Maznee Azmi . Pengedar Shaklee pilihan hati. Yakin . Mesra . Berpengalaman

Cara mengelakkan sifat sombong & memupuk sifat tawaduk

Cara mengelakkan sifat sombong & memupuk sifat tawaduk

.
Assalamualaikum wrmbth, selamat pagi semua. 
.

😍 Dalam satu majlis ilmu yang Maznee hadiri, ada di kongsi 3 cara untuk mendapat sifat tawaduk & mengelakkan sombong dalam diri. πŸ˜ƒ
.

Kenapa penting untuk kita elakkan sifat sombong dalam diri?

.
 Jawapannya mudah sahaja. Sifat sombong bukan untuk kita hamba Allah. Sifat ini hanya layak untuk Allah swt.
.
Orang yang sombong lebih mudah merasa diri bagus & senang memutuskan silaturahim. Punca rezeki tersekat & sangkut.
.
Walaupun dikalangan adik beradik sendiri, mesti ada yang susah & senang. Yang senang tak semestinya sombong. Kerana kunci kepada murahnya rezeki adalah sedekah menolong adik beradik yang susah.
.
Barulah hati rasa tenang & badan kekal sihat. Insyaallah.
.
Sebab itu elok sangat untuk kita pupuk sifat tawaduk. Mereka yang ada secebis sifat sombong dalam diri akan dibakar didalam neraka kelak.
.
Bila dah bersih baru dibenarkan masuk kedalam syurga.
.
Balik pada cara untuk mengelakkan sombong & mendapat sifat tawaduk (merendahkan diri)
.

3 Cara memupuk sifat tawaduk

.
  1. πŸ“£ Mendahului memberi salam
  2. πŸ“£ Duduk di tempat yang lebih rendah dari sepatutnya (Maknanya tak kisah pun nak duduk di tempat vvip. Tempat orang biasa & kelas ekonomi pun boleh)
  3. πŸ“£ Menjauhi sifat kemunafikan & mengejar kemasyhuran

.
Dan ada di kongsikan juga, nak berjaya dunia akhirat dan mulia disisi Allah perlu bertahajud. 
.
😢 Disaat manusia sedang lena diulit mimpi. Kita bangun sepertiga akhir malam.
.
Mendirikan solat & baca al quran. Dan banyakkan berdoa. Semoga Allah pelihara bonda & semua keturunan kita. Golongkan kita semua dalam golongan yang istimewa ini. 😍
.
Orang barat pun dah ramai bangun awal pagi tau untuk berjaya. Dalam rancangan khawater, hosnya pernah bercerita pengalamannya bangun awal pagi. 
.
πŸ˜“ Jika kita digalakkan penuhi masa dengan ibadat.
.
Tapi mereka di barat sanggup bangun awal pagi untuk bersenam & membawa anjing bersiar siar ditaman. πŸ˜‚ 
.
Bayangkan, mereka sanggup bangun pagi untuk bersenam & bawa binatang peliharaan mereka. Tapi kita tak sanggup bangun awal pagi untuk allah?
.
Morning ritual apakah yang kita amalkan bonda semua?
.
Selamat pagi bonda semua. Allahumma zida ilma ilman warzuqna fahman. Wa jaalana minal mujahidin. 
.
Amin

2 Responses to "Cara mengelakkan sifat sombong & memupuk sifat tawaduk"

  1. nice sharing
    semoga kita mampu mengekalkan sifat tawaduk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaallah πŸ˜ƒ sama sama mencari keredhaan Allah πŸ˜‰

      Padam

⛔⛔TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ⛔⛔

🌼🌺🌸 Maznee memang rajin membalas komen bonda semua. πŸ˜‰ Insyaallah akan lawati blog cik puan & bonda semula.🌸🌺🌼
.
Selamat bersilaturahim πŸŒ„