Maznee Azmi . Pengedar Shaklee pilihan hati. Yakin . Mesra . Berpengalaman

Keputihan ketika hamil? 10 Cara Hilangkan gatal & Tak selesa!

10 Cara Mengatasi Keputihan Ketika Mengandung Di Awal Trimester Satu Sehingga Melahirkan Anak?

Assalamu'alaikum Wrmbth, Keputihan merupakan masalah yang sering dihidapi oleh wanita. Jika dibiarkan boleh membawa mudarat.
.
keputihan semasa mengandung

.
Apakah wanita yang hamil boleh mengalami keputihan?



Ya.

Dan ia boleh memudaratkan ibu hamil dan kandungannya.


Semasa ibu mengandung, akan ada perubahan hormon yang menyebabkan peningkatan cecair faraj & penurunan pH.



Perkara ini boleh berlanjutan sehingga berpantang selepas bersalin. Dan ada juga yang sembuh selepas melahirkan anak.

Sekiranya puan mempunyai masalah ini, ada beberapa perkara penting yang perlu dilakukan.


Bagaimana Puan Tahu Jika Menghidap Keputihan? 

Keputihan menyebabkan rasa tidak selesa kepada ibu mengandung.

ibu mengandung sihat


Terdapat beberapa jenis keputihan & bukan semuanya berbahaya.


  1. Sekiranya warna cecair yang keluar jernih atau sedikit kekuningan tanpa bau yang tidak menyenangkan dan kegatalan, ia normal.
  2. Cecair yang keluar mempunyai bau, gatal dan perasaan ngilu semasa membuang air kecil, maka ia tidak normal.
Sekiranya ada tanda tanda keputihan diatas, puan wajar bertemu dengan doktor & membuat pemeriksaan.

Pengesanan awal dapat mengelakkan bahaya kepada kesihatan ibu dan janin.

Jadi rawatan yang diberikan kepada ibu mengandung di awal kehamilan akan memastikan puan hamil dengan cergas & selesa.


Keputihan sering disalah anggap sebagai air ketuban dihujung kehamilan. Boleh baca artikel mengenai ini disini

Siapakah Yang Berisiko Tinggi Menghidap Keputihan Semasa Mengandung?

Puan berisiko tinggi untuk mengalami keputihan semasa mengandung jika:  
keputihan ketika hamil

  1. Penjagaan kebersihan faraj semasa hamil kurang diambil berat, dan ini menggalakkan pertumbuhan kulat.
  2. Menggunakan pakaian yang ketat semasa mengandung atau fabrik sintetik yang kurang menyerap peluh & panas, seperti seluar jeans atau seluar dalam daripada nilon. Ini akan menggalakkan puan untuk berpeluh dan menghalang pergerakan angin.
  3. Penggunaan sabun mandi atau pelapik seluar dalam yang kurang sesuai & tidak selesa.
  4. Atas sebab sebab kesihatan puan terpaksa memakan antibiotik. Ini mengubah keseimbangan bakteria baik dan jahat di dalam perut anda.
  5. Puan menghidap kencing manis atau diabetes gestasi ketika mengandung tanpa mengawal pemakanan & gula dalam badan pada paras tidak sihat.
  6. Jangkitan daripada suami puan kerana "bersama" semasa mengandung.
Banyak lagi punca punca keputihan pada wanita hamil. Sumber


Apakah Bahaya Keputihan Kepada Ibu Mengandung & Kesan Kepada Kandungan?

Sebab utama berlaku keputihan adalah jangkitan kuman / bakteria. 
makan sihat semasa mengandung


Di bawah ini kami berikan beberapa contoh keputihan yang disebabkan oleh bakteria & bahayanya

1. Chlamydia

  • Menyebabkan berlakunya kelahiran pra matang pada bayi akibat pecahnya selaput ketuban sebelum tiba waktunya. 
  • Boleh menyebabkan pendarahan  kepada ibu mengandung & keguguran malahan kematian ibu dan janin jika tidak segera ditangani dengan serius.

2. Herpes Simpleks

  • Boleh menyebabkan jangkitan radang pada otak bayi.

3. Candida Albican

  • Meningkatkan risiko berlakunya sawan (epilepsi) pada bayi.

4. HPV

  • Menyebabkan gangguan penafasan 
  • Menyebabkan gangguan pencernaan bayi sehingga & boleh berakhir dengan kematian.

5. Neisserea Gonorrhoea

  • Dapat menyebabkan jangkitan pada mata bayi & mengakibatkan buta.

Bilakah Puan Perlu Berjumpa Doktor Jika Mengesyaki Menghidap Keputihan?

pemeriksaan doktor semasa mengandung

Sekiranya ada tanda tanda keputihan diatas, jumpalah doktor & kongsikan kepada doktor anda. 

Seeloknya puan temui doktor wanita, jika tidak ada barulah doktor lelaki untuk memelihara aurat.

Doktor wanita lebih memahami situasi puan & perasaan kita juga lebih selesa sekiranya diperiksa doktor tersebut di kawasan faraj. 
  1. Jika masih tidak pasti sama ada puan benar benar menghidap keputihan, ujian makmal perlu dilakukan.
  2. Sedikit cairan akan diambil daripada faraj dan dihantar ke makmal. 
  3. Bergantung kepada keputusan analisis makmal, doktor akan mencadangkan ubat yang sesuai digunakan puan pada tahap kehamilan semasa ujian dilakukan. 
  4. Tempoh rawatan penuh selama tujuh hari mungkin diperlukan untukmemulihkan keputihan dengan sempurna. 
Andai puan sedang diawal kehamilan iaitu diantara usia kandungan 1 ke tiga bulan (trimester pertama), kemungkinan doktor tidak akan memberikan ubat untuk kerana mungkin memudaratkan janin yang masih muda. 

Keputihan semasa hamil lebih sukar diubati berbanding waktu biasa. 

Dapatkan nasihat doktor puan sebelum menggunakan sebarang produk kesihatan & vitamin untuk wanita hamil yang boleh dibeli di pasaran

Makanan & produk kesihatan ini kebiasaannya mahal, jadi fikirkan dengan teliti & buat kajian.

Duit yang dikeluarkan mungkin tidak menjadi masalah untuk puan, tetapi kebarangkalian untuk produk ini berbahaya kepada puan dan anak masih perlu dipertimbangkan. 

Dan pastikan juga produk ini halal dimakan.

Setiap makanan yang diambil akan mempengaruhi jiwa anak anak. Keberkatan tentu ada.

Insyaallah.

Ini lebih 10 Cara hilangkan keputihan semasa mengandung yang boleh di lakukan di rumah

Apakah rawatan yang boleh puan lakukan sendiri dirumah untuk merawat kehamilan?

Memang ada perkara yang puan dapat lakukan sendiri di rumah untuk membantu mengawal keputihan :

rawatan keputihan ibu mengandung

  1. Pakailah pakaian yang longgar dan diperbuat daripada kain yang menyerap peluh seperti kapas. Jubah abaya sesuai untuk ibu hamil & boleh digunakan sehingga selepas bersalin.
  2. Jangan berendam dalam mandian panas terlalu lama kerana ini menyediakan persekitaran yang hangat dan lembap yang sangat sesuai untuk pembiakan kulat. Jangan gunakan mandian buih yang mempunyai wangian juga.
  3. Lap punggung hingga ke bahagian hadapan sehingga benar-benar kering selepas anda ke tandas.
  4. Pastikan faraj anda cukup basah sebelum anda bersama suami.

Cara mengatasi masalah keputihan semasa mengandung

Jika anda mempunyai masalah keputihan semasa mengandung

pengalaman mengandung keputihan

Anda tidak seharusnya:
  1. Menggunakan tampon ( ini akan memperkenalkan bakteria baru ke dalam faraj). Membasuh kemaluan dengan sabun ( ini boleh mengganggu keseimbangan flora bakteria yang normal, menjejaskan pH dan membawa
  2. kepada jangkitan faraj). Menganggapnya sebagai jangkitan faraj dan cuba merawatinya.


Anda harus :
  1. Gunakan pads ataupun panty liners yang boleh membawa keselesaan untuk anda.
  2. Pastikan kemaluan anda sentiasa bersih dan kering untuk mencegah bau yang tidak menyenangkan.
  3. Jumpa doktor anda sekiranya terdapat perubahan lelehan keputihan yang tidak normal.
Kita juga boleh amalkan pemakanan yang sihat untuk cara hilangkan keputihan semasa mengandung

Amalkan makanan berkhasiat untuk ibu mengandung. Contohnya

  1. Buah buahan (Tembikai, anggur, delima & sebagainya)
  2. Ikan untuk sumber protein
  3. Sayur sayuran
Dan 

Kalau rasa masih tak cukup lagi

Makan Set mengandung shaklee sepanjang 9 bulan kehamilan


Jika puan terlalu sibuk sehingga tak ada masa untuk semua ini.  Jangan risau, boleh tanya Maznee tentang Set Mengandung Shaklee
.

Apa itu Set Mengandung Shaklee?

Set ibu hamil shaklee ialah vitamin yang digabungkan khas untuk memenuhi keperluan badan ibu mengandung
.
Dan bayi dalam kandungan
.
Bila badan ibu cukup zat, sistem keimunan jadi kuat bak superhero dengan kuasa melindungi diri & anak tercinta dari serangan resaksa kuman
.
Apabila badan kita kuat, keputihan semasa mengandung akan terkawal
.
Tak menjadi semakin buruk
.
Bagus kan
.
Set mengandung Shaklee yang rasmi untuk tahun 2017 adalah seperti berikut. Ada 6 produk semunya
.
Dan setiap satu akan membantu ibu hamil & bayi dalam rahim berkembang dengan khasiat yang mencukupi
.
set mengandung shaklee 2017
Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang fungsi & kelebihan setiap produk di dalam set mengandung Shaklee, puan boleh klik setiap link di bawah

  1. Vitalea Shaklee 
  2. ESP Shaklee 
  3. Vitamin C Shaklee 
  4. Ostematrix Shaklee 
  5. Omega guard Shaklee 
  6. Vitamin B complex Shaklee 
.
Jika puan memerlukan bantuan
.
Dan ada banyak soalan yang masih belum terjawab
.
Jangan segan segan untuk Whatsap Maznee di 019 265 3791
.
Insyaallah semua soalan akan di jawab sebaiknya
.
Untuk mencuba produk, bertanyakan harga dan konsultasi percuma ini,sila hubungi saya di:

.
 Whatsupp / SMS: 

019-2653791 atau  0192663791 
Maznee Azmi
ID Shaklee: 963860
.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at hargasetbersalin.blogspot.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.
.
Selamat mencuba, dan kongsikan pandangan anda disini.

Ingat selalu untuk lakukan pemeriksaan kehamilan dengan doktor puan.

2 Responses to "Keputihan ketika hamil? 10 Cara Hilangkan gatal & Tak selesa!"

  1. Terima kasih atas info bermanfaat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama sama tuan atau puan tanpa nama πŸ˜ƒ

      Macam watak dalam komik pedang setiawan pula. Haha πŸ˜…

      Padam

⛔⛔TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ⛔⛔

🌼🌺🌸 Maznee memang rajin membalas komen bonda semua. TOP 10 Pengomen terbanyak akan dipaparkan di Kanan blog ini! Dapat backlink lagi. πŸ˜‰ 🌸🌺🌼
.
Selamat bersilaturahim πŸŒ„