Khasiat Daun Pokok Semambu Bukan Untuk Demam Campak & Cacar Air Saja

Khasiat Daun Pokok Semambu. Bukan untuk Demam campak & cacar air saja


Alamdulillah, Suami Maznee berjaya dapat benih pokok semambu dari kawan berbangsa india πŸ˜„ Lama cari. Terus bagi kat ayah mertua nak tanam kat halaman rumah. 😍
.
Kaum india memang tau khasiat pokok semambu ni. Mereka panggil pokok neem. Dalam ubat gigi pun ada yang letak sebagai herba tambahan. Salah satu pokok bermanfaat untuk perubatan ayurveda. 
.
πŸ˜ƒ Selalunya bonda & abi cari pokok ni masa anak demam campak & cacar.
.
Daunnya baik untuk halau kutu & penyakit kulit macam panau & kurap. 
.
Cikgu anak Maznee ada kata, binatang bisa tak datang dekat rumah yang ada tanam pokok ni. Wallahualam 😊. Semua tu dengan izin Allah.
.
Tapi sebenarnya banyak lagi khasiat pokok semambu ni. Dari daun, dahan, bunga & buahnya semua ada gunaπŸ˜†
.
Antara khasiat pokok semambu atau neem ialah


πŸ“£ Bagus untuk ibu bersalin


.
Penggunaan jus daun neem/ semambu kepada wanita yang hendak bersalin πŸ‘Ά πŸ‘Άsebelum kelahiran dapat mengwujudkan kontraksi normal pada rahim dan dapat menggelakkan kemungkinan keradangan. 
.
Ia juga membetulkan pergerakkan perut dan mengawal demam πŸ‘© dan dengan itu membantu bersalin secara normal. 
.
Menggunakan air suam rebusan daun semambu untuk membasuh faraj dapat menyembuhkan luka akibat dari bersalin πŸ‘± dan menggelakkan jangkitan dalam lorong faraj. Tapi lagi senang makan set bersalin shaklee di pasaran untuk ibu pantang.
.

πŸ“£ Elok untuk atasi masalah rambut gugur

.
Membasuh rambut dengan air rebusan daun Semambu dapat menghalang rambut dari gugur atau hilang. 😭
.
Ianya bukan sahaja dapat mengelakkan rambut dari gugur malah ianya membantu penumbuhan rambut. πŸ‘©πŸ‘©πŸ‘±Sangat bagus untuk wanita yang ada masalah keguguran rambut
.
Kalau bonda perasan, ada syampoo yang menggunakan daun neem  atau semambu dalam ramuannya. Sangat sesuai digunakan wanita bertudung yang ada masalah rambut gugur.
.
Penggunaan minyak neem/Semambu juga dapat menghapuskan serangga/kutu dikepala.πŸ˜…
.
πŸ“£ Sangat bagus untuk sakit kulit
.
Bahagian pokok neem dapat digunakan untuk mengubati sakit kulit. πŸ˜‚
.
Daun semambu digunakan atau disapu dibahagian luaran sangat berkesan kepada penyakit kulit. πŸ˜…
.
Terutamanya bisul, ulser kronik, letusan cacar (smallpox), kudis sifilis, bengkak kelenjar dan luka. 
.
Ianya boleh digunakan secara tuam, rebusan atau sapuan. Biasanya kita hantar anak anak pergi tadika & nurseri senang nak jangkit sakit kulit ni.
.
Memang susah nak baik sebab persekitaran kotor kat nurseri. 
.
Cakap pasal kesihatan kulit, bonda semua boleh dapatkan kulit yang cantik dengan pemakanan yang sihat. Contohnya dengan pengambilan set kecantikan kulit shaklee.

Elok tanam pokok neem kat halaman. Cuma saiznya boleh jadi besar. Kena tengok laman kita cukup ruang atau tak.
.
Pun begitu. Harus diingat, kena ada ilmu nak guna pokok ni. Banyak mudarat kalau diambil secara salah. Boleh rosakkan buah pinggang & hati. 
.
Wanita hamil pun tak sesuai guna sebab boleh sebabkan keguguran. Nak sihat bertenaga masa berbadan dua, makan set mengandung shaklee dari trimester 1 2 & 3 ☺ Rekemen selamat
.
πŸ˜… Kanak kanak pun kena hati hati sebab pengambilan yang salah berbahaya. Baca disini untuk rujukan lanjut
.
Kita usaha nak sihat. Makan vitamin shaklee untuk kesihatan dalaman sekeluarga. Pokok herba tanam pula keliling rumah. 😎 Moga bila masanya datang, kita dah bersedia.
.
Bukankah mukmin yang kuat lebih disayangi Allah swt. Dan bukankah hikmah itu barang yang tercicir dari umat islam. ☺ Kita kutip & ambil manfaat jika terjumpa.
.
Insyaallah. Salam jumaat. 
.
Jika bonda belajar sesuatu dari pos ini, mohon #Like & #Share kawan keluarga & saudara. Sama sama sebarkan kebaikan. 😍 Ilmu & pahala dapat berlipat ganda. Alhamdulillah

2 Responses to "Khasiat Daun Pokok Semambu Bukan Untuk Demam Campak & Cacar Air Saja"

  1. dulu kat rumah saya pun ada pokok ni..
    tapi sekarang dah mati...
    mmg mujarab

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alahai. Sayangnya puan Haslinda. Banyak manfaat pokok semambu ni πŸ˜ƒ

      Tanam la lagi. Hehe

      Padam

⛔⛔TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ⛔⛔

🌼🌺🌸 Maznee memang rajin membalas komen bonda semua. πŸ˜‰ Insyaallah akan lawati blog cik puan & bonda semula.🌸🌺🌼
.
Selamat bersilaturahim πŸŒ„