12 Jenis Sakit Perut Semasa Mengandung & Cara Atasi

12 Jenis Sakit Perut Semasa Mengandung Cara Atasi Kejang & Memulas

.
ibu mengandung sakit perut semasa hamil
Assalamualaikum Wrmbth bonda hamil, Semua ibu mengandung mesti sakit perut.
.
Kalau tak banyak, sikit mesti ada
.
Betul kan?
.
Bahaya ke sakit perut masa hamil ni? Hari ni Maznee nak kongsikan 12 jenis sakit perut semasa hamil.
.
Dan yang mana satu bahaya.
.
Mana pula tak ada apa apa.
.
Bonda akan lebih faham 
  1. Punca-punca sakit perut semasa mengandung 
  2. Dan mengetahui sama ada gejala-gejala anda adalah normal atau memerlukan perhatian segera daripada doktor anda.
.
Sakit perut ketika hamil adalah perkara biasa: Sebabnya
  1. Organ-organ anda sentiasa berubah
  2. rahim berkembang, 
  3. dan ligamen anda regangan. 
  4. Dan jangan kita lupa alahan mengandung. 
.
Tetapi sakit perut semasa hamil boleh menjadi lebih serius (walaupun lebih jarang). 
.
Di bawah ini Maznee kumpulkan 2 kategori sakit perut yang selamat & yang berbahaya
.Set berpantang shaklee 2017
Cuba cek, moga moga semuanya selamat. Maznee juga akan kongsikan tips makan vitamin shaklee untuk kurangkan risiko sakit perut masa mengandung. Nak tahu harga set mengandung shaklee boleh tanya Maznee ya
.
Artikel ini terdiri dari 5 bahagian. Klik pilihan anda sekarang untuk terus melompat ke bahagian tersebut
pilih artikel sakit semasa mengandung










  • 4 Jenis Sakit Perut Tak Berbahaya
  • 8 Jenis Sakit Perut Yang Berbahaya
  • Cara mengatasi sakit perut semasa hamil & menikmati 9 bulan kehamilan anda
  • Bila perlu anda jumpa doktor sakit puan?
  • Adakah apa-apa yang boleh kita lakukan untuk membantu mengurangkan ketidakselesaan perut semasa hamil?


      .
      Jika tuan & puan mempunyai sebarang soalan mengenai VIVIX Shaklee, boleh hubungi Maznee di WhatsApp / SMS / Telegram : 019-265-3791
      .
      .
      Ada banyak jenis sakit perut ni, berikut Maznee kongsikan beberapa penyebab biasa yang menyebabkan sakit perut waktu bonda berbadan 2
      .
      Jika kesakitan yang bonda alami berterusan, atau jika ada gejala-gejala seperti pendarahan atau kekejangan serius, cepat cepat minta suami hantar jumpa doktor ya.
      .
      Jangan tangguh tangguh lagi
      .

      1. Rahim bonda semakin mengembang

      .
      Menurut Dr Patrick Duff, M.D., profesor obstetrik dan ginekologi di Universiti Florida di Gainesville. 
      .
      Apabila rahim semakin mengembang, usus kita akan disesarkan, ini boleh menyebabkan rasa loya & mual, mudah rasa kenyang, ataupun kembung di perut anda" 
      .
      Macam mana nak atasi?
      .
      Ada penyelesaian ke? 
      .
      Bonda boleh 
      1. Makan lebih kerap
      2. Ambil makanan berserat
      3. Makanan sikit tapi kerap
      4. Ambil set ibu hamil shaklee. 
      5. kerap bersenam, dapatkan rehat
      6. dan mengosongkan pundi kencing dengan kerap.
      .

      2. Sakit dibahagian ligamen bulat

      .
      Menurut Dr Patrick Duff lagi
      .
      Kadang-kadang semasa rahim membesar, ia menegangkan ligamen bulat - dua ligamen besar yang terbentang dari hadapan rahim dan turun ke pangkal paha," 
      .
      Bonda mungkin mengalami rasa tidak selesa pada perut hingga  ke pangkal paha.
      .
      Rasa sakitnya menikam, kebas ataupun lenguh apabila bonda menukar kedudukan postur.
      .
      Sakit perut jenis ini biasanya bermula pada trimester kedua dan akan hilang dengan sendiri.
      .

      3. Sembelit dan angin dalam perut

      .
      Sembelit dan angin, memang tak boleh dipisahkan dari mengandung.
      .
      Bak kata P Ramlee.
      .
      Umpama lagu & irama
      .
      Hihihi.
      .
      Kenapa agaknya sembelit ni berleluasa semasa mengandung ya?
      .
      Hormon Progesteron, yang bertanggungjawab 
      1. Meningkatkan semasa mengandung
      2. Melambatkan keseluruhan saluran pencernaan bonda
      3. Membuat makanan bergerak lebih perlahan melalui usus.
      Semua ni ada sebabnya Allah jadikan sedemikian rupa.
      .
      Tapi, siapalah suka sembelit kan?
      .
      Dengan perut yang besar, memang seksa duduk dalam tandas lama lama
      .
      Habis kebas & cram kaki tu menahan lenguh
      .
      Jadi, sedikit tips untuk bonda mengelakkan sembelit, cuba amalkan
      1. Minum banyak air 
      2. Ambil makanan yang kaya dengan serat. 
      3. Jika masih tak selesai lagi masalah ini, doktor boleh cadangkan pelembut najis atau makanan tambahan  yang membekalkan serat.
      4. Atau ambil terus set ibu mengandung shaklee semasa hamil. Supaya serat & khasiat lengkap semasa bonda hamil cukup untuk kurangkan sembelit. Dan rasa badan tu cergas saja. KLIK link untuk saat kehamilan yang indah.
      .
      Semoga tips shaklee ini membantu bonda
      .

      4. Kontraksi Braxton Hicks

      Kata Dr. Duff. 
      .
      "Kontraksi Braxton Hicks tidak dikaitkan dengan pengembangan & pembesaran serviks" 
      .
      "Ia tidak selesa, tetapi sama sekali tidak berbahaya." Puan perlu mahir untuk membezakan kontraksi normal daripada kelahiran pramatang (tak cukup bulan) sebenar.  

      "Kontraksi sebenar cenderung untuk dalam masa lebih singkat antara satu sama lain" 
      .
      .
      "Jika seseorang ibu hamil masih boleh berbual, menonton televisyen, ataupun membaca, besar kemungkinan kontraksi tersebut bukan untuk kelahiran sebenar." 
      .
      Bonda mesti banyak minum air kosong
      .
      Ini kerana kerkurangan air
      .
      Atau Dehidrasi boleh menyebabkan kontraksi Braxton Hicks, jadi pastikan bonda minum banyak air. 
      .
      Jika kontraksi berpanjangan, atau tidak pasti sama beza antara kontraksi Braxton Hicks atau yang kontraksi benar.
      .
      Jangan segan segan jumpa doktor ya
      .
      Sekarang kita masuk bahagian sakit perut yang di takuti ramai
      .
      Takut & membuatkan kita tak lena malam
      .
      Sebab boleh membahayakan kesihatan tau
      .
      Ramai ibu mengandung idamkan kehamilan yang sihat.
      .
      Tapi ada banyak keadaan, apa yang kita harapkan tidak sama dengan yang kita dapat
      .
      Nama pun hidup
      .
      Banyak ujian.
      .
      Sebab itu, masa mengandung perlu jaga kesihatan. Buatlah mana yang boleh. Contohnya, ambil set vitamin shaklee sepanjang 9 bulan mengandung. 
      .
      Supaya bayi & bonda dapat cukup khasiat
      .
      Di bawah ini Maznee berikan beberapa contoh tanda tanda amaran.
      .
      Kalau ada saja, memang elok hidupkan enjin kereta bonda
      .
      Tekan pedal minyak tu supaya cepat sampai jumpa doktor.
      .

      1. Kehamilan luar rahim (ektopik)

      .
      Kehamilan luar rahim atau tiub atau ektopik (2), yang berlaku apabila baby kita melekat di luar rahim.
      .
      Selalu jadi dalam tiub fallopio.
      .
      Kalau ikutkan statistik, berlaku dalam 1 daripada 50 kehamilan, menurut sumber March of Dimes. 
      .
      Macam mana bonda nak tahu tanda mengandung luar rahim?
      .
      Cuba perhatikan
      1. Kesakitan yang teramat sangat 
      2. Dan pendarahan antara 6 dan minggu ke-10 kehamilan, kerana tiub menjadi buncit. 

      .
      Alahai, macam mana kita nak tahu. Samada bonda berisiko mengandung luar rahim atau tak?
      .
      1. Ibu yang pernah mempunyai sejarah mengandung luar rahim
      2. Pernah menjalani pembedahan di kawasan pelvis, perut, atau tiub fallopio, 
      3. Mengalami endometriosis
      4. Ikat tiub
      5. Menggunakan alat kontrasepsi (IUD) semasa persenyawaan berlaku
      6. Atau jangkitan pelvis. 
      7. Rahim yang tidak normal 
      8. Dan penggunaan teknik pembiakan tiruan juga seolah-olah meningkatkan risiko.
      .
      Menurut Linda Chambliss, MD, Ketua obstetrik di St. Joseph Hospital dan Pusat perubatan di Phoenix
      .
      "Mengandung luar rahim / ektopik tidak boleh diteruskan dan memerlukan rawatan segera."."Jika anda  telah positif dalam ujian kehamilan yang dilakukan tetapi masih belum disahkan oleh pemeriksaan perubatan, dan mengalami sakit perut, dapatkan penilaian segera oleh doktor pakar perbidanan anda."."Doktor atau bidan boleh melakukan ultrasound untuk mengesahkan sama ada telur telah ditanam dalam rahim."
      .

      2. Keguguran

      .
      Ini pun mimpi ngeri juga untuk pasangan suami isteri
      .
      Terutama yang nak cepat dapat anak
      .
      Atau yang dah lama kahwin, dan berusaha bertahun tahun. Akhirnya mengandung
      .
      Tapi, takdir Allah mendahului segalanya
      .
      Kemungkinan untuk berlaku keguguran masih ada. 
      .
      Jika bonda mengalami sakit perut pada trimester pertama, 
      .
      Dr. Duff berkata
      .
      "Anda perlu sentiasa mengambil berat tentang keguguran," 
      .
      Kalau kita rujuk pada statistik 15 hingga 20 peratus kehamilan berakhir dengan keguguran. 
      .
      Maknanya, hampir 1 dari 5 ibu mengandung akan gugur.
      .
      Antara punca keguguran adalah badan yang terlalu letih kerana kurang zat besi dalam diet.
      .
      Dan paras HB dalam darah yang rendah.
      .
      Penting untuk bonda amalkan pemakanan yang sihat. Kalau kita sibuk bekerja, dapatkan bantuan suplemen yang selamat & berkesan. Maznee amalkan set kehamilan shaklee untuk kekal cergas semasa hamil 
      .
      Kita usaha sebaik mungkin.
      .
      Kalau dah bukan rezeki kita, tak ada sesalan lagi.
      .
      Macam mana kita nak tahu tanda dah gugur?
      .
      Tanda-tanda keguguran ialah
      1. Pendarahan 
      2. Dan kekejangan yang boleh berirama atau menyerupai senggugut.

      3. Kelahiran pramatang (Tak cukup bulan)

      .
      Menjaga anak pramatang sangat mencabar
      .
      Ini Maznee alami sendiri untuk anak no 2.
      .
      Kerana bayi pramatang lebih lemah & sensitif. Sebab itu kita digalakkan berikan susu ibu pada mereka
      .
      Jika bonda mengalami 
      1. Kontraksi yang kerap semasa hamil 37 minggu, 
      2. Dan sakit belakang yang berterusan, ada kemungkinan untuk bersalin secara pramatang. 

      .
      Jangan tunggu lama lama.
      .
      Terus hubungi doktor perbidanan anda.
      .
      Itu yang Maznee lakukan dulu semasa hamil anak no 2. Masa kandungan berusia 7 bulan. 
      .
      2 tanda diatas memang ada
      .
      Terus buat pemeriksaan segera. Sedangkan masa tu, Baru 3 hari jumpa doktor.
      .
      Kontraksi mungkin atau tidak diiringi oleh 
      1. kebocoran cecair faraj 
      2. atau darah 
      3. atau penurunan dalam pergerakan janin. 

      .
      Memang banyak punca baby lahir pramatang.
      .
      Kalau baby yang lahir tak cukup bulan ni, saiznya kecil. Dan berat pun tak seberapa.
      .
      Penting untuk kita persiapkan diri.
      .
      Manalah tahu kan.
      .
      Tiba tiba anak lahir awal tak cukup bulan. Kita sentiasa fikir positif. Tapi sentiasa bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan.
      .
      Itu yang kita WAJIB jaga makan dari minggu 1 trimester pertama mengandung. Ambil je set vitamin shaklee semasa mengandung. 
      .
      Walaupun bonda pernah berpengalaman melahirkan anak sebelum ini, mungkin masih tidak dapat membezakan kontraksi yang dialami adalah Braxton Hicks atau untuk kelahiran pramatang benar.
      .
      Menurut Linda Chambliss, MD, Ketua obstetrik di St. Joseph Hospital dan Pusat perubatan di Phoenix
      .
      "Dia meminta pesakit beliau untuk menghubungi beliau bila-bila masa sekiranya merasakan kontraksi."
      .
      "Anda mungkin berakhir dihantar pulang kerana ia adalah satu amaran palsu "
      .
      (Dr. Chambliss mengatakan bahawa sehingga 30 peratus daripada wanita yang mengalami amaran palsu untuk bersalin)
      .
      Tetapi lebih baik untuk berhati hati dalam keadaan sebegini.
      .

      4. Gangguan uri / plasenta

      .
      Orang tua tua kata, uri adalah kawan baik anak kita
      .
      Siapa pernah dengar?
      .
      Sebab tu selepas bersalin, suami perlu uruskan penanaman uri tersebut sebaiknya.
      .
      Dari segi sains moden, uri atau plasenta 
      1. Sumber oksigen dan nutrien bagi bayi kita. 
      2. Kedudukannya biasanya terletak tinggi di dinding rahim dan tidak akan tanggal sehingga selepas bayi dilahirkan. 

      .
      Dalam kes-kes yang jarang berlaku (1 daripada setiap 200 kelahiran), plasenta boleh terpisahkan dari dinding rahim.
      .
      Minta jauh sangat sangat
      .
      Sebab berbahaya pada nyawa anak dikandung, risiko untuk berlaku tinggi  pada trimester ketiga. 
      .
      Ibu yang berisiko mengalami gangguan plasenta termasuk ialah
      .
      1. Mempunyai sejarah gangguan plasenta
      2. Atau yang mempunyai tekanan darah tinggi semasa mengandung
      3. Preeclampsia 
      4. Dan trauma abdomen.

      .

      5. Preeclampsia

      Menurut Preeclampsia Foundation of America, preeclampsia dan hipertensi dialami oleh 5 hingga 8 peratus daripada semua wanita hamil. 
      .
      Preeclampsia boleh berlaku bila-bila masa selepas 20 minggu kehamilan.
      .
      Ini sebabnya doktor bonda memeriksa tekanan darah di setiap kali pemeriksaan kehamilan.
      .
      Antara tanda tandanya preeclampsia ialah

      1. punyai persamaan ciri-ciri tekanan darah tinggi 
      2. dan kehadiran protein dalam air kencing. 
      .
      Apa kesan buruk tekanan tinggi ni ya?
      .
      Musykil tak.
      .
      Tekanan darah tinggi menyempitkan saluran dalam rahim yang membekalkan janin dengan oksigen dan nutrien.
      .
      Kesannya

      1. pertumbuhan bayi mungkin diperlahankan. 
      2. Preeclampsia juga meningkatkan risiko gangguan plasenta, di mana uri terpisah dari dinding rahim sebelum penghantaran. 
      .
      Bahaya kan?
      .
      Sebab tu kena kawal emosi.
      .
      Kena fikir yang positif & gembira. 
      .
      Badan tak boleh penat sangat. Mesti cukup makan. Baru baby dalam perut happy.
      .
      Kita mesti pastikan nutrisi yang diambil cukup. Nak shortcut makan saja Set mengandung Shaklee. Dah tak payah pening pening loya. 
      .
      Tekanan darah tinggi & preeclampsia yang serius boleh disertai dengan 

      1. Sakit di bahagian kanan atas abdomen bonda
      2. Dan juga rasa mual & loya
      3. Sakit kepala
      4. Bengkak bengkak
      5. Dan gangguan penglihatan, seperti lampu berkelip
      .
      Ada ke bonda alami tanda diatas ni?
      .
      kalau tak ada baguslah.

      Mungkin bonda ada
      .

      6. Jangkitan Saluran Kencing (UTI)

      .
      Bonda tau, 1 dari 10 ibu hamil akan mendapat jangkitan saluran kencing (UTI) pada satu ketika semasa kehamilan mereka. 
      .
      Ish, takkanlah
      .
      Kenapa jadi macam tu pula?
      .
      Cuba bonda perhatikan tanda-tanda berikut. Ada tak?
      .

      1. Keinginan secara tiba-tiba untuk membuang air kecil, 
      2. Sakit atau terbakar dengan buang air kecil
      3. Dan kencing berdarah
      4. Sakit perut juga mungkin salah satu tandanya
      .
      Kenapa senang kena jangkitan ya?
      .
      Kemungkinan sistem keimunan & antibodi kita tak kuat
      .
      Apa yang kita makan & minum sangat membantu menguatkan antibodi kita.
      .
      Ambil banyak sayur & buah buahan. Kaya vitamin c & segala macam zat lagi. Zat besi ke.
      .
      Barulah badan kita kuat.
      .
      Kuman datang singgah pun, sekali jentik je dah lari. 
      .
      Kalau dah kerja macam bonda ni, nak dapat makan buah & sayur segar pun susah. Apa nak susah. Minta tolong set produk shaklee ya. Makan masa bonda peknen untuk kuat antibodi. 
      .

      Jangkitan salur kencing tak boleh dibiarkan tau
      .
      Maznee tahu bonda risau nak beritahu doktor.
      .
      Tapi kalau dibiarkan boleh jadi lagi teruk. Boleh jangkitan pada buah pinggang & meningkatkan risiko kelahiran pramatang
      .
      Ini salah satu sebab doktor menguji air kencing bonda setiap lawatan pemeriksaan, untuk memeriksa

      1. Tanda-tanda bakteria yang boleh membawa kepada UTI. 
      2. Paras gula untuk cek kencing manis
      3. Protein untuk preenclampsia
      .
      Lagi awal bonda mendapat rawatan, lebih bagus.
      .
      Antibiotik yang diberikan doktor boleh merawatnya
      .
      Insyaallah
      .

      7. Apendiks

      Ingatkan sakit apendiks tak menyerang ibu mengandung kan?
      .
      Sedangkan semasa hamil, sukar untuk doktor kesan / mendiagnosis apendiks.
      .
      Ini kerana semasa rahim membesar, apendiks akan di tarik dan boleh berada berhampiran pusat atau hati.
      .
      Kalau tak dikesan segera, boleh menyebabkan seorang risiko yang lebih tinggi mati akibat apendiks semasa mengandung. 
      .
      Tanda lain yang boleh bonda perhatikan ialah 

      1. Kurang selera makan
      2. Rasa loya & mual
      3. Dan muntah-muntah.
      .
      3 tanda ni iras dengan alahan mengandung kan?
      .

      8. Batu karang

      .
      Maznee nak tanya soalan boleh?
      .
      1 je soalan
      .
      Selalu bila kita sebut batu karang mesti orang ingat di batu pinggang kan
      .
      Sebenarnya ada juga batu karang dalam hempedu
      .
      Dan
      .
      Untuk wanita, batu dalam pundi hempedu adalah lebih biasa di kalangan wanita berbanding lelaki.
      .
      Terutamanya jika 

      1. kita mempunyai berat badan berlebihan
      2. umur 35 tahun ke atas
      3. Mempunyai sejarah batu karang
      .
      Sakit yang dialami disebabkan oleh batu karang sangat menyakitkan.
      .
      Macam mana nak elak? 
      .
      Ambil makanan yang kurang berlemak & bersantan.
      .
      Hahaha.
      .
      Kalau dah duduk Malaysia. Apa kejadahnya. Semua benda bersantan dan berlemak.
      .
      Dari sarapan pagi nasi lemak.
      .
      Ke makan ringan roti canai.
      .
      Semua minyak dan lemak. Jadi susah kan. Tu yang bonda elok makan produk shaklee untuk ibu hamil. Dalam ni ada macam macam khasiat. Omega 3 yang mampu pecahkan lemak dalam makanan pun ada. Insyaallah, risiko kena batu hempedu lebih terkawal.
      .
      Jangan teragak-agak untuk memanggil doktor bonda jika  berasa seperti sesuatu yang tidak kena. 
      .
      Jangan tunggu lama lama
      .
      Nanti menyesal tau
      .
      Sentiasa hubungi doktor kehamilan bonda dengan segera jika mempunyai mana-mana tanda ini:

      1. Sakit perut. Sama ada dengan atau tanpa pendarahan sebelum usia kandungan 12 minggu
      2. Pendarahan atau kekejangan serius
      3. Bonda alami lebih daripada 4 kontraksi dalam masa 1 jam selama dua jam
      4. Sakit perut yang teruk
      5. Gangguan penglihatan
      6. Sakit kepala yang teruk
      7. Bengkak tangan, kaki, atau muka
      8. Sakit ketika membuang air kecil, kesukaran membuang air kecil, atau darah dalam air kencing anda
      Doktor sangat galakkan untuk kita amalkan tips di bawah ini semasa mengandung
      1. Makan sedikit, tetapi makan dengan kerap
      2. Amalkan set ibu hamil shaklee untuk kehamilan yang sihat & bertenaga 
      3. Bersenam secara teratur & sederhana
      4. Pilih makanan yang kaya dengan serat (termasuk buah-buahan, sayur-sayuran, dan bran)
      5. Minum banyak air kosong
      6. Mengosongkan pundi kencing dengan kerap
      7. Rehat seberapa kerap yang boleh

      .

      Semoga semua tips ini membantu bonda menikmati 9 bulan kehamilan. Dan mengurangkan sakit perut yang dialami semasa mengandung

      Bagaimana Set Ibu Hamil Shaklee membantu puan lebih cergas & sihat semasa mengandung

      .
      Bonda semua dah sampai ke hujung artikel ini.
      .
      Dari awal sampai hujung, apa kesimpulan yang bonda boleh buat?
      .
      Nak mengandung dengan sihat perlu ada usaha & ilmu.
      .
      Usaha makan yang sihat & berkhasiat.
      .
      Nak elakkan sakit kencing manis, darah tinggi & sembelit. 
      .
      Dan kita dah tahu, semua penyakit berasal dari perut.
      .
      Jadi tugas kita untuk pastikan khasiat yang diperlukan bayi & kita semasa mengandung mencukupi
      .
      Dalam set ini ada vitamin yang cukup untuk di ambil ibu mengandung selama 3 bulan atau lebih
      .
      set ibu hamil shaklee untuk sakit perut
      Set ini mempunyai 6 vitamin dengan fungsi berbeza & bekerja bersama sama untuk kesihatan ibu mengandung yang menyeluruh
      .
      Bonda nak tau apa ada dalam set ni?

      1. Vitalea multivitamin
      2. Bcomplex dengan asid folik
      3. Vitamin c
      4. Ostematrix untuk kalsium
      5. Energizing soy protein esp untuk protein
      6. Omegaguard untuk sumber omega 3
      .
      Insyaallah, Maznee pernah makan set ni. Kalau bonda ada soalan. WHATSAP 019-265-3791 Sekarang.
      .
      Maznee akan bantu jawabkan semua soalan objektif & subjektif yang bermain main di dalam minda bonda tu
      .
      Baru lapang sikit rasa
      .
      Terima kasih kerana melawat blog ini. Maznee amat hargainya
      .
      Jumpa lagi

      .

      References:


      1. Laman parents.com - Abdominal pain during pregnancy
      2. Laman American pregnancy.com - Sharp pain during pregnancy
      3. Laman Wikipedia - Ectopic pregnancy
      Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at hargasetbersalin.blogspot.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

      3 Responses to "12 Jenis Sakit Perut Semasa Mengandung & Cara Atasi"

      1. ECLAMPSIA.. Allah masih pjgkan umur aida.. aida kena masa 7hari selepas melahirkan anak 1st.. dah la anak 1st czer...bayangkan la...mcm mna keadaan..aida xsedar meronta2...mak ayah suami adik2 semua takot luka czer terbuka..tp allah maha kuasa...dia lindung ibu yg melahirkan ni...masa tu xkenal lg supplement apa2...set pntang pon bru nak survey...hu3..jd ibu2 semua jgn jd mcm aida...kna stadby dah...set pantang sblum bsalin...meh whatsapp aida..aida bantu... www.wasap.my/0174759463

        BalasPadam
        Balasan
        1. Setam sejuk baca pengalaman aida ni πŸ˜‚

          Padam
        2. pengalaman itu mengajar kita.. :) alhamdulillah..anak no 2 bersalin normal dan xda lg eclampsia..padahal menurut doctor pakar...eclampsia ni kalau dah kena skli...peratus utk kena pd kelahiran seterusnya adalah tggi...

          Padam

      ⛔⛔TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ⛔⛔

      🌼🌺🌸 Maznee memang rajin membalas komen bonda semua. πŸ˜‰ Insyaallah akan lawati blog cik puan & bonda semula.🌸🌺🌼
      .
      Selamat bersilaturahim πŸŒ„