5 Tips Minum Air Gula Tak Muntah Untuk Ujian Kencing Manis Semasa Mengandung

5 Tips Minum Air Gula Tak Muntah Untuk Ujian Kencing Manis Semasa Mengandung


Assalamu'alaikum Wrmbth, masa checkup dengan doktor, antara perkara yang kita paling tak suka ialah kena minum air gula.



Minum untuk uji samada kita ada menghidap kencing manis atau tidak semasa mengandung.
.
Set mengandung shaklee 2017
.
Dari ujian ini, doktor akan ambil bacaan paras gula darah. Ada saya ulas lebih lanjut disini.

Kali ini kami nak kongsikan tips untuk minum air gula.

Eleh, apa susah sangat minum air gulakan?

Haha.


Kalau air gula tu berperisa memang sedap lah puan. Siap letak air batu dan kordial lagi kan.

Ini air gula pekat.
Mujur sekarang ni sudah ada air gula berperisa. Tapi tak semua hospital ada

Mahu kembang tekak nak menghabiskan satu cawan tu.

Oleh itu, banyakkanlah berdoa semasa hamil agar Allah swt berikan kesihatan dan kekuatan. Insyaallah

Disini kami akan kongsikan tips untuk minum air gula. Supaya

  1. Tekak puan tak kembang
  2. Keputusan ujian lebih tepat

Tips minum air gula untuk ujian kencing manis

1. Kosongkan perut sebelum minum air gula. 


Waktu yang sesuai untuk kosongkan perut ialah jam 10 malam. Sebelum jam 10 malam, makan je apa yang nak di makan.

2. Minum semasa haus

Kita akan lebih mudah minum air gula dalam keadaan dahaga dan lapar. Sebab itulah kena start puasa jam 10 malam.

3. Teknik minum yang betul

Tarik nafas dan minum sekali teguk je. Jangan minum perlahan-lahan kerana ini akan buat kita rasa loya.

4. Tahan nafas

Minum sambil tahan nafas tau supaya tidak berbau.

5. Minum tanpa bertangguh

Minum semasa air gula masih suam sebabnya air gula pada masa tu masih tidak terlalu likat.

Untuk yang nak pergi minum air gula tu, bolehlah amalkan tips ini. Semoga perkongsian tips ini membantu serba sedikit ibu-ibu mengandung diluar sana. Boleh baca sini untuk maklumat lanjut

13 Responses to "5 Tips Minum Air Gula Tak Muntah Untuk Ujian Kencing Manis Semasa Mengandung"

  1. air gula kat klinik putrajay perisa blackcurent pastu sejuk lak tu.. sekali telan jer, sedap...hahaa.. yang penting set minda kita kearah +ve kalau nak minum air gula..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oooo, ada air gula perisa blackcurrent ya sis DKNA. Makin syok pula minum air gula masa hamil ni ya kalau air berperisa :)
      .
      Hehe

      Padam
    2. Kalau dh minum air perisa n sejuk xyah berpikiran positif dh..minum je haha..layan ke siapa yg xd perisa n suam2 kuku tu

      Padam
  2. minum air gula..kalau minum kopi atau oren bergula pergh...sedap tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Minum air manis memang sedap tuan Hanafi. Minum air bergula untuk ujian diabetes masa mengandung. Mimpi ngeri ibu ibu hamil tau. :)

      Padam
  3. Pernah isteri minum..kesian..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Isteri tuan pernah minum ya. Moga moga tak kena GDM tu. Banyak kesan negatif

      Padam
  4. ha.. ha... dulu akak pun kena.. tapi tuler memang seksa...

    psss... thanks singgah blog akak walaupun harini jer akak baru dapat balas kunjungan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih singgah sis Cho Zila. Singgah kemari πŸ˜„ selamat bercuti ya.


      Setiap ibu hamil, ada pengalaman sendiri minum air gula πŸ˜ƒ

      Padam
  5. sma cam petua nk mkn ubat..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betullah tu. Asalkan kita tak loya dengan ubat tu. Kena minum cepat cepat πŸ˜ƒ

      Padam
  6. Buat ibu2 la yang merasanya kaum lelaki tak merasa camner minum air gua.. bertabahlah wahai ibu.. info dan tip yang berguna..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab tu ada dikatakan, anak lelaki yang baik & sayang ibunya akan menjadi suami yang baik di kemudian hari.

      Betullah sabda rasulullah saw. Ibumu ibumu ibumu

      Baru ayah πŸ˜ƒ

      Padam

⛔⛔TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ⛔⛔

🌼🌺🌸 Maznee memang rajin membalas komen bonda semua. πŸ˜‰ Insyaallah akan lawati blog cik puan & bonda semula.🌸🌺🌼
.
Selamat bersilaturahim πŸŒ„