7 Cara Nak Kurus Dengan Minum Air Kosong. Mudah & Berkesan!

7 Cara Nak Kurus Dengan Minum Air Kosong Untuk Kuruskan Badan & Kesihatan πŸ˜πŸ’ž

.
Betul ke minum air kosong boleh kurus? Dah lah murah, senang pula dapat. πŸ˜‰ Ada orang takut benar nak minum air. Gemuk air katanya.
.
cara nak kurus badan dengan air kosong
.
Mesti poning kepala kan? Semua tak boleh. Abis tu apa yang betulnya.
.
😁 Sebenarnya, air memang bagus sebagai cara nak kuruskan badan.
.
Hari ni Maznee nak kongsikan cara yang betul untuk kurus. Hanya dengan minum air saja.
.
Bonda sudah bersedia? 
.

Bagaimana tips kuruskan badan dengan minum air?

.

1. Kerap minum air kosong

.
Bila bonda minum air kosong, macam kita tambah minyak pada api. Makin banyak makanan dibakar.
.
Bonda juga akan rasa lebih kenyang & mengurangkan selera makan.
.
Tak adalah nak mengidam je. πŸ˜‚
.
Kajian menunjukkan jika bonda minum 500ml air boleh meningkatkan metabolisme sebanyak 24% dan 30%.
.
Sepantas 90 minit selepas mengambilnya! Memang badan cepat kurus
.
Patutlah digalakkan, bangun tidur je terus minum air masak. Nanti masa kita sarapan, enjin perut dah panas bakar lemak & makanan. 🐯
.
Bagi ibu menyusu badan, memang elok banyak minum air kosong. πŸ˜† Susu ibu jadi banyak. Dan bonda pun lebih mudah kurus 😍
.
Wau bestnya, kan best dapat 2 perkara serentak. πŸ˜‰
.

2. Gantikan air manis kepada air kosong.

Air yang bergula mengandungi kalori. lagi banyak kalori bonda ambil.
.
Lebih mudah untuk berat naik. 
.
Risiko untuk kita menghidap kencing manis makin tinggi. Apa lagi masa mengandung kan.
.
Nanti baby besar. Kena bersalin czer. Memang kena pantang bersalin betul betul. Bahaya tau.
.
Dah terpaksa minum air gula masa mengandung.
.
Kalau dah terpaksa bersalin czer. Kena pula beli produk bersalin yang sesuai untuk ceaser. Mahal tau.
.
Nak pakai bengkung masa pantang pun susah nanti.
.
Selepas ini, tiap kali kita makan, biasakan diri minum air kosong sahaja.
.
Cuba bayangkan berapa banyak kalori kita berjaya elakkan.
.
Sikit sikit lama lama jadi bukit.
.

3. Minum air kosong 30 minit sebelum makan

.
Tips ni paling mudah jika bonda bekerja. 30 minit sebelum lunch. Minum lah air kosong. πŸ’»
.
Dengan tips mudah ini, kita rangsang perut untuk bakar lebih banyak tenaga.
.
Cuba minum air dengan setiap kali sebelum waktu makan. πŸ›
.
Ada kajian lain menunjukkan  orang-orang yang mengamalkannya, boleh kehilangan 44% berat badan dalam tempoh 12 minggu berbanding orang yang tidak amalkan meminum air kosong sebelum makan.
.
Wow, 44% lebih tinggi.
.
Banyak benar tu.
.
Jadi lepas ni, bolehlah kita letakkan air kosong atas meja di pejabat tu. 
.
πŸ˜‰ Maznee rekemen bonda beli bekas air yang cantik cantik warna warni macam aiskrim paddlepop rainbow tu. 
.
Haa~~ Baru semangat nak ngabiskan air tu.
.
Kepada cik adik manis yang dah dekat tarikh perkahwinan, cubalah tips ni πŸ˜„
.
Berat yang ideal akan mudahkan kita untuk hamil & lebih subur. Boleh juga makan suplement untuk subur Shaklee.
.
Barulah haid kita cantik & on time. Berat badan sangat mempengaruhi haid yang teratur.
.

4. Minum air & makan sarapan sebelum jam 9 pagi setiap hari

.
Sebelum jam 9 pagi, perut kita akan bakar lebih cekap.
.
Kebanyakan makanan yang bonda makan akan ditukar kepada tenaga.
.
Sebab itu bagus untuk makan sarapan awal. Maznee sarankan bonda belajar cara makan sarapan yang betul disini.
.
Berat badan akan kurang lebih cepat. Atau pun lebih mudah untuk kawal kenaikan berat badan.
.
Bonda tak akan hairan lagi, kenapa tiap hari makan sikit pun berat naik.
.
Maznee selalu kongsi dengan kawan kawan yang makan set kurus shaklee untuk minum air kosong dengan kerap. Supaya badan kita kurus lebih cepat. 🍴
.

5. Minum air sejuk lebih baik dari air panas

.
Ramai yang keliru, katanya kalau minum air sejuk masa makan berat akan naik.
.
Betul.
.
Memang berat akan naik kalau minum berulam makan.
.
Nak kurus dengan minum air sejuk, minum air sejuk SEBELUM makan.
.
Macam tips tadi, 30 minit sebelum rehat. Minumlah air sejuk dulu.
.
Bukan saja menyegarkan badan. 
.

6. Campurkan air kosong dengan lemon

.
Lemon berkuasa untuk membakar lebih banyak lemak. Dan banyak lagi manfaat lemon untuk kesihatan bonda sekeluarga.
.
Tak perlu pakai sebiji pun.
.
Bawa satu botol air dari rumah, dan masukkan satu hirisan lemon ke dalamnya.
.
Baunya menyegarkan.


7. Tambahkan serbuk kayu manis dalam air minuman

.
Serbuk kayu manis bukan saja berbau wangi & memberikan aroma yang menyelerakan pada makanan.
.
Malah ia juga merangsang badan untuk kurus.
.
Maznee memang dah blend kayu manis di rumah. Dan taburkan sedikit kedalam minuman & makanan.
.
Dari kajian Maznee, orang putih memang tahu khasiat kayu manis ni.
.
Rugi kalau kita tak buat. Harganya murah & mudah dijumpai.
.
Tips ini sangat sesuai digunakan oleh bonda yang menghidap kencing manis. Dan selalu monitor bacaan gula dalam darah.
.
Kayu manis akan membantu mengawal bacaan gula dari naik mendadak & juga turun mendadak.
.
Ibu yang ada diabetis semasa mengandung aka GDM elok masukkan serbuk kayu manis / cinnamon dalam diet harian ya. Jadikan ia salah satu amalan makanan untuk wanita hamil.
.
Terbaik kan?
.
Alhamdulillah, cukup sudah 7 cara kurus dengan cepat dengan hanya minum air.
.

Ok bonda, Maznee nak ucapkan selamat makan tengahari. πŸ˜‰ Dah berapa gelas air kosong minum hari ni?

6 Responses to "7 Cara Nak Kurus Dengan Minum Air Kosong. Mudah & Berkesan!"

  1. Betullah kayu manis tu murah aje
    Kalau malas sangat nak blend/tumbuk beli yg serbuk pun ada
    Tapi kakak belum pernah buat masuk dlm minuman tu Maz.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kayu manis ni sedap kalau kak zakie tambah dalam minuman coklat. Bau & rasa dia naik.
      .
      Memang best tau.
      .
      Minum masa panas panas. Cuma letak sikit jelah kak.Dalam secubit atau 1 sudu kecil je

      Padam
  2. Memang kena banyakkan minum air kosong kan untuk turun kan berat badan. Heheh 😊 Baru tahu yang serbuk kayu manis ni ada banyak khasiat jugak. Boleh lah letak dalam minuman lepas ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah sis Inani. Kayu manis tu memang menyerupai hormon insulin.
      .
      Bantu kawal kandungan gula dalam darah kita.
      .
      Kalau Inani suka makan makan kat luar. Terutama lepas gaji. Rajin rajinlah amalkan kayu manis ni

      Padam
  3. Balasan
    1. Sama sama tuan Lokman.
      .
      Terima kasih singgah ke mari.

      Padam

⛔⛔TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ⛔⛔

🌼🌺🌸 Maznee memang rajin membalas komen bonda semua. πŸ˜‰ Insyaallah akan lawati blog cik puan & bonda semula.🌸🌺🌼
.
Selamat bersilaturahim πŸŒ„