Cara nak cukupkan zat besi semasa mengandung? Ini kebaikan & rahsianya

Macam mana nak cukupkan zat besi semasa mengandung? Ini kebaikan & rahsianya

.
Bacaan zat besi semasa mengandung

.
Assalamualaikum Bonda. Zat besi adalah mineral penting yang diperlukan semasa mengandung. 

.

Berikut adalah mengapa dan bagaimana untuk bonda mendapatkannya dengan cukup untuk bayi bonda.

.
Set mengandung shaklee 2017
.

Menurut Dr Melissa Goist, MD, penolong profesor klinikal Obstetrik dan Ginekologi di The Ohio State University Pusat perubatan Wexner di Columbus, Ohio.

.

"Secara umumnya, wanita yang mengandung & sihat mempunyai Zat besi yang mencukupi di dalam badan." 
"Jika mereka mengambil vitamin prenatal dan makan makanan yang berkhasiat, mungkin tidak akan memerlukan suplemen Zat besi,"

.
Terdapat banyak kali bonda mendengar mengenai kepentingan Zat besi semasa mengandung. Supaya naikkan hb. Dan alahan mengandung tak jadi lebih teruk.
.Set berpantang shaklee 2017
Selalu sangat kan.
.
Sampai panas berasap telinga kita dengar
.
Doktor & kak misi ingatkan semasa pemeriksaan?

.

Tetapi pernahkah bonda terfikir mengapa mineral ini sangat penting.
.

Dan bagaimana bonda boleh pastikan bonda mendapat zat besi yang cukup?

.

Insyaallah, kali ini kita akan lihat apa kata pakar-pakar perubatan untuk mengetahui lebih lanjut tentang peranan Zat besi apabila bonda telah mengandung.

.

Mengapa bonda Perlu Zat besi semasa mengandung ?


.
Pertama, beberapa asas-asas:
.
Badan bonda menggunakan Zat besi untuk membuat hemoglobin, suatu bahan dalam sel darah merah yang kerjanya mengangkut oksigen ke seluruh badan bonda.
.
Macam bas ekspress angkat penumpang lah ni.
.

Faham kan 😍

.

Semasa mengandung, badan bonda membekalkan darah dan oksigen kepada bayi & juga badan bonda.
.
Maknanya, bas ni kena kerja 2 kali ganda.
.
Penumpang dah bertambahkan
.

Jadi permintaan untuk Zat besi naik semasa hamil untuk memenuhi peningkatan keperluan hemoglobin darah.

.
Berapa banyak bezanya?
.

Bonda memerlukan kira-kira 2 kali ganda jumlah Zat besi 27 mg sehari-daripada yang bonda lakukan apabila bonda tidak hamil.

.

Walau bagaimanapun, ikut kajian di Amerika, kira-kira 15 hingga 25 peratus wanita disana kekurangan Zat besi, yang juga dikenali sebagai anemia, semasa mengandung, menurut Persatuan Kehamilan Amerika.

.
15 ke 25% ni banyak ke?
.
Maknanya, hampir 1 dari 4 ibu hamil kurang zat besi masa peknen.
.
Itu di US tau. Negara maju
.
Malaysia mungkin lebih tinggi lagi srbab kesedaran kita rendah
.

Apa kesan kekurangan zat besi yang teruk masa hamil pada bonda?

.

Kekurangan Zat besi yang teruk aka anemia  boleh menyebabkan kelahiran pra-matang, kelahiran berat badan yang rendah, dan paling teruk, kematian bayi dan ibu.
.
Takutnya. Serius kan?
.
Sebab tu kita mesti ikut pemeriksaan doktor.
.
Jika bonda kekurangan Zat besi melalui ujian darah, kemungkinan tinggi bonda akan dapat untuk kesan & merawatnya awal awal subuh lagi
.

Lama sebelum risiko hb turun terlalu rendah dan boleh mengancam nyawa.
.

"Bagi sebahagian besar bonda hamil, kekurangan Zat besi membuatkan kita berasa teruk," kata Dr. Goist.

.

"Kurang zat besi boleh menyebabkan keletihan, fikiran melayang layang, dan pening. Apabila bonda mengalami morning sickness, kesannya 2 kali ganda lebih teruk.

.

Alah mengandung tu dah teruk

.

Kalau kena pula dengan hb rendah, memang terbaring kelepet tak boleh buat kerja.

.
Pernah tak bonda kena macam ni
.
Maznee hamil 2 kali dah, HB maintain normal sebab makan vitamin shaklee. Tapi masa checkup tu memang nampaklah mak mak lain yang muka pucat & tak bermaya
.
Tanda mudah nak tahu ada masalah zat besi
.
Jadi pastikan bonda kongsi apa-apa tanda-tanda yang luar biasa, contohnya 
  1. keletihan yang serius setiap hari
  2. rambut banyak gugur. Sikat rambut pagi hari banyak luruh. Apa lagi untuk wanita bertudung. 
Dengan doktor semasa checkup di klinik ya.
.

Adakah bonda Mendapatkan Kuantiti zat besi yang cukup semasa hamil?

.
Kalau bonda dah mengandung lebih dari sekali.
.
Ingat lagi tak, bila doktor akan periksa bacaan zat besi?
.
Kebanyakan doktor memeriksa tahap Zat besi bonda dengan ujian darah di makmal perubatan semasa trimester pertama.
.
Dr. Goist berkongsi. seorang ibu kepada dua anak Jenny DiBenedetto, 38, di Mount Pleasant, South Carolina, mengalami anemia semasa kehamilan pertama.
.
"Saya tak tahu pun yang saya ada masalah anemia" kata beliau.
.
"Saya dapat tahu lepas ujian di trimester 1. Badan memang terasa lemah, ingatkan semua ni normal sebab  masih lagi di trimester pertama!"
.
Ramai juga bonda hamil yang bertanya pada Maznee, macam mana nak cergas semasa mengandung.
.
Sebab masa checkup, bacaan HB rendah. Rendah dari 10.
.
Bonda yang ada anemia, doktor mesti syorkan untuk ambil suplemen Zat besi. 
.
"Itu, bersama-sama dengan makan daging merah dan sayur-sayuran hijau berdaun, akan membantu meningkatkan paras HB saya sehingga ia tidak berbahaya kepada anak di dalam rahim," kata puan tersebut
.

Menambahkan Zat besi dalam Diet bonda semasa mengandung?

Selain mengambil makanan tambahan, bonda juga boleh menambahkan banyak zat besi dalam diet harian.
.
Banyak perubahan boleh dirasa oleh bonda jika dibuat berterusan. 
.
Walaupun ada banyak makanan yang kaya zat besi di luar sana.
.
Tapi kan bonda.
.
Tidak semua makanan yang mengandungi bacaan zat besi yang sama.
.
Mazni pun tak tahu sebelum ni.
.
Tapi sebenarnya zat besi ni mempunyai 2 jenis.
.
  1. Zat besi heme - sumber tumbuhan
  2. Dan bukan heme. - sumber haiwan
Zat besi bukan heme kebanyakannya terdapat dalam 
  1. kacang
  2. sayur-sayuran
  3. buah-buahan kering
  4. telur
  5. biji-bijian
  6. dan produk diperkaya dengan Zat besi
.
Zat besi heme pula boleh bonda dapati dari sumber haiwan, seperti 
  1. daging merah
  2. ikan
  3. dan ayam. 
Menurut doktor pakar, Badan bonda menyerap zat besi heme lebih baik.
.
Maknanya kena makan daging & ikan lebih lah ya?
.
Betul.
.
Ambil lebih makanan bersumber haiwan untuk badan kita cukup bekalan zat besi.
.
Mungkin bonda boleh makan burger daging & juga stik / chicken chop sekali seminggu semasa mengandung.
.
Makan meat ball ikea ke.
.
Ramai suka kan?
.

Kenapa saya dah ambil makanan kaya zat besi, tapi HB masih rendah?

.
Pernah tak bonda berusaha makan sungguh sungguh nak naikkan zat besi
.
Dah makan daging merah, ayam & telur.
.
Hati tu dah rasa yakin dah.
.
Aku jumpa doktor ni mesti naik nih
.
Sekali masa ambil buku pink tu, alamak!
.
Apasal ke laut bacaan HB aku ni
.
Haaa~~
.
Pernah tak?
.
Kalau pernah. Meh baca ni.
.
Menariknya, apa yang bonda makan dengan zat besi bonda boleh memberi kesan kepada bagaimana tubuh bonda menyerap zat besi.
.
Zat besi ni ada kawan baik & musuh ketat tau.
.
Macam ironman avengers pulak lah pulak.
.
Ada musuh musuh ni
.

Kawan baik zat besi

.
Tiap kali makan makanan kaya zat besi macam burger daging lembu & ayam.
.
Ambil bersama makanan & minuman yang kaya vitamin c. Contohnya, sayur & buah yang banyak vitamin c
.
Tomato & oren.
.

Musuh ketat Zat Besi

.
Zat besi tak boleh di makan bersama sama makanan yang kaya kalsium
.
Contohnya susu, keju, aiskrim & yogurt
.
Dan juga kafein.
.
Kopi teh nescafe milo memang kaya kafein. Teh terutamanya ada kafein & tannin
.
Habis terbuang zat besi
.
Katakanlah.
.
Bonda nak makan burger daging. Order double special daging lembu.
.
Jangan tambah keju. Atau minum dengan milkshake.
.
Makan pula air krim sundae. Terganggu tau penyerapan zat besi.
.
Kalau nak makan burger, letak banyak sayur, tomato lebih. Makan pula dengan buah oren sebagai pembuka selera.
.
Minum air jus oren ke. Baru bagus penyerapan zat besi.
.
Bagi bonda yang sangat sibuk kerana bekerja & banyak lagi tugas di rumah. Boleh cuba makan set mengandung shaklee untuk tingkatkan HB yang rendah tu.
.

Set Ibu Mengandung Shaklee Untuk HB sihat semasa mengandung

.
Alang alang nak naikkan hb semasa mengandung, lebih baik kita cukupkan khasiat lain juga kan
.
Bonda boleh elak masalah biasa masa mengandung dengan makan set mengandung lengkap shaklee ni. Contohnya, kencing manis, keputihan, rambut gugur, sembelit & kulit kering.
.
Kalau bonda nak sihat & wal afiat, semua zat dibawah mesti cukup.
.
Apa zat zat tu ya?
.

1. Asid Folik.

Bayi dalam kandungan sangat memerlukan asid folik dalam jumlah banyak untuk pembentukan sel dan sistem saraf. 
.
Dalam tempoh trimester pertama janin akan memerlukan tambahan asid folik sebanyak 400 mikrogram setiap hari. 
.
Kekurangan asid folik akan menyebabkan 
  • Menjejaskan perkembangan janin dan 
  • Risiko janin dilahirkan dengan kelainan seperti mengalami anenchephaly (tanpa tempurung kepala)
  • Bibir sumbing 
  • Dan mengalami spina bifida (keadaan di mana tulang belakang tidak bersambung). 
.
Bonda boleh elakkan kekurangan asid folik dengan pengambilan vitamin B Complex Shaklee
.
Vitamin B Complex daripada Shaklee mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang penting dan asid folik. 
.

2. Protein

Protein sangat penting untuk bonda semasa mengandung.
.
Penting macam mana tu?
.
  • Menjadi sumber bagi kalori dan zat, 
  • Penting untuk pembinaan sel-sel badan. 
  • 60 gram protein diperlukan bonda semasa mengandung setiap harinya 
.
Bagi memastikan bonda cukup khasiat protein, cuba amalkan pengambilan ESP yang lengkap dengan 9 asid amino perlu untuk tubuh dan diperbuat daripada soya non GMO.
.
Makan ESP Shaklee semasa bonda hamil akan
  1. Memberikan tenaga & cergas sahaja
  2. Kulit bayi kelihatan halus, gebu dan cantik selepas dilahirkan
  3. Membantu pembinaa sel badan bayi didalam rahum
  4. Ibu lebih kuat melawan bakteria jahat
  5. Penyerapan vitamin yang lebih baik

3. Kalsium

Kalsium yang cukup semasa bonda mengandung akan
  • Berfungsi dalam pertumbuhan dan pembentukan gigi dan tulang janin. 
  • Bonda dapat terhindar dari penyakit osteoporosis kerana kekurangan kalsium yang cukup, maka janin akan mengambil khasiat kalsium dari tulang ibunya.
.
Ada bonda yang tak suka minum susu. Lagipun susu segar mahal & kurang tahan disimpan lama
.
Susu lembu juga boleh menyebabkan ibu cirit birit kerana laktosa.
.
Bonda boleh mengamalkan Ostematrix semasa mengandung untuk
.
  • Mengurangkan risiko kehilangan gigi pada usia muda
  • Mengurangkan risiko pre-aklampsia
  • Mengurangkan risiko menghidap osteoporosis
  • Mengurangkan komplikasi semasa bersalin
  • Menguatkan tulang ibu untuk menampung pertambahan berat janin secara fizikal
  • Membantu proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula selepas bersalin
  • Mengelakkan sembelit di kalangan ibu hamil
  • Membantu mengurangkan sakit contraction

4. Vitamin A

Vitamin ini penting semasa bonda mengandung kerana 
  • penyelenggaraan fungsi mata,
  • pertumbuhan tulang dan kulit. 
  • meningkatkan sistem imun dan pertumbuhan janin.

5. Zat Besi

Penting supaya
.
  1. Berfungsi di dalam pembentukan darah terutama membentuk sel darah merah hemoglobin 
  2. Rendahkan risiko bonda mengalami anemia. 
  3. 30 mg zat besi diperlukan setiap hari. 
.
Bonda boleh makan 1 biji vitalea setiap hari untuk cukupkan keperluan vitamin A dan zat besi.
.
1 biji vitalea mengandungi
  • Mengandungi beta carotene membantu meningkatkan sistem imun, daya penglihatan
  • Mengandungi mineral kalsium, fosforus, vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi
  • vitamin B12 untuk pembentukan sel darah merah kepada ibu dan bayi
  • Merendahkan risiko kelahiran bayi pra matang
  • Sudah tentu elakkan risiko HB rendah

6. Vitamin C

Badan bonda memerlukan vitamin C untuk
  • penyerapan zat besi yang lebih baik. 
  • Baik untuk kesihatan gusi dan gigi. 
  • Ibu jarang demam. Meningkatkan sistem imun si ibu kerana vitamin C mengandungi banyak antioksidan.
  • Menghasilan kolagen untuk pertumbuhan otot, tulang dan tulang rawan.
  • Mengurangkan risiko kelahiran pra matang dengan mengambil 550mh setiap hari
.

7. Vitamin D

Bonda sangat elok cukupkan vitamin D sepanjang mengandung untuk
  • membantu penyerapan kalsium dan pertumbuhan tulang bayi.
  • Ostematrix & Vitalea Shaklee mempunyai kandungan vitamin D yang bagus

8. Minyak Ikan

Minyak ikan baik untuk bonda semasa mengandung kerana
.
  • khasiat omega 3 yang penting untuk kesihatan dan perkembangan janin dan bayi. 
  • Omega 3 tidak boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh menyebabkan kita hanya dapat memperolehnya dengan mengambil makanan atau makanan tambahan yang mengandungi omega 3 seperti minyak ikan.
.
Banyak lagi kelebihan minyak ikan untuk ibu dan bayi, contohnya:
  • kawal berat badan bonda dari naik mendadak
  • Mengurangkan risiko kelahiran pra matang
  • Rendahkan risiko ekzema dan asthma pada bayi
  • Menguatkan sistem imun bayi
  • Makanlah 1 bj Omega Guard setiap hari untuk keperluan harian. Satu hidangan Omega Guard mengandungi 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
.

Tahap Zat besi selepas melahirkan anak

.
Biasanya, lepas kita melahirkan anak. Dah bersalin nanti.
.
Lepas 6 minggu, bacaan HB & zat besi dalam badan kita akan kembali normal.
.
Terutama kalau bonda makan set bersalin shaklee. Memang terbaik.
.
Tetapi jika tahap HB bonda masih rendah, teruskan meningkatkan pengambilan Zat besi supaya badan cergas & aktif
.
Barulah ada tenaga lebih nak jaga anak anak kan
.
Jumpa lagi bonda semua
.
Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at hargasetbersalin.blogspot.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

5 Responses to "Cara nak cukupkan zat besi semasa mengandung? Ini kebaikan & rahsianya"

  1. hb kita pernah turun smpai 8.6 ja..hu3..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Turun hb sampai 8.6 ya.
      .
      Rendah sangat tu Aida.
      .
      Mesti doktor & nurse dah bagi ceramah panjang kan
      .
      Pasal pemakanan & diet seimbang nak naikkan HB

      Padam
  2. hahahah...tu masa sblum msuk LR tu check sbb nk suntik ubat tahan sakit...masa no 2 ni mkn sume mmg xmo naik hb..ada la silap kt mna2 tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silap kat makanan juga tu
      .
      Kafein semua dah berhenti minum kan?

      Padam
    2. mgkin la...kdg2 tu minum teh o ais...

      Padam

⛔⛔TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ⛔⛔

🌼🌺🌸 Maznee memang rajin membalas komen bonda semua. πŸ˜‰ Insyaallah akan lawati blog cik puan & bonda semula.🌸🌺🌼
.
Selamat bersilaturahim πŸŒ„