Maznee Azmi . Pengedar Shaklee pilihan hati. Yakin . Mesra . Berpengalaman

Gatal kulit badan semasa mengandung? 3 Cara Hilangkan ketika hamil!

Gatal Kulit & Badan Semasa Mengandung? Apakah Punca & Cara Mengatasinya

Assalamualaikum wrmbth dan salam sejahtera. Apa khabar puan puan semua. 

gatal semasa mengandung

Saya doakan puan sihat semasa hamil. Hari ini kita akan berkongsi tentang gatal gatal badan semasa mengandung.

Gatal gatal?

Ya, memang gatal-gatal ringan adalah perkara biasa dalam mengandungkan anak kerana berlaku pertambahan bekalan darah ke kulit. 
.
Set mengandung shaklee 2017
.
Puan akan perasan, semakin besar perut puan menelusuri kehamilan, kulit perut kita akan semakin meregangkan dan ini mungkin menyebabkan gatal gatal kulit.
petua hilangkan gatal semasa mengandung

Gatal gatal ini berlaku pada kulit diseluruh badan, samada di perut, payudara, bawah ketiak, kemaluan dan juga kawasan yang banyak berpeluh.

Tetapi terdapat perbezaan diantara gatal kulit & keputihan semasa mengandung. Kedua duanya menyebabkan gatal & tidak selesa. Kami ada kongsikan petua menghilangkan keputihan semasa mengandung disini.



Elakkan makan berlebihan makanan yang menyebabkan kegatalan seperti makanan laut & kekacang.

Tiada apa yang perlu dirisaukan sekiranya gatal-gatal tersebut adalah jenis ringan.

Bagi memastikan kesihatan puan & kulit puan kekal cantik semasa mengandung, amat di galakkan mengambil supplement ibu mengandung shaklee

Tetapi jika gatal gatal kulit puan bertambah teruk, ia boleh menjadi tanda tentang masalah hati yang dikenali sebagai 'cholestasis obstetrik', atau 'cholestasis intrahepatic kehamilan' (ICP). 

Bahaya ke gatal gatal teruk semasa hamil ni pada saya?

alahan gatal ketika mengandung

Gatal gatal kulit semasa mengandung jenis Ini memberi kesan kepada kurang daripada 1 dalam 100 wanita hamil, dan sekiranya ada masalah ini puan memerlukan perhatian doktor.

Adakah saya boleh lakukan sesuatu untuk mengawal kegatalan semasa mengandung?

Ya, memang boleh.

Cuba tips tips dibawah ini.


Tips mengurangkan gatal gatal ringan semasa mengandung

1. Pakaian longgar semasa hamil


Puan digalakkan memakai pakaian yang longgar bagi mencegah gatal-gatal supaya tidak menjadi semakin serius.

gatal kulit semasa mengandung


Ini kerana pakaian puan akan kurang bersentuhan dengan kulit dan mengelakkan ia merengsa / merah merah yang menyebabkan kegatalan. 


Nak kena beli baju baru ya?


Mesti kena keluar banyak duitkan. Kemudian selepas bersalin baju baju ini sudah tak boleh dipakai lagi. Rugi.


Kecuali jika puan masih merancang untuk menambah anak dimasa depan.

gatal gatal semasa mengandung

Tak juga, ada pakaian longgar yang sesuai dipakai semasa hamil, selepas bersalin dan juga ke pejabat.

Pakaian apa yang versatil ni?

Saya bagi contoh ya, jubah abaya untuk muslimah jenis a cut atau princess cut adalah longgar. Menyediakan ruang untuk perut membesar. Selesa dan cantik.

Puan juga boleh memilih jubah abaya nursing yang mempunyai butang atau zip dikawasan dada untuk menyusukan anak selama 2 tahun.

Sesuai dipakai ke pejabat kerana ia nampak elegan dan anggun. Nak pam susu di pejabat pun mudah. Senangkan.

Nak bawa solat pun boleh. Puan juga digalakkan untuk banyak berdoa semasa mengandung untuk mendapat anak yang baik & soleh.

Pelaburan yang baik sekali seumur untuk seumur hidup.

2. Gunakan pakaian dari fabrik yang sesuai.

gatal gatal semasa mengandung

Puan juga boleh mengelakkan menggunakan pakaian daripada bahan-bahan sintetik dan hanya memilih fabrik semula jadi, contohnya seperti kapas.

Kain dan fabrik semulajadi ini boleh 'bernafas' dan membolehkan peredaran udara untuk melalukan angin berhampiran dengan kulit puan. 

Kesannya, puan akan lebih selesa dan peluh akan lebih cepat kering. Ini akan mengelakkan pembiakan bakteria dan penyakit kulit lain seperti kurap dan panau.

Betul juga kan.

Tapi kain kapas dan fabrik selesa ini kebanyakannya mahal. 

Mahal mesti selesa?

Tak juga, jubah abaya jenis kosong tanpa sulaman dan corak biasanya mampu milik. Boleh hubungi saya untuk pilihan jubah muslimah yang selesa & sesuai semasa hamil.


3. Kerap mandi & menggunakan losyen pelembap

Puan boleh kerapkan mandi air sejuk atau menggunakan losyen atau krim pelembap untuk membantu melegakan gatal-gatal kulit semasa hamil.

gatal gatal semasa mengandung

Sapukan pada bahagian yang kerap berpeluh & selalu gatal.

Sesetengah wanita mempunyai kulit yang sensitif dengan produk minyak wangi yang kuat yang boleh merengsakan kulit.

Jika kulit puan sensitif seperti diatas, boleh cuba menggunakan losyen biasa atau sabun dari sumber semulajadi dan bebas bahan kimia.

Antara contoh krim herba yang sesuai adalah herbal blend. Ia memberikan sensasi nyaman dan kelegaan pada gatal gatal kulit. Boleh whatsap saya untuk pertanyaan lanjut.

Insyaallah saya akan bantu puan. 

Gatal-gatal ringan biasanya tidak berbahaya kepada kesihatan puan dan bayi, tetapi ia juga kadang-kadang boleh menjadi tanda keadaan kesihatan yang lebih serius. 

Jika puan bimbang, terutama sekali sekiranya puan mempunyai gatal-gatal yang teruk, adalah penting untuk berjumpa bidan atau doktor untuk nasihat lanjut.

Jumpa doktor ya?

Betul, bagi berbincang tentang kegatalan serius.

Kegatalan kulit semasa mengandung yang serius: cholestasis obstetrik

gatal ketika mengandung

Cholestasis obstetrik (OC), atau juga dikenali sebagai cholestasis intrahepatic kehamilan (ICP), adalah gangguan hati yang serius yang boleh berlaku semasa hamil. 


Pada kebiasannya, garam hempedu akan mengalir dari hati ke usus untuk membantu badan puan mencernakan makanan. 


Tetapi sekiranya puan menghidap cholestasis obstetrik, garam hempedu tersebut tidak mengalir dengan baik ke usus dan sebaliknya sebahagiannya mula terkumpul di dalam badan puan. 

Ada penawar ke untuk  OC & gatal gatal serius ni?

gatal-gatal semasa mengandung

Setakat ini, belum ada ubat untuk OC, tetapi ia selalu hilang selepas puan melahirkan anak.

OC selalunya diwarisi didalam keluarga, dan ia juga boleh berlaku walaupun tidak ada sejarah keluarga yang mempunyai sejarah gatal gatal teruk semasa hamil.

Disarankan untuk puan buat bacaan tambahan disini

Keadaan adalah lebih biasa didapati di kalangan wanita yang berasal dari India dan Pakistan. 

Jika puan pernah mengalami OC dalam kehamilan sebelumnya, risikk lebih tinggi untuk mengalaminya semula dalam kehamilan berikutnya.

Terdapat beberapa kajian yang mendapati bayi yang lahir dari ibu yang menghidap OC lebih cenderung untuk dilahirkan pramatang atau sebagai mati semasa kelahiran. 

Tiada apa yang lebih mendukakan hati, selain berita keguguran kandungan & anak yang dilahiran meninggal dunia.
perut gatal semasa mengandung
Sokongan suami sesama isteri hamil akan membantu menenangkan perasaan isteri

Dan tidak diketahui berapa tinggi risiko kelahiran mati jika dibandingkan dengan wanita yang tidak mempunyai OC semasa hamil. 

Bagi mengambil kira risiko kelahiran mati, jika puan mempunyai OC, doktor mungkin menawarkan induksi paksaan atau bersalin melalui pembedahan selepas 37 minggu kehamilan. 

Puan sangat dinasihatkan untuk melahirkan anak di hospital, di bawah penyeliaan pasukan bersalin Obstetrik.

Tanda tanda kegatalan kulit serius semasa hamil OC?

alahan gatal kulit semasa mengandung
Kegatalan kulit sering menganggu ibu mengandung untuk tidur malam dengan lena

Tanda paling utama ialah gatal-gatal yang teruk seluruh badan biasanya tanpa ruam, dalam tempoh empat bulan terakhir kehamilan. 

Sesetengah wanita mengalami gatal-gatal dan ruam yang teruk.

Tempoh 4 bulan terakhir mengandung memang penting, dan banyak cabaran yang dialami ibu. Penyakit kencing manis & gastrik pedih ulu hati semasa hamil dapat dikawal dengan diet yang sihat.

Bagi sesetengah wanita dengan OC, gatal-gatal yang dialami adalah tanpa henti.

Dan tidak tertanggung menahannya, dan kemungkinan untuk menjadi lebih teruk pada waktu malam. 

Kawasan gatal-gatal adalah lebih ketara pada tapak tangan dan tapak kaki puan.

Tanda tanda lain adalah termasuk air kencing berwarna gelap dan demam kuning / jaundis (kekuningan pada kulit dan putih mata).

Rawatan untuk OC & kegatalan kulit serius semasa hamil?

gatal kulit ketika mengandung

  1. OC akan disahkan melalui ujian sejarah perubatan dan keluarga, dan juga ujian darah untuk memeriksa fungsi hati anda. 
  2. Ujian ini dipanggil sebagai 'ujian fungsi hati (LFTs). 
  3. Setelah OC dikesan, puan akan menjalani LFTs biasa sehingga bayi dilahirkan, agar doktor dapat memantau keadaan. 
  4. Jika LFTs puan normal dan puan masih terus mengalamj gatal-gatal badan yang teruk, LFTs mungkin diulangi setiap satu atau dua minggu untuk pemerhatian doktor.
  5. Krim, seperti losyen calamine, selamat untuk digunakan semasa hamil dan boleh memberikan sedikit kelegaan dari gatal-gatal. 
  6. Terdapat beberapa ubat yang boleh mengurangkan garam hempedu dan mengurangkan gatal-gatal, tetapi tidak diketahui sama ada ia selamat untuk diambil semasa kehamilan. 
  7. Puan juga boleh ditawarkan suplemen vitamin K. Ini kerana OC akan menjejaskan penyerapan vitamin K, yang penting untuk pembekuan darah yang sihat.

Jika puan disahkan menghidap OC, puan jumpalah doktor dengan segera untuk pertanyaan  lanjut.

Atau mungkin pun boleh cuba set mengandung shaklee



Apa itu Set Mengandung Shaklee?

Set ibu hamil shaklee ialah vitamin yang digabungkan khas untuk memenuhi keperluan badan ibu mengandung
.
Dan bayi dalam kandungan
.
Bila badan ibu cukup zat, sistem keimunan jadi kuat bak superhero dengan kuasa melindungi diri & anak tercinta dari serangan resaksa kuman
.
Hehe
.
Set mengandung Shaklee yang rasmi untuk tahun 2017 adalah seperti berikut. Ada 6 produk semunya
.
Dan setiap satu akan membantu ibu hamil & bayi dalam rahim berkembang dengan khasiat yang mencukupi
.
set mengandung shaklee untuk gatal
Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang fungsi & kelebihan setiap produk di dalam set mengandung Shaklee, puan boleh klik setiap link di bawah

  1. Vitalea Shaklee 
  2. ESP Shaklee 
  3. Vitamin C Shaklee
  4. Ostematrix Shaklee
  5. Omega guard Shaklee
  6. Vitamin B complex Shaklee 
.
Jika puan memerlukan bantuan
.
Dan ada banyak soalan yang masih belum terjawab
.
Jangan segan segan untuk Whatsap Maznee di 019 265 3791
.
Insyaallah semua soalan akan di jawab sebaiknya
.
Untuk mencuba produk, bertanyakan harga dan konsultasi percuma ini,sila hubungi saya di:

.
 Whatsupp / SMS: 

019-2653791 atau  0192663791 
Maznee Azmi
ID Shaklee: 963860
.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at hargasetbersalin.blogspot.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.
.
Selamat mencuba, dan kongsikan pandangan anda disini.

Ingat selalu untuk lakukan pemeriksaan kehamilan dengan doktor puan.
Semoga artikel ini memberikan manfaat pada puan. Insyaallah

2 Responses to "Gatal kulit badan semasa mengandung? 3 Cara Hilangkan ketika hamil!"

  1. Perkongsian yang detail..
    Boleh sha amalkan kalau termengandung.. hehehe..
    Manalah tau rezekikan.. Sebab Sha ada juga mengalami masalah gatal-gatal ini semasa mengandung cuma x serius sahaja.. Bia baca tips ini dah tau macam mana nak buat kalau jadi lagi.. thanks..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaallah puan πŸ˜ƒ semoga semakin sihat semasa hamil dengan set mengandung shaklee 😍

      Padam

⛔⛔TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ⛔⛔

🌼🌺🌸 Maznee memang rajin membalas komen bonda semua. TOP 10 Pengomen terbanyak akan dipaparkan di Kanan blog ini! Dapat backlink lagi. πŸ˜‰ 🌸🌺🌼
.
Selamat bersilaturahim πŸŒ„