Kurang selera makan semasa mengandung. 6 cara tambah selera makan setiap trimester?

6 Tips Tambah Selera Berkesan Jika Puan Tidak Mahu Makan Semasa Mengandung?


Tempoh kehamilan selalu dikaitkan dengan ibu ibu mengidam semua makanan daripada pizza, ais krim dan jeruk? 
.
Set mengandung shaklee 2017
.
Tetapi, ada sesetengah dari kita tak ada selera ketika hamil.

Betul kan puan.

Sesungguhnya Kehamilan adalah yang satu masa istimewa dalam hidup sebagai seorang dewasa.

Istimewa?

Ya, istimewa.

Inilah masanya puan dipuji apabila berat badan semakin naik dan kerap makan setiap dua jam digalakkan.

.
Doktor tak marah. Suami pun sanggup belikan makanan dan baju jubah cantik semasa mengandung.

Bertuahnya puan!
Peranan suami semasa isteri mengandung sangat penting. Inilah masanya untuk menunjukkan kasih dan betapa romantiknya anda

Tetapi, apabila puan mula menyimpan peti sejuk dengan makanan yang sihat semasa hamil dan juga makanan yang tak berapa sihat seperti aiskrim dan kek (Makan bila teringin kan. Hehe)

Malang tak berbau.

Puan hilang pula selera makan kerana loya & muntah muntah angkara alahan mengandung.

Menjadikan hidung puan sensitif dan tekak kita kembang apabila terlihat & terbau bau makanan kegemaran puan.

Masa tak mengandung dulu, tak boleh makan sebab takut gemuk.

Sekarang masa hamil, digalakkan makan. Tapi selera pula tak ada.

Sabar sajalah kan puan?



Penambahan berat badan yang cukup semasa mengandung adalah isyarat utama yang puan mendapat zat yang cukup dari makanan untuk menampung keperluan bayi dalam rahim.

Tapi, macam mana berat nak naik kalau selera tak ada?

Masalah ni.

Bergantung kepada berat sebelum-kehamilan puan, kebanyakan wanita dengan berat badan normal harus mempunyai pertambahan berat di antara 25 hingga 35 pound.

Semasa trimester pertama, sekiranya puan menghidap "morning sickness" adalah pengalaman yang paling teruk (walaupun maksudnya mabuk pagi, tapi boleh mabuk dan loya sepanjang hari).

Kenapa paling teruk?

Selera makan tak ada.

Apa yang dimakan semua keluar semula. Penat dan letih saja badan.

Hinggakan menjadi perkara biasa untuk berat badan hanya naik sebanyak 1-4 pound (atau lebuh teruk lagi sampai turun berat badan).

Badan yang dulu cantik berisi.

Kini semakin kurus.

Gara gara kerana mabuk dan loya semasa mengandung sepanjang trimester pertama.

Tidak mengapa puan.

Tak mengapa? Risau sangat dah ni.

Mujur sekali pada trimester pertama janin puan masih lagi kecil.

Jadi bayi dalam kandungan puan mempunyai keperluan pemakanan yang lebih sedikit.

Jadi selagi puan terus disiplin mengambil vitamin pranatal yang disarankan doktor, semua keperluan puan telahpun dipenuhi.

Memang kena makan vitamin dan makanan tambahan ya?

Betul, lebih lebih lagi jika puan mengalami alahan mengandung yang teruk.

Begitu.

Selepas trimester pertama, kenaikan berat puan sebanyak kira-kira satu paun seminggu dinasihatkan.

Jika selera puan masih belum juga ada pada awal trimester kedua, atau jika tidak memenuhi pertambahan berat badan yang disyorkan oleh doktor dalam trimester ketiga.

Jika ini berlaku, puan berjumpalah dengan doktor untuk pelan pemakanan yang sihat sepanjang kehamilan.

Puan masih bimbang?

Jangan risau sangat. Nanti puan tertekan, kurang elok dan akan beri kesan negatif untuk anak didalam kandungan.

Adalah lebih baik untuk puan amalkan doa doa dari alquran sepanjang kehamilan.

Bacalah juga surah ad dhuha untuk motivasi.

Banyak kelebihannya.

Selain berusaha, kita serahkan selebihnya kepada yang Maha Esa.

Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.

Puan pasti akan bertemu dengan hari hari indah dan hari-hari yang sukar semasa mengandung.

Apa yang pasti, hidup perlu diteruskan.

Matlamat yang paling lebih besar adalah puan dan kandungan sihat.

Ini yang paling penting.

Tapi, puan masih tak ada selera kan?

Berita baiknya ialah, kebanyakan wanita boleh mendapatkan semula selera makan dengan beberapa cara.


Dibawah ini adalah cara untuk puan berselera semula semasa mengandung.


CARA TAMBAH SELERA SEMASA HAMIL TRIMESTER PERTAMA

Apakah yang berlaku semasa trimester 1: Hilang selera makan yang dialami puan sering datang bersama pakej loya dan muntah-muntah.

Percaya atau tidak, ini dialami oleh 70 hingga 85 peratus wanita hamil.

Kenapalah mesti ada morning sickness?

Kalau tak ada kan lebih bagus.

Jangan cakap begitu puan, setiap sesuatu perkara dijadikan Allah swt bersebab.

Morning sickness pun ada sebab?

Ya.

Morning sickness mungkin adalah salah satu cara semulajadi badan puan untuk melindungi janin dari makanan berpotensi berbahaya.

Semasa awal mengandung, janin sangat sensitif dengan apa yang dimakan oleh ibunya.


Ini menjelaskan kenapa tekak kita kembang apabila terlihat dan terbau makanan yang biasanya disukai.


Peningkatkan paras hormon (termasuk estrogen dan hormon kehamilan hCG - inilah hormon yang bertanggungjawab untuk membuat puan menangis melihat iklan dikaca televisyen).

Juga menjadi punca dalam meningkatkan rasa loya dan kepekaan puan kepada bau & mengurangkan selera makan anda.


Puan juga mungkin rasa logam yang tidak menyenangkan di dalam mulut.


8 cara bagaimana untuk memenuhi keperluan pemakanan puan semasa trimester 1:


1. Banyakkan minum air. 

Pastikan puan mengambil air yang cukup adalah lebih penting.

Sekurang kurangnya cukupkan lapan gelas sehari (air boleh digantikan dengan air limau atau teh halia yang bagus untuk mengurangkan loya).

Kita minum dulu.

Seterusnya.

2. Makan dalam kuantiti sedikit

Jangan keterlaluan memaksa diri sendiri untuk makan berlebihan sekali hidangan. 

Lebih baik untuk makan enam hidangan kecil sehari (badan puan mungkin akan berasa lapar setiap dua jam).

Ini yang akan memenuhi selera kecil puan. Makan kecil tetapi kerap. 

Daripada memaksa diri memakan saiz hidangan yang lebih besar. Makanan yang sihat dapat membantu mengelakkan tekanan darah tinggi semasa mengandung.

Darah tinggi memang berbahaya kepada ibu hamil. Boleh baca sini untuk contoh.

3. Ambil makanan yang sedikit tapi mengenyangkan. 


Pada siang hari, apabila perut mula berasa lapar, ambil seberapa banyak protein dan karbohidrat kompleks (serat) yang puan boleh.

Ini akan mengawal paras gula darah badan puan untuk stabil dan tidak naik mendadak.

Perut puan akan rasa penuh lebih lama.

Buah-buahan seperti pisang lebih mudah untuk dihadam perut; makan bersama dengan satu sudu yogurt untuk tambahan kalsium dan protein dalam diet puan. 

Biskut bijirin gandum juga sangat bagus.

4. Puan elok elakkan makanan yang berbau kuat. 

Ini termasuklah makanan pedas dan berlemak.
Masakan dan makanan melayu memang banyak menggunakan santan dan rempah. Memang agak mencabar untuk menukar diet harian.

Pilih untuk makan ayam panggang atau ikan salmon salad.

Ikan masak pindang juga bagus. Sebenarnya, ia juga lebih sihat untuk puan.

5. Gunakan citarasa puan. 

Sudah tentu, pilihan makanan akan memberikan lebih kebebasan dalam memenuhi diet harian puan.

Contohnya, jika puan tidak suka makan ayam, boleh juga makan makanan berasaskan soya sebagai ganti untuk sumber protein.

6. Ubah suhu. 

Ramai wanita lebih sukakan makanan dan minuman yang sejuk semasa mereka hamil. Boleh jadi, puan sukakan yang panas.

Ikutlah yang mana puan lebih suka.

7. Ambil vitamin dan makanan tambahan

Jadikanlah mengambil vitamin untuk kehamilan puan seperti DHA sebagai rutin seperti memberus gigi puan.

Sebaik-baiknya, mulalah mengambil vitamin sekurang-kurangnya sebulan sebelum puan merancang hamil.

Ini akan membantu mengisi sementara jurang khasiat yang akan diperlukan badan semasa hamil.

Sediakan payung sebelum hujan. Dapatkan bantuan makanan tambahan.


8. Dapatkan nasihat doktor

Bagi membantu melawan loya, berjumpalah dengan doktor puan.

Dapatkan nasihat tentang pengambilan makanan tambahan seperti vitamin B6 (ini boleh membantu mengurangkan rasa loya dan meningkatkan selera makan puan).

Pengambilan makanan berasaskan kacang soya juga membantu badan menstabilkan hormon kehamilan. Antara contoh sumber protein kacang soya yang baik untuk ibu hamil ialah esp shaklee.


Lebih mudah dan cepat disediakan. Sesuai sangat untuk ibu bekerja.


CARA UNTUK KEMBALIKAN SELERA MAKAN DI TRIMESTER KEDUA KEHAMILAN



Apa yang berlaku pada trimester 2: Ramai wanita hamil mendapati tempoh ini sebagai waktu paling nikmat dalam kehamilan.

Puan akan rasa lebih cergas, kulit kelihatan berseri seri dan bercahaya, tetapi saiz perut puan masih sederhana.

Dan berita baik yang ditunggu tunggu, selera makan puan sudah kembali.

Akhirnya.

Boleh makan semula makanan kegemaran.

Sudah berlalu pergi juga loya loya dan alahan mengandung terutama di waktu pagi aka morning sickness.

Puan dah tak perlu menghabiskan dua kali ganda masa lagi di dalam bilik air wanita.

Malah, puan mungkin merasa selera makan menjadi jadi di trimester kedua berbanding sebelum ini (jadi inilah apa yang dimaksudkan dengan makan untuk dua nyawa!).

Tetapi.

Harus puan berhati hati. Agar tidak terkena kencing manis semasa mengandung trimester kedua.

Ada baik buruk jugakan tak ada selera makan ni?


4 Tips untuk memenuhi keperluan pemakanan semasa hamil trimester kedua?:

1. Dapatkan protein & kalsium secukupnya

Sekarang adalah masa yang baik untuk makanan dan minuman tinggi kalsium untuk tulang yang kuat (1000 mg sehari).

Dan juga pengambilan protein yang mencukupi (75 mg sehari).

2. Pastikan pengambilan buah & sayur untuk bekalan folat

Pastikan juga bekalan folat yang boleh didapati daripada makanan yang tinggi serat seperti kekacang dan sayur-sayuran berdaun hijau.

Pengambilan yang cukup akan membantu gejala kehamilan yang menjengkelkan puan seperti sembelit).

Sembelit?

Seksanya kena sembelit semasa hamil. Kalau tak suka makan sayur, boleh makan vitalea ataupun bcomplex shaklee untuk bekalan folate yang mencukupi.

3. Pengambilan omega 3 untuk perkembangan otak

Puan juga digalakkan mengambil sumber  makanan yang kaya dengan omega 3 seperti ikan (yang meningkatkan perkembangan kuasa otak bayi untuk lebih cepat belajar).

Digalakkan mengambil 2 hidangan ikan yang selamat (bebas dari merkuri) sepanjang trimester ke 2 mengandung. 

Ataupun puan boleh telan 1 biji softgel omegaguard untuk bekalan omega 3 berkualiti.


Boleh sms & whatsap saya untuk bertanyakan tentang omegaguard & vitamin kehamilan yang paling sesuai untuk puan.


4. Amalkan rutin dan tips dari trimester 1

Sudah tentu, tidak semua ibu hamil yang kembali berselera makan di kedua trimester.

Jika puan masih mual, teruskan rutin dari trimester pertama.

Ini bermakna minum air yang banyak, makan kerap dengan saiz hidangan kecil, elakkan makanan yang berbau kuat, membuat pertukaran pemakanan pintar dan ambil vitamin pranatal puan setiap hari bagi memastikan puan mendapat semua nutrien yang dperlukan.


TIPS KEMBALIKAN SELERA MAKAN PADA TRIMESTER KETIGA KEHAMILAN


Apa yang berlaku pada puan pada trimester 3: Semasa bulan-bulan terakhir kehamilan puan, itu bulan ke 7 8 dan 9.

Loya telah mungkin hilang.

Alhamdulillah.

Dan saiz perut puan semakin meningkat.

Selera makan puan telah kembali sepenuhnya. Boleh baca sini untuk rujukan.

Tetapi apabila puan baru makan sedikit dan perut sudah terasa sangat kenyang seperti baru sahaja selesai menjamu hidangan besar.

Kenapa jadi begini?

Normal ke?

Ya, memang normal. Saiz bayi dalam rahim puan yang semakin besar meninggalkan hanya sedikit ruang untuk organ-organ lain, termasuklah perut.

Kesannya, perut di tolak ia keluar dari tempat biasa.

Menyebabkan saiz perut menjadi kecil.

Apakah kesannya pada puan?

Bermulanya masalah pedih ulu hati dan kemungkinan terkena gastrik semasa hamil di trimester ketiga disebabkan oleh anjakan ini.

Terutama sekali jika puan suka makanan pedas atau bergoreng dan buah-buahan sitrus seperti limau.

Oleh kerana puan tak boleh makan banyak kerana cepat kenyang, jadi mudah untuk sembelit.

Sembelit dalam keadaan perut besar, bayangkan.

Secara umumnya, puan tidak akan mengalami masalah kurang selera makan di trimester ketiga.


Apa yang penting ialah menguruskan diet dan pemakanan dengan bijak.


2 Petua Bagaimana untuk memenuhi keperluan pemakanan puan pada trimester ketiga:



1. Ulang semula tips untuk trimester pertama kehamilan puan.

Terutama dalam tempoh dua belas minggu pertama mengandung.

Ambil hidangan kecil sepanjang hari supaya sentiasa kenyang dan mendapat nutrisi yang cukup.

Puan tidak akan dapat makan banyak lagi kerana perut akan penuh dengan cepat.

Jadi makanlah dengan kerap dalam kuantiti kecil.

Dan pastikan semua hidangan yang puan ambil kaya dengan khasiat untuk si manja dan bukan kalori kosong dari makanan rapu.

Banyakkan makanan berserat . Seperti sayur-sayuran berdaun, roti gandum, avokado, asparagus dan biji bunga matahari).


Ini akan mengurangkan sembelit dan memastikan semua sistem badan berfungsi dengan baik.


2. Minum banyak air

Dan pastikan puan terus istiqamah mengambil vitamin kehamilan.



Menjaga dan memastikan makanan yang diambil semasa hamil memang rumit dan memenatkan puan.

Tetapi ia adalah satu perkara yang bakal hadir dengan ganjaran besar.

Berupa bayi yang sihat dan sihat.

Insyaallah.

Selamat mencuba. Sila like dan kongsikan kepada rakan rakan untuk menyebarkan kebaikan.

2 Responses to "Kurang selera makan semasa mengandung. 6 cara tambah selera makan setiap trimester?"

  1. Kalau banyak minum air bimbang kurang makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Air sangat penting untuk ibu hamil tuan Adam 😍 😍 Pengambilan Air yang cukup akan membantu penghadaman.

      Sistem badan semua perlukan air. Asalkan tak berlebihan semua bagus πŸ˜ƒ

      Padam

⛔⛔TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ⛔⛔

🌼🌺🌸 Maznee memang rajin membalas komen bonda semua. πŸ˜‰ Insyaallah akan lawati blog cik puan & bonda semula.🌸🌺🌼
.
Selamat bersilaturahim πŸŒ„