27 Cara Atasi Morning sickness semasa mengandung dengan rawatan semulajadi

27 Cara Pemulihan Semulajadi Untuk Morning Sickness Ketika Hamil. Mana Satu Pilihan Anda?


Assalamu'alaikum Wrmbth, Apa khabar ibu hamil semua? Masih ada alahan mengandung lagi?

Masih ada ya.

Sesuai sekali.

Kali ini kita akan berkongsi tentang keadaan yang menghantui ibu ibu mengandung setiap pagi.

Iaitu Morning sickness.

Kita semua tidak sukakanya. Siapalah yang suka lesu & letih, tak selera makan & muntah muntah semasa mengandung kan? Amalkan set mengandung shaklee untuk kurangkan morning sickness
.
Set mengandung shaklee 2017


Alahan hamil aka Morning sickness semasa mengandung adalah disebabkan oleh:

  1. Perubahan hormon
  2. Kekurangan vitamin
  3. Gula darah rendah
  4. Sensitif terhadap bau yang kuat contohnya bau ayam.
  5. Kurang bersenam
  6. Keletihan
  7. Tekanan
  8. Kebimbangan tentang kehamilan. 

Siapakah yang lebih mudah menghidap Morning sickness?

Ia lebih mudah berlaku sekiranya

  1. Hamil anak pertama
  2. Kemungkinan untuk mengandung anak perempuan
  3. Mengandung anak kembar

Berapa lama biasanya morning sickness berpanjangan?

Walaupun tempoh mengalami morning sickness tidak sama antara ibu hamil.

Tetapi pada kebiasaannya, ia akan paling buruk dialami antara 6 dan minggu ke-12 kehamilan.

Bermakna sepanjang trimester 1.

Tetapi ada yang boleh bertahan lebih lama lagi.

Lebih lama?

Ya, ada ibu hamil yang mengalaminya sepanjang 9 bulan kehamilan. 

9 bulan?

Lamanya.
9 bulan seperti ini setiap hari? 

Berita baiknya ialah, ada tips dan petua yang puan boleh amalkan  amalan ibu mengandung sepanjang 9 bulan kehamilan untuk mengurangkan morning sickness.

Beruntunglah ibu yang tidak mengalami morning sickness. Tetapi kita semua ada bahagian masing masing.

Ada yang Allah uji dengan bacaan paras gula yang tinggi. Sampai kena diabetis GDM semasa hamil

Apabila puan menghidap kencing manis, besar kemungkinan saiz bayi akan besar. Sehingga timbul stretch mark / selulit pada perut & peha di trimester ketiga.

Ada pula yang mengalami gatal gatal kulit & badan sepanjang mengandung. Tak lena tidur dibuatnya.

Kalau kita bekerja, memang gundah gulana jadinya hidup kita.

Mujur jika suami rajin menolong di rumah.

Kami akan membantu puan cara semulajadi yang berkesan sebagai langkah proaktif untuk cergas tanpa morning sickness.

Selain 27 cara ini, puan juga boleh mengamalkan surah ad dhuha dalam kehidupan yang mempunyai banyak kelebihan. Sebagai motivasi untuk kekal positif.


27 Penawar semulajadi untuk membantu mengawal morning sickness semasa hamil. Mana satu pilihan puan?


Berikut adalah beberapa ubat semula jadi yang kami kumpulkan untuk membantu ibu hamil seperti puan

1. Mengambil vitamin bcomplex


Vitamin B yang diambil setiap hari , telah terbukti mempunyai kesan yang ketara dalam mengurangkan atau menghentikan loya dan muntah-muntah.

Vitamin bcomplex juga dapat membantu puan mengatasi masalah tidak selera makan semasa hamil.

Memang elok.

2. Meningkatkan pengambilan zat besi. 

Ambil makanan yang kaya dengan Gunakan B-kompleks dan zat besi.

Puan juga digalakkan mengambil makanan tambahan untuk memastikan bekalan harian dipenuhi.

Macam mana nak makan dengan cukup kan?

Makan sikit dah keluar semula. Terpaksalah ambil suplemen ibu mengandung untuk kurangkan morning sickness. Contoh terbaik ialah set wanita hamil shaklee.
.
Dalam ni ada set produk shaklee yang bagus untuk khasiat anak dan ibu mengandung. ESP Shaklee untuk ibu hamil memang kegemaran Maznee.
.
Badan rasa segar je makan set ni.


3. Pastikan bekalan zink harian dipenuhi.

Cukupkan keperluan zink tambahan untuk puan dan bayi, 25 mg setiap hari. 

Makanlah sayur sayuran yang kaya dengan mineral ini.

Jika perlu, ambil suplemen zink.

4. Makan ekstrak yis. 

Ekstrak yis tinggi kandungan vitamin B, dan dimakan bersama bijirin seperti beras perang.

5. Minum teh herba


Menghirup teh teh herba tertentu seperti daun raspberry, pudina, atau teh jintan manis dapat membantu puan mengurangkan morning sickness.


6. Teh Halia

Potong atau parut beberapa akar halia dan tuangkan air panas ke atasnya, kemudian minum sebagai teh.

7. Ambil akar halia dalam bentuk kapsul.


9. Hisap gula gula halia.


10. Membuat sapuan perut sendiri! 

Gunakan 1 setitik minyak pudina untuk 3 titik minyak kamomil. 

Minyak pudina dan kamomil sangat memberi kelegaan ... Letakkan pada tuala panas lembap, dan gosok perut puan.

11. Makan snek yang kaya dengan protein sebelum tidur.

Snek yang kaya dengan protein akan membekalkan puan tenaga yang diperlukan badan sepanjang badan berehat.

Puan akan bangun tidur lebih bertenaga.

Elakkan makanan berlemak & tinggi kandungan garam kerana ia akan meningkatkan risiko darah tinggi semasa hamil.

Ambil makanan yang sesuai ya puan.

12. Keluar beriadah 


Pergi keluar berjalan-jalan atau menikmati senaman ringan untuk melegakan gangguan hormon.

Pakailah pakaian yang selesa untuk keluar beriadah. Contohnya jubah mengandung muslimah kegemaran puan.

13. Biskut ditepi katil

Pastikan puan letakkan beberapa bungkus biskut ditepi katil dan makan beberapa keping sebelum bangun dari tidur pada waktu pagi.

14. Kurangkan makanan yang menyebabkan rasa loya

Elakkan makanan pedas, bergoreng, kaya, lemak, dan makanan berminyak. 

Puan juga digalakkan untuk mengelak minuman berkafein atau pemanis tiruan.

Kafein bukan sahaja tidak baik untuk puan semasa hamil, ia akan merendahkan hb darah.

Dan menghalang penyerapan zat besi.  

Yang menyebabkan anemia.

Kafein juga menghalang penyerapan  vitamin & mineral penting lain. 

Kekurangan khasiat akan menyebabkan masalah lain timbul seperti rambut gugur dengan banyak & lain lain.


15. Bangun dari katil perlahan-lahan.

Pergerakan yang mendadak akan memudahkan kita berasa loya & mudah muntah.

16. Dapatkan banyak udara segar.

Menghirup udara segar akan menjadikan badan kita lebih bertenaga & memberikan kelegaan minda.

17. Dapatkan kesegaran pudian

Menghisap gula gula pudina. Atau masukkan daun pudina ke dalam teh puan.

20. Jus kegemaran anda di tepi katil


Letakkan jus epal disebelah katil puan dan minum jus ini sekiranya terjaga di  malam hari. Ini akan membantu menjaga paras gula darah stabil.


21. Gelang motion sickness


Saya tahu, ini agak aneh kedengaran. Tetapi gelang motion sickness telah lama di gunakan oleh pelaut untuk mengurangkan mabuk laut.

Dan ia juga berguna untuk ibu hamil dengan morning sickness.

Gunakan gelang motion sickness / mabuk di pergelangan tangan ke mana-mana saja puan pergi.


22. Makan 5-6 kali hidangan kecil setiap hari

Makan dengan kerap setiap beberapa jam sepanjang hari. 

Ini akan memastikan puan mempunyai keseimbangan karbohidrat dan protein untuk mengekalkan bacaan gula dalam darah yang sihat.

23. Menghisap beberapa titik jus lemon.


24. Ambil masa untuk diri sendiri

Cuba untuk dapatkan rehat yang cukup setiap hari! 

Badan yang lebih letih akan membuatkan rasa loya lebih teruk.

25. Minum air limau.

26. Kunyah jintan manis.


27. Minum air secukupnya

Penuhi keperluan air harian puan setiap hari.

Jika meminum air masih tidak menghilangkan loya, cuba makan airkrim dari jus buah semulajadi.

Boleh buat sendiri.

Sedapnya.

Tamat sudah perkongsian tips ini. Semoga bermanfaat. Boleh baca lebih lanjut lagi 

Kongsikan pengalaman & pandangan puan di ruangan komen. :)




20 Responses to "27 Cara Atasi Morning sickness semasa mengandung dengan rawatan semulajadi"

  1. Balasan
    1. Terima kasih singgah puan Mai.
      .
      Semoga tips tips ini memberi manfaat kepada ibu hamil untuk kurangkan loya & muntah muntah semasa mengandung πŸ˜ƒ Dapat kurangkan morning sickness

      Padam
  2. Memang besar pengorbanan seorang ibu. Kalau saya, 3 bln baru dpt stop morning sickness ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul puan mis mirror πŸ˜‚ selalunya habis trimester 1 baru hilang alahan dan loya mengandung ni.
      .
      Trimester kedua dah datang balik selera makan. Kena kawal pula kencing manis dan gula πŸ˜ƒ banyak betul pantangnya

      Padam
  3. sy 4 bulan nak msuk 5 baru ok sikit, klu tidak mcm2 bau tak boleh, bau perfume pun tak leh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puan Zie Azie mengandung 4 5 bulan baru hilang morning sickness ya? πŸ˜‰ dah masuk trimester 2 badan dan baby dah kuat. Lama juga nak kena sabar dengan alahan ni kan

      Padam
  4. ada ke yang x pernah alami morning sickness.. sangat beruntung la.. yg pasal cafein tu maksudnya semua cafein dari kopi.. aka brand dari nescafe, indocafe.. macam tu ke,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kafein memang doktor dan nurse larang masa mengandung. Nanti hb hemoglobin kita turun boleh kena anemia. πŸ˜ƒ
      .
      Ada mak mak mengandung yang rezekinya tak kena alahan hamil. Ini pun nikmat juga Allah bagi. Kalau dah kena ada tips dan petua yang kita boleh cuba untuk kurangkan. 😍

      Padam
  5. kesian tengok isteri-isteri yang alami morning sickness sampaikan kita pun tak lalu nak makan...

    dalam gambar tu tengok wanita mengandung jogging tak pernah jumpa lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang joging tu orang putih. Mungkin maknya dah biasa exercise dari muda. πŸ˜ƒ Maznee pun tak pernah jumpa

      Padam
  6. saya masa mengandung anak no 2, teruk mabuk
    masa tu tak jumpa pula tips gini...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puan Yana Yanj teruk mabuk mengandung mana anak no 2 ya. πŸ˜‰ Lepas ni anak no 3 boleh cuba. Insyaallah

      Padam
  7. Masa kakak pregnant dulu susah nak dpt tips macam ini
    Maklumlah masa tu blog pun tak ada lagi. Sekarang google apa aje ada senang
    Macam yg Maz bagi ni amat baik utk mereka yg memerlukannya.
    Bagus.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk mak mak sekarang sebab maklumat dihujung jari saja πŸ˜ƒ nak cari insyaallah jumpa πŸ˜ƒ
      .
      Semoga bermanfaat cara mengatasi morning sickness ini untuk ibu hamil 😘

      Padam
  8. tang muntah2 tu yg tak tahan tu..
    redha je la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul puan Haslynda. Kena redha lah Allah bagi bahagian kita macam ni. Usaha seiring jalan. Setiap penyakit ada ubatnya

      Insyaallah morning sickness pun ada ubat penawarnya πŸ˜„πŸ˜Š

      Padam
  9. nice sharing
    mcm mcm boleh dibuat kan

    ppstt: maaf batu berkesempatan singgah ke sini. salam kenal dr saya. su..

    terima kasih juga atas doa yg dikirimkan buat my pakngah. tapi Allah lebih sayangkan arwah. arwqh meninggal malam jumaat jam 11:11 malm.arwah selamat dikebumikan pada pagi jumaat lepas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga Arwah tergolong dalam golongan orang beriman. Amin πŸ˜ƒ

      Padam
  10. saya tengah mengandung ni simester1 tuhan saja yang tahu betapa teruk alahan saya..bukn sahaja tak boleh bangun makn pun tak boleh..itupun makan sedikit sahaja ..semoga tips ni dapat kurangkan morning siksness sya������

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul puan πŸ˜€
      .
      Maznee doakan puan solehah sihat semasa mengandung ni
      .
      Semoga hilang morning sickness tu
      .
      Dan makin cergas ya

      Padam

⛔⛔TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ⛔⛔

🌼🌺🌸 Maznee memang rajin membalas komen bonda semua. πŸ˜‰ Insyaallah akan lawati blog cik puan & bonda semula.🌸🌺🌼
.
Selamat bersilaturahim πŸŒ„