Virus Zika | Apa yang ibu hamil patut tahu tentang bahaya nya?

Apakah Yang Semua Wanita Hamil Perlu Tahu Tentang Virus Zika?


Assalamu'alaikum Wrmbth puan, kecoh baru baru ini tentang virus zika.

Penyakit bawaan nyamuk ini boleh mengancam kesihatan bayi dalam kandungan puan. 

Berikut adalah apa yang Puan perlu tahu tentang virus Zika dan bahaya kepada ibu hamil.

Jika Puan sedang hamil atau sedang merancang untuk hamil, virus Zika mungkin kebimbangan utama di dalam fikiran puan sekarang.

Dan puan mesti ada alasan yang baik untuk itu.

Virus ini adalah bawaan nyamuk dan telah menjadi tajuk utama kebanyakan akhbar kerana risiko buruk untuk wanita hamil dan bayi dalam kandungan.

Terutama pada sukan olimpik di Brazil lepas.

Zika telah muncul lebih setahun yang lalu di Amerika Selatan dan Brazil telah telah menjejaskan beribu-ribu bayi mengalami kecacatan kelahiran yang teruk.

Antara kecacatan yang di sebabkan oleh virus ini ialah kerosakan otak, yang berlaku dalam rahim ibu hamil yang dijangkiti virus itu. 

Dan kini  ia telah merebak ke lebih daripada tiga dozen negara dan baru-baru ini kes pertama telah di kesan di Klang Selangor.

Selepas pesakit tersebut melawat anaknya yang menetap di Singapura.

Pesakit pertama virus zika di Malaysia ini telahpun meninggal dunia.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Virus itu mungkin merebak lagi ke seluruh dunia.

Jika Puan sedang merancang untuk mengandung, penting untuk melengkapkan diri dengan maklumat dan info terkini.

Ini adalah apa yang Puan perlu tahu tentang virus zika:

Apakah Zika virus?


Virus zika adalah penyakit bawaan serangga yang terutamanya disebarkan oleh nyamuk Aedes yang dijangkiti.

Jenis nyamuk yang sama yang membawa denggi dan demam kuning. 

Nama virus ini berasal dari Hutan Zika di Uganda di mana virus ini pertama kali ditemui pada monyet dengan yang dijangkiti pada tahun 1947.

Mengapakah ia berbahaya kepada ibu hamil dan orang ramai?


Bagi orang-orang biasa yang agak menghidap jangkitan virus Zika, tanda tanda yang dialami sangat sedikit. 

Sukar dikesan.

Dan tidak berapa membimbangkan pada orang biasa.

Tetapi bagi wanita hamil, kesannya sangat serius, dan boleh menyebabkan 
  1. Keguguran atau 
  2. Bayi yang dilahirkan dengan saiz kepala & otak yang luar biasa kecil.
Keadaan ini dikenali sebagai microcephaly.

Microcephaly boleh dikaitkan dengan 
  1. kelewatan perkembangan bayi
  2. terencat akal
  3. sawan
  4. Dan dalam beberapa kes boleh membawa maut.


Hanya baru-baru, ancaman virus Zika dikaitkan dengan risiko besar kepada ibu hamil & janin.

Namun, masih terdapat banyak yang tidak diketahui tentang bagaimana jangkitan pada wanita hamil akan diwariskan kepada janin di dalam rahim ibunya.

Walaupun virus Zika akan kekal di dalam darah orang yang dijangkiti untuk beberapa hari sehingga seminggu, tidak ada bukti semasa yang menunjukkan ia menimbulkan risiko kecacatan kelahiran pada kehamilan akan datang. 

Dan Virus Zika tidak akan menyebabkan jangkitan pada bayi yang yang dikandungkan oleh ibu yang telah sembuh dari penyakit ini. Boleh rujuk disini

Bagaimanakah Virus Zika berjangkit?


  1. Virus Zika akan merebak melalui gigitan nyamuk yang dijangkiti. Apabila nyamuk menghisap darah dari seseorang yang telah dijangkiti, serangga itu sendiri dijangkiti dan kemudian menyebarkannya dengan menggigit orang lain.
  2. Virus ini juga mudah tersebar melalui perhubungan intim lelaki dan wanita. Bermakna seks bebas menggalakkan penularan wabak ini. Memang besar hikmahnya Allah swt mengharamkan hubungan intim selain daripada suami isteri.
  3. Virus ini juga boleh berjangkit dari ibu kepada bayi semasa kehamilan atau sekitar masa kelahiran. Perhatikan tanda tanda bersalin semakin hampir.



Apakah tanda tanda untuk mengesan samada puan telah dijangkiti Virus Zika?


Jangkitan Zika adalah sama dengan kes ringan selesema dan mungkin termasuk gejala seperti 
  1. demam
  2. sakit kepala
  3. ruam
  4. sakit badan, 
  5. dan konjunktivitis (mata merah jambu). 


Gejala boleh berlarutan selama beberapa hari hingga seminggu. 

Hanya 1 daripada 5 orang yang dijangkiti dengan virus Zika sebenarnya akan jatuh sakit.


Bagaimana cara untuk mengurangkan risiko dijangkiti virus zika semasa hamil?


Walaupun masih banyak yang belum diketahui mengenai virus zika, berikut kami berikan beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko jangkitan:

  1. Isteri hamil perlu berhati-hati untuk untuk melakukan hubungan intim dengan suami yang baru pulang dari kawasan yang terjejas oleh Zika. 
  2. Suami perlu menggunakan kondom semasa hubungan intim untuk mengurangkan risiko jangkitan.
  3. Menangguhkan perjalanan ke kawasan yang terjejas. 
Jika perjalanan tidak dapat dielakkan, mengambil setiap langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan gigitan nyamuk, termasuklah:

  1. Memakai baju berlengan dan seluar panjang, dan bukannya seluar pendek. Pakailah jubah ibu mengandung yang labuh & berwarna cerah. Nyamuk sukakan warna gelap.
  2. Menggunakan ubat semburan serangga yang selamat untuk wanita hamil
  3. Merawat pakaian dengan permethrin, sejenis racun serangga


Ibu hamil dalam mana-mana trimester dan pasangan yang merancang untuk hamil perlu berbincang dengan doktor sebelum ke kawasan-kawasan panas.

Semoga tips tips ini dapat membantu puan bersiap sedia menghadapi setiap kemungkinan.

Insyaallah.

0 Response to "Virus Zika | Apa yang ibu hamil patut tahu tentang bahaya nya?"

Catat Ulasan

⛔⛔TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ⛔⛔

🌼🌺🌸 Maznee memang rajin membalas komen bonda semua. πŸ˜‰ Insyaallah akan lawati blog cik puan & bonda semula.🌸🌺🌼
.
Selamat bersilaturahim πŸŒ„