Maznee Azmi . Pengedar Shaklee pilihan hati. Yakin . Mesra . Berpengalaman

10 Cara Mudah Mencegah Stretch Mark Semasa Mengandung! Mesti Cuba

7 Cara Mudah untuk Mencegah Stretch Mark Semasa Mengandung!

Assalamu'alaikum Wrmbth, Apa khabar puan. Semoga puan terus sihat semasa hamil. Berhati hati dengan virus zika terutama bagi ibu hamil ya.


.
Set mengandung shaklee 2017
.
Sekarang sedang musim virus zika. 

Hari ini, kita akan berkongsi tentang stretch mark aka selulit semasa hamil.

.
Set berpantang shaklee 2017
.

Kita dan semua ibu mengandung tidak menyukainya .... Namun, kita diberitahu yang tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan mengenainya. 

Kerana stretch mark semasa hamil dikatakan berpunca dari genetik. 

Genetik?

Samada puan mengalaminya semasa hamil atau pun tidak. 

Walaupun begitu, saya kurang bersetuju dengan kenyataan ini.

Disebabkan itu, saya berpendapat mesti ada perkara yang boleh dilakukan untuk mencegah stretch mark ketika mengandung. 

Mungkin kulit sesetengah ibu hamil lebih elastik dan boleh meregang lebih daripada puan.

Sebab itu mereka tidak ada stretch mark.

Tetapi jika puan secara genetik berisiko mengalami stretch mark, masih ada sesuatu yang puan boleh lakukan.

Semasa hamil juga, banyak masalah boleh berlaku kepada kulit anda. Antara yang paling kerap ialah kegatalan kulit badan semasa mengandung.



Apabila Stretch mark berlaku, walaupun kelihatan tidak cantik, kita terpaksa menanggungnya. 

Jika puan bernasib baik untuk mempunyai kulit yang anjal, Mungkin kita tidak akan mendapat stretch mark, betul ke? 

Tak semestinya. 

Sudah tentu ada sesuatu yang boleh dilakukan puan untuk mencegah stretch mark.

Iaitu jika kita boleh membantu menambahkan keanjalan kulit. 

Jadi bagaimana kita melakukannya?

7 Cara untuk menambahkan keanjalan kulit supaya tiada stretch mark ketika hamil.

Waktu mengandung, banyak perkara yang boleh dilakukan oleh seorang ibu untuk anaknya.


Selain mengamalkan doa doa yang baik semasa mengandung untuk amalan rohani.


Puan juga digalakkan menjaga kesihatan fizikal.


Jadi apakah 10 perkara yang puan boleh lakukan untuk mencegah stretch mark semasa mengandung.

1. Gelatin dari sumber tumbuhan (Lebih terjamin halal)


Gelatin adalah cara yang baik untuk mencegah stretch mark. 

Pembentukan kolagen adalah penting dalam meningkatkan keanjalan kulit kita. 

Dalam usaha untuk meningkatkan pembentukan kulit kolagen puan, kita boleh makan gelatin untuk mendapatkan lebih banyak kolagen daripada diet seharian. 

Nama lain untuk kolagen adalah gelatin. 

Malangnya, bagi wanita moden dan bekerjaya seperti puan, diet harian kita kurang mengandungi gelatin. 

Kurang ya?

Ya, memang kurang.

Jadi bagaimana boleh mendapatkan mendapatkan lebih gelatin dalam diet harian mereka?

Disini kami berikan beberapa contoh untuk puan.

  1. Membuat sup tulang. Puan boleh minum sup tulang begitu sahaja setiap pagi. Atau menggunakannya untuk membuat kuah, sup, dan sos. Gunakan juga ia untuk memasak nasi. Rasanya memang sedap.
  2. Puan juga boleh menggunakan serbuk gelatin. Tambahkan serbuk gelatin kedalam minuman dan ia tidak akan memejal. 
Tips ini mudah untuk diamalkan, terutama sekali sekiranya puan kurang selera makan semasa mengandung.

Meminum sup sangat bagus, kerana banyak vitamin yang larut didalam lemak. Jadi badan puan dapat khasiat darinya sedikit sebanyak

Tulang juga kaya dengan kalsium.

Antara mineral penting untuk puan dan bayi semasa hamil.

7 Kebaikan gelatin dalam diet harian kita

Gelatin bukan sahaja membantu meningkatkan keanjalan kulit ia juga mempunyai banyak faedah lain yang termasuklah: 
  1. bertambah penyembuhan luka
  2. Tidur yang lebih baik
  3. Meningkatkan sensitiviti insulin
  4. Melawan kerosakan radikal bebas, yang menyebabkan kanser.
  5. Menggalakkan kesihatan sistem penghadaman.
  6. Mengurangkan keradangan usus
  7. Dan mengurangkan sakit sendi.


2. Cukupkan pengambilan air harian / Penghidratan


Air sangat penting untuk badan kita.

Apatah lagi untuk ibu hamil.

Pastikan badan kita sentiasa terhidrat dan cukup air.

Semasa mengandung, jumlah darah dalam badan puan semakin meningkat.

Dan badan puan sedang membina sebuah tangki air yang besar untuk bayi didalam rahim. 

Badan kita memerlukan lebih air semasa hamil. 

Pengambilan air secukupnya semasa hamil penting untuk mengawal paras gula semasa mengandung.


Dan mengekalkan fungsi badan ditahap optimum.

Kulit puan juga memerlukan air yang cukup untuk keanjalan kulit yang optimum. 

Adalah disyorkan untuk puan bagi mendapatkan 8-12 gelas air setiap hari. 

Banyaknya air nak kena minum.

Tak mengapa puan.

Minumlah air sedikit demi sedikit sepanjang hari.

Insyaallah, tak banyak pun.

Bagimana untuk kita tahu sama ada pengambilan air telah pun cukup untuk keperluan badan?

Beri perhatian kepada tanda tanda penting dehidrasi seperti 
  1. bibir kering 
  2. Sakit tekak. 
  3. Letih
  4. Sakit kepala
  5. Kurang tumpuan.


3. Minyak Kelapa untuk elakkan stretch marks semasa hamil


Puan boleh menggunakan losyen minyak kelapa atau kelapa dara sepanjang kehamilan pertama untuk memastikan kulit perut lembap. 

Kenapa nak guna minyak kelapa?

Khasiat minyak kelapa berupaya untuk menyuburkan kulit telah pun diketahui (terutamanya di kawasan tropika) selama berabad-abad lamanya. 

Mujur minyak kelapa mudah didapati di Malaysia kan? 

Wah, memang terbaik kan.

Lagipun, asli & semulajadi.

Selamat.

Apa yang ada dalam minyak kelapa?

Minyak kelapa penuh dengan asid lemak tepu yang terdiri terutamanya daripada asid lemak rantaian sederhana. 

Jenis asid lemak ini tidak mudah teroksida, dan kerana ini tidak berbahaya untuk puan.

Ia mengelakkan kerosakan radikal bebas. 

Radikal bebas penyebab kanser kan?

Ya puan, tepat sekali.

Jadi, gunakanlah minyak kelapa sebagai pelembap yang selamat untuk kulit puan.

Bagusnya.

Apalagi khasiat minyak kelapa?

Minyak kelapa dara juga kaya dengan omega 3 yang berkhasiat untuk pembentukan jantung, mata dan minda bayi yang pintar.
Minyak habbatus sauda juga kaya dengan omega 3.

Sekiranya puan risaukan tentang pelbagai masalah yang melanda, amalkan doa minta dimudahkan urusan yang dibaca oleh Ummu Salamah (Ummul Mukminin.. Salah seorang isteri Rasulullah SAW)

Pastikan, minyak ini disediakan melalui kaedah perahan sejuk.

Supaya khasiatnya benar benar terbaik.


Minyak kelapa mudah digunakan. 

Puan hanya perlu sapu pada kulit yang meregang semasa hamil. 

Ia sangat baik digunakan selepas mandi untuk mengekalkan kelembapan kulit. 

Puan juga boleh buat campuran minyak kelapa bersama lilin lebah. 

Campuran ini membantu memastikan minyak kelapa ada di tempatnya sehingga ia diserap ke dalam kulit.

4. Ambil Vitamin C sepanjang kehamilan untuk mengelakkan stretch mark


Badan kita menggunakan Vitamin C untuk membentuk kolagen dibawah kulit dan tulang rawan. 

Vitamin C juga amat berkesan untuk mengurangkan kerosakan radikal bebas. 

Radikal bebas mengambil kolagen dan elastin. 

Adalah yang terbaik untuk puan mendapatkan Vitamin C dari sumber makanan semula jadi.

Vitamin c yang cukup membantu menguatkan imunisasi ibu. Ini akan mengelakkan simptom kekurangannya seperti keputihan pada ibu hamil & mudah demam selesema.

Jika puan sibuk & risaukan pengambilan vitamin c yang tidak mencukupi, ambillah  dari makanan tambahan. 

Apa contoh makanan yang banyak vitamin c?

Antara makanan yang tinggi vitamin C termasuklah
  1. Lada benggala merah dan hijau (capsicum)
  2. Jambu batu (sangat tinggi vita c berbanding limau, oren dan buah citrus yang lain)
  3. Kale
  4. Dan brokoli. 

Pengambilan makanan yang seimbang semasa hamil, terutama sekali semasa hujung trimester 2 & seterusnya. Ini dapat membantu puan elak kencing manis ketika hamil.

5. Rawatan stretch marks menggunakan minyak


Minyak minyak yang bermanfaat untuk selulit minyak zaitun & minyak Vitamin E

Minyak yang mengandungi Vitamin E boleh membantu puan meningkatkan keanjalan kulit.


Semestinya ini akan membantu mencegah stretch mark terutama di kawasan perut puan semasa trimester kedua dan ketiga.


Satu lagi tips untuk puan, pada akhir kehamilan sangat sesuai menggunakan pakaian yang labuh & selesa. Saya cadangkan puan pakai jubah ibu mengandung seperti abaya.


Elakkan pakaian yang ketat, kerana ia akan menyebabkan rasa panas & tidak selesa.


Pakaian yang labuh bukan saja sejuk, ia membolehkan peredaran udara berlaku & membuatkan kulit kita lebih sihat.


Canggihnya ajaran islam kerana bersesuaian dengan fitrah manusia.


Nikmat Tuhan yang mana telah engkau dustakan?

6. Dapatkan mineral Zink secukupnya

Zink adalah unsur yang diperlukan badan dalam kuantiti kecil.

Sungguhpun begitu, ia sangat penting untuk keseimbangan hormon dan kesihatan.


Ini termasuklah untuk kulit.


Kekurangan mineral zink adalah salah satu sebab utama untuk berlaku stretch mark. 


Peranan zink sangat penting untuk kulit.


Ia digunakan badan dalam pembentukan kolagen untuk kulit yang cantik.


Dan juga mengandungi ciri-ciri antioksidan.

Macam mana nak dapatkan zink secukupnya?

Mineral ini didapati dengan banyaknya di dalam 



  1. Ayam
  2. Kambing
  3. Daging lembu
  4. Telur
  5. Kekacang 
  6. Dan bijirin penuh.
Boleh dapatkan rujukan lanjut disini.


7. Makan untuk Keanjalan Kulit


Cara kita makan secara keseluruhannya sangat mempengaruhi kesihatan kulit.

Makanan yang baik untuk keanjalan kulit adalah makan makanan yang kaya dengan 



  1. Kolagen (seperti yang telah kita bincangkan diatas) termasuk sup tulang dan gelatin.
  2. Makan sayur-sayuran organik dan tanaman tempatan. 
  3. Makan minyak hati ikan kod. 
Selesai sudah 7 cara diatas.

Amalan pemakanan yang sihat semasa hamil bukan hanya baik untuk keanjalan kulit tetapi juga untuk kesuburan dan bayi yang sihat. Mudah untuk puan mengamalkan set penjagaan kulit cantik Shaklee sepanjang kehamilan.


Diharap 7 tips diatas ini dapat membantu puan mengelakkan atau sekurang kurangnya mengurangkan stretch mark yang terbentuk.


Kongsikan pengalaman anda dibawah.


Insyaallah, berjumpa lagi di lain masa

4 Responses to "10 Cara Mudah Mencegah Stretch Mark Semasa Mengandung! Mesti Cuba"

  1. ada cara rupanya hilangkan stretch mark

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mesgilah ada tuan. Isteri tuan dan ramai lagi ibu hamil kat luar sana mengalami masalah stretch mark semasa mengandung.

      Selulit memang tak cantik. Kulit nampak merekah dan hilang serinya. Puncanya sebab kolagen bawah kulit putus.

      Nak elakkan boleh. Cuba tips dan petua diatas untuk wanita mengandung.

      Insyaallah boleh cuba 😍

      Padam
  2. Shaklee vitamin c dan e dengar khabar elok jugakan untuk rawat stretch mark?
    http://mellyacrayola.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Vitamin c dan vitamin e memang bagus untuk kulit yang cantik dan hilangkan parut dan stretch marks

      Tapi masa wanita mengandung, vita e tak boleh makan banyak. Sebab kurang sesuai πŸ˜‰

      Padam

⛔⛔TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ⛔⛔

🌼🌺🌸 Maznee memang rajin membalas komen bonda semua. πŸ˜‰ Insyaallah akan lawati blog cik puan & bonda semula.🌸🌺🌼
.
Selamat bersilaturahim πŸŒ„