Maznee Azmi . Pengedar Shaklee pilihan hati. Yakin . Mesra . Berpengalaman

Gastrik ketika hamil? Atasi pedih ulu hati dgn 7 Makanan ini!

Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Hamil Gastrik 

Assalamualaikum wrmbth dan salam sejahtera puan puan semua. Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Sebelum ini kita ada kongsikan tentang gastrik semasa mengandung.

makanan berkhasiat untuk ibu mengandung
Elakkan makanan yang manis & tidak berkhasiat semasa hamil

Kali ini kita akan kongsikan makanan yang bagus untuk ibu mengandung gastrik. penyakit gastrik terjadi apabila berlaku inflamasi atau luka pada lapisan dinding dalaman perut.

Kebiasannya, ibu hamil menghidap gastrik kerana rasa mual muntah disebabkan alahan mengandung. Menyebabkan puan hilang selera makan.
.


Set mengandung shaklee 2017
.
Perut yang kosong terlalu lama & kerap punca kena gastrik semasa hamil.

Gastrik boleh membawa kepada banyak masalah penghadaman yang lain. Terutama kepada ibu mengandung. 
gastrik semasa mengandung
Dapatkan nasihat daripada doktor untuk pemakanan yang sihat semasa hamil

Jika dahulu sebelum hamil, seorang wanita hanya perlu makan untuk keperluan tubuhnya sahaja.


Kini selepas hamil, ibu perlukan khasiat tambahan dari makanan untuk anak dalam kandungan. 

Pengambilan makanan tambahan atau suplemen lengkap diawal kehamilan dapat membantu mengurangkan alahan mengandung & risiko gastrik.

Barulah sihat.

Jadi, puan memang perlukan makanan berkhasiat yang sesuai supaya gastrik yang ada semasa hamil terkawal.


Atau semakin sembuh.


Insyaallah.


Punca & kesan gastrik semasa mengandung pada wanita mengandung

set gastrik shaklee
Lebih baik untuk ibu hamil memasak sendiri untuk menjamin kebersihan makanan

Gastik memang sangat berkait rapat dengan kehamilan. Kerap terjadi kepada ibu mengandung mengalami gastrik kerana beberapa punca.


Elok untuk puan tahu punca gastrik ini untuk mengelakkannya. Antaranya ialah

  1. Tekanan perasaan yang dialami semasa hamil
  2. Pengambilan makanan yang sedikit & kurang berkhasiat
  3. Diet yang tidak seimbang
  4. Merokok
  5. Mengambil makanan berempah secara berlebihan
  6. Minuman beralkohol (Haram untuk orang islam)



Gastrik tak boleh dibiarkan berlarutan kerana puan boleh menghidap ulcer didalam perut. Ini lebih berbahaya.


Mesti cuba elakkan ya puan puan.

Bagaimana mengesan gastrik ketika hamil melalui tanda tandanya?

gastrik ibu mengandung
Dapatkan nasihat dari pengalaman rakan rakan yang pernah mengalami gastrik semasa hamil
Gastrik yang dialami semasa mengandung bukan masalah kekal. kemungkinan untuk sembuh selepas bersalin memang ada.


Puan dapat mengesahkan samada adakah puan menghidap gastrik melalui simptom simptom semasa mengandung berikut:

  1. Pedih ulu hati
  2. Masalah penghadaman
  3. Perut kembung & berangin
  4. Rasa loya
  5. Muntah muntah
  6. Rasa terbakar di kawasan tulang dada
  7. Tersedu
  8. Sesekali terasa sakit dikawasan perut 
  9. Hilang atau kurang selera makan
  10. Sakit kepala
  11. Pening
  12. Pengeluaran air liur berlebihan
  13. Rasa pahit di mulut
  14. Bau mulut yang busuk
  15. Kurang bertenaga
  16. Lesu seluruh badan

Puan boleh dapatkan rujukan tambahan disini

Bagaimana cara mengurangkan & memulihkan gastrik semasa hamil?

gastrik semasa hamil
Ada makanan yang kurang sesuai dimakan oleh ibu mengandung gastrik. Elakkan

Saya pasti, puan masih membaca lagi artikel ini untuk mencari cara mengurangkan gastrik. Insyaallah, kami akan kongsikan beberapa cara untuk puan cuba.

Kita hanya berusaha, yang menyembuhkan penyakit hanya Allah swt. Banyakkan amalan doa semasa hamil terutama dari al quran.

Sekiranya hati ini kurang tenang, sama sama kita mengambil pengajaran dan motivasi daripada Surah Ad Dhuha.

Banyak faedahnya.

Balik kepada gastrik.

Gastrik sering menyebabkan masalah angin didalam perut.

Orang biasa yang sihat juga menghasilkan gas dalam perut dengan kuantiti terkawal. 

Tetapi puan dan wanita mengandung menghasilkan lebih banyak gas didalam perut kerana paras hormon progesteron yang tinggi.

Salah hormon?

Hormon progesteron melambatkan proses penghadaman untuk menambahkan kecekapan penyerapan makanan.

Tetapi ini juga menyebabkan pengumpulan gas yang menyebabkan sendawa, kentut dan kembung perut.
ubat gastrik untuk ibu mengandung
Angin dalam perut semasa hamil menyebabkan ketidakselesaan & loya

Saiz bayi dalam rahim juga semakin besar dan menekan organ penghadaman lain.

Ini melambatkan lagi perut untuk menghadamkan makanan. Keadaan ini sangat ketara pada akhir trimester 2 dan sepanjang trimester 3.

Ok, penting ni.

Puan juga perlu mengurangkan makanan yang manis & bergula pada trimester kedua dan ketiga untuk mengelakkan terkena diabetis semasa mengandung.

Seeloknya, ambillah makanan yang lambat dihadam & kenyang lama.

Contohnya, makanan berprotein & berserat.

Puan ada sembelit?

Sembelit ialah penyebab biasa untuk kembung perut dan angin. Makanlah makanan berserat secukupnya dan tidak diambil berlebihan.

Ini akan memudahkan makanan untuk dihadam.

Pengambilan serat secara berlebihan boleh memburukkan masalah kembung perut dan angin.
gastrik ketika mengandung
Amalkan pemakanan sesuatu makanan secara sederhana untuk megelakkan rasa tidak selesa

Jangan makan dengan banyak dan berlebihan kerana penghadaman lambat semasa hamil. Makanlah dalam kuantiti kecil tetali kerap.

Makanan secara perlahan dan tidak gelojoh. Makan dengan gelojoh akan menyebabkan kita menelan udara bersama sama.

Lalu menyebabkan lebih banyak angin didalam perut.

Semasa hamil, elok untuk puan kurangkan makanan yang membebaskan gas seperti kobis, makanan bergoreng, air gas dan kekacang.

Amalan pemakanan yang sihat semasa hamil akan meningkatkan daya tahan badan terhadap serangan kuman yang menyebabkan ketidakselesaan seperti gatal gatal kulit & masalah keputihan yang sukar diatasi.

Segalanya berpunca dari perut.

Jadi, apakah makanan yang baik untuk hamil & gastrik?


Teruskan membaca.

Cara Merawat Gastrik Ketika Mengandung Dengan Makanan Berkhasiat?

makanan untuk pesakit gastrik
Cuba kaedah ini untuk mengurangkan & melegakan gastrik menggunakan makanan seharian

  1. Kunyah bunga cengkih selepas makan tengahari dan makan malam untuk mengurangkan gastrik.
  2. Puan boleh minum teh herba daripada halia dan pudina untuk mengurangkan masalah angin
  3. Minum jus lobak merah bersama jus bayam untuk mengurangkan sakit gastrik. Lobak merah juga sangat bagus untuk ibu mengandung kerana ia banyak kandungan vitamin
  4. Kunyah biji Adas selepas makan, ia bermanfaat untuk melegakan gastrik semasa kehamilan.
  5. Jauhi alkohol, perasa makanan seperti kicap dan sos, rempah ratus dan minuman berkafein.
  6. Makan lebih sayur-sayuran, bijirin dan buah-buahan.
  7. Sediakan ramuan dari jintan manis dihancurkan dan air mendidih. Biarkan sejuk cecair ke bawah, sekarang ketegangan dan minum 2 sudu besar itu pada satu masa. Ia membantu untuk menghidupkan kembali gejala gastritis ke tahap yang hebat.

Semoga perkongsian mengenai gastrik dan kehamilan ini dapat membantu puan. Insyaallah.

Kalau puan sibuk bekerja & kerap abaikan diri sendiri, Maznee galakkan cuba



Apa itu Set Mengandung Shaklee?

Set ibu hamil shaklee ialah vitamin yang digabungkan khas untuk memenuhi keperluan badan ibu mengandung
.
Dan bayi dalam kandungan. Set mengandung shaklee akan membantu puan mengawal gastrik semasa mengandung
.
Ia kaya dengan khasiat yang diperlukan badan
.
Termasuk untuk kenyang lebih lama & badan cergas.
.
Set mengandung Shaklee yang rasmi untuk tahun 2017 adalah seperti berikut. Ada 6 produk semunya
.
Dan setiap satu akan membantu ibu hamil & bayi dalam rahim berkembang dengan khasiat yang mencukupi
.
set mengandung shaklee untuk gastrik
Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang fungsi & kelebihan setiap produk di dalam set mengandung Shaklee, puan boleh klik setiap link di bawah

  1. Vitalea Shaklee 
  2. ESP Shaklee 
  3. Vitamin C Shaklee 
  4. Ostematrix Shaklee 
  5. Omega guard Shaklee 
  6. Vitamin B complex Shaklee 
.
Jika puan memerlukan bantuan
.
Dan ada banyak soalan yang masih belum terjawab
.
Jangan segan segan untuk Whatsap Maznee di 019 265 3791
.
Insyaallah semua soalan akan di jawab sebaiknya
.
Untuk mencuba produk, bertanyakan harga dan konsultasi percuma ini,sila hubungi saya di:

.
 Whatsupp / SMS: 

019-2653791 atau  0192663791 
Maznee Azmi
ID Shaklee: 963860
.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at hargasetbersalin.blogspot.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.
.
Selamat mencuba, dan kongsikan pandangan anda disini.

Ingat selalu untuk lakukan pemeriksaan kehamilan dengan doktor puan.

Sekiranya puan perlukan bantuan dalam memilih produk kesihatan yang sesuai diambil semasa mengandung untuk mengawal gastrik, boleh hubungi saya.

Whatsapp / SMS Mazni di 019 2653791

Bertemu lagi di lain masa.

0 Response to "Gastrik ketika hamil? Atasi pedih ulu hati dgn 7 Makanan ini!"

Catat Ulasan

⛔⛔TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ⛔⛔

🌼🌺🌸 Maznee memang rajin membalas komen bonda semua. TOP 10 Pengomen terbanyak akan dipaparkan di Kanan blog ini! Dapat backlink lagi. πŸ˜‰ 🌸🌺🌼
.
Selamat bersilaturahim πŸŒ„