Maznee Azmi . Pengedar Shaklee pilihan hati. Yakin . Mesra . Berpengalaman

Resepi Coklat Kacang Panggang Rangup. Anak Suka & Berkhasiat. Lebih 1600 likes & 800 shares

Resepi Coklat Kacang Panggang Rangup. Anak Suka & Berkhasiat.

.
πŸ‘Ά Pening kepala anak anak suka makan manis & tak berkhasiat? Sampai anak tak ada selera makan.
.
Maznee nak share cara best & jimat. Buat coklat sendiri yang sedap berkhasiat. 😍 Anak anak & atuk nenek pun suke tau. 😘 Bahan bahannya tak banyak. Kebanyakannya ada di rumah.
.
πŸ˜‰ Cek gambar ya. Penerangan Maznee dah tambah disetiap gambar. Klik gambar untuk cara caranya πŸ˜ƒ


Ini hasil yang dah siap. Cantikkan rupa akhirnya. 😍😍 Rangup & sedap. Kenapa lagi sihat kalau bonda buat sendiri? 
.
Satu sebab kita boleh pilih sendiri jenis coklat yang nak digunakan. πŸ˜„
.
Nak pakai dark chocolate boleh. Pakai milk chocolate & white chocolate pun boleh. πŸ˜ƒ Kali ni Maznee coklat gelap (dark). Kurang gula.
.
Ada kajian kata, makan coklat gelap semasa sarapan bantu untuk kuruskan badan. Sebab tolong ikat selera kita.

Coklat gelap juga sangat kaya dengan zat besi untuk badan yang cergas & bertenaga. Nak tahu badan kita cukup zat besi senang saja. Cek tapak tangan. Merah atau pucat. Ibu mengandung sangat perlu zat besi untuk elakkan hb rendah semasa hamil
.
Selain tapak tangan, cuba perhatikan rambut ibu banyak tak gugur masa mengandung. Ini pun tanda kekurangan zat besi.
.
Badan kita akan rasa cepat penat. Lesu & lembik. Sampai senang benar jatuh demam & selesema. Resdung & keputihan pun senang kena waktu hamil ataupun tidak.
.
Ok, balik kepada resepi  coklat kacang kita.
.
Kacang pula Maznee pakai kacang tanah. Nak pakai badam pun boleh. Terpulang ikut selera kita. Kalau bonda sedang hamil, tambah kacang badam
.
Coklat gelap ni kaya zat besi, badam pula kaya omega 3. 2 ni makanan bagus untuk ibu mengandung.
.
Dan yang paling Maznee suka, coklat gelap ni memang banyak antioksidan. Badan kita perlu sangat untuk cegah kanser. Antioksida & serat penting untuk bersihkan usus yang kotor & buang toksin.
.
Selain coklat, antioksidan ada banyak dalam buah buahan berwarna terang. Itu yang Shaklee hasilkan rumusan jus buah antioksidan vivix Shaklee untuk awet muda & kesihatan menyeluruh.
.
Banyak khasiat diperlukan oleh ibu hamil & bayi dalam rahim semasa hamil. Dulu Maznee makan set ibu mengandung shaklee
.
😊 Maznee beli badam tu nak buat susu badam. (Kalau nak tahu caranya cuba cek wall Maznee ok?)
.
Ataupun tekan butang #Follow / #Ikuti supaya bonda tak ketinggalan resepi sihat & tips keaihatan keluarga 😍 Banyak ilmu untuk bonda bijak

 Ok, ini bahan bahannya. Dalam gambar ni ada kacang tanah mentah. Kacang badam mentah.
.
Dan coklat gelap. πŸ˜ƒ Pastry tu tak perlu. Maznee beli untuk projek lain. Hehe. Nanti Maznee share ok. Kalai bonda tak nak ketinggalan, tekan butang #Follow / #Ikuti . Banyak tips sedap & menarik pasal kesihatan keluarga.
.
Kalau buat lebih, boleh sedekah sikit pada jiran sebelah rumah. Tak pun bagi pada ibu bapa & adik beradik. Murah rezeki tau tolong adik beradik ni.
.
 Kacang tanah mentah tu kena panggang dulu. 😍😍 Barulah rangup. Maznee tak goreng sebab berminyak.
.
Kalau sangan atas kuali pun boleh. Tapi bonda kena rajin kodek kodek selalu. πŸ˜… Supaya kacang masak sekata.
.
Nak senang masuk oven. Macam dalam gambar ni. πŸ˜‰ Letak suhu 200 darjah celcius. Panaskan atas bawah.
.
Setiap 10 minit Maznee cek kacang & gaul. Supaya masak sekata. 😘
.
😏 Macam mana nak tahu kacang dah masak sempurna? Masa beli tu warnanya putih pucat.
.
Apabila kacang dah masak, warnanya bertukar coklat cair. Cepat cepat angkat dari oven.
.
πŸ˜‚ Sebab kalau lambat nanti hangit. Pahit tak sedap.
.
Lepas angkat sejukkan dulu. Boleh cuba kunyah. Memang rangup. Anak anak Maznee suka makan macam ni saja. πŸ˜ƒ
.
Lagi elok dari makan jajan kan. Lagipun rasanya lemak. Tak masin sebab tak tambah gula
.
Ini rupa kacang tanah yang dah sempurna di panggang dalam oven πŸ˜ƒ. 
.
 Selalu kita pening, nak letak acuan kat mana? Nak beli lagi kena keluar duit kan. Buat nak susah. πŸ˜…
.
Pakai je acuan air batu yang boleh twist tu. Nak keluarkan coklat lepas keras pun senang. πŸ˜ƒ
.
Masukkan kacang yang dah dipanggang tadi ke dalam setiap petak. Kalau suka kacang, boleh letak lebih. Anak anak Maznee suka kacang. ☺
.
Jadi letak macam gambar tu. Nanti bila dah siram coklat. Bila kita makan tu, rasa kacang & kerangupannya terserlah. Hehe
.
Coklat yang kita nak cairkan tu boleh kena gunakan kaedah double boiling. πŸ˜ƒ Tapi Maznee pakai foil ni untuk buat piping beg sendiri.
.
Mana mana cara pun boleh. Asalkan coklat tu dah cair nanti senang nak tuang dalam acuan ais tu
.
 Selepas coklat dah cair, tuang dalam setiap acuan coklat. Pastikan paras coklat tu sama. πŸ˜ƒ
.
Akan ada udara terperangkap, jadi selepas selesai bonda isikan coklat disetiap acuan. 
.
Hentak ringan berulang kali acuan ni. Supaya kita dapat bebaskan udara terperangkap tu. πŸ˜ƒ
.
Baru lawa coklat kita. Jangan hentak kuat sangat ya. Nanti tercampak semua isi tu.
.
Suami pula ingat kita tengah bergaduh kat dapur. πŸ˜‚
.
.
Masukkan ke dalam freezer selama 30 minit untuk pastikan coklat dah mengeras sempurna. πŸ˜ƒ Dah boleh telangkupkan.
.
Anak anak mesti suka. Kalau nak pelbagaikan pun boleh. Tukar kacang pada kismis, kurma & lain lain.
.
Selepas siap ni. Maznee dapat lebih kurang 1 kg coklat kacang pada kos rm30.
.
Jauh lebih jimat dari beli kat luar kan. Kalau bonda suka tutorial macam ni, dan tak mahu ketinggalan tips menarik, tekan butang #Follow / #Ikuti ya. πŸ˜‰
.
Maznee suka kongsi tips kesihatan & keluarga bahagia. Ada ilmu kita kongsi. Walaupun sikit tapi berkat.
.
Pahala pun dapat πŸ˜ƒ

4 Responses to "Resepi Coklat Kacang Panggang Rangup. Anak Suka & Berkhasiat. Lebih 1600 likes & 800 shares"

  1. sihat dan bersih ni. sedapnyaaaa. pakai coklat beryls memang sedap!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap & rangup 😍
      .
      Anak anak pun suka tau πŸ˜‰

      Padam
  2. Pandailah Maz. good idea bolehlah kakak ikut
    Tapi kakak ni masa baca N3 dlm hati tu ok nak buatlah
    Nanti bila dah kat rumah lupa semua dah nak buat - beli ajelah walau tak sama:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak zakie ni bekerjaya, memang sibuk.
      .
      Kena leverage pada orang yang ada masa. πŸ˜ƒ
      .
      Sebab tu kak zakie suka beli je.
      .
      Hehe.
      .
      Alhamdulillah, jadi sumber ekonomi juga kan

      Padam

⛔⛔TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ⛔⛔

🌼🌺🌸 Maznee memang rajin membalas komen bonda semua. TOP 10 Pengomen terbanyak akan dipaparkan di Kanan blog ini! Dapat backlink lagi. πŸ˜‰ 🌸🌺🌼
.
Selamat bersilaturahim πŸŒ„