malah untuk kanak-kanak dengan ruam, kudis, atau ekzema kulit) ialah Herbal Cream Shaklee yang berasaskan bahan-bahan semula jadi.

0 Response to "Punca Gatal Gatal Kulit Badan Semasa Mengandung & Cara Mengatasi Alahan Hamil"

Catat Ulasan

⛔⛔TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ⛔⛔

🌼🌺🌸 Maznee memang rajin membalas komen bonda semua. πŸ˜‰ Insyaallah akan lawati blog cik puan & bonda semula.🌸🌺🌼
.
Selamat bersilaturahim πŸŒ„