Maznee Azmi . Pengedar Shaklee pilihan hati. Yakin . Mesra . Berpengalaman

Basic H Shaklee : Pencuci Organik Tanpa Bahan Kimia

Kebaikan Basic H Shaklee : Pencuci Organik Tanpa Bahan Kimia Yang Patut Anda Tahu    


Basic H Akan Menyelamatkan Rumah Anda!

Shaklee Basic H adalah pembersih rumah serba boleh yang mempunyai banyak kegunaan.

Dan yang paling penting, adalah selamat. 

Berapa selamatkah Basic H Shaklee GetClean? 


Keluarga saya mempunyai pengalaman menggunakan produk ini. 

Ada terletak diatas para dapur berdekatan sinki.

Boleh saya tanya puan?

Sekiranya puan sedang sibuk di rumah, tiba tiba anak anda bermain sabun di dapur.

Dan belum sempat puan mengambilnya, anak anda memasukkan tanganya yang bersabun ke dalam mulut.

Adakah anda risau?

Sudah tentu bukan.

Sekiranya sabun pinggan mangkuk pencuci Shaklee yang digunakan, anda tak perlu risau.

Berdasarkan bahan-bahan dalam Basic H Shaklee bahawa tiada apa yang perlu dibimbangkan. 

Adakah puan sedang menyusukan anak? 

Samada puan memberikan susu ibu yang banyak ataupun susu formula, ia selamat digunakan untuk mencuci botol susu & puting bayi.

Sekurang kurangnya kita dah berusaha mengelakkan kejadian buruk ini berlaku dari awal lagi.

Kesihatan juga rezeki dari ilahi bukan. Sama sama kita doa supaya Allah murahkan rezeki.

Amin

Produk Shaklee sentiasa hijau, sentiasa bersih dan akan sentiasa bekerja.


Apakah itu Basic H Shaklee?


Basic H adalah satu satunya, pembersih super pekat dan berkuasa yang boleh diguna kan untuk membersih kotoran degil. 

Seperti semua produk Shaklee, Basic H telah diuji dan untuk memastikan ia selamat untuk anda, keluarga anda, rumah anda dan planet ini. 

Pengguna yang bijak di luar sana telah menggunakan Basic H dan telah berkongsi lebih 1,000 kegunaan yang berbeza untuk basic H.

Daripada aplikasi di dapur untuk kegunaan di garaj dan di ladang. 

Apakah perbezaan Basic H Shaklee dengan Pencuci lain di pasaran?


Disini saya senaraikanproduk pembersihan rumah biasa yang dianggap sisa berbahaya oleh EPA:

  1. Klorin peluntur - paling kerap terlibat dalam keracunan rumah
  2. Degreasers - Boleh mengandungi unsur sulingan petroleum, yang boleh merosakkan tisu paru-paru dan melunturkan tisu lemak di sekitar sel-sel saraf
  3. Pembersih kaca mungkin mengandungi ammonia- Wap ammonia boleh merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.
  4. Pembersih Oven - adalah antara produk pembersihan yang paling berbahaya
  5. Pencuci mangkuk tandas - amat berbahaya dan boleh memudaratkan jika terhidu dan boleh membawa maut jika tertelan.
  6. Sodium hidroksida - biasa dijumpai dalam cecair pencuci pinggan mangkuk, barangan dobi, pembersih ketuhar, pembersih penyental, tab mandi dan pencuci jubin. Produk ini boleh menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang. Penyedutan produk menyebabkan iritasi pada saluran pernafasan.
  7. Penghapus bau dan pencuci mangkuk tandas - boleh menyebabkan kerosakan teruk kepada kulit anda dan boleh membawa maut jika tertelan. 
  8. Butyl Cellosolve - Terdapat dalam pencuci pelbagai guna, pembersihan kain lap, degreasers, lantai menggilap, syampu permaidani, pembersih mangkuk tandas, pencuci tab dan jubin dan pembersih tingkap. Dalam masa hanya 15 minit selepas pembersihan dengan produk-produk ini, anda akan terhidu tiga kali had pendedahan yang menyebabkan kerosakan tisu.
  9. Pelarut - Banyak pembersih mungkin mengandungi toksin yang boleh diserap melalui kulit atau dihidu. Pelarut sintetik boleh menyebabkan gangguan hormon. pelarut organik seperti butyl cellosolve adalah racun sistem saraf dan menyebabkan kerengsaan hidung.
  10. Morpholine - Boleh menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang.

Puan boleh pergi ke dapur rumah & periksa kandungan semua pencuci & pembersih ini.

Adakah mereka bebas daripada bahan bahan berbahaya ini?

Apa yang membuatkan pembersih organik Basic H ini begitu berbeza? 


  1. Pertama, ia adalah mempunyai pH seimbang untuk badan manusia. 
  2. Tidak seperti cuka, yang sering digunakan sebagai pembersih rumah organik alternatif, Basic H mempunyai enzim hidup di dalamnya untuk bekerja keras membersihkan untuk anda. 
  3. Bahan-bahan utama dalam Basic H secara lestari diperoleh daripada jagung dan kelapa dan tidak mengandungi sebarang sebatian organik meruap (VOC ini), fosfat, pewarna, racun, wasap berbahaya, bahan kimia berbahaya, klorin atau wangian. 
  4. Ia mampu terurai dengan cepat
  5. Basic H tidak menimbulkan kemudaratan kepada ekosistem air kita dan sebaliknya, ia boleh memberikan manfaat sebagai makanan tumbuhan.
  6. Sesuai sangat digunakan untuk ibu mengandung


Disini saya sertakan beberapa kegunaan Basic H secara umum.

1. Mencuci dan membersihkan sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun dan bahan kimia.  


Caranya: Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik Basic H. Biarkan selama 5-10 minit.

2. Mencuci dan membersihkan ikan, ayam, daging dan makanan laut daripada bahan awet. 


Caranya : Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik Basic H. Biarkan selama 5-10 minit.

3. Mencuci dan membersihkan makanan basah seperti Mee Kuning, kuetiow dan sebagainya daripada bahan awet. 


Caranya : Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik Basic H. Biarkan selama 5-10 minit.

4. Mencuci dan membersihkan tempat dan peralatan memasak terutamanya yang berminyak.


Caranya : Masukkan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic H dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak yang berminyak.

5. Mencuci dan membersih bilik air, tandas, tangki, sinki,cermin tingkap, rak buku, almari dan sebagainya.


Caranya: Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh Basic H kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak di bersihkan kecuali tandas dan bilik air perlulah di berus.


6.Mencuci badan,tangan dan kaki daripada kotoran ,pijar lada, dakwat marker pen , minyak dan sebagainya.


Caranya: Basuhkan tangan dengan air, kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian di gosok-gosokkan kemudian di bilas.

7. Mencuci dan membersihkan lantai dan alatan permainan.


Caranya: Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh Basic H kemudian cuci alat mainan, manakala bagi lantai pula tidak perlu di bilas selepas lantai di mop kerana ia mudah kering dan ia tidak melicinkan lantai.

8. Menanggalkan gula-gula getah pada baju dan sebagainya.


Caranya : Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian di gosok-gosok hingga tertanggal.


9. Mengasah Pisau


Caranya: Titikkan 4-5 titik pada pisau  dan asah pisau seperti biasa.

10. Membersih dakwat pen pada tangan, baju dan sebagainya


Caranya: Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian  di bilas.

Disini pula diterangkan tentang kegunaan Basic H Shaklee di waktu kecemasan.


1. Menghapuskan kutu di atas kepala. 


Caranya: Basahkan rambut dan ambil 10 titik Basic H dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15minit barulah di bilas.


2. Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas


Caranya: Sapukan terus Basic h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan mengelembung atau melecur bahkan akan terasa sejuk.

3. Menghindarkan dan membunuh serangga seperti lipas,nyamuk, semut,lalat dan sebagainya.


Caranya: Tuangkan 4-5 titik Basic H ke dalam botol semburan bunga yang di campur air kemudian semburkan pada serangga.

4. Demam Panas ( Sebelum berjumpa doktor)


Caranya: Tuangkan 4-5 titik Basic H ke dalam besen kecil yang mengandungi air. Kemudian lumurkan ke seluruh badan dan kepala.

5. Sakit Gigi


Caranya : Masukkan 4-5 titik Basic H ke dalam cawan yang di campur air kemudian kumur.  Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkn 2-3 titik Basic H pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.

Ibu ibu yang sakit gigi semasa hamil boleh cuba cara ini.

6. Gatal-gatal pada badan atau miang ( masalah kulit)


Caranya: Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat yang gatal mengunakan span mandian kemudian bilas.

7. Ulser dan mulut berbau


Caranya: Tuangkan  4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur ( sekerap mungkin)


8. Penyubur tanaman dan pengembur tanah


Caranya: Air lebihan cucian Basic H boleh di siram  pada pokok bunga dan tanaman lain untuk kesegaran dan kesuburan.

9. Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dan sebagainya.


Caranya: Tuangkan 4-5 titik Basic H ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan sehingga 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.


Ini cici cici berkenaan kandungan yang terdapat dalam setiap produk Get Clean Shaklee, semestinya 
  1. Tidak Bertoksik, 
  2. Tanpa Gas Beracun, 
  3. Tanpa Bahan Kimia Berbahaya, 
  4. Tanpa bahan pewangi, 
  5. Sangat lembut pada tangan,
  6.  pH yang seimbang 
  7. Tanpa klorin.


Terlalu banyakkan kegunaan Basic H Shaklee sebab itulah tajuk entry saya kali ini berbunyi 1001 kegunaan Basic H shaklee walaupun hanya berisipadu 160z.. Boleh baca lebih lanjut disini.

Tetapi botol kecil ini boleh menghasilkan 48 gelen bancuhan yang selamat dan benar-benar berkuasa.

2 Responses to "Basic H Shaklee : Pencuci Organik Tanpa Bahan Kimia "

  1. Memang best basic h ni...senang kerja rumah saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillab puan seri nian selalu pakai basic h untuk kegunaan rumah ya πŸ˜ƒ

      Padam

⛔⛔TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ⛔⛔

🌼🌺🌸 Maznee memang rajin membalas komen bonda semua. πŸ˜‰ Insyaallah akan lawati blog cik puan & bonda semula.🌸🌺🌼
.
Selamat bersilaturahim πŸŒ„