Maznee Azmi . Pengedar Shaklee pilihan hati. Yakin . Mesra . Berpengalaman

12 Ikan Untuk Sumber Protein Ibu Mengandung. Mana Yang Terbaik?

12 Ikan Untuk Sumber Protein Ibu Mengandung. Mana Yang Terbaik?

Assalamualaikum Wrmbth, Selamat hari raya Mazni ucapkan kepada ibu semua.
.
ikan untuk ibu mengandung
.
Hari ini Mazni nak kongsi tentang jenis ikan yang bagus untuk ibu mengandung. Dan jenis mana pula tak bagus
.
Bukan semua ikan di jadikan sama
.
Ada yang sesuai
.
Ada pula yang tak elok untuk ibu mengandung.
.

5 Ikan Terbaik untuk Ibu Mengandung (Supaya Ibu Sihat & Otak Bayi Cerdas)

Mengambil ikan sepanjang mengandung sangat digalakkan oleh banyak pakar kesihatan.
.
Ramai dari kita suka makan ikan
.
Terutama ikan segar
.
Sanggup keluarkan duit yang banyak untuk makan ikan yang baru keluar dari laut
.
Bahan makanan yang kaya dengan protein ini memang kaya dengan nutrien, sehingga dapat membantu para ibu mengandung untuk melahirkan bayi yang sihat.
.
Tapi kan
.
Kita kena ingat yang tidak semua jenis ikan (terutama ikan laut) baik & selamat dimakan semasa mengandung.
.
Kenapa ya?
.
Kefahaman tentang jenis-jenis ikan yang baik untuk ibu mengandung perlu untuk pastikan anak kita sihat.
.
Sebenarnya ikan memang bagus untuk ibu mengandung.
.
Tapi
.
Ada kandungan merkuri pada beberapa jenis ikan laut
.
Merkuri ni bahaya tau
.
Pada orang dewasa
.
Apa lagi pada bayi dalam rahim ibu
.
Kita mesti selektif dalam memilih jenis ikan yang boleh dimakan
.

Merkuri yang tinggi pada ikan boleh membuat pertumbuhan janin mengalami masalah, menyebabkan alahan, kecacatan semasa lahir, gangguan saraf, & masalah perkembangan otak.
.

1. Ikan Salmon

Ikan laut memang disyorkan untuk tidak dimakan sepanjang ibu mengandung kerana adanya kandungan merkuri, bahan yang boleh merosakkan pertumbuhan janin.
.
Tapi kan
.
Sebenarnya, kandungan merkuri dalam ikan dari lautan berbeza-beza. 
.
Ada yang tinggi dan ada yang rendah.
.
Salah satu contoh ikan laut dengan kandungan merkuri rendah ialah ikan salmon.
.
Ikan salmon mempunyai kadar merkuri rendah & mempunyai banyak manfaat untuk kehamilan, sehingga ia dikategorikan ke dalam jenis ikan yang baik untuk ibu hamil.
.
Ikan salmon mengandungi asid lemak Omega 3, DHA, dan EPA. Zat ini bagus untuk ibu & bayi. Ketiga-tiga adalah zat yang dapat mengoptimumkan pertumbuhan minda, saraf & penglihatan pada janin. Susu ibu juga akan lebih banyak. Omegaguard Shaklee dihasilkan dari ikan laut bebas merkuri & kaya dengan zat ini
.
Jika kita ingin mempunyai anak yang bijak sejak dalam kandungan, pengambilan ikan yang berhabitat di Lautan Atlantik & Pasifik ini mungkin merupakan pilihan tepat.
.

2. Ikan Keli

Orang Malaysia memang cukup suka makan ikan ni
.
Selalu kita jump di restoran
.
Tak kiralah masak lemak cili api ke
.
Ikan bakar ke
.
Hmmm
.
Mazni cerita ni pun ramai dah terliur kan
.
Ikan keli bagus untuk dimakan semasa mengandung untuk bekalan protein.
.
Asalkan disediakan dengan baik & bersih
.
Ikan keli mengandungi lemak baik & protein yang tinggi, dua zat pemakanan yang menyokong pertumbuhan dan perkembangan maksimum pada janin. Dalam set mengandung shaklee, protein yang baik ada dalam ESP Shaklee.
.
Protein yang cukup akan membantu perkembangan bayi yang baik dalam rahim.
.
Lemak dan protein ni kalau diambil dengan betul, bantu kita kenyang lebih lama. Bagus untuk kawal gula dalam darah. Tak adalah risau kena diabetes semasa mengandung
.
Selain itu, daging ikan keli juga kaya akan fosforus & kalium.
.
Fosforus merupakan mineral penting yang diperlukan untuk pembentukan tulang janin, sedangkan kalium dapat membantu jantung dan salur darah yang sihat.
.

3. Ikan Sardin

Mazni selalu makan ikan sardin tin
.
Kalau pergi rumah mak mertua, selalu masak ikan sardin sambal
.
Fuh memang sedap
.
Rasa dia lemak lemak dan kalau di goreng garing.
.
Terbaik
.
Mazni yakin, kita selalu makan ikan sardin dalam tin tu kan
.
Yang ber sos tomato
.
Ikan sardin termasuk dalam kumpulan ikan yang baik untuk ibu hamil. 
.
Ikan sardin ni mengandungi protein tinggi tapi sangat rendah merkuri.
.
Andai kata lepas ni  nak makan sardin dalam tin
.
Pastikan ikan dalam tin yang anda beli benar-benar berbahan ikan sardin, bukan ikan tenggiri. (Mackerel tu tenggiri. Sardine tu sardin)
.
Dah jelas kan
.
Selain itu, jika boleh usahakan pilih ikan sardin dalam tin yang rendah sodium
.
Apa benda sodium ni
.
Garam
.
Kan ada ikan sardin tin yang masin kan
.
Lepas tu bila masak kita bubuh lagi garam
.
Dah overdose garam
.
Bahaya tu nak makan
.
Terutama untuk ibu mengandung darah tinggi. Nanti macam macam masalah keluar
.
Kalau puan risau baby dalam rahim tu tak cukup zat, sebab susah nak jaga makan masa hamil. Cubalah set mengandung shaklee
.
Dapatkan pandangan doktor untuk jaga kesihatan sepanjang kita mengandung

4. Ikan Bilis

Ini antara menu wajib dalam hidangan nasi lemak
.
Mana boleh makan nasi lemak tak de ikan bilis kan?
.
Kecil kecil cili api tau
.
Sebab apa?
.
Walaupun saiznya kecil, ikan bilis ada banyak kelebihan
.
Kelebihan luar biasa berbanding jenis ikan lain.
.
Ikan ini sangat kaya kalsium.
.
Mineral yang penting untuk pertumbuhan tulang & gigi janin.
.
Selain itu, ia juga kaya akan protein, fosforus, zat besi, beberapa vitamin, serta mineral lain. 
.
Dan yang paling penting, ikan ini sangat rendah merkuri sehingga selamat dimakan oleh ibu mengandung.
.

5. Ikan Kod

Ikan yang baik untuk ibu hamil seterusnya adalah ikan kod.
.
Ikan kod ni lain sikit
.
Dagingnya berminyak
.
Mazni rasa puan pun pernah dengar makanan tambahan untuk kanak kanak dari pati minyak ikan kod
.
Ikan kod memang rendah kandungan merkuri, jadi selamat dimakan semasa mengandung.
.
Ok
.
Sekarang ni kita dah tahu 5 jenis ikan yang bagus untuk dimakan semasa mengandung
.
Maznee nak kongsi 7 jenis ikan yang tinggi kandungan merkuri
.
Dan kurang selamat dimakan ibu hamil
.

7 Jenis yang perlu ibu hamil elakkan semasa mengandung kerana tinggi merkuri?

Maznee ada buat rujukan sikit di internet
.
Dan dari sumber Pentadbiran Makanan dan Dadah A.S. (FDA) & Agensi perlindungan alam sekitar (EPA) untuk tidak makan ikan ikan ini yang tinggi merkuri:
.
  1. Ikan todak
  2. Ikan jerung
  3. Ikan raja tenggiri (makarel)
  4. Dan ikan ubin dari Teluk Mexico.
.
Dan dari kajian Pakar Toksikologi University Purdue, Charles Santerre pula, beliau mengesyorkan supaya ibu mengandung mengelakkan makan 
  1. Semua tuna segar atau beku, 
  2. Ikan bass bergaris
  3. Bluefish
  4. Chilean sea bass
  5. Golden snapper, marlin
  6. orange roughy
Dan lain lain. Tapi tak pe lah. Itu semua ikan belah Amerika sana
.
Ikan Malaysia ni tak de apa sangat
.
Laut pun tak dalam mana
.
Lain lah kalau puan selalu travel ke luar negara
.
Rajin pula mencuba makanan tempatan
.
Masa ni memang kena risau

.
Sampai sini saja kali ini dari Maznee.
.
Maznee ucapkan selamat hari raya aidilfitri 2017.
.
Untuk mencuba set mengandung shaklee, bertanyakan harga dan konsultasi percuma ini,sila hubungi saya di:

.
Call / Whatsupp: 

019-2653791 atau  0192663791 
Maznee Azmi
Agen Shaklee Klang
ID Shaklee: 963860
.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at hargasetbersalin.blogspot.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.


10 Responses to "12 Ikan Untuk Sumber Protein Ibu Mengandung. Mana Yang Terbaik?"

  1. Ikan memang kegemaran saya, goreng garing-garing dan makan dengan nasi panas letak kicao dan lada woww terangkat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wow sedap tu

      Potong cili dan masuk dalam kicap

      Makan panas panas

      Meleleh air liur

      Padam
  2. patut la mat saleh suka makan salmon

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salmon murah kat sana nik

      Kat sini kita makan ikan haruan

      Ikan haruan pun ada minyak nya

      Padam
  3. ikan salmon mmg bagus byk zat&protien

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak semua ikan di jadikan sekufu kan sis haslynda

      Padam
  4. Mama kalau dapat makan ikan segar dan seafood memang suka sangat

    Muda muda ni tak apa lagi

    Cuma jangan terbawa sampai tua. Senang kena gout makan seafood

    BalasPadam
  5. Ikan sardin dalam tin tu ada banyak khasiat tak untuk ibu hamil?

    Kadang kadang teringin nak makan

    BalasPadam
  6. Nasib baik saya jenis suka ikan keli, hehehe. Sardin memang sedap, selama ni saya ingat sama je dengan mackerel, sebab tu asyik beli mackerel sebab lebih besar.

    BalasPadam
  7. Wahh ikan pun ada merkuri eh? Baru tahu heee

    BalasPadam

⛔⛔TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ⛔⛔

🌼🌺🌸 Maznee memang rajin membalas komen bonda semua. TOP 10 Pengomen terbanyak akan dipaparkan di Kanan blog ini! Dapat backlink lagi. πŸ˜‰ 🌸🌺🌼
.
Selamat bersilaturahim πŸŒ„