Maznee Azmi . Pengedar Shaklee pilihan hati. Yakin . Mesra . Berpengalaman

Kisah Peladang Jagung Yang Hebat & Pengajaran Menjadi Hebat Berjaya Dalam Hidup

Kisah peladang jagung yang hebat ini mengajar rahsia berjaya dalam hidup

Maznee pernah baca, 2 nikmat yang sering dilupakan. Waktu lapang & kesihatan. 😣
.
😅 Zaman ekonomi meleset kite mesti kerja kuat. Tapi, Kena hujan demam. Senang selesema. Dah macam maggi. Kena air kembang 😂
.
Ajaibnya, rahsia kesihatan & nak berjaya dalam hidup telah ditemui dalam kisah si peladang jagung yang berjaya. Kisahnya begini.
.
😮 Bonda semua pernah dengar, banyak pengajaran hidup & ilmu keibubapaan dalam cerita ini? 
.
Di suatu kampung, tinggal seorang peladang jagung berjaya. Jagungnya manis dan bagus rupanya. 😉 Menjadi sebutan rakyat jelata. Kalau buat pertandingan pun, mesti jagungnya dari ladangnya yang menang tiap tahun.
.
Maka, hairanlah ramai orang diluar sana. Apa rahsia baka jagung peladang ini begitu manis & sedap berkali kali. 😃 Sekali gigit terangkat kaki. Memang sedap sangat & digemari.
.
Anak anak 2 tahun yang tak ada selera makan sebab sibuk bermain pun boleh datang kembali selera melihat kegebuan jagung encik peladang yang haibat ni.
.
Bonda bonda yang sedang kelepet kelesuan angkara morning sickness pun sibuk memujuk abam somi.
.
Supaya belanja 10 tongkol jagung untuk santapan anak dalam perut tu. Banyak vitamin untuk keperluan ibu mengandung.
.
Waduh waduh, sampai sedap sekali jagung manis peladang ni. 
.
Apabila ditanya rahsianya, peladang itu tidak lokek berkongsi ilmunya. Apa rahsianya?
.

Jawapannya sangat mengejutkan. Rahsianya ialah dengan berkongsi benih terbaik dari ladangnya kepada jiran jiran & peladang lain. 😂
.
Hairan bukan, biasanya mahagaru silat & kungfu serta syarikat besar akan menyembunyikan resepi rahsia. Tetapi peladang ini berkongsi benih terbaik kepada semua orang. 😮 
.
Bukankah semua orang lain akan dapat juga menanamnya? Jadi jagungnya tidak lagi istimewa.
.
Rupanya, cara berfikir ini salah. 😇 Dengan memberi & berkongsi dengan semua orang di sekitarnya, debunga berkualiti dari bunga jagung akan disebarkan disekeliling kawasan & termasuklah ladang peladang ini.
.
Tak mungkin jagung peladang ini akan kekal terbaik & manis kalau benih disekelilingnya tidak berkualiti. 😍
.
Tamat kisahnya. Jadi, rahsia kejayaan adalah banyakkan memberi. Beri masa, tenaga & budi. Kita tak boleh berjaya seorang diri. Persekitaran yang baik akan menjadikan kita lebih baik.
.
Kalau kita nak anak berjaya, kawan kawan anak kita juga mestilah berjaya sama 😁 kalau kita nak sihat, kawan kawan kita mestilah sihat sama.
Sebab tu Maznee pilih untuk kongsikan tips kesihatan, pemakanan vitamin shaklee & keibubapaan kepada bonda bonda semua. 
.
Jika bonda & anak anak sihat dan berjaya. 😃 Insyaallah keluarga Maznee pun akan sihat & berjaya juga.
.
Seoarang mukmin adalah cerminan mukmin yang lain. 😄 Dengan siapa kita berkawan, apa yang kita makan & fb siapa kita follow & baca bakal menentukan siapa diri kita dimasa akan datang.
.
Selamat makan tengahari semua. 💖 Jika bonda belajar sesuatu dari perkongsian ini, mohon like & share pada suami isteri & kawan kawan. Inilah "benih jagung terbaik" peladang yang kita kongsikan kepada jiran jiran.
.
Insyaallah, kebaikannya akan pulang pada kita tanpa disedari 😎

8 Responses to "Kisah Peladang Jagung Yang Hebat & Pengajaran Menjadi Hebat Berjaya Dalam Hidup"

  1. Setuju sangatt. Kena banyak memberi kalau nak berjaya. Sama jgak kalau bab belajar, kalau kita rajin kongsikan ilmu kita. Makin brtambah2 ilmu kita dan orang lain jgak. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyallah, sama sama kita teruskan memberi. Insyaallah Allah akan pulangkan semula pada kita dari cara yang kita tak dapat bayangkan

      Padam
  2. Agreed!. Sebab tu kena pilih2 apa yg kita nak hadap dan baca hari2 (fb, tv dsbnya).. sbb ia memberi pengaruh besar pemikiran kita.

    BalasPadam
  3. Terinspirasi sgt dengan cerita ni, macam tu jugalah pelajar, semakin kita berkongsi ilmu semakin luas pengetahuan kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, bila belajar lagi selalu kita berkongsi dan beramal dengan ilmu tersebut. Semakin meresap dan sebati dengan jiwa kita.

      Insyaallah akan beroleh keberkatan

      Padam
  4. Sebab itulah tak rugi memberi ilmu
    Apa lagi kalau diamalkan.
    Semakin banyak dikongsi semakin banyak yg tahu kebaikannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, beri ilmu pun dapat pahala sampai bila bila. Asalkan orang amalkan ilmu tersebut.

      Padam

⛔⛔TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ⛔⛔

🌼🌺🌸 Maznee memang rajin membalas komen bonda semua. 😉 Insyaallah akan lawati blog cik puan & bonda semula.🌸🌺🌼
.
Selamat bersilaturahim 🌄