Maznee Azmi . Pengedar Shaklee pilihan hati. Yakin . Mesra . Berpengalaman

Trip Family Maznee ke Cameron Highland

Trip Family Maznee ke Cameron Highland

.
Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi, tercapai juga cita cita Maznee sekeluarga nak ke tanah tinggi Cameron Highland bersama sama.
.
Kebetulan masa kami rancang tu, spontan je terus jadi. Dalam masa 2 minggu booking aparment & program disana.
.
Mujur adik dah banyak kali ke sana, jadi dah ada tour guide. Tak tergaru garu kepala cari jalan.
.
Lepas kami booking apartment, baru teringat sekarang ni musim tengkujuh.
.
Berita sana sini kata hujan sampai banjir di pahang, terengganu & kelantan.
.
Hati dah rasa berbelah bagi nak pergi. Sebab bila kami cek ramalan kaji cuaca di internet, memang 3 hari tu di ramalkan hujan lebat siap petir.
.
Alamak.
.
Apa nak buat ni? Mengenangkan , mak Maznee memang beriya iya nak pergi. Kami cekalkan hati.
.
Dan sangka baik pada Allah. Semoga perjalanan pergi & pulang kami dilindunginya.
.
Amin.
.
Masa ni teringat pada pesan seorang ustaz di kuliah ilmu IKIM FM, Jaga Allah & Allah akan pelihara kita.
.
Jadi, sepanjang trip ni kami suami isteri akan pastikan semua ahli yang boleh solat. Tunaikan solat.
.
Alhamdulillah, perjalanan pergi & pulang kami selamat.
.
3 hari tak hujan langsung. 
.
Sekarang ni strawberi tengah murah kat cameron highland 😍😍 Rm20 dapat 6 paket. Waduh. Dari kata adik ipar, Kalau time mahal 2 paket RM18.
.
Kebetulan memang Maznee ni hantu Strawberi. Huhu. Murah banget tu.
.
Memang borong habis lah. Beli sampai 3 tray, 1 tray tu Mazni habiskan seorang.
.
Tak ingat nak makan nasi pun.
.
Asyik kunyah strawberi je.
.
Minggu ni kan budak baru masuk sekolah. Memanglah cameron kosong. πŸ˜‰ Dan kalau ikutkan ramalan kaji cuaca, sepatutnya hujan lebat kat atas ni. Alhamdulillah, mendung berangin je.
.
Sejuk benar. πŸ’ Syukur Alhamdulillah atas segala kurniaan. Benarlah kata bijaksana, kita merancang, Allah yang menentukan
.
Insyaallah, banyak pengajaran yang diperolehi sepanjang musafir ni.
.
Kemungkinan kami akan review apartment Crown imperial di Berinchang. Ada baik & buruknya.
.
Tempat tempat menarik & kurang menarik.
.
Mana berbaloi & tak berbaloi pergi.
.
Di lain masa. Sampai jumpa lagi.

6 Responses to "Trip Family Maznee ke Cameron Highland"

  1. Manusia merancang, Allah juga merancang
    Tapi itulah Allah adalah sebaik-baik perancang
    Wamakaru, wamakarallah, Wallahukhairul makirin..

    Apa lagi niat pergi adalah baik, lalu baiklah dapatnya
    Tak hujan pun kan alhamdulillah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Memang tak hujan macam ramalan cuaca
      .
      Cek sebelum pergi tu patut ribut petir
      .
      πŸ˜‚ Hampir nak cancel pergi dah
      .
      Alhamdulillah sebab mak nak pergi sangat
      .
      Tak hujan

      Padam
  2. Cameron memang best pergi waktu hari biasa.. tak sebok dan sesak..
    Nak berjalan pun seronok..
    Alhamdulillah, perjalanan Mazni bermula dan berakhir dengan baik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang best shahida. Sebab strawberi pun jadi murah dan besar 😍😍

      Padam
  3. Strawberry cicah coklat sedappp....

    lama x g Cameron. Last naik Cameron masa mengandung Zara memang first time muntah kayak... haha... tensen suami asyik kena berhenti tepi jln sbb kita asyik muntah je.. .huhu... pembawakan bdk time tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memwng sedap strawberi celup coklat 😍

      Haha

      Rasa nak duduk sana je tak nak turun

      Padam

⛔⛔TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ⛔⛔

🌼🌺🌸 Maznee memang rajin membalas komen bonda semua. πŸ˜‰ Insyaallah akan lawati blog cik puan & bonda semula.🌸🌺🌼
.
Selamat bersilaturahim πŸŒ„