Maznee Azmi . Pengedar Shaklee pilihan hati. Yakin . Mesra . Berpengalaman

Bacaan paras gula semasa hamil. Elak Kencing Manis Ketika Hamil?

Bacaan Paras Gula Semasa Mengandung, Cara Kawal Untuk Elak Diabetes?

Assalamu'alaikum Wrmbth, Apa khabar puan? Moga sihat, Insyaallah. Hari ini kita akan kongsikan tentang paras gula semasa hamil.

Bacaan paras gula semasa mengandung

Paras gula?


Kenapa nak kena kawal? 

Set mengandung shaklee 2017



Kebetulan, sekarang ini sedang musim haji dan umrah (9 Sept 2016 semasa artikel ini ditulis), mungkin ada antara kita yang bertuah dijemput menjadi tetamu Allah.

Sama sama kita doakan jemaah haji kita pergi & pulang dengan selamat. Insyaallah.


Kadang kadang kita leka sangat dengan persiapan pakaian umrah haji wanita & persiapan luaran hingga terlupa tentang persiapan kesihatan.


Kalau tak sihat, nak beribadat pun susah kan. Terutama kalau pergi musim sejuk amalkan tips umrah & haji ini.


Ok, balik kepada tajuk mengawal paras gula.


Bentuk diabetes yang dihidapi semasa mengandung dikenali sebagai diabetes gestasi aka GDM. 

Keadaan ini telah menjadi semakin membimbangkan berdasarkan artikel 2009 di Pakar Perubatan Keluarga Amerika. 

Amerika kan negara maju.


Apa kata ujian ini?


Sebagai contoh, di Amerika Syarikat sahaja, ia memberi kesan kepada kira-kira 5% kepada 9% daripada semua wanita hamil. 


5% tak ramai kan.


1 dari 20 ibu hamil di Amerika menghidap diabetes semasa hamil.


Kenapa kita perlu risau juga?


Wanita Malaysia juga rami bekerja & banyak makan makanan segera.

bacaan gula normal untuk ibu mengandung

Berat badan wanita negara ini, antara yang tertinggi di kalangan wanita asia.


Penting untuk jaga berat badan, terutama apabila memasuki trimester ketiga semasa tanda bersalin semakin hampir.


Jadi sedikit sebanyak, kita boleh jadikan panduan.


Kehamilan akan memburukkan lagi diabetes yang dihidapi wanita tersebut sembelum hamil lagi.


Samada dari jenis 2 dan jenis 1. 


Sekiranya puan penghidap kencing manis.


Dan kemudian telah hamil.


Kadar gula cenderung untuk menjadi tinggi pada keadaan tertentu, dan menimbulkan masalah kepada ibu hamil dan bayi juga.


Jadi, ini pentingnya untuk mengetahui bacaan paras gula yang sihat dalam darah. Dan elakkan makanan bergula tinggi sebagai pantang larang ketika hamil.


Mudah kan puan?


Tapi.. 


Mengenai tahap gula semasa mengandung, apa yang normal? 

Kawalan gula dalam darah adalah salah satu faktor yang paling penting yang perlu diambil semasa mengandung. 

minum air gula

Apabila langkah-langkah yang diambil untuk mengawal tahap gula dalam darah semasa mengandung, ini akan meningkatkan peluang untuk puan hamil dengan sihat.


Bayi yang dilahirkan juga sihat.


Apa tahap normal gula?


Tahap purata glukosa semasa berpuasa untuk wanita hamil tanpa  diabetes 69-75 dan 105-108 satu jam selepas memakan makanan. 

Ini bacaannya. Saya rujuk dari sini.


Kalau lebih dari ini bagimana?


Jika puan mempunyai diabetes sebelum hamil atau menghidap kencing manis ketika mengandung..


Cara terbaik untuk mengawal kadar gula dalam darah adalah untuk memastikan bahawa ia kekal di antara julat normal.


Iaitu..


Tidak akan terlalu rendah atau tinggi. 


Gula dalam darah bagi wanita hamil dengan kencing manis, sepanjang kehamilan, gula darah semasa puasa tidak boleh melebihi 96. 


Gula dalam darah perlu kekal di bawah 140 hanya satu jam selepas makan dan di bawah 120 dua jam kemudian.


Kena salin nombor  ini.


6 Sebab Penting untuk Paras Gula Normal Semasa Mengandung?

minum air gula masa mengandung

Puan,


Kenapa nak kawal gula..


Ini kerana, ia adalah cara yang paling berkesan untuk mengelakkan masalah yang berkaitan dengan kencing manis.

Kami berikan 6 sebab.


Sebab untuk kita mengawal gula dalam darah semasa hamil :
  1. Mengurangkan risiko bayi meninggal semasa dilahirkan dan juga keguguran.
  2. Mengurangkan sebarang risiko kelahiran pra-matang, kawalan gula dalam darah akan mengurankan risiko kelahiran pramatang.
  3. Membantu mengurangkan sebarang risiko kecacatan kelahiran terutama yang berkaitan atau berkaitan dengan otak, jantung dan tulang belakang.
  4. Mengurangkan risiko bayi anda terlebih besar di dalam rahim. Jika kawalan gula puan tidak dijaga rapi, gula yang berlebihan boleh memasuki tali pusat dan mencetuskan insulin tambahan pada bayi puan, menyebabkan bayi terlalu besar untuk dilahirkan normal.
  5. Mencegah komplikasi pada ibu seperti preeclampsia, tekanan darah tinggi ketika mengandung dan masalah lain kehamilan.
  6. Akhirnya sekali, Ini akan menghalang masalah pada bayi. Contohnya, hipoglisemia selepas dilahirkan kerana pengeluaran insulin yang tinggi dalam badan. Kawalan gula pada ibu, menggalakkan paras gula darah yang normal dalam badan anak juga. 
Bagi puan yang sudah terbiasa mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat. Senang untuk kurus selepas bersalin.

Senang?

Ya puan, rahsia untuk mengurangkan berat badan terletak pada pemakanan kita. Cuba amalkan tips kurus dengan cepat ini puan kembali langsing selepas bersalin.

Dan satu lagi tips tambahan, semasa trimester 3 amat penting untuk memakai pakaian yang selesa kerana perut kita yang semakin membesar.

Pakaian apa yang sesuai?

Gunakan fabrik menyerap peluh, sejuk & mempunyai pengudaraan yang baik. Antara kain yang bagus adalah kain jubah abaya arab saudi.

Walaupun cuaca mereka panas dan kering, tapi sebab kainnya bagus. Sejuk dan selesa nak pakai.

Pendek kata, pakailah jubah ibu mengandung yang selesa dan labuh. Supaya aurat terjaga.

Nak solat pun senang.

5 Cara Mudah untuk Mengekalkan Bacaan Gula Darah Yang Baik Semasa Mengandung?

bacaan gula dalam darah

Cara  kawal bacaan gula Rahsia amalan hebat ini..
1. Elakkan gula dan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi Pastikan puan melihat dan membaca label makanan dan mengelakkan makanan yang menyenaraikan gula pada awal senarai bahan mentah.

Elakkan juga makanan dengan gula yang tinggi seperti biskut dan pai.

Gula semula jadi sentiasa lebih baik.
2. Menambah karbohidrat kompleks dalam diet puan Sayur-sayuran serta bijirin penuh dan kekacang menyediakan karbohidrat yang mengambil masa untuk dihadamka.

Dan tidak meningkatkan gula mendadak dalam badan puan.
3. Meningkatkan pengambilan makanan berserat  Makanan berserat seperti sayur-sayuran, bijirin, kekacang dan bijirin mengurangkan jumlah atau tahap insulin yang diperlukan.

Ini penting untuk mengekalkan tahap gula darah yang normal.
4. Mengekalkan diet yang rendah lemak Badan puan memerlukan lemak untuk membantu dalam penyerapan vitamin serta menyediakan bayi puan dengan asid lemak yang baik seperti omega 3.

Namun, terlalu banyak lemak boleh menghalang insulin.
5. Makan sekurang-kurangnya enam kali sehari Apabila puan mengambil enam hidangan kecil, ini akan mengelakkan turun naik tahap gula dalam darah yang mendadak semasa hamil.

Banyakkan makanan berprotein dan karbohidrat kompleks.
6. Makan snek yang berkhasiat sebelum tidur  Apabila puan tidur selama kira-kira 8 jam, ia menyebabkan tahap gula yang rendah.

Elok untuk puan memastikan untuk mengambil makanan ringan yang berprotein dan berserat seperti mentega kacang sebelum tidur.
7. Senaman harian yang konsisten Bersenam untuk membakar gula berlebihan & memastikan kita berpeluh







Bagaimana Puan Mengawal Bacaan Gula Yang Normal Sekiranya Menghidap Semasa Mengandung?

bacaan gula tinggi

Doktor boleh membantu menetapkan tahap bacaan gula darah sasaran puan.


Tetapi selepas itu, seluruh tanggungjawab terletak pada puan.


Sama ada mengikut langkah yang ditetapkan doktor untuk rawatan kencing manis puan dan mengamalkan gaya hidup sihat. 


Berikut adalah tips penting mengawal bacaan paras gula semasa mengandung:


1. Pastikan Puan Hadir Setiap Sesi Pemeriksaan Kehamilan


Pastikan puan melakukan pemeriksaan yang kerap untuk memantau paras gula darah. 

Ini sangat penting untuk mengetahui turun naik paras gula dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengawal tahap gula dalam darah.


2. Ambil ubat-ubatan seperti yang diarahkan doktor


Pastikan puan mengambil sama ada insulin atau mana-mana ubat-ubatan yang ditetapkan oleh doktor. 


Wajib ikut.


Ini termasuklah pil pil asid folik dan zat besi untuk menjaga paras hemoglobin dalam darah agar tidak rendah.


Ini akan memastikan puan sihat.


3. Menjadi lebih fleksibel


Puan perlu fleksibel dalam menyesuaikan dos insulin berdasarkan naik turun paras gula dalam darah.


Ini mengambil kira sama ada puan muntah atau faktor-faktor lain. 


Bergantung kepada peringkat kehamilan, lebih lebih lagi di trimester ketiga, hormon kehamilan mungkin menyekat kesan insulin.


Mungkin puan perlukan dos insulin yang tinggi.


4. Kekalkan istiqamah dengan pemakanan sihat


Pastikan puan mengamalkan diet yang sihat dan mengandungi lebih buah-buahan, bijirin penuh dan sayur-sayuran. 




5. Jadikan senaman rutin harian anda

Ini sangat baik untuk puan.

Namun..


Dapatkan nasihat daripada doktor puan sebelum memulakan rutin senaman. 


Pilih senaman yang sesuai seperti berjalan kaki dan berbasikal .

6. Makan Set Mengandung Shaklee untuk bekalkan khasiat diperlukan badan dengan seimbang

Set mengandung shaklee ialah vitamin yang digabungkan khas untuk memenuhi keperluan badan ibu mengandung
.
Dan bayi dalam kandungan
.
Banyak khasiat yang diperlukan badan untuk mengawal kencing manis ada di dalam set ini. Contohnya protein, kalsium, zat besi, vitamin b & banyak lagi
.
Hehe
.
Set mengandung Shaklee yang rasmi untuk tahun 2017 adalah seperti berikut. Ada 6 produk semunya
.
Dan setiap satu akan membantu ibu hamil & bayi dalam rahim berkembang dengan khasiat yang mencukupi
.
set mengandung shaklee 2017
Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang fungsi & kelebihan setiap produk di dalam set mengandung Shaklee, puan boleh klik setiap link di bawah

  1. Vitalea Shakle kaya dengan zat besi
  2. ESP Shaklee protein semulajadi & asli terbaik dari alam semulajadi
  3. Vitamin C Shaklee untuk menguatkan sistem daya tahan ibu
  4. Ostematrix Shaklee untuk kekuatan gigi & tulang ibu & bayi
  5. Omega guard Shaklee membekalkan asid lemak omega 3 untuk kesihatan & perkembangan otak bayi yang pintar
  6. Vitamin B complex Shaklee untuk bekalan asid folik & spektrum vitamin b

.
Jika puan memerlukan bantuan
.
Dan ada banyak soalan yang masih belum terjawab
.
Jangan segan segan untuk Whatsap Maznee di 019 265 3791
.
Insyaallah semua soalan akan di jawab sebaiknya
.
Untuk mencuba produk, bertanyakan harga dan konsultasi percuma ini,sila hubungi saya di:

.
 Whatsupp / SMS: 

019-2653791 atau  0192663791 
Maznee Azmi
Pengedar Shaklee lembah klang
ID Shaklee: 963860
.
Selamat mencuba, dan kongsikan pandangan anda disini.

Ingat selalu untuk lakukan pemeriksaan kehamilan dengan doktor puan.


Tamat.

Alhamdulillah, sampai juga kita ke akhir artikel.


Semoga perkongsian ini dapat membantu puan mengawal bacaan gula dalam darah ketika hamil.


Insyaallah.


Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at hargasetbersalin.blogspot.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.


19 Responses to "Bacaan paras gula semasa hamil. Elak Kencing Manis Ketika Hamil?"

  1. Betullah.. tapi itulah bukan yh pregnant aje kena jags yg tsk pun kens ambil tahu sama dan berjaga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju sangat tu, bukan ibu mengandung je yamg kena kawal makan. Lelaki dan perempuan semua umur kena elakkan diabetis.

      Susah kalau dah kena

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Trima kasih atas perkongsian. Kena amalkan gaya hidup sihat nii.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat mengamalkan gaya hidup sihat sis Ana Fatihah.

      Boleh elakkan kencing manis dari muda. Nanti lepas kahwin, risiko kena diabetis masa mengandung pun kurang.

      Sihat wal afiat

      Padam
  4. perkongsian yang amat baik.saya mencari butang follow :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih puan Ida Garmin. Suke bila sis kata bermanfaat.

      Padam
  5. betul tu, paras gula memang perlu dititik beratkan
    banyak keburukkan dari kebaikan
    bukan takat orang mengandung, yang tak mengandung pun kena ambil berat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul yana. Kencing manis bukan benda ringan. Lagi lagi masa hamil. Kena jaga betul betul

      Padam
  6. Mengandung atau tidak, kita kena pantau paras gula tu sendiri..takut pulak jika terkena kencing manis

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti kena marah dengan nurse dan doktor kan.

      Kena minum air gula lagi. Banyak ujian kena pantau. Nak bersalin pun kena czer sebab baby besar

      Padam
  7. thanks for the info Mazni...mmg amat berguna...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama sama puan Noe Suhaimi. Semoga berguna pada kesihatan puan dan keluarga

      Padam
  8. Padat betul info dalam entri nie.. terbaikkk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih melawat tuan amin hakim

      Padam
  9. Sgt bermanfaat info ni... mujurlah says mengandung tak pernah kena kencing manis....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah πŸ˜ƒ sihat masa hamil

      Padam

⛔⛔TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ⛔⛔

🌼🌺🌸 Maznee memang rajin membalas komen bonda semua. πŸ˜‰ Insyaallah akan lawati blog cik puan & bonda semula.🌸🌺🌼
.
Selamat bersilaturahim πŸŒ„