Maznee Azmi . Pengedar Shaklee pilihan hati. Yakin . Mesra . Berpengalaman

5 Tips Untuk Kekal Sihat Cergas & Cantik. Hidup Lebih Bermakna

5 Tips Untuk Kekal Sihat Cergas & Cantik. Hidup Lebih Bermakna

.
Kalau kita pergi klinik sekarang ni, ramai yang demam. 😷 Dari mak ayah sampai anak anak. Ramai orang stress sekarang ni, inflasi. Barang mahal & gaji tak naik. ❎ Jadi ramai buat 2 kerja.
.
tips untuk kekal sihat cergas cantik

Kesannya, ramai yang demam & tak sihat. Macam mana kuat bekerja, badan bertenaga & tanpa jatuh sakit sebab terlalu letih. 😴 Tips untuk kekal sihat cergas & cantik?
.
Boleh ke? Cuba beberapa tips ni untuk cara hidup sihat.
.

5 Cara mudah untuk lebih sihat & ceria menikmati kehidupan

.

☑ Sarapan mesti makan lebih & berkhasiat.

.
Orang putih suruh makan sarapan macam raja tau. Maknanya makan berkhasiat & mengenyangkan. 🍞 Kesan sarapan yang baik, badan ada tenaga lebih. Ambil makanan yang berserat supaya kenyang lama.πŸ‰
.
Saintis buat kajian tau, siapa makan sarapan cukup. Selera makan sepanjang hari akan menurun. Tak adalah rase lapar sangat.😡
.
Memakan buah buahan & sayur secara kerap akan membersihkan usus kita & merendahkan risiko untuk selalu tak sihat. 
.
Serat dalam buah & sayuran akan membersihkan dinding usus & toksin dari dalam badan.
.
Seeloknya kita galakkan anak anak untuk makan sayur & buah dari kecil. Supaya mereka membesar dengan sihat.
.
Apabila zat dari makanan diserap sepenuhnya, anak anak pun tak ada masalah tiada selera makan. Cergas & jarang demam. Insyaallah.
.

☑ Elakkan minum minuman berkafein semasa sarapan.

.
Kopi teh nescafe dan milo. Ramai suke minum. Bagi bertenaga. Tapi kan, kafein ni ganggu penghadaman & penyerapan zat penting dari makanan. ☕🍡
.
Bila badan tak serap semua rugilah kan. Tu yang badan jadi lesu & letih je lepas kesan kafein hilang. Kita pulak ambil lagi minuman berkafein ni nak bagi hilang ngantuk.
.
Dalam satu kajian yang dilakukan, minum teh & makan serentak menyingkirkan 89% zat besi. Cuba bayangkan kalau kita lakukan bertahun tahun lamanya.
.
Mesti badan rasa lesu tak bermaya.
.
Kalau buat jangka pendek memang tak nampak kesan. Jangka masa panjang, mulalah datang penyakit. Mungkin ada yang tak setuju.😬
.
Tak apalah, ini pendapat masing masing. Badan kita, tanggungjawab kita untuk jaga.
.
Kekurangan zat besi juga dapat dilihat melalui banyaknya rambut yang gugur semasa disikat setiap hari.
.
Ramai ibu yang tanya Maznee pasal hb rendah semase mengandung, badan tak naik naik, selera makan tak ada, dah kawen 2 3 tahun susah dapat anak. 
.
Bila kami sembang panjang, persamaannya ialah mereka semua suka minuman berkafein. Bukan salah pun nak minum.
.
Minum sederhana. Bukan tiap hari tiap waktu. Hehe. Habis kalau tak boleh minum tu nak minum apa?
.
Banyakkan minum air suam. Susu ke. Tak pun minum ESP shaklee. Bancuh waktu pagi, kenyang sampai tengahari. Sebab apa? Ia berserat & kaya zat besi. 
.

☑ Tidur sebentar masa rehat.

.
Tidur qailullah yang dibuat waktu tengahari selama 5 ke 10 minit akan bantu caj semula tenaga kita. Memang power naplah. πŸͺ⏰
.
Nabi kita pun selalu amalkan, dapat pahala tau kalau niat ikut sunnah. Dah lah badan cergas, pahala pun dapat.
.

☑ Ambil makanan tambahan

.
Orang dulu dulu, kerja pakai tenaga tulang 4 kerat. Mereka makan ulam & jamu. Akar kayu & sebagainya.
.
Ulam pun belum tentu bersih dari racun serangga. Tak macam zaman dulu. Tumbuh meliar tinggal petik je.
.
Banyakkan makan buah. Asyik makan sayur je. Makan buah pun sedap. 🍎
.
Sekarang dah moden. Tak payah susah nak rebus akar kayu. Nak makan suplemen banyak dipasaran.
.
Yang penting ada halal dulu. Kemudian pilih yang selamat jangka masa panjang. Tak de kesan sampingan. 🍝 Keluarga Mazni amalkan vitamin shaklee. Dah lebih 4 tahun pakai. Ada kawan tu dah makan 20 tahun.
.
Masa mula mula makan pun sebab hamil anak no 2. Set mengandung shaklee bantu Maznee untuk lebih cergas nak pergi kerja jauh setiap hari.
.
Orang kerja ni susah sikit nak jaga makan, sebab tu Mazni & suami makan 1 bj vitalea shaklee 🌈 setiap hari untuk topup vitamin & mineral penting diperlukan badan. 
.
Sihat lagi. Awet muda pulak tu. Kalau tak selamat mesti dah sakit kan.
.

☑ Sedikit sebanyak kena bersenam

.
Tak payah susah susah. Pergi parking jauh sikit dari tempat kerja. Jalan kaki. Ataupun lepas kerja, jalan kaki pergi surau & masjid. 
.
Tak pun hujung minggu bawa anak anak ke taman permainan. Kat shah alam ni, nak syok boleh pergi taman tasik shah alam. 🚴🚡
.
Lagi best pergi taman botanik. Berbukit bukau. Nak naik basikal pun boleh. Memang sah keluar peluh. 
.
Semua orang kena bersenam tau. Ibu mengandung pun digalakkan bersenam supaya mudah bersalin. Selain makan set bersalin terbaik di pasaran.
.
Alhamdulillah dah habis perkongsian kami. Insyaallah, mana yang baik ikut. Yang tak setuju tu tak apa. Yang penting, kita jaga kesihatan.
.
Insyaallah
.
#TipsBonda #VitaminMazni #ShakleePower

2 Responses to "5 Tips Untuk Kekal Sihat Cergas & Cantik. Hidup Lebih Bermakna"

  1. alamak Unni sllu minu kafein time breakfst.. kena elak lepas ni.. thks perkongsian :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak, kena ubah masa minum teh dan minuman berkafein yang lain tu unni 😍

      Barulah lebih sihat & cantik kukit tu

      Padam

⛔⛔TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ⛔⛔

🌼🌺🌸 Maznee memang rajin membalas komen bonda semua. πŸ˜‰ Insyaallah akan lawati blog cik puan & bonda semula.🌸🌺🌼
.
Selamat bersilaturahim πŸŒ„