Cara Buat Susu Badam. Kebaikan Almond Milk Untuk Kesihatan

Cara Buat Susu Badam. Kebaikan Almond Milk Untuk Kesihatan

.
Baru tadi, puan Ainul Mardhiah minta cara buat susu badam yang betul. Bagus minum masa sarapan untuk sihat. Caranya mudah saja. 
.

Alang alang seorang minta, kita kongsi pada semua bonda terus. Sama sama dapat manfaat. 
.
Almond milk ni boleh gantikan teh & minuman berkafein lain semasa sarapan. Banyak khasiat macam omega 3 untuk badan kuat.
.
Boleh tambah macam macam buah seperti delima yang terkenal dengan khasiatnya.
.
.
Caranya ambil cawan, isikan 1 / 4 atau suku cawan tersebut dengan badam yang telah dicuci. 
.
Dan masukkan ke dalam peti ais untuk disejukkan. Biarkan semalaman. Memang kena rendam dalam air ya.
.
Keesokan paginya, saiz badam akan berubah sedikit. Nampak lebih gemuk sebab dah menyerap air. Masuk dalam blender, tambah secubit garam & esen vanila.
.
Blend bersama air dalam cawan tadi.
.
Serat badam tu kita boleh tapis kalau mahu. Tak nak tapis pun tak apa. Bagus untuk dimakan. 
.
Psst. Hampas badam tu boleh buat skrub muka tau. Nak bagi kulit bersih. Wow. Banyak kegunaannya.
.
Nak sedap boleh tambah buah buahan. Kurma & kismis pun boleh. Rasanya lemak lemak. Nak manis boleh tambah madu juga. Ikut kegemaran masing masing.
.
Nak bagi tahan simpan dalam peti ais. Tahan 3 hari. Susu badam bagus untuk kesihatan. Cubalah amalkan, cuma badam ni mahal. Cuba beli kat kedai jual barang buat kek.
.
Beli banyak murah sikit.
.
Selamat mencuba. Bolehlah minum awal pagi semasa sarapan, sambil sambil makan vitamin shaklee tu.
.
Jika bonda belajar sesuatu dari perkongsian ini, boleh #Like & #Share pada kawan kawan & saudara. Dapat pahala, hari jumaat ni kan elok sedekah.

0 Response to "Cara Buat Susu Badam. Kebaikan Almond Milk Untuk Kesihatan"

Catat Ulasan

⛔⛔TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ⛔⛔

🌼🌺🌸 Maznee memang rajin membalas komen bonda semua. πŸ˜‰ Insyaallah akan lawati blog cik puan & bonda semula.🌸🌺🌼
.
Selamat bersilaturahim πŸŒ„