Maznee Azmi . Pengedar Shaklee pilihan hati. Yakin . Mesra . Berpengalaman

Punca Keguguran Rambut Semasa Mengandung & 6 Cara Mengatasinya?

Punca Keguguran Rambut Semasa Mengandung & 6 Cara Mengatasinya

Assalamualaikum wrmbth. Apa khabar puan puan. Terima kasih kerana melawat blog ini. Kali ini kita akan berkongsi tentang keguguran rambut semasa hamil.
Rambut gugur banyak?
Set mengandung shaklee dan harga
.
Ini adalah perkara yang agak luar biasa kerana rambut yang sihat tidak akan mudah gugur kerana akarnya kuat.
Sudah tentu puan akan berasa risau & terganggu bukan. Memang risau.
Rambutkan mahkota wanita. Perhiasan yang cantik anugerah Allah swt ini perlulah dijaga rapi dan bertudung bagi wanita islam.

Kami ada artikel khas mengenai keguguran rambut bagi wanita bertudung. Boleh baca lebih lanjut.

Jika rambut yang lebat semakin nipis semasa hamil kerana gugur, ini menunjukkan ada sesuatu yang kurang betul berlaku dalam badan puan.

Apakah punca rambut saya gugur banyak semasa mengandung?

Bagi kebanyakan wanita hamil, mereka mendapati rambut mereka lebih tebal dan penuh ketika mengandung. Rambut gugur tetap akan gugur tetapi dalam kuantiti kecil.
Kebiasaannya rambut gugur dalam jumlah yang besar, selepas kelahiran bayi puan berbanding apabila puan hamil.
Habis tu?
Memang tidak banyak maklumat tentang keguguran rambut semasa hamil yang boleh diperolehi.

1. Keguguran rambut kerana hormon progesteron

Tetapi antara salah satu puncanya ialah akibat tahap hormon progesteron yang tinggi dikeluarkan ketika mengandung menyebabkan rambut hilang lembapan dan menjadi kering.
Rambut puan yang kering akan lebih mudah retak dan pecah sama ada dihujung rambut ataupun diakarnya.
Puan boleh perhatikan perkara ini semasa menyikat rambut terutamanya semasa hamil trimester 2 dan 3. (Ada pendapat mengatakan, rambut gugur adalah tanda waktu bersalin dah dekat)
Cuba ingat.
Betulkan?
Sebenarnya bukan rambut puan gugur kerana akarnya tidak kuat, tetapi rambut puan kering dan mudah patah berhampiran akar.
Jadi puan mungkin menganggap mengalami masalah keguguran rambut, walaupun sebenarnya tidak.
Tidak?

2. Hormon hamil penyebab rambut kering & mudah patah

Ya, kemungkinan besar sebab rambut kita kering.
Jadi, apa yang perlu saya boleh buat?
Cuba buat ini ya.
Jika puan kehilangan rambut semasa mengandung, jumpa dan bertanya kepada bidan atau doktor keluarga puan.
Dengan cara ini, puan boleh dapatkan pemeriksaan lanjut.
Ini sangat penting terutamanya jika puan mempunyai masalah kesihatan jangka panjang seperti kencing manis gestasi (ketika hamil) atau tekanan darah tinggi.
Dan hasil pemeriksaan akan lebih meyakinkan puan bahawa tidak ada sebab kesihatan lain untuk masalah rambut gugur.

Apakah cara untuk mengatasi masalah rambut gugur semasa hamil?

Puan juga boleh mencuba tips tips di bawah ini untuk mengurangkan kerosakan kepada rambut semasa hamil:

1. Kurangkan kekerapan menyikat rambut

Cuba untuk tidak terlalu kerap menyikat dan memberus rambut puan. Ini boleh membantu mengurangkan lagi kerosakan.

2. Gunakan produk kesihatan rambut yang sesuai semasa hamil

Puan boleh gunakan syampu pelembut dan perapi yang sesuai. Antara contoh syampoo yang baik adalah syampoo prosante dari shaklee. ia diperbuat dari bahan semulajadi.
Bebas bahan kimia. dan semestinya halal.

Mintalah suami belanja sekiranya berkemampuan. Suami dapat pahala. :)

Sebenarnya banyak peranan suami semasa isteri mengandung yang dapat membantu melegakan perasaan pasangannya.

Insyallah.

3. Gunakan sikat khas untuk menguraikan rambut kusut

Semasa rambut puan masih basah selepas mandi, gunakan berus dan sikat khas untuk membuka kusut rambut.

4. Ikat rambut dengan gaya yang sesuai

Gaya rambut yang sesuai untuk mengelakkan rambut puan patah dan rosak ialah "pony tail” atau ekor kuda (ikat belakang dan biarkan rambut jatuh lurus).

Gaya ikatan lain kurang sesuai kerana ia akan menarik dan rambut mudah patah / rosak.

5. Elakkan rawatan meluruskan rambut

Puan tidak digalakkan menggunakan pewarna kimia dan juga rawatan meluruskan rambut. Ini akan menggalakkan rambut kita menjadi lebih kering dan rapuh.

6. Banyakkan pengambilan buah & sayur semasa hamil

Ada pakar pakar rambut mencadangkan supaya banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan flavonoid dan antioksidan.
Makanan ini boleh melindungi folikel rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebat.
Tidak rugi untuk puan cuba tips ini kerana amalan makan buah-buahan dan sayur-sayuran adalah baik untuk kesihatan diri dan bayi dalam rahim ibu.

Jika puan kurang suka makan buah, mungkin kerana alahan mengandung atau memang sebab tak suka. Saya cadangkan puan makan set wanita hamil shaklee untuk lebih cergas.

Dan menguatkan rambut.
Keadaan kita tidak sama, ada kemungkinan puan akan terus kehilangan rambut semasa mengandungkan anak.
Tetapi barangkali puan tidak akan mengalami lagi rambut gugur sebanyak ibu-ibu lain selepas bersalin.

Apa?

Selepas bersalin pun rambut banyak gugur?

Ya puan, memang ada ramai ibu yang mengalami keguguran rambut selepas bersalin.

Salah satu cara yang mungkin puan mampu lakukan untuk mengurangkan rambut gugur selepas bersalin ialah menggunakan set bersalin lengkap terbaik dipasaran ini.

Keadaan kita tidak sama.

Jadi persediaan bersalin juga berbeza.

Jika puan terlalu sibuk sehingga tak ada masa untuk semua ini.  Jangan risau, boleh tanya Maznee tentang Set Mengandung Shaklee
.

Apa itu Set Mengandung Shaklee ? 

Set ibu hamil shaklee ialah vitamin yang digabungkan khas untuk memenuhi keperluan badan ibu mengandung
.
Bila khasiat cukup, tak adalah rambut kita gugur
.
Antara sebab rambut gugur kan sebab kita penat sangat. Mungkin zat besi tak cukup.
.
Bila badan ibu cukup zat, sistem keimunan jadi kuat bak superhero dengan kuasa melindungi diri & anak tercinta dari serangan resaksa kuman
.
Hehe
.
Set mengandung Shaklee yang rasmi untuk tahun 2017 adalah seperti berikut. Ada 6 produk semunya
.
Dan setiap satu akan membantu ibu hamil & bayi dalam rahim berkembang dengan khasiat yang mencukupi
.
set mengandung shaklee untuk elak rambut gugur
Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang fungsi & kelebihan setiap produk di dalam set mengandung Shaklee, puan boleh klik setiap link di bawah
  1. Vitalea Shaklee multivitamin di perkaya dengan zat besi
  2. ESP Shaklee protein semulajadi & asli terbaik dari alam semulajadi
  3. Vitamin C Shaklee untuk menguatkan sistem daya tahan ibu
  4. Ostematrix Shaklee untuk kekuatan gigi & tulang ibu & bayi
  5. Omega guard Shaklee membekalkan asid lemak omega 3 untuk kesihatan & perkembangan otak bayi yang pintar
  6. Vitamin B complex Shaklee untuk bekalan asid folik & spektrum vitamin b
Ingat selalu untuk lakukan pemeriksaan kehamilan dengan doktor puan.

Sekiranya hati kita selalu risau & tak tenteram, saya cadangkan puan selalu membaca surah al insyirah dan Ad Dhuha.



Selepas melahirkan anak, kemungkinan untuk rambut puan pulih seperti sediakala mungkin mengambil sedikit masa.

Bagi bacaan tambahan, boleh baca disini.
Semoga tips tips yang telah diberikan ini membantu puan sedikit sebanyak dalam memelihara rambut yang cantik dan sihat.
Cuba untuk bersabar kerana seluruh badan anda, termasuk rambut anda, akan kembali pulis seperti keadaan puan sebelum hamil.
Insyaallah. Sehingga bertemu lagi kita selepas ini.
.
Jika puan memerlukan bantuan
.
Dan ada banyak soalan yang masih belum terjawab
.
Jangan segan segan untuk Whatsap Maznee di 019 265 3791
.
Insyaallah semua soalan akan di jawab sebaiknya
.
Untuk mencuba produk, bertanyakan harga dan konsultasi percuma ini,sila hubungi saya di:
.
 Whatsupp / SMS: 
019-2653791 atau  0192663791 
Maznee Azmi
Pengedar Shaklee Shah Alam
ID Shaklee: 963860
.
Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at hargasetbersalin.blogspot.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.
.
Selamat mencuba, dan kongsikan pandangan anda disini

0 Response to "Punca Keguguran Rambut Semasa Mengandung & 6 Cara Mengatasinya?"

Catat Ulasan

⛔⛔TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ⛔⛔

🌼🌺🌸 Maznee memang rajin membalas komen bonda semua. πŸ˜‰ Insyaallah akan lawati blog cik puan & bonda semula.🌸🌺🌼
.
Selamat bersilaturahim πŸŒ„